Anda di halaman 1dari 7

Mengumumkan ketibaan Yang Berhormat En.

Zairil Khir Johari, Ahli Dewan Undangan

Negeri Tanjung Bungah Merangkap Exco Kerja Raya,Utiliti Dan Tebatan banjir Negeri

Pulau Pinang, diiringi oleh Yang Berusaha En Suddakar A/L Narayanan, Guru Besar

SK Batu Ferringhi, dan para tetamu khas yang lain.

hadirin,di jemput berdiri untuk nyanyian lagu Negaraku

hadirin dipersilakan duduk.

Bagi memberkati perjalanan majlis pada pagi ini, majlis dengan sukacitanya menjemput

Adik arif haikal untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada adik arif haikal di atas bacaan doa sebentar tadi

Mencari timba si anak dara,

Di bawah sarang burung tempua,

Salam sembah pembuka bicara,

Selamat datang untuk semua.


Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam

sejahtera. Majlis dengan penuh rasa hormat dan bangganya mengalu-alukan

kehadiran;

Yang Berhormat En ZairiL Khir Johari,Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Bungah

Merangkap Exco Kerja Raya ,Utiliti Dan Tebatan Banjir Negeri Pulau Pinang

Yang Berusaha En Suddakar A/L Narayanan , Guru Besar SK Batu Feringghi,

Yang Dihormati Tuan Haji Rosli Bin Awang Hat,Yang DiPertua Persatuan Ibubapa Dan

Guru SK Batu Ferringhi,

Yang Dihormati En Suhaimi Bin Saad, Guru Besar SK Taman Impian,

Barisan Penolong Kanan Sekolah Kebangsaan Batu Ferringhi,

Warga Pendidik,Murid –murid serta

Para hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian.

Untuk Makluman Semua

Hari Kokurikulum ini diadakan adalah bertujuan untuk mengiktiraf dan menghargai

murid-murid SK Batu Feringhi yang menunjukkan ketokohan dalam pelbagai bidang

mencakupi kepemimpinan, keperibadian dalam kokurikulum akan diberikan anugerah

sebagai bukti penghargaan pihak sekolah.


Sidang hadirin yang dihormati,

Bertonggakkan adat yang datang disambut, yang pergi diiringi maka majlis dengan

bangganya menjemput Tuan Haji Rosli Bin Awang Hat,Yang Dipertua Persatuan

Ibubapa dan Guru Sekolah Kebangsaan Batu Feringhi , untuk menyampaikan

ucapan. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Demikianlah ucapan Tuan Haji Rosli Bin Awang Hat. Majlis merakamkan setinggi-tinggi

penghargaan dan terima kasih.

Seterusnya Majlis Dengan sukacitanya menjemput En Suddakar A/L Narayanan,Guru

Besar Sekolah Kebangsaan Batu Ferringhi untuk menyampaikan ucapan,Dengan

Segala Hormatnya di persilakan.

Demikianlah ucapan En Suddakar A/L Narayanan . Majlis merakamkan setinggi-tinggi

penghargaan dan terima kasih.

Kini, sampailah masanya untuk kita mendengar ucapan perasmian Hari Kokurikulum

2018.

Majlis dengan segala hormat mempersilakan Yang Berhormat En Zairil Khir Johari

ADUN Tanjung Bungah merangkap EXCO Kerja Raya ,Utiliti dan Tebatan Banjir Negeri

Pulau Pinang, untuk menyampaikan ucapan seterusnya merasmikan Hari Kokurikulum

Sekolah Kebangsaan Batu Ferringhi 2018. Dengan segala hormatnya dipersilakan.


Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Yang

Berhormat En Zairil Bin Khir Johari kerana sudi menyampaikan ucapannya yang penuh

bermakna dan seterusnya merasmikan majlis pada hari ini.”

hadirin sekalian, kini tibalah saat yang dinantikan, Penyampaian Sijil dan Anugerah

Kecemerlangan Kokurikulum SK Batu Ferringhi Bagi Tahun 2018. Bagi

menyempurnakannya, pihak majlis dengan berbesar hati menjemput Tuan Haji Rosli

bin awang hat Yang dipertua Persatuan ibubapa dan guru sk batu ferringhi dengan

diiringi oleh En Mohd Aizat Bin Zulkifli. untuk . Penyampaian Sijil. Kepada wakil Unit

Beruniform , Persatuan dan kelab permainan .

Dijemput

Wakil bagi unit beruniform Tunas Kadet Remaja Sekolah

Wakil Unit Beruniform Pengakap.

Wakil Persatuan Bahasa Inggeris

Wakil Persatuan Bahasa Melayu

Wakil Persatuan Matematik dan sains

Wakil Persatuan Agama islam

Wakil Persatuan Rukunegara

Wakil Persatuan Doktor Muda

Wakil Kelab Permainan Hoki

Waakil Kelab permainan Bola Baling


Wakil Kelab Olahraga

Wakil Kelab permainan Bola Jaring

Dan akhir sekali wakil kelab permainan sepak takraw.

Majlis merakamkan ucapan terima kasih kepada Tuan Haji Rosli Bin Awang hat kerana

sudi menyampaikan sijil sebentar tadi.

hadirin yang dihormati, penyampaian anugerah diteruskan.

Bagi menyempurnakan penyampaian Anugerah Kokurikulum 2018 majlis dengan

berbesar hati menjemput Yang Berhormat En Zairil Khir Johari ADUN Tanjung Bungah

merangkap EXCO Kerja Raya ,Utiliti dan Tebatan Banjir Negeri Pulau Pinang diiringi

oleh En.Suddakar A/L Narayanan Guru Besar Sk Batu Ferringhi untuk ke pentas utama

bagi menyempurnakan penyampaian anugerah.

Sebelum saya mengumumkan Anugerah Kokurikulum 2018 izinkan saya membaca

sumbangan dan penglibatan kedua-dua tokoh ini kepada sekolah, zon kelawai,daerah

timur laut dan seterusnya negeri Pulau Pinang.

Biodata sumaiyah

Biodata Azidi akmal


Anugerah Kokurikulum 2018 Kategori Perempuan di

Anugerahkan kepada Adik Sumaiyah Binti Muhaimin Goh. Dipersilakan

Anugerah Tokoh Kokurikulum 2018 Kategori Lelaki dianugerahkan kepada Adik Azidi

akmal. Dipersilakan.

Tahniah kepada kedua –dua penerima anugarh kokurikulum 2018 sekolah kebangsaan

Batu Ferringhi.

Seterusnya,Penyampaian Replika cek sebagai simbolik sumbangan Peralatan Hoki

untuk pasukan hoki sekolah yang berjumlah RM 2250 yang diterima daripada ADUN

Tanjung Bungah kepada Pasukan Hoki sekolah kebangsaan Batu Ferringhi

Sumbangan ini merupakan satu hadiah yang bermakna diatas kecemerlangan pasukan

hoki sekolah kebangsaan Batu Ferringhi yang Berjaya menjadi naib johan pada

kejohanan hoki majlis sukan sekolah negeri Pulau Pinang pada tahun ini dan

pencapaian cemerlang semenjak penubuhan pasukan hoki ini dan seterusnya dapat

menyuntik semangat pemain dan pegawai pasukan supaya dapat mencipta kejayaan

yang membanggakan dimasa akan datang pihak majlis dengan sukacitanya menjemput

En suddakar A/L Narayanan untuk menerima replika cek daripada yang berhormat En

Zairil Khir Johari ADUN Tanjung Bungah .


Majlis merakamkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada Yang Berhormat

En Zairil Khir Johari Adun Tanjung Bungah merangkap EXCO kerja Raya ,Utiliti dan

Tebatan Banjir Negeri pulau pinang kerana sudi menyampaikan anugerah. Sebagai

tanda terima kasih yang tidak terhingga, dipersilakan En suddakar a/l narayanan Guru

besar sk batu ferringhi untuk menyampaikan cenderamata kepada yang berhormat.

Tuan-tuan dan puan puan yang dihormati sekalian,sebelum kita meneruskan acara

selanjutnya pihak majlis dengan berbesar hati menjemput yang berhormat En Zairil bin

khir Johari untuk membuat 2 cabutan bertuah…dipersilakan

Sekilan selesai sudah majlis perasmian yang penyampaian anugerah sempena hari

anugerah kokurikulum 2018.pihak majlis dengan bebesar hati menjemput semua

tetamu jemputan ke bilik jamuan untuk menikmati jamuan yang disediakan

Sekian sahaja, salam hormat, wabillahi taufiq walhidayah wassalamualaikum

warahmatullahi wabarakatuh.

Anda mungkin juga menyukai