Anda di halaman 1dari 14

FACEBOOK LIVE – Tip Meningkatkan

Engagement Melalui FB Live

Penulis : Boon Lee


PENAFIAN: Setiap keputusan yang bakal anda perolehi mungkin berbeza untuk setiap orang.
Kemungkinan, anda tidak akan mendapat seperti mana orang lain boleh dapat. Ia bergantung kepada
jenis produk yang anda jual, cara mengimplikasikan di dalam bisnes serta kesungguhan anda ketika
membuat promosi di Facebook. Tetapi, apa yang saya kongsikan ini sangat-sangat membantu untuk
meningkatkan kredibiliti dan jualan di Facebook bagi tahun 2017 ini. Dan, teknik yang dikongsikan
sekarang mungkin sesuai buat masa ini tetapi tidak bermakna ia sesuai untuk sepanjang masa.

NiagaFB 2017 (versi 1.0)


BONUS : Tip Meningkatkan Engagement
Melalui Facebook Live

“Anda boleh jadi famous dalam 15 minit”, ungkapan yang disampaikan oleh Andy Warhol, seorang artis
dari AS. Dengan hanya satu rakaman pendek berbentuk santai, tanpa kelengkapan canggih, makeup
yang menawan, anda juga boleh jadi famous (popular) dalam tempoh masa beberapa minit sahaja.

Jika dulu Youtube mendominasi media video, kini FB Live akan beransur mengambil alih tugas itu. Oleh
itu, FB Live sangat sesuai digunakan untuk menguatkan pengaruh dan kredibiliti diri anda di FB.

Kadang-kala, hasil pengaruh (tribe/follower) lebih efektif daripada iklan berbayar. Dengan video yang
kreatif dan mempunyai kesan viral, anda bukan dapat mengekalkan pelanggan tetap. Tetapi juga, anda
boleh mendapat pelanggan baru sepanjang masa. Itulah sebabnya, semakin hari FB Live semakin
mendapat sambutan.

NiagaFB 2017 (versi 1.0)


NiagaFB 2017 (versi 1.0)
Sesiapa sahaja boleh menjadi host FB Live tanpa pengalaman yang banyak. Tetapi sebelum memulakan
FB Live, pastikan anda bersiap sedia dengan perkara seperti berikut:

Antara perkara yang perlu anda ada sebelum membuat rakaman FB Live adalah:

 Peranti yang berkualiti


 Merakam di tempat yang terang
 Menggunakan tripod atau mouting

NiagaFB 2017 (versi 1.0)


Cara mengendali FB Live melalui Mobile apps
1. Login ke akaun FB anda.

2. Buat status baru, dan cari butang (Live Video):

3. Setting Privasi / Pilih list

Jika anda telah groupkan senarai friend anda, anda boleh pilih list mana yang hanya dapat tonton FB Live
anda ini. Jika anda hanya mahu testing, boleh pilih dan select ‘Only Me’ sebelum tekan butang ‘Go live’:

NiagaFB 2017 (versi 1.0)


NiagaFB 2017 (versi 1.0)
4. Huraian Posting

Tulis huraian broadcast anda secara terperinci. Masukkan apa sahaja tajuk atau perkara berkaitan FB
Live yang anda mahu sampaikan itu. Ya, anda perlu mencari satu tajuk / tema FB Live anda. Contohnya,
jika anda ingin sampaikan cara memakai tudung, tulis di bahagaian ‘Description’ supaya orang yang telah
baca posting anda itu terasa minat untuk mengikut FB Live anda nanti:

NiagaFB 2017 (versi 1.0)


5. Tag friend, add location dan aktiviti

Jika anda sedang live bersama seorang kawan anda, tag namanya, supada dapat meningkatkan jumlah
penonton dan juga engagement. Anda juga boleh ‘Add location’ dan ‘Activity’ jika anda rasa perlu:

6. Setting camera

Kamera depan atau kamera belakang? Anda boleh pilih sama ada kamera depan ataupun kamera
belakang untuk merakam FB Live anda ini. Tetapi, saya sarankan kepada anda supaya menggunakan
kamera depan. Kerana, anda dapat melihat komen-komen atau reaction yang disampaikan oleh
penonton-penonton FB Live anda. Jika anda mahu menggunakan kamera belakang, anda cuma perlu
switch dengan menekan butang berikut:

NiagaFB 2017 (versi 1.0)


7. Mula broadcast

Tekan butang ‘Go Live’, dan anda akan live selepas court down 3 saat secara automatik. Apabila FB Live
broadcast telah bermula, ia akan muncul di status Wallpost anda dan juga di Newsfeed friend anda.
Kepanjangan video FB Live anda yang dibenarkan adalah sepanjang 90 minit sahaja. Oleh itu, sila guna
masa yang diberikan sebaik-baiknya. Jangan buat FB Live terlalu pendek atau terlalu panjang (lama).

8. Berinteraksi dengan penonton anda

Oleh kerana FB Live boleh memberi banyak engagement, anda akan dapat lihat berapa ramai orang yang
memberi Comment, like ataupun Share. Pastikan anda berterima kasih kepada penonton yang hadir.
Dan tidak lupa juga, untuk membalas setiap komen / pertanyaan dari penonton supaya engagement FB
Live anda tinggi.

NiagaFB 2017 (versi 1.0)


9. Tamat FB Live anda

Apabila anda mahu menamatkan FB Live broadcast anda, anda Cuma perlu mengucapkan bye-bye dan
tekan butang ‘Finish’.

10. Save video FB Live anda

Selepas tamat FB Live broadcast anda, anda boleh jadikan FB Live ini sebagai post biasa (video replay)
untuk ditonton oleh friendlist Facebook profile anda yang tidak sempat mengikut FB Live anda sebelum
ini.

Atau, anda boleh save video dalam Wallpost anda, share, edit atau delete seperti post-post yang lain.

NiagaFB 2017 (versi 1.0)


Tip-tip FB Live untuk Newbies

1. Testing menggunakan ‘only me’


Jika anda tidak mempunyai pengalaman dalam membuat FB Live broadcast atau ingin membuat cubaan
pertama, anda boleh pilih ‘Only me’ sebelum broadcast bermula:

Cara ini sesuai untuk testing kemudahan peranti telefon bimbit, pencahayaan dan mikrofon.

2. Update waktu FB Live broadcast


Sebarkan berita / update berkenaan dengan FB Live yang akan anda buat pada waktu-waktu tertentu.
Contohnya, anda mahu buat live pada jam 10 malam. Jadi, anda sudah boleh naikkan status berkenaan
dengan FB Live ini pada waktu pagi atau tengah hari, dan minta mereka yang mahu hadiri ke sesi FB Live
ini meninggalkan Comment minat.

NiagaFB 2017 (versi 1.0)


3. Menyediakan topik
Anda boleh bincang apa juga topik di dalam FB Live ini. Jika anda mempunyai kepakaran, anda boleh
mencari topik yang sama dengan kepakaran anda. Jika anda tidak idea untuk sebarang topik, anda boleh
cuba mencari topik di mana anda berada sekarang ini. Contohnya, jika sekarang anda dalam mood
melancong, boleh buat FB Live untuk kongsikan restoran unik ditempat anda melancong ketika ini.

4. Beraksi secara spontan


Anda tidak perlu berasa segan semasa membuat video FB Live. Anda cuma perlu buat secara spontan
dan relax. Jangan terlalu membuang masa dalam mencari info perbincangan FB Live. Kadang-kala,
penonton lebih cenderung kepada reaksi spontan anda.

5. Elak menunggu orang


Masa untuk setiap orang adalah sangat berharga. Oleh itu, jangan tangguhkan FB Live anda kerana
mahu menunggu orang. Kecuali, orang tersebut adalah orang yang sangat penting dalam sesi FB Live
broadcast anda seperti tetamu undangan.

6. Memperkenalkan diri
Anda perlu memperkenalkan diri ketika permulaan FB Live broadcast anda itu. Selain itu, anda juga
boleh memperkenalkan diri anda sekali lagi sekiranya anda rasa bilangan penonton semakin meningkat.
Ini disebabkan kemungkinan mereka yang lambat masuk masih tidak mengenali diri anda. Oleh itu, anda
perlu memperkenalkan diri dari masa ke semasa ketika sesi FB Live broadcast tersebut.

7. Jangan risau kepada kesilapan atau gagap


Kita bukan seorang profesional dalam bidang lakonan mahupun ceramah. Oleh itu, jika kita telah
melakukan kesalahan semasa membuat FB Live, jangan panik. Mohon maaf kepada penonton di atas
kesalahan atau kesilapan yang telah kita buat dan meneruskan FB Live broadcast kita itu.

Jika anda tidak pasti sama ada anda telah membuat kesilapan ataupun tidak, cuba tanya kepada
penonton supaya anda boleh memperbetulkannya pada masa akan datang.

8. Minta penonton Like dan Share


Untuk mendapatkan lebih banyak engagement, anda boleh minta penonton untuk Like dan Share FB
Live anda ini. Contohnya, anda boleh menganjurkan cabutan bertuah atau mini game jika mereka telah
tekan butang ‘Share’ untuk FB Live broadcast anda ini. Atau, cukup sekadar berterima kasih kepada
mereka yang telah like FB Live broadcast anda.

NiagaFB 2017 (versi 1.0)


9. Minta penonton komen (Comment)
Jika penonton anda hanya mendiamkan diri, anda boleh minta mereka untuk memberi komen seperti
‘Hi’ atau minta mereka bertanyakan soalan. Jika anda menjawab soalan mereka, pastikan anda
memanggil nama mereka sebelum menjawab soalantersebut.

10. Minta penonton langgan ‘Turn on Live notifications’

Selain meminta penonton untuk Like, Comment dan Share, ada satu cara lagi yang anda boleh buat
untuk menaikkan engagement, iaitu meminta penonton subscribe atau langgan ‘Live notification’
apabila anda mahu membuat FB Live pada masa akan datang. Sekiranya mereka sudah langgan Live
notification ini, mereka akan dapat notis tentang FB Live broadcast anda pada masa akan datang.

11. Broadcast (FB Live) sekurang-kurangnya 10 minit


Anda dinasihatkan membuat FB Live broadcast sekurang-kurangnya 10 minit sebelum menamatkan FB
Live anda itu. Jika live anda terlalu pendek, ia akan merasakan seperti membuang masa. Tetapi, jika
anda dapat ‘menghiburkan’ mereka dalam masa 5-10 minit, mereka akan suka anda dan menjadi
follower setia anda.

12. Tamatkan broadcast anda dengan ‘bye-bye’


Pastikan anda mengucapkan kata-kata penamat sebelum menghabiskan FB Live broadcast anda.
Contohnya, ‘Jumpa lagi di live akan datang’ atau ‘Terima kasih kerana menonton’.

13. Tambah description kemudian


Selepas tamat sesuatu FB Live broadcast, anda masih boleh menambah atau mengedit, seperti di
bahagian description broadcast tersebut. Description tersebut sesuai untuk bacaan orang ramai atau
rujukan sendiri pada masa depan.

NiagaFB 2017 (versi 1.0)


NiagaFB 2017 (versi 1.0)

Anda mungkin juga menyukai