Anda di halaman 1dari 3

Pengurusan Sukan dan Rekreasi (QSM3012)

Universiti Pendidikan Sultan Idris


35900 Tanjong Malim
Perak Darul Ridzuan.

Datuk Dr Paduka Junaidi Bin Abu Bakar, Ruj. Kami : PSK 01/02/11/01
Timbalan Naib Canselor, Ruj. Tuan :
Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tarikh : 20 Oktober 2011
35900 Tanjong Malim,
Perak Darul Ridzuan.

Melalui,
Dr. Md Amin Md Taff,
Pengarah Pusat Sukan,
Universiti Pendidikan Sultan Idris,
35900 Tanjong Malim,
Perak Darul Ridzuan.

Dato’/Ybhg /Tuan/Puan,

JEMPUTAN KE MAJLIS PENUTUPAN KARNIVAL SUPER UPSI 2

Merujuk perkara di atas, sukacita dimaklumkan pelajar Pengurusan Sukan dan Rekreasi akan
menganjurkan Program Karnival Sukan Pelajar UPSI 2 (SUPER UPSI) dengan Kerjasama Pusat
Sukan Universiti Pendidikan Sultan Idris.

2. Program ini bertujuan untuk untuk mencungkil bakat-bakat baru bagi mengetengahkan
mereka ke peringkat yang lebih tinggi tidak kira lelaki mahupun wanita. Program ini diharap
dapat menarik minat dan memberi peluang kepada mahasiswa dan mahasiswi UPSI untuk
menunjukkan bakat dan kemahiran dalam sukan-sukan yang dipertandingkan.

3. Dengan ini, saya dengan segala hormatnya ingin menjemput Dato’/Ybhg/Tuan/Puan


untuk memeriahkan majlis Penutupan Karnival Sukan Pelajar (SUPER UPSI 2) seperti mana
berikut:-

Nama program : Karnival Sukan SUPER UPSI 2


Tarikh pelaksanaan : 4 Disember 2011
Masa : 3.00 petang – 5.00 petang
Tempat : Dewan Auditorium Universiti Pendidikan Sultan Idris
4. Bersama – sama dengan surat ini, saya lampirkan tentatif majlis penutupan tersebut.
Untuk pertanyaan lanjut berhubung program, sila hubungi:

Hassan Abadin 0148635465 urawasan90@yahoo.com


Sity Najwa Mohd Abd Latif 0145180246 happywawa69@yahoo.com

5. Bagi pihak penganjur, kami dahului dengan ucapan terima kasih di atas segala kerjasama
yang diberikan oleh pihak tuan. Kesudian Dato’/Ybhg/Tuan/Puan untuk meluangkan sedikit
masa bersama kami amatlah dihargai.

Sekian, Terima Kasih.

“BERSAMA MENINGKATKAN MUTU SUKAN UPSI”

Disediakan Oleh,

………………………………
(Nur Diyana Tjuman)
Setiausaha,
Program Karnival Sukan SUPER UPSI.
No. H/P : 014-5665540
LAMPIRAN

TENTATIF MAJLIS PERASMIAN PENUTUP SUPER UPSI 2

Tarikh : 4 Disember 2011


Masa : 3.00 petang – 5.00 petang
Tempat : Dewan Auditorium Universiti Pendidikan Sultan Idris

MASA CATATAN

3.00 petang  Ketibaan dif-dif jemputan


 Kata alu-aluan pengerusi majlis
 Nyanyian lagu Negaraku & Ibu kandung
Suluh Budiman
 Bacaan doa

3.30 petang  Persembahan tarian


 Ucapan Pengarah Program :
Hassan Abadin
 Ucapan Pengarah Pusat Sukan :
Dr. Md Amin bin Md Taff
 Ucapan Naib Canselor
(perasmian penutup) :
Prof. Dr. Zakaria bin Kasa
 Persembahan Silat
 Montaj

4.00 petang  Majlis penyampaian hadiah & cenderahati

4.30 petang  Persembahan silat


 Jamuan ringan

5.00 petang  Bersurai

Anda mungkin juga menyukai