Anda di halaman 1dari 20

-Hukum

Tajwid-

QALQALAH
QALQALAH SUGHRA
 Lantunan paling rendah
 huruf Qalqalah sukun terletak di pertengahan kalimah.

QALQALAH KUBRA
 Lantunan yang sederhana
 memberhentikan bacaan pada huruf Qalqalah yang berada di hujung
kalimah dan huruf tersebut tidak bersabdu (bertasydid).
 Sukun pada huruf Qalqalah di sini adalah 'aridh yang disebabkan wakaf
(berhenti) padanya.

Tanda : Wakaf pada huruf Qalqalah yang tidak bersabdu.

1
-Hukum
Tajwid-
QALQALAH AKBAR
 Lantunan yang paling kuat
 memberhentikan bacaan pada huruf Qalqalah yang berada di
hujung kalimah dan huruf tersebut bersabdu (bertasydid).
 Sukun pada huruf Qalqalah di sini merupakan sukun yang
'aridh (mendatang) disebabkan wakaf (berhenti) padanya.

Tanda : Wakaf pada huruf Qalqalah yang bertasydid.

NUN SAKINAH DAN TANWIN


IQLAB
 bahasa: Menukarkan sesuatu kepada sesuatu.

2
-Hukum
Tajwid-
 istilah Ilmu Tajwid: Menukarkan lafaz sesuatu huruf kepada
huruf yang lain.
 Nun Sakinah atau Tanwin bertemu Ba'
 ditukarkan Nun Sakinah atau Tanwin kepada Mim dengan
disertai dengung 2 harakat.
 Sebab ditukarkan Nun Sakinah dan Tanwin kepada Mim tidak
kepada huruf-huruf yang lain kerana Mim dan Ba' ada
persamaan antara makhraj dan sifatnya.
 Makhraj Mim dan Ba' pada antara dua bibir.
 Sifat yang sama antara Mim dan Ba' pula ialah Jahar,
Istifal, Infitah, Idzlaq dan Ghunnah

IDGHAM
IDGHAM BILA GHUNNAH
 tanpa dengung
 dua huruf iaitu Ra' dan Lam
 bertemu dengan Nun Sakinah atau Tanwin
 di dalam dua kalimah yang berasingan

3
-Hukum
Tajwid-

IDGHAM MA'AL GHUNNAH


 Nun Sakinah atau Tanwin bertemu Ya', Wau, Mim dan Nun
 dalam dua kalimah
 disertai dengung 2 harakat.

IKHFA' HAQIQI

Dinamakan Ikhfa' Haqiqi kerana pada hakikatnya dibaca dengan


Ikhfa' Nun Sakinah atau Tanwin pada kebanyakan huruf hijaiyyah.
Ikhfa' Haqiqi ada tiga martabat (peringkat):

1. Martabat tertinggi: iaitu Ikhfa' Nun Sakinah atau Tanwin


pada huruf To', Dal dan Ta' kerana makhrajnya paling
hampir dengan Nun Sakinah.

4
-Hukum
Tajwid-
2. Martabat pertengahan: iaitu Ikhfa' Nun Sakinah atau
Tanwin pada huruf Tha', Jim, Dzal, Zai, Sin, Syin,
Shad, Dhad, Zha' dan Fa' kerana makhrajnya di
pertengahan (iaitu antara martabat tertinggi dengan
martabat terendah) Nun Sakinah.
3. Martabat terendah: iaitu Ikhfa' Nun Sakinah atau
Tanwin pada Qaf dan Kaf kerana makhrajnya
berjauhan dengan Nun Sakinah.

Perhatian: Ikhfa' Nun Sakinah juga berlaku pada huruf


pembukaan surah seperti yang disenaraikan di bawah ini:

o Surah Maryam: 1
o Surah al-Syura: 2
o Surah al-Naml: 1 dan 2 (sekiranya dibaca wasal pada
ayat 1 dan 2).

Bunyi ghunnah atau dengung bagi hukum Ikhfa' Haqiqi ada


dua keadaan:

o Tafkhim (sekiranya Nun Sakinah atau Tanwin bertemu


dengan huruf-huruf Ikhfa' yang bersifat isti'la' seperti
huruf Shad, Dhad, To', Zha', dan Qaf).
o Tarqiq (sekiranya Nun Sakinah atau Tanwin bertemu
dengan huruf-huruf Ikhfa' yang tidak bersifat isti'la'
iaitu selain dari huruf-huruf yang telah disebutkan di
atas).

MIM NUN BERSABDU


MIM BERSABDU
 Mim bersabdu pada asalnya terdiri dari dua Mim
 pertama sukun
 kedua berbaris

5
-Hukum
Tajwid-
 Mim Sukun dimasukkan ke dalam Mim yang berbaris sehingga
kedua-duanya membentuk satu huruf yang bersabdu
 Hukum Mim yang bersabdu adalah wajib dibaca secara
dengung 2 harakat

NUN BERSABDU
 Nun yang bersabdu pada asalnya terdiri dari dua huruf Nun
 huruf yang pertama sukun dan yang kedua berbaris

HUKUM MAD
Huruf mad : Alif , Waw , Ya

1. Mad 'Aridh Lil Sukun

6
-Hukum
Tajwid-
 terdapat sukun yang mendatang selepas huruf Mad ketika
waqaf
 Dibaca 2 harakat kerana pada asalnya ia adalah Mad Asli,
dibaca 4 harakat (iaitu martabat pertengahan bagi kadar
Mad) kerana seumpama berhimpun dua huruf sukun serta
meraikan keadaan asal dan dibaca 6 harakat kerana
menyerupai Mad Lazim.

2. Mad Badal
 huruf Hamzah berada sebelum huruf Mad
 dalam satu kalimah
 tidak terdapat huruf Hamzah atau Sukun selepas huruf Mad
 Huruf Mad tersebut adalah gantian daripada Hamzah.
 Huruf Hamzah kedua ditukar kepada huruf Mad mengikut
baris huruf Hamzah pertama untuk meringankan bacaan

7
-Hukum
Tajwid-

Mad Badal terjadi dalam 4 keadaan:


 Mad Badal yang terjadi ketika permulaan dan wasal
 Mad Badal yang terjadi ketika wasal sahaja
 Mad Badal yang terjadi ketika waqaf sahaja
 Mad Badal yang terjadi ketika memulakan bacaan
dengannya sahaja (ibtida').
 2 harakat

3. Mad 'Iwad
 Berlaku ketika wakaf pada akhir kalimah yang berbaris dua di
atas kecuali pada huruf Ta' Marbutah
 2 harakat kerana ia adalah Mad Tabi'ie yang terjadi kerana
waqaf.

4. Mad Wajib Muttasil


 Huruf mad bertemu Hamzah dalam satu kalimah

5. Mad Jaiz Munfashil


 Huruf Mad bertemu Hamzah dalam dua kalimah iaitu ketika
wasal sahaja

8
-Hukum
Tajwid-
 Dinamakan mad jaiz kerana sebahagian daripada Imam-imam
Qiraat membolehkan ianya dibaca lebih daripada kadar Mad
Asli
 dinamakan Munfashil kerana Huruf Mad dan Hamzah berada
di dalam dua kalimah yang berasingan
 4 atau 5 harakat. Mad Jaiz Munfashil

Dua keadaan dalam al-Quran berdasarkan kepada kaedah


Resam al-Quran:
 Mad Jaiz Munfashil Haqiqi iaitu kelihatan jelas terpisah
antara Huruf Mad dan Hamzah dalam dua kalimah yang
berpisah antara keduanya
 Mad Jaiz Munfashil Hukmi iaitu tidak kelihatan secara
jelas Huruf Mad dan Hamzah berpisah dalam dua
kalimah. Ia seolah-olah dalam satu kalimah. Keadaan
ini berlaku pada dua situasi
o Ya' al-Nida' (kata seruan) apabila selepasnya ada
kalimah yang dimulai dengan Hamzah
o Ha' Lil Tanbih apabila selepasnya terdapat Isim
Isyara.

6. Mad Liin
 Huruf Liin bertemu dengan sukun yang mendatang ketika
waqaf sahaja
 2, 4 dan 6 harkat

9
-Hukum
Tajwid-
 Dinamakan Mad Liin kerana ia terjadi pada Huruf Lin dan
boleh dibaca dengan kadar 2, 4 dan 6 kerana ia sebahagian
daripada Mad 'Aridh Lil Sukun

7. Mad Silah Qasirah


 Mad yang terdapat pada Ha' Dhomir iaitu selepas ha’ tiada
Hamzah Qat’ie

Cara mengenalnya :
 apabila terdapat Ha' Dhomir pada akhir kalimah
 sebelumnya terdapat huruf yang berbaris
 selepasnya juga terdapat huruf yang berbaris

8. Mad Silah Towilah


 Mad yang terdapat pada Ha' Dhomir iaitu selepas ha’ ada
Hamzah Qat’ie

10
-Hukum
Tajwid-
Cara mengenalnya :
 apabila terdapat Ha' Dhomir pada akhir kalimah
 sebelum & selepasnya ada huruf yang berbaris.

9. Mad Tamkin
 berhimpun dua Ya' pada satu kalimah
 Ya' yang pertama mesti berbaris di bawah & bertasydid
 Ya' yang kedua sukun

Mad Asli
 Mad Asli ialah Mad yang terjadi dengan sebab Huruf Maddi kenali
dengan Mad Tabi'ie

Mad Asli terjadi apabila:


 Huruf Alif yang didahului dengan huruf yang berbaris
atas

11
-Hukum
Tajwid-
 Huruf Wau sukun yang didahului dengan huruf yang
berbaris hadapan
 Huruf Ya' sukun yang didahului dengan huruf yang
berbaris bawah

Perhatian:

Dalam riwayat Hafs terdapat tujuh kalimah yang diakhiri


dengan Alif dan dibaca panjang dengan kadar 2 harakat
ketika waqaf sahaja sedangkan ketika wasal kalimah-
kalimah ini dibaca dengan pendek tidak bermad.

HUKUM HAMZAH
PECAHAN HUKUM HAMZAH

Hamzah Qat'ie
 Hamzah Qata' iaitu hamzah yang tetap bacaannya sama ada
dimulakan dengannya atau sebaliknya
 dinamakan Hamzah Qat'ie kerana hamzah ini mempunyai
baris yang pasti atau tetap kewujudannya
 Hamzah Qat'ie boleh menerima baris dan ditulis dengan nyata
barisnya

12
-Hukum
Tajwid-
 Ada pada ketiga-tiga jenis kalimah iaitu isim (kata nama),
Fe'el (kata kerja) dan harf (kata sendi)

Hamzah Qat'ie yang datang pada kalimah ini menerusi tiga


keadaan iaitu:
 Awal kalimah sama ada hamzah itu berbaris atas,
bawah atau hadapan
 Pertengahan kalimah sama ada hamzah berbaris atas,
hadapan bawah atau sukun (mati)
 Di hujung kalimah sama ada hamzah itu berbaris atas,
bawah, hadapan atau sukun (mati).

Hamzah Qat'ie berubah daripada sifat asal dalam beberapa


keadaan:
 Dibaca secara tashil iaitu bacaan antara alif dan hamzah
pada lafaz 'Aajami' surah Fussilat: 44
 Dibaca secara ibdal (iaitu ditukarkan kepada huruf mad)
jika terdapat hamzah wasal sebelumnya dan dimulakan
dengan hamzah wasal tersebut. seperti pada lafaz
'Utumina' surah al-Baqarah: 283

Kaedah penulisan Hamzah Qat'ie :


 Apabila Hamzah Qat'ie berada di awal kalimah maka ia
ditulis dengan huruf alif sebagai rumahnya sama ada
hamzah itu berbaris atas, bawah atau hadapan.

 Apabila Hamzah Qat'ie berada di tengah kalimah maka


ada beberapa keadaan:
o Apabila hamzah qat'ie itu sukun dan huruf
sebelumnya berbaris atas maka ia ditulis dengan
huruf alif sebagai rumahnya
o Sekiranya hamzah qat'ie itu sukun dan huruf
sebelumnya berbaris bawah maka ia ditulis
dengan huruf Ya' sebagai rumahnya
o Sekiranya hamzah qat'ie itu sukun dan huruf
sebelumnya berbaris hadapan maka ia ditulis
dengan huruf wau sebagai rumahnya
o Sekiranya hamzah qat'ie itu berbaris dan huruf
sebelumnya sukun kecuali alif maka ia ditulis
bersendirian tanpa rumah
o Sekiranya hamzah qat'ie itu berbaris atas maka ia
ditulis dengan alif sebagai rumah
o Sekiranya hamzah qat'ie itu berbaris bawah maka
ia ditulis dengan huruf Ya' sebagai rumah
o Sekiranya hamzah qat'ie itu berbaris hadapan
maka ia ditulis dengan huruf wau sebagai rumah.

13
-Hukum
Tajwid-
 Apabila Hamzah Qat'ie berada di hujung kalimah, maka
ada beberapa keadaan juga iaitu:
o Jika sebelum hamzah qat'ie tersebut huruf yang
berbaris atas maka ia ditulis dengan huruf alif
sebagai rumah
o Jika sebelum hamzah qat'ie tersebut huruf yang
berbaris bawah maka ia ditulis dengan huruf Ya'
sebagai rumah
o Jika sebelum hamzah qatie tersebut huruf yang
berbaris hadapan maka ia ditulis dengan huruf
wau.
 Jika sebelum hamzah qat'ie tersebut huruf yang
berbaris mati (sukun) maka ia ditulis bersendirian tanpa
rumah

Hamzah Wasal
 hamzah yang ditetapkan (dibaca) ketika memulakan bacaan
dengannya
 tidak dibaca ketika bacaan bersambung
 hanya ada pada awal kalimah

Tanda :
 Hamzah wasal boleh menerima baris
 tetapi tidak ditulis akan barisnya secara nyata
 sebaliknya ia ditulis dengan huruf alif yang diletakkan
kepala shad kecil di atasnya
 ada pada kalimah isim (kata nama) dan fi'il (kata kerja)
sahaja

14
-Hukum
Tajwid-

LAM TA'ARIF

PECAHAN LAM TA'ARIF

Alif Lam Syamsiah (Idgham Syamsi)


 Diidghamkan Lam Ta'rif apabila bertemu dengan mana-mana
Huruf Syamsiah
 Ta', Tha', Dal, Dzal, Ra', Zai, Sin, Syin, Shad, Dhad, To',
Zha', Lam dan Nun.

Terbahagi kepada dua bahagian :


 Idgham Syamsi Maal Ghunnah (Idgham Syamsi dengan
dengung)
o Lam Ta'rif diidghamkan pada Nun

15
-Hukum
Tajwid-

 Idgham Syamsi Bila Ghunnah (Idgham Syamsi tanpa


dengung)
o Lam Ta'rif diidghamkan pada Huruf-huruf
Syamsiah selain Nun.

Sebab-sebab Idgham:
 Lam Ta'rif dengan Lam adalah dua huruf yang sama
pada makhraj dan sifat
 Lam dengan baki huruf Syamsiah yang lain adalah dua
huruf yang mutaqariban.

Alif Lam Qamariah (Izhar Qamari)


 Diizharkan Lam Ta'rif apabila bertemu dengan mana-mana
Huruf Qamariah
 Ba', Jim, Ha', Kha', 'Ain, Ghain, Fa', Qaf, Kaf, Mim, Wau,
Ha', Hamzah dan Ya'
 dinamakan Izhar Qamari kerana diizharkan Lam tersebut
kepada Huruf-huruf Qamariah
 sebab ia Izhar ialah kerana Lam dan Huruf Qamariah adalah
dua huruf Mutaba'idan

16
-Hukum
Tajwid-

MIM SAKINAH
IKHFA' SYAFAWI
 Mim Sakinah bertemu Ba’
 wajib dibaca dengan Ikhfa' dan ghunnah 2 harakat
 dinamakan Syafawi kerana Huruf Mim dan Ba' sama-sama
keluar dari dua bibir

17
-Hukum
Tajwid-

IZHAR SYAFAWI
 Mim Sakinah bertemu dengan huruf-huruf Hijaiyyah
selain dari huruf Ba' dan Mim
 hukum bacaannya adalah Izhar
 tidak disertai dengung
 dinamakan Izhar Syafawi kerana Mim makhrajnya di antara
dua bibir

TAFKHIM DAN TARQIQ


LAM LAFZUL JALALAH TARQIQ

Lam pada lafaz Allah: Dibaca dengan Tarqiq apabila didahului


dengan huruf yang berbaris bawah

18
-Hukum
Tajwid-

PECAHAN HUKUM RA'

Ra' Tarqiq

Ra' wajib dibaca dengan nipis di dalam lapan keadaan iaitu:


 Ra' berbaris bawah sama ada di awal, tengah dan hujung
kalimah
 Ra' berbaris kasrah 'Aridh (kasrah yang mendatang). Contoh:
Surah Ibrahim: 44
 Ra' sukun dan huruf sebelumnya berbaris bawah sama ada di
tengah atau di hujung kalimah
 Ra' sukun, huruf sebelumnya berbaris bawah dan selepasnya
Huruf Ist'ila' dalam kalimah yang berasingan. Contoh: Surah
Nuh: 1
 Ra' sukun 'Aridh kerana waqaf dan huruf sebelumnya juga
sukun (selain daripada Ya', sama ada Ya' Mad atau Ya' Lin)
dan huruf sebelumnya lagi berbaris bawah
 Ra' sukun 'Aridh kerana waqaf dan sebelumnya Ya' Mad
 Ra' sukun 'Aridh kerana waqaf dan sebelumnya Ya' Lin
 Ra' yang diimalahkan

19
-Hukum
Tajwid-

20

Anda mungkin juga menyukai