Anda di halaman 1dari 13

Assalamualaikum wrt, di kesempatan yang ada ini saya ingin

berkongsi bersama tentang falsafah cinta dari perspektif Islam.


Dasawarsa ini kebanyakan para muda mudi kita berhadapan dengan
satu perasaan fitrah yang mendominasikan kehidupan mereka
seharian.. Perasaan itu adalah perasaan "cinta".. persoalan yang kita
cuba huraikan di sini ialah cinta yang bagaimanakah yg dibolehkan
dalam Islam, apakah kategori cinta dalam Islam dan cara2 tatasusila
yang bersesuaian untuk mentarbiyah cinta ini...

Definisi Cinta
Saya ketengahkan 2 jenis definisi cinta scr ringkas. Pertama definisi
cinta dari kacamata barat, sepertimana yang terkandung dlm Oxford
Dictionary, Cinta (Love) adalah deep affection, sexual passion and
sexual relationship.

Manakala Cinta dalam Islam sekiranya dirujuk dalam kamus Arab,


cinta merupakan perasaan fitrah semula jadi yang lahir dari lubuk hati
dan berkembang dalam pelbagai aspek kehidupan manusia.

Sekiranya diteliti secara lebih terperinci kita membezakan cinta dari


kacamata barat lebih tertumpu kpd hubungan seks semata-mata
manakala dari perspektif Islam cinta itu lebih besar skopnya tidak
terhad pada manusia malah ia berkaitan dengan cinta ketuhanan dan
kemanusiaan.

Kategori Cinta
Terdapat banyak kategori cinta yang boleh kita ketahui di antaranya
sepertimana pandangan Ibnu Qayyim al-Jauziyah yang saya kutip
sebahagian darinya :

1)Cinta kepada Allah.


Inilah cinta hakiki, segala amalan ibadah di dunia adalah untukNya..
Kekuatan iman dan akidah muslim yang sejati.

2)Cinta kerana Allah.


Menyintai sesuatu kerana Allah sama ada seseorang, tempat, waktu
atau amal perbuatan.Termasuklah kasih sayang pada org tua, anak2
dan sebagainya

5)Cinta yang berbentuk naluri di dalam jiwa manusia.


Cinta pada ketenangan, kedamaian dan kasih sayang. Ini sesuai
dengan sifat tabi'e manusiawi. Cinta yang boleh membawa kepada
cinta pada Allah dan RasulNya...

Falsafah Cinta dalam Islam


Saya akan cuba ketengahkan sedikit sbyk falsafah cinta dalam Islam
yang mana berkaitrapat mengenai cinta seorang lelaki kepada wanita
dan cinta wanita kepada lelaki adalah perasaan yang manusiawi yang
bersumber dari fitrah yang diciptakan Allah SWT di dalam jiwa
manusia , iaitu kecenderungan insan kepada berlainan jantina sejak
penciptaan Nabi Adam dan Hawa di syurga lagi.

Quote:
"Dan diantara tanda-tanda kekuasaan-Nya adalah Dia menciptakan
untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri , supaya kamu cenderung
dan merasa tenteram kepadanya , dan dijadikan-Nya diantara kamu
rasa kasih sayang .Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-
benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir" (Ar Rum ayat 21)

Cinta bukanlah sesuatu yang salah kerana ia merupakan perasaan


fitrah manusia yang telah dianugerahkan dan ianya perlu dibimbing
agar sejajar dengan kehendak syariat serta tidak melanggar
ketetapanNya, Cinta mempunyai segala makna kasih sayang yang
harmonis, perasaan rindu dan kesanggupan untuk menempuhi suka
dan duka kehidupan bersama. Cinta yang sebenarnya tidak
memandang pada rupa paras yang cantik, ia tidak mementingkan
aspek fizikal semata-mata sebaliknya menghargai di antara satu
sama lain dengan menerima kekurangan dan kelebihan yang ada
pada diri masing-masing.

Falsafah cinta Islam :


1) Cinta yang terpelihara dari maksiat dan menjaga batas pergaulan
mengikut syariat.
2) Cinta yang mengajak kepada cinta Allah, saling mengingati dan
berusaha mencari keredhaan Ilahi.
3) Cinta yang tulus ikhlas dan menjaga keharmonian di antara satu
sama lain.
4) Cinta yang sejati menempuhi bersama suka duka kehidupan
5) Cinta pada kemanisan akhlak mahmudah dan bukannya pada
fizikal, pangkat atau lain-lain berbentuk duniawi.
Islam memberi ruang pada perasaan fitrah ini dengan mensyariatkan
pernikahan sebagai tempat bermuaranya cinta. Islam mentarbiyah,
mensucikan dan membimbing perasaan cinta ini dengan ikatan yang
halal menerusi akad nikah.

Quote:
"Tidak terlihat diantara dua orang yang saling mencintai (sesuatu yang
sangat menyenangkan) seperti pernikahan" (Sunan Ibnu Majah)

Pernikahan merupakan sunnah dan setiap insan yang saling


menyintai perlu menjadikan perkahwinan itu sebagai matlamat yang
murni. Ini untuk mengelakkan daripada berlakunya zina dan maksiat
yang sudah tentunya tidak diredhai Allah swt. Cinta memerlukan
rasional dan kematangan untuk membahagiakan pasangan masing-
masing, bukannya mengsengsarakan diri dgn dosa dan
menjerumuskan ke lembah maksiat.

Pernikahan adalah sebuah perjanjian suci yang Allah redha untuk


umat manusia merasai nikmatnya yang ada di dunia ini. Inilah puncak
kebahagian dalam percintaan yang telah memilih untuk hidup
bersama dan saling mengasihi keranaNya di samping mengejar
mardhatillah di dunia dan di akhirat.....

_________________
clixque
Ahli Setia

Daftar: 06 Mar 2004


Mesej: 317
Status: Offline
Lokasi: mana-mana pun sama...T_-
Telah dihantar pada: Wed Mar 31, 2004 2:06 pm

--------------------------------------------------------------------------------
good info

Mesej ini telah diubah oleh clixque pada Sat Apr 17, 2004 12:18 am,
diubah sebanyak 1 kali

dania
Ahli Baru

Daftar: 12 May 2003


Mesej: 111
Status: Offline
Lokasi: gombak
Telah dihantar pada: Thu Apr 01, 2004 2:15 pm

--------------------------------------------------------------------------------
akum.salam mesra dr sy.hmm..lama xbsua..

mnariks topik ni..

kupasan yg mnarik dr dimiez,clixque..

bleh tk saper2 kupaskn ttg konsep beristikharah dlm mmilih


pasangan..
tq
_________________
"tidak rugi org yg bermesyuarah,tidak akan menyesal org yg
beristikharah.."

chikuu
Ahli VIP

Daftar: 01 Oct 2003


Mesej: 448
Status: Offline
Lokasi: kat dalam hati....
Telah dihantar pada: Thu Apr 01, 2004 3:22 pm

--------------------------------------------------------------------------------

indahnya cinta bila ianya ditempat yang benar......


bahgianya cinta jika cinta kita itu adalah cinta yang suci....
bertuahnya kita bila kita mencintai sesuatu itu dan dibalas bersama
perasaaan cinta juga....
senangnya hati kita bila Tuhan jua sentiasa dalam cinta kita

_________________
akal senipis rambut kuatkanlah dengan ilmu...
hati serapuh kaca hiasikanlah dengan iman...
iman selembut sutera hiasilah dengan akhlak yang mulia....~~

sufi
Ahli Baru

Daftar: 02 Apr 2004


Mesej: 7
Status: Offline
Lokasi: Selangor
Telah dihantar pada: Fri Apr 02, 2004 5:31 pm

--------------------------------------------------------------------------------
salam...ana baru je forum ni...pasal falsafah cinta dari perspektif islam
ni...bagi ana...banyak diperkatakan...terutamanya di kalangan
mahasiswa-mahasiswi...orang kata kampus menjadi tempat untuk
diorang berfalsafah pulak...semacam wujudnya akademi falsafah cinta
ni secara tidak disedari...tak tahu sapa trainernya...

tapi secara kesimpulannya...falsafah cinta yang dimiez bagi tu ada


betulnya...takdesape yang boleh menolaknya....dan semuanya
terpulang kepada individu tu sendiri macamna nak susun CINTA
tu...kerana bagi ana...
CINTA adalah nikamat yang tak ternilai dari ALLAH SWT kepada
kita...so pandai2lah kita menghargainya...

_________________
Tidak kiralah berapa kali anda jatuh;yang penting berapa kali anda
boleh bangun kembali selepas anda jatuh...

Pacik-Badai
Ahli Teristimewa

Daftar: 11 Mar 2003


Mesej: 1056
Status: Offline
Lokasi: sayangilah kanak kanak
Telah dihantar pada: Sat Apr 03, 2004 6:38 am

--------------------------------------------------------------------------------
"Dijadikan indah dalam pandangan manusia kecintaan
kepada apa2 yg diinginkan berupa wanita (dan juga laki2), anak2
lelaki
(juga perempuan)...AQ 3: 14

:)
wa.
_________________
http://www.labayan.com

Dimiez
? Neo-Aspirasian

Daftar: 14 Nov 2002


Mesej: 3147
Status: Offline
Lokasi: Malaysia
Telah dihantar pada: Sat Apr 17, 2004 12:17 am

--------------------------------------------------------------------------------
setiap org maybe ada pandangan dan falsafah ttg cinta... terpulang
bagaimana kita corakkan dan harmonikan dgn cara Islam...

_________________

salreo
Ahli Setia

Daftar: 06 Jan 2004


Mesej: 214
Status: Offline
Lokasi: sendiri mau tau
Telah dihantar pada: Sat Apr 17, 2004 12:28 am

--------------------------------------------------------------------------------
trimas utk falsafah cinta tu bang dimiez, boleh dijadikan asas falsafah
cinta dan landasan yang betul dalam menempuh alam cinta...
terima kasih skali lagi
_________________
hidup ini umpama butiran pasir yang terdapat didalam jam pasir,
dimana setiap saat kita berubah ke suatu arah yang berbeza. so, just
cheers up ur life and do as infinity

Dimiez
? Neo-Aspirasian

Daftar: 14 Nov 2002


Mesej: 3147
Status: Offline
Lokasi: Malaysia
Telah dihantar pada: Sat Apr 17, 2004 12:56 am

--------------------------------------------------------------------------------
sama-sama... kita berkongsi sesuatu untuk manfaat semua...

_________________

Dimiez
? Neo-Aspirasian

Daftar: 14 Nov 2002


Mesej: 3147
Status: Offline
Lokasi: Malaysia
Telah dihantar pada: Thu Apr 22, 2004 5:48 am

--------------------------------------------------------------------------------
Cinta dalam Islam bukanlah berdasarkan nafsu semata-mata... cinta
dalam Islam adalah yang dipandui wahyu, proses mentarbiyah nafsu
dan membimbing cinta itu ke arah yang diredhai Allah....
_________________

mebopedia
Ahli VIP

Daftar: 06 Apr 2003


Mesej: 577
Status: Offline
Lokasi: here~
Telah dihantar pada: Thu Apr 22, 2004 9:06 am

--------------------------------------------------------------------------------
hmm tanx atas info nih bang dimiez ..dulu pernah berdebat pendapat
sket ngan sorg member, dia tegas2 cakap yg bercinta sebelum kawen
yakni berkapel ler tuh tak 'dihalalkan' dalam islam, malah berdosa
laks..sumer tuh x btol kan? sebaliknya, kapel bergantung pada
individu tuh jugak. samada berlandaskan pimpinan islam atau nafsu
semata..

_________________

Dimiez
? Neo-Aspirasian

Daftar: 14 Nov 2002


Mesej: 3147
Status: Offline
Lokasi: Malaysia
Telah dihantar pada: Thu Apr 22, 2004 3:31 pm

--------------------------------------------------------------------------------
'afwan ya ukhti.. kita berkongsi secangkir ilmu yang ada pada dimiez
ini... kalau ada apa2 tambahan, pembetulan dan komen adalah dialu-
alukan....

_________________

mebopedia
Ahli VIP

Daftar: 06 Apr 2003


Mesej: 577
Status: Offline
Lokasi: here~
Telah dihantar pada: Tue Apr 27, 2004 11:57 am

--------------------------------------------------------------------------------
Para pencinta kebenaran
Rindukan suasana masyarakat yang terjalin
Aman dan sejahtera
Merindukan tertegaknya
Kalimah ALLAH dimuka bumi
Dan dalam merindukan keampunan Tuhannya

_________________

chikuu
Ahli VIP

Daftar: 01 Oct 2003


Mesej: 448
Status: Offline
Lokasi: kat dalam hati....
Telah dihantar pada: Tue Apr 27, 2004 12:04 pm

--------------------------------------------------------------------------------

betul tu....
cintailah kebenaran dan kemerdekaan...
jgn biarkan agama kita dijajah...

_________________
akal senipis rambut kuatkanlah dengan ilmu...
hati serapuh kaca hiasikanlah dengan iman...
iman selembut sutera hiasilah dengan akhlak yang mulia....~~

mebopedia
Ahli VIP

Daftar: 06 Apr 2003


Mesej: 577
Status: Offline
Lokasi: here~
Telah dihantar pada: Tue Apr 27, 2004 12:18 pm

--------------------------------------------------------------------------------
Dan seluruh umat itu merindukan cahaya
Yang menyinari kehidupan
Rindu kepada Tuhan

_________________
«« Balas Segera »»

Paparkan topik yang terdahulu: Semua Mesej1 Hari7 Hari2 Minggu1


Bulan3 Bulan6 Bulan1 Tahun Yang Lama DahuluYang Terbaru
Dahulu

Halaman Utama Forum » Akhlak, Muamalat & Syariah Islam Pergi ke


halaman 1, 2 Berikutnya

Pergi ke: Sila pilih forum Info Terkini Aspirasi.NET----------------Info


TerkiniKod Etika Aspirasi.NET Umum----------------Sembang-
SembangIsu-Isu SemasaSembang Bisnes & Peluang KerjayaSukan &
ReakreasiForum Ahli Baru Lepak Corner----------------Reakreasi
MindaIPT CornerSuara HatiMuzik, Nasyid & HiburanTanya
LelakiTanya PerempuanSlot Akademik AspirasianDiari
AspirasiSegmen Anime Fokus Aspirasi----------------Intelektual &
IdeologiMotivasi & PsikologiSejarah & TamadunArtikel Ilmiah Tips &
Petua----------------Review Bahan BacaanReview ExtravaganzaResepi
& MakananTips KesihatanBincang Automotif Agama----------------Iman,
Akidah & IbadahAkhlak, Muamalat & Syariah IslamTazkirah Teknologi
& Trend----------------Komputer, Hardware & SoftwareRekabentuk
Grafik, Web & PC GamesTelefon Bimbit Maklumbalas----------------
Cadangan @ KomenSlot Moderator

Lihat topik berikutnya


Lihat topik sebelumnya
Anda tidak boleh hantar topik baru
Anda tidak boleh balas topik
Anda tidak boleh ubah mesej anda
Anda tidak boleh padam mesej anda
Anda tidak boleh mengundi disini

Powered by phpBB 2.0.6


Copyright reserved by Aspirasi.NET

Anda mungkin juga menyukai