Anda di halaman 1dari 1

JURNAL MINGGUAN PRAKTIKUM

Nama Pelajar AMIRA NURFAHMIDA No. KP. 971208017242


BINTI LOKMAN
Program PISMP : PROGRAM IJAZAH Mode SEPENUH MASA
SARJANA MUDA
PERGURUAN
Opsyen PENGAJIAN AGAMA ISLAM Kumpula PISMP AMBILAN JUN 2016 / PIM
n
Praktikum Fasa 1

Minggu 5

Tarikh Jurnal 2018-09-07

Kategori Interpersonal dan Intrapersonal

Pensyarah MAHADI BIN KHALID


Major
Guru USTAZAH RAHANA BINTI ABDUL RAHMAN & USTAZAH SITI AISHAH KHALID
Pembimbing
Sekolah SK RPR JALAN ASTANA

Tajuk Jurnal KEMAMPUAN BEREMPATI

Isu Yang Difokuskan


Masalah yang saya hadapi adalah semasa saya menghadiri kelas tahun 3 kuning. Saya mengajarkan tajuk
berkaitan dengan hukum tajwid, mad tabi'i. Semasa aktiviti pengukuhan, saya meminta murid-murid untuk
mencari potongan kalimah yang mempunyai hukum mad tabi'i di dalam Al-Quran. Semasa proses menyemak,
saya mendapati bahawa terdapat seorang murid yang gagal menunjukkan jawapan yang betul. Setelah diberi
peluang untuk kali ke tiga, jawapan murid tersebut tetap salah dan masih menunjukkan jawapan yang sama.
Selepas kelas tamat, saya mendapati bahawa murid tersebut menangis. Tetapi, saya tidak menghiraukannya,
Analisis Yang Difokuskan
Permasalahan murid itu tadi dapat diketahui keesokan harinya. Puncanya adalah disebabkan oleh, murid
tersebut menghadapi sakit senggugut (sakit sebelum keluar haid). Walaupun saya telah memaksa murid untuk
mencari jawapan yang betul, murid seperti tidak dapat berfikir dengan baik pada ketika itu.
Kesan paksaan tersebut, saya telah memberi tekanan terhadap murid dan mengakibatkan murid menangis.
Kajian Lampau (Literature Review) Terhadap Isu (Pengalaman tau Kajian Lepas)
Menurut Daniel Goleman dalam buku karangan Zuleikha Fereizya (2013), terdapat beberapa cara untuk
meningkatkan empati, iaitu:
1. cepat menangkap isi perasaan dan fikiran orang lain
2. Memberikan layanan yang diperlukan orang lain.
3. memberikan input-input positif atau input yang membina
Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah
Sebagai seorang guru, saya seharusnya menguasai sikap empati supaya diri saya dapat memenuhi keperluan
perasaan dan emosi anak-anak murid saya. Jika berlaku sebarang permasalahan, saya juga dapat mengetahui
tindakan apa yang sesuai dan cara apa yang saya perlu lakukan untuk atasi masalah-masalah murid ini. Oleh
yang demikian, sebarang isu atau masalah yang akan berlaku pada masa akan datang, sebaiknya disoal
terlebih dahulu supaya murid dapat meluahkan apa yang mereka rasa dan guru juga dapat mengetahui punca
masalah.
Tempoh Masa Penyelesaian
1 minggu
Tindakan Susulan
Guru perlu mengadakan sesi luahan perasaan sekurang-kurangnya dua atau tiga kali sebulan supaya suara
hati murid dan masalah mereka dapat di dengari. Sehubungan dengan itu, guru juga dapat menggunakan
sistem parking lot dengan sebaiknya di mana sesi luahan dapat dijalankan mengikut tetapan dan corak
pembelajaran abad ke-21.
Rujukan
Zuleikha Fereizya (2013) Kaedah Menjadi Generasi Cemerlang. Kuala Lumpur: E1 Publication Sdn. Bhd.

Anda mungkin juga menyukai