Anda di halaman 1dari 2

JURNAL MINGGUAN PRAKTIKUM

Nama AMIRA No. KP. 971208017242


Pelajar NURFAHMIDA
BINTI LOKMAN
Program PISMP : Mode SEPENUH MASA
PROGRAM IJAZAH
SARJANA MUDA
PERGURUAN
Opsyen PENGAJIAN Kumpulan PISMP AMBILAN JUN 2016 /
AGAMA ISLAM PIM
Praktikum Fasa 1
Minggu 11
Tarikh 2018-10-19
Jurnal
Kategori Pengajaran dan Pembelajaran
Pensyarah MAHADI BIN KHALID
Major
Guru USTAZAH RAHANA BINTI ABDUL RAHMAN & USTAZAH
Pembimbing SITI AISHAH KHALID
Sekolah SK RPR JALAN ASTANA
Tajuk PERSEDIAAN PEPERIKSAAN
Jurnal

Isu Yang Difokuskan


Seminggu sebelum minggu peperiksaan, saya ada menghadiri beberapa kelas untuk
menggantikan guru yang tidak hadir. Saya meminta untuk murid-murid membuat ulang
kaji subjek pada masa saya menggantikan kelas tersebut sebagai persediaan minggu
peperiksaan yang akan datang. Saya mendapati bahawa, terdapat segelintir murid
yang masih lagi belum mempunyai kesedaran untuk belajar. malah ada yang langsung
tidak menunjukkan usaha untuk mengulang kaji.
Analisis Yang Difokuskan
Masalah ini dikenal pasti apabila semasa sesi ulang kaji, saya mendapati bahawa
murid tidak mahu membuka langsung apatah lagi menjalankan perbincangan. Saya
mendapati bahawa, murid tersebut sememangnya memang tidak berminat untuk
mengulang kaji subjek pada waktu tersebut. Oleh yang demikian, saya juga meminta
murid itu tadi mengulang kaji tajuk pembelajaran lain. Namun, tindakannya tetap sama.
Kajian Lampau (Literature Review) Terhadap Isu (Pengalaman tau Kajian
Lepas)
Menurut Glasser, kebebasan perlu diberikan kepada murid bersesuaian dengan
keupayaan murid tersebut (Haliza Hamzah & Joy Nesamalar Samuel, 2016).
Cadangan dan Idea Penyelesaian Masalah
Sebagai guru ganti, guru perlulah memberi sedikit kelonggaran dan kebebasan kepada
murid untuk mengulang kaji pelajaran. Sebagai contoh, murid diberi kebebasan untuk
mengulang kaji mana-mana subjek yang diminati. Sekurang-kurangnya murid juga
dapat meningkatkan penguasaan atau pemahaman terhadap subjek tersebut.
Tempoh Masa Penyelesaian
1 hari
Tindakan Susulan
Jika murid masih lagi tidak menunjukkan respond yang memuaskan, guru perlulah
bijak mengatur aktiviti di dalam kelas di samping mengulang kaji bersama-sama. Hal
ini kerana, murid pastinya lebih sukakan aktiviti yang melibatkan pergerakan fizikal.
Oleh yang demikian, secara tidak langsung murid dapat mempelajari sesuatu daripada
aktiviti yang dijalankan.
Rujukan
Haliza Hamzah & Joy Nesamalar Samuel (2016). Pengurusan Bilik Darjah dan
Tingkah Laku. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd

Anda mungkin juga menyukai