Anda di halaman 1dari 93

PENGGUNAAN APLIKASI THE FIRST WAHYU SAGA DALAM

MEMBANTU MURID TAHUN TIGA MENGINGATI


PERISTIWA WAHYU PERTAMA

MUHAMAD NAIM BIN ABU BAKAR

PISMP Pendidikan Islam Pendidikan Rendah


Ambilan Jun 2016

INSTITUT PENDIDIKAN GURU


KAMPUS BATU LINTANG

MEI 2020
PENGGUNAAN APLIKASI THE FIRST WAHYU SAGA DALAM MEMBANTU
MURID TAHUN TIGA MENGINGATI PERISTIWA WAHYU PERTAMA

MUHAMAD NAIM BIN ABU BAKAR

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi


sabahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian
Pendidikan Islam Pendidikan Rendah

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BATU LINTANG

MEI 2020

i
PENGESAHAN

Saya akui bahawa saya telah membaca laporan penyelidikan


ini dan pada pandangan saya karya ini telah memadai dari segi
skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana
Muda Perguruan dengan Kepujian

Pendidikan Islam Pendidikan Rendah

Tandatangan : .....................................................................................

Nama Penyelia : Ustazah Dr Sharifah Fatimah Binti Wan Jamel

Tarikh : .....................................................................................

ii
PENGAKUAN

Saya akui kajian ini ialah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan
dan ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan : .....................................................................................

Nama Penyelidik : Muhamad Naim Bin Abu Bakar

Tarikh : .................................................................................

iii
DEDIKASI

Kepada ayahanda yang dikasihi Allah Ta’ala,


Abu Bakar Bin Saad,
Yang sentiasa menyumbang keringat dan .
Bonda yang dicintai keranaNya,
Hasnah Binti Man
Mendengar suaramu saja sudah cukup membuatkanku bersemangat
untuk terus berlari dan tidak henti mencintaimu.
Adik-beradik yang disayangi keranaNya,
Fatimah, Mohd Yasin, Nor Azli
Pensyarah penyelia yang sentiasa memberikan bimbingan serta dorongan,
Ustazah Dr Sharifah Fatimah Binti Wan Jamel.
Para pensyarah IPG Kampus Batu Lintang yang disanjungi dan dihormati,
Juga buat sahabat-sahabat perjuangan Penagaryllis yang disayangi,
PISMP Pendidikan Islam 2016,
Kumpulan PISMP Ambilan JUN 2016,
Rakan taulan yang sentiasa mendoakanku,
Terima kasih atas sokongan & iringan doa kalian yang sentiasa menguatkan
diri ini,
Jazakumullahu khairan kathiira atas segalanya.

iv
PENGHARGAAN

Alhamdulillah dengan izin Allah, saya bersyukur dapat menyiapkan


laporan kajian tindakan ini. Selawat dan salam ke atas Rasul junjungan mulia,
Rasulullah SAW. Pada kesempatan ini, saya mengambil peluang untuk
merakamkan penghargaan yang tidak terhingga dan ucapan jutaan terima kasih
kepada pensyarah penyelia saya, Ustazah Dr Sharifah Fatimah Binti Wan Jamel
atas bimbingan yang diberikan, saya dapat menghasilkan sebuah laporan kajian
tindakan dengan sangat baik ini.
Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada keluarga tersayang yang tidak
putus-putus memberikan sokongan dan dorongan yang berterusan dari kejauhan
sepanjang tempoh empat tahun saya menyambung pengajian di peringkat Ijazah
Sarjana Muda ini. Seterusnya, kepada sahabat-sahabat yang telah banyak
membantu sepanjang proses menyiapkan kajian ini, ribuan terima kasih atas
bantuan dan kerjasama baik yang telah diberikan.
Tidak lupa kepada teman seperjuangan PISMP Pendidikan Islam Jun 2016
yang sentiasa komited membantu saya dalam usaha menyiapkan laporan akhir
kajian tindakan ini.Tidak ketinggalan penghargaan buat semua yang terlibat
secara langsung atau tidak dalam membantu saya menyiapkan tugasan ini. Allah
jualah yang layak membalas jasa baik kalian atas pertolongan itu. Sekian, terima
kasih.

v
ABSTRAK

Isu murid tidak dapat mengingati fakta-fakta yang terdapat dalam bidang Sirah walaupun telah
diberikan penerangan yang mudah serta ringkas merupakan isu yang perlu ditangani. Bagi
mencapai objektif pembelajaran, murid perlu mengingati kisah Peristiwa Wahyu Pertama. Oleh
itu, kajian ini bertujuan untuk membantu murid dalam mengingati Peristiwa Wahyu Pertama. Ia
juga bertujuan untuk menarik minat murid dalam mempelajari topik Peristiwa Wahyu Pertama
dalam subjek Pendidikan Islam. Kajian ini rnelibatkan pengkaji sendiri sebagai guru dan empat
orang peserta kajian Tahun Tiga yang telah dilaksanakan di Sekolah Kebangsaan DAKE, Kuching.
Aplikasi The First Wahyu Saga digunakan untuk kajian ini. Ia berasaskan lagu, kuiz dan
permainan. Kaedah pemerhatian, temu bual, dan analisis dokumen digunakan untuk mengumpul
data kajian. Data disemak menggunakan kaedah triangulasi data. Hasil kajian mendapati Aplikasi
The First Wahyu Saga berjaya membantu murid untuk mengingati Peristiwa Wahyu Pertama serta
menambah minat mereka untuk mempelajari tajuk tersebut. Pada masa akan datang saya akan
menggunakan aplikasi ini untuk membantu murid dalam mengingati kandungan pelajaran
terutamanya yang berkaitan dengan memahami perjalanan peristiwa yang berlaku yang
memerlukan fokus dan daya ingatan yang tinggi untuk menguasainya.

Kata kunci: The First Wahyu Saga, Aplikasi, Peristiwa Wahyu Pertama, Lagu, Quiz, Permainan

vi
ABSTRACT

The issue of students cannot remember the facts contained in the topic of Peristiwa Wahyu
Pertama, eventhough being given a simple and concise description is an issue that needs to be
addressed. In order to achieve the learning objective, students need to remember the story of
Peristiwa Wahyu Pertama. Therfore, this intervention aims to help students remember ‘Peristiwa
Wahyu Pertama’. This intervention is also intended to interest students in studying the topic of
‘Peristiwa Wahyu Pertama’ in the subject of Islamic Education. This intervention involved a teacher
and four participants which were conducted at ‘Sekolah Kebangsaan DAKE, Kuching’. This
application is based on song, quizzes and game. Throughout the course of the intervention,
observation methods, interviews, and document analysis were used to gather the data. Then, the
data is analyzed using triangulation method. The study found that ‘The First Wahyu Saga’
application successfully helped students remember ‘Peristiwa Wahyu Pertama’ and increased
their interest in learning the topic Peristiwa Wahyu Pertama. In the future I will use this application
to help students remember the content of lessons especially related to understanding the journey
of events that require high focus and memory to master them.

Keywords: ‘The First Wahyu Saga’, Aplication, ‘Peristiwa Wahyu Pertama’, Song, Quizzes, Game

vii
KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT


PENGESAHAN ii
PENGAKUAN iii
DEDIKASI iv
PENGHARGAAN v
ABSTRAK vi
ABSTRACT vii
KANDUNGAN viii
SENARAI JADUAL x
SENARAI RAJAH xi
SENARAI LAMPIRAN xii
SENARAI SINGKATAN xiii

1.0 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan dan konteks
1
1.2 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran
2

2.0 FOKUS KAJIAN


2.1 Pemilihan Fokus Kajian 5
2.2 Pengumpulan Data Awal 7
2.3 Tindakan 11

3.0 OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN


3.1 Objektif Kajian 21
3.2 Soalan Kajian 21

4.0 PESERTA KAJIAN 22

viii
5.0 PELAKSANAAN KAJIAN
5 1 Langkah-Langkah Tindakan 24
5.2 Kaedah Mengumpul Data 27
5.3 Cara Menganalisis Data 31
5.4 Cara Manyemak Data 35

6.0 DAPATAN KAJIAN


6.1 Soalan 1 37
6.1.1 Analisis Dokumen(Ujian Bertulis) 38
6.1.2 Analisis Dokumen(Borang Soal Selidik) 45
6.1.3 Analisis Dokumen(Ujian Lisan) 47
6.2 Soalan 2 50
6.2.1 Analisis Transkrip Temubual 50
6.2.2 Analisis Pemerhatian 53

7.0 REFLEKSI
7.1 Refleksi Dapatan 58
7.1.1 Implikasi Terhadap Peserta Kajian 58
7.1.2 Implikasi Terhadap Amalan Kendiri 59
7.1.3 Implikasi Terhadap Kurikulum 60
7.2 Refleksi Pembelajaran Kendiri 61
7.2.1 Amalan Profesion Guru 61
7.2.2 Amalan Sebagai Guru Pendidikan Islam 63
7.2.3 Amalan Sebagai Penyelidik 64

8.0 CADANGAN TINDAKAN SUSULAN 65

RUJUKAN

LAMPIRAN

ix
SENARAI JADUAL

MUKA SURAT
Jadual 1 : Perancangan Pelaksanaan Kajian 15
Jadual 2 : Fokus Aplikasi The First Wahyu Saga 18
Jadual 3 : Ciri-Ciri Peserta Kajian 23
Jadual 4 : Keputusan Ujian Bertulis Sebelum Tindakan 39
dan Ujian Bertulis Selepas Tindakan Peserta-
Peserta Kajian
Jadual 5 : Keputusan Senarai Semak Ujian Lisan Sebelum 48
Tindakan dan Ujian Lisan Selepas Tindakan
Jadual 6 : Peratus Markah Ujian Lisan 48
Jadual 7 : Rumusan Dapatan Kajian 56

x
SENARAI RAJAH

MUKA SURAT
Rajah 1 : Contoh jawapan murid SK DAKE sebelum 9
tindakan dijalankan
Rajah 2 : Model Penyelidikan Tindakan Kemmis dan Mc 12
Taggart (1988)
Rajah 3 : Proses Model Penyelidikan Tindakan Kemmis 13
dan Mc Taggart (1988)
Rajah 4 : Contoh penerangan 17
Rajah 5 : Peserta kajian menggunakan Aplikasi The First 25
Wahyu Saga
Rajah 6 : Aktiviti permainan sebagai pengukuhan 26
Rajah 7 : Triangulasi Data 35
Rajah 8 : Perbandingan Skor Ujian Bertulis Sebelum 40
Tindakan Dengan Ujian Bertulis Selepas
Tindakan
Rajah 9 : Skor Fawwaz dalam Ujian Sebelum Tindakan 41
dan Ujian Selepas Tindakan yang Dilakukan
Rajah 10 : Skor Faiz dalam Ujian Sebelum Tindakan dan 42
Ujian Selepas Tindakan yang Dilakukan.
Rajah 11 : Skor Danish dalam Ujian Sebelum Tindakan 43
dan Ujian Selepas Tindakan yang Dilakukan
Rajah 12 : Skor Afifah dalam Ujian Sebelum Tindakan dan 44
Ujian Selepas Tindakan yang Dilakukan
Rajah 13 : Jawapan Soal Selidik Peserta Kajian 46
Rajah 14 : Perbandingan Skor Ujian Lisan Sebelum 49
Tindakan Dengan Ujian Lisan Selepas
Tindakan

xi
Rajah 15 : Transkrip Temu Bual Bersama Guru 51
Pembimbing
Rajah 16 : Transkrip Temu Bual Bersama Peserta Kajian 52
(Faiz)
Rajah 17 : Nota lapangan selepas tindakan dijalankan. 54

xii
SENARAI LAMPIRAN

Lampiran 1 : Borang Soal Selidik


Lampiran 2 : Senarai Semak Ujian Lisan Sebelum Tindakan Dan
Selepas Tindakan
Lampiran 3 : Ujian Pra Peristiwa Wahyu Pertama
Lampiran 4 : Ujian Pos Peristiwa Wahyu Pertama
Lampiran 5 : Surat Kebenaran Melaksanakan Kajian

xiii
SENARAI SINGKATAN

PdPc Pengajaran Dan Pemudahcaraan


FPK Falsafah Pendidikan Kebangsaan
TMK Teknologi Maklumat dan Komunikasi
SWT Subhanahu Wa Taala
BBM Bahan bantu mengajar
SK Sekolah Kebangsaan
KSSR Kurikulum Standard Sekolah Rendah
RPH Rancangan Pengajaran Harian
PISMP Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan

xiv
1.0 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan dan Konteks

Para pendidik melaksanakan pengajaran serta tugas-tugas yang berkait

dengan pendidikan berpandukan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Guru

seharusnya sedar bahawa tugas mereka bukan sekadar menyampaikan ilmu

kepada murid semata-mata, bahkan mereka juga membentuk peribadi seseorang

murid. Asmawati Suhid (2009) berpendapat, guru kini diharapkan dapat

memainkan peranan yang lebih besar dan utama dalam menentukan pencapaian

objektif pendidikan negara di mana Pendidikan Islam kini berperanan sebagai

pengasas kepada kecemerlangan generasi masa depan. Ini bertepatan dengan

penekanan konsep ilmu Imam aI-Ghazali iaitu aksiologi, epistemologi serta

ontologi yang perlu dikuasai oleh murid Muslim.

Penyelidikan tindakan ini terhasil daripada pelaksanaan internship yang

pengkaji jalani di Sekolah Kebangsaan (SK) DAKE (bukan nama sebenar).

Sekolah ini memiliki 520 pelajar lelaki dan 540 pelajar perempuan yang

menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1080 orang serta mempunyai

seramai 51 orang guru. Internship ini telah dijalankan selama empat minggu di

mana pengkaji telah mengajar subjek Pendidikan Islam Tahun 3 Unggul (bukan

nama sebenar). Jumlah murid di dalam kelas tersebut adalah seramai 35 orang

iaitu 18 murid perempuan dan 17 murid lelaki. Murid-murid ini mempunyai aras

pengetahuan yang pelbagai dan ada di antaranya adalah pada tahap sederhana

dan lemah.

1
1.1 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran

Sepanjang internship, pengkaji telah melaksanakan aktiviti pengajaran

bagi bidang Sirah dan topiknya ialah Peristiwa Wahyu Pertama. Pengkaji telah

menggunakan kaedah penerangan secara tradisional. Kaedah pengkaji

berpusatkan guru semata-mata dan tidak memasukkan elemen Teknologi

Maklumat serta Komunikasi (TMK). Mohd Zuri Ghani dan Aznan Che Ahmad

(2015) berpendapat, guru memainkan peranan penting untuk meningkatkan

proses memproses maklumat secepat mungkin seperti membuat aktiviti

membanding, menganalisis, mengelas dan sebagainya. Hal ini kerana, antara

kecekapan abad ke-21 ini adalah murid mampu berfikir secara kritis,

berkolaborasi dengan rakan-rakan serta dapat menyelesaikan masalah.

Masalah yang paling ketara dalam kalangan murid kelas tersebut adalah

terdapat murid yang tidak dapat membaca jawi dengan baik. Ini amat

menyukarkan mereka membaca isi pelajaran di dalam buku teks serta buku kerja

kerana kesemua isi pelajaran adalah dalam tulisan jawi. Mereka tidak dapat

mengenal huruf jawi dan memerlukan tunjuk ajar daripada guru sepenuhnya

kerana di dalam kelas tersebut mempunyai beberapa orang murid yang

mempunyai keupayaan yang terhad dalam membaca huruf jawi. Untuk mengatasi

masalah tersebut, pengkaji telah membina bahan bantu mengajar dalam tulisan

rumi. Walaupun begitu, pengkaji perlu membimbing mereka untuk membaca

sehingga mereka lancar dalam membaca tulisan rumi. Semasa sesi pengajaran,

murid-murid memerlukan pengulangan mengenai topik Peristiwa Wahyu Pertama

kerana pengulangan dapat membantu murid untuk mengingat dengan lebih cepat.

2
Sulaiman Masri (2005) berpandangan, kegiatan pembelajaran yang

berulang-ulang meningkatkan kefahaman dan ingatan. Pendekatan ini

disarankan oleh Imam Ghazali di dalam kitab Qawa’id al-‘Aqa’id, iaitu salah satu

fasal yang terdapat di dalam kitab Ihya’ ‘Ulum al-Din. Semasa pengkaji mengajar

topik Peristiwa Wahyu Pertama, kebanyakkan murid didapati kerap terkeliru

dengan susunan-susunan yang terdapat dalam topik Peristiwa Wahyu Pertama

walaupun telah diberikan penerangan yang mudah serta ringkas. Bagi mencapai

objektif pengajaran, murid hanya perlu mengingati kisah Penurunan Peristiwa

Wahyu Pertama. Namun begitu, murid hiperaktif tidak dapat memberikan

kerjasama yang baik kerana fokus mereka hanya bertahan selama beberapa

minit sahaja.

Pengawalan kelas bukanlah mudah kerana terdapat segelintir murid

hiperaktif bertindak dengan mengganggu rakan-rakan mereka yang lain semasa

sesi pembelajaran berlangsung. Hal ini kerana, terdapat beberapa murid lain

telah mengganggu konsentrasi murid tersebut dengan membuat bising.

Akibatnya, suasana kelas menjadi tidak terkawal dan pembelajaran tidak dapat

diteruskan kerana masa dihabiskan untuk mengawal keadaan kelas sahaja. Ang

J.J.E (2014) berpandangan, suasana bilik darjah yang tidak terkawal akan

mempengaruhi suasana disiplin dan pencapaian akademik sesebuah sekolah.

Terdapat juga murid lemah yang memerlukan perhatian pengkaji kerana

dia tidak dapat menjawab soalan yang ditanyakan kepadanya. Roslina Abdul

Wahid dan Azimah Bukhari (2016) berpendapat, mereka didapati mempunyai

keupayaan yang terhad terutamanya ketika mempelajari sesuatu yang baharu.

3
Hal ini menyebabkan mereka mudah hilang tumpuan serta sukar untuk

mengekalkan daya ingatan. Permasalahan murid ini tidak tertumpu kepada tahun

tiga sahaja malah kelas tahun lima yang telah pengkaji kendalikan sepanjang

tempoh internship itu juga mengalami masalah yang sama. Mereka tidak dapat

menjawab dengan baik kerana mereka bergantung kepada guru untuk

menterjemahkan tulisan jawi kepada rumi di dalam buku teks tersebut. Hal ini

sejajar dengan pendapat Fatimah Rajak (2016), ramai dalam kalangan murid

Islam mempelajari pelajaran Jawi tetapi tidak dapat menguasai pembacaan dan

penulisan Jawi.

Masalah ini membawa kesan kepada pembelajaran Pendidikan Islam

sekolah rendah kerana buku teks dicetak sepenuhnya dalam tulisan Jawi. Secara

keseluruhannya, sesi pengajaran pengkaji adalah baik namun perlu diperbaiki

lagi mutu pengajaran dengan mempelbagaikan kaedah pengajaran supaya murid

menunjukkan minat dalam subjek Pendidikan Islam seperti memasukkan unsur

TMK serta didik hibur bersesuaian dengan pendapat Suhaimin (2017), didik hibur

dapat mengurangkan tahap kebimbangan dan ketakutan murid terhadap guru.

Secara kesimpulannya, pelaksanaan kajian ini menjadikan pengkaji bakal

guru yang fleksibel serta inovatif dalam mengatasi masalah murid dalam

pengajaran dan pembelajaran. Harapan pengkaji terhadap kajian ini adalah

mampu untuk membantu murid serta dapat dikembangkan seiring dengan

Wawasan 2020 menepati dengan tujuan dan matlamat kurikulum diperkenalkan

di negara kita. Melalui kajian ini juga diharapkan pencapaian dan penguasaan

murid dalam kemahiran tertentu dapat ditingkatkan.

4
2.0 FOKUS KAJIAN

2.1 Pemilihan Fokus Kajian

Secara amnya, pendekatan pelajaran dalam setiap bahagian dalam mata

pelajaran Pendidikan Islam tidak terikat atau tertumpu kepada satu kaedah

pengajaran sahaja. Pelbagai kaedah boleh dilaksanakan mengikut

pengkhususan tajuk-tajuk tertentu. Memandangkan pelajaran sirah ini amat

penting dalam menanam sifat kecintaan para pelajar terhadap Rasulullah S.A.W

dan para sahabat maka perkara ini tidak boleh dianggap remeh oleh guru dalam

mengajar bidang Sirah. Bidang Sirah ini juga boleh menerapkan akhlak para

tokoh dan ilmuan Islam yang boleh dicontohi oleh murid (Misnan, 2012). Oleh itu,

kajian tindakan ini dilakukan bagi mengenal pasti masalah yang dihadapi serta

mengemukakan cadangan dan penambahbaikkan bagi mencapai matlamat

pengajaran dalam bidang Sirah ini.

Kajian yang dijalankan adalah berfokuskan kepada topik Peristiwa Wahyu

Pertama. Penciptaan Aplikasi The First Wahyu Saga adalah untuk mencapai

objektif pengajaran sebelum ini supaya sesi pengajaran akan bertambah menarik.

Unsur humor akan menjadikan basil pembelajaran lebih bermakna kepada murid

di mana guru perlu menggunakan bahasa yang menzahirkan perasaan lucu,

penggunaan grafik seperti kartun dan bahasa tubuh yang boleh menimbulkan

suasana yang menyeronokkan kepada murid (Abdul Rasid Jamian dan Hasmah

Ismail. 2013) Walaupun pengkaji telah mengesan banyak masalah yang dihadapi

5
oleh murid, namun pengkaji ingin memfokuskan kajian ini kepada Peristiwa

Wahyu Pertama sahaja.

Sepanjang sesi PdPc, pengkaji mendapati murid mengalami kesukaran

untuk mengingat Peristiwa Wahyu Pertama. Oleh itu, antara alternatif yang cuba

pengkaji cadangkan ialah menggunakan inovasi The First Wahyu Saga dalam

membantu murid tahun tiga mengingati Peristiwa Wahyu Pertama serta

menambah nilai dan menaik taraf kualiti pengajaran dan pembelajaran dalam

bidang sirah ini di dalam bilik darjah. Terdapat tiga kriteria pemilihan fokus kajian

yang pengkaji telah pilih untuk kajian tindakan ini.

2.1.1 Kebolehtadbiran

Kebolehtadbiran bermaksud aplikasi atau bahan pengajaran tersebut

dapat dibina serta dilaksanakan dengan mudah. Pengkaji mencipta Aplikasi The

First Wahyu Saga dengan menggunakan perisian Powerpoint sahaja dan dapat

dijalankan di sekolah bandar atau luar bandar kerana tidak menggunakan Internet

untuk dilaksanakan di dalam bilik darjah. Ini tidak akan menjadi satu masalah

khususnya sekolah luar bandar untuk menikmati Pembetajaran Abad ke-21 (PAK-

21).

2.1.2 Kepentingan

Kepentingan bermaksud aplikasi yang dibina mempunyai kegunaannya

yang tersendiri. Misalnya, Aplikasi The First Wahyu Saga dapat membantu murid

belajar dengan berkesan. Dengan penggunaan teknologi, elemen belajar sambil

bermain dapat diterapkan dalam pengajaran supaya murid dapat melibatkan diri

6
dalam bilik darjah. Misalnya, nyanyian dapat merangsang psikomotor murid

supaya sentiasa berkembang dan tidak duduk sahaja mendengar penerangan

guru.

2.1.3 Kebolehgunaan

Elemen kebolehgunaan merupakan elemen yang perlu dititikberatkan

semasa pembinaan aplikasi digital atau bahan bantu mengajar (BBM),

KeboIehgunaan bermaksud bahan ini boleh digunakan di mana-mana sahaja

tanpa mengira tempat dan masa. Aplikasi The First Wahyu Saga mempunyai

elemen tersebut kerana ianya dapat digunakan di semua sekolah kebangsaan

mahupun sekolah jenis kebangsaan kerana pembinaannya amat mudah dan

tidak memerlukan kos yang tinggi kepada pengguna. Selain itu, aplikasi ini juga

dapat diaplikasikan pada topik atau tajuk selain daripada bidang Sirah seperti

Akhlak mahupun lbadah. Ini bererti bahan ini bersifat universal yang mana dapat

diterima dalam mana-mana tajuk pembelajaran.

2.2 Pengumpulan Data Awal

Proses pengumpulan data adalah penting kerana melibatkan di mana dan

bagaimana data hendak di kumpul, membuat pemerhatian terrhadap sesuatu,

merekod, mengumpul, memilih, mengasingkan data dan memahami bila data

tersebut akan digunakan. Proses ini mempunyai perkaitan dan pengkaji perlu

sentiasa merujuk kepada persoalan dan objektif kajian. Abdul Rahman Abdul

Majid (2007) berpendapat, walaupun pengkaji boleh mengutip seberapa banyak

data yang diperlukan namun adalah dinasihatkan supaya tidak terlalu banyak

masa dihabiskan dam urusan ini lebih-lebih lagi jika mencipta sendiri instrumen-
7
instrumen pengukur. Pengumpulan data awal ini adalah penting untuk

menghasilkan intervensi bagi membantu meningkatkan kefahaman terhadap

topik atau bidang yang dipelajari.

2.2.1 Pemerhatian

Pemerhatian merupakan satu kaedah memerhati, mencatat serta merekod

perkara mahupun tingkahlaku bidang yang ingin dikaji. Dengan melakukan

pemerhatian. penyelidik mendapat gambaran dan persepsi yang tepat mengenai

maklumat yang dikumpul. Antara kebaikan dalam melakukan kaedah ini adalah

data pemerhatian mengandungi maklumat yang lebih terperinci tentang sesuatu

kumpulan atau situasi yang membolehkan penyelidk memahami dengan Iebih

mendalam terhadap bidang yang dikaji tersebut.

Elemen yang pengkaji gunakan dalam pemerhatian ini adalah

pengetahuan murid terhadap topik Peristiwa Wahyu Pertama, respon yang

diberikan oleh murid yang lemah serta interaksi mereka sesama rakan ketika sesi

PdPc berlangsung. Perkara ini penting untuk diperhatikan kerana ini akan

menggambarkan pengetahuan sedia ada murid. Murid yang lemah pula akan

menurut jawapan yang diberikan oleh murid-murid yang pandai meskipun

jawapan tersebut adalah tidak betul. Mereka juga tidak dapat menyatakan

Peristiwa Wahyu Pertama dengan tepat. Jadi pengkaji dapat menyimpulkan

bahawa ada dalam kalangan murid di dalam kelas tersebut tidak dapat

mengingati dan memahami topik ini.

8
2.2.2 Analisis Dokumen

Pengumpulan data melalui analisis dokumen dipilih untuk mendapatkan

maklumat yang relevan kepada isu atau masalah kajian (Kamarul Azmi Jasmi,

2012). Analisis dokumen juga dapat membantu memahami sesuatu konsep atau

mendapatkan teorl pengetahuan baru serta dapat menyumbang kepada

pembinaan kerangka pelaksanaan metodologi lain seperti temu bual dan

pemerhatian. Untuk itu. pengkaji telah melaksanakan analisis dokumen dalam

mendapatkan data awal sebelum melaksanakan tindakan. Dokumen-dokumen

yang pertu dianalisis adalah lembaran kerja murid yang dihantar setelah selesai

sesi pembelajaren.

Aspek yang ditekankan semasa membuat analisis dokumen ini adalah

murid dapat menjawab soalan dengan betul bertepatan dengan arahan yang

diminta. Namun didapati segelintir murid-murid tidak dapat mengingati Peristiwa

Wahyu Pertama dengan betul setelah semakan latihan dibuat. Mereka juga keliru

dengan istilah-istilah dan susunan-susunan yang terdapat dalam kisah Wahyu

Pertama. Rajah 1 berikut menunjukkan contoh jawapan murid yang telah selesai

disemak.

9
Faiz Danish

5/30 8/30

Rajah 1: Contoh jawapan murid SK DAKE sebelum tindakan dijalankan

Berdasarkan Rajah 1, terdapat dua orang murid lelaki. Kedua-dua orang

murid ini tidak mendapat markah penuh dan dikategorikan sebagai murid yang

lemah. Danish (bukan nama sebenar). hanya mendapat lapan markah daripada

30 markah. Manakala Faiz (bukan nama sebenar) pula mendapat lima markah

sahaja.

2.2.3 Temu Bual

Temu bual melibatkan perbualan antara penyelidik atau pengkaji dengan

subjek kajian bertujuan untuk mendapatkan data yang tepat serta relevan. Melalui

kaedah ini, data yang diperoleh daripada pemerhatian dapat diperkukuh dan

dilengkapkan. Pada sesi PdPc yang seterusnya, pengkaji menguji aras

pengetahuan murid yang sedia ada dengan memberikan mereka soalan

10
mengenai topik Peristiwa Wahyu Pertama. Aspek yang diambil kira adalah

keadaan murid menerima maklum balas soalan yang diberikan serta sejauh mana

murid menguasai topik tersebut.

Kebanyakkan daripada mereka hanyalah menjongket bahu dan

menggeleng-gelengkan kepala menandakan mereka tidak berapa pasti dengan

jawapan yang diberikan. Oleh itu, pengkaji menjalankan sesi temu bual bersama-

sama dengan mereka supaya pengkaji dapat mengetahui permasalahan

sepanjang sesi PdPc yang timbul. Berdasarkan sesi temu bual yang dijalankan,

pengkaji mendapati bahawa murid-murid susah untuk mengingati topik Peristiwa

Wahyu Pertama. Mereka lebh menggemari bidang Akhlak kerana mereka hanya

perlu faham dari segi konsep asas sahaja berbanding perlu menghafal fakta.

Pengkaji juga kerap bertanya kepada mereka secara berulang-ulang kali

adakah mereka yakin dengan jawapan yang diberikan. Kebanyakkan daripada

murid menukar jawapan mereka walaupun pada awalnya mereka dapat

menjawab dengan tepat. Hal ini jelas menunjukkan bahawa murid-murid belum

dapat menguasai konsep dan memahami sepenuhnya Peristiwa Wahyu Pertama.

Oleh itu. pengkaji telah mendapat idea untuk menghasilkan satu aplikasi daripada

perisian Powerpoint yang mengandungi lagu, kuiz dan permainan video bagi

mengingati Peristiwa Wahyu Pertama iaitu Aplikasi The First Wahyu Saga.

Aplikasi The First Wahyu Saga juga boleh diaplikasikan sebagai BBM kerana

pembinaannya amat sesuai untuk murid-murid sekolah rendah.

11
2.3 TINDAKAN

2.3.1 Model Penyelidikan Kemmis dan Mctaggart (1988)

Semasa pembinaan Aplikasi The First Wahyu Saga, pengkaji telah

menggunakan Model Penyelidikan Kemmis dan Mc Taggart (1988). R.J Fisher

(2006) berpendapat, penyelidikan tindakan sering dipersembahkan sebagai

proses kitaran berulang iaitu perancangan, tindakan, penilaian dan

penambahbaikan. Kemmis dan Mc Taggart (1988) telah membentangkan

lingkaran penyelidikan tindakan ini.

Rajah 2: Model Penyelidikan Tindakan Kemmis dan Mc Taggart (1988)

12
Model ini merupakan model yang biasa digunakan datam menjalankan

kajian tindakan serta mempunyai empat elemen utama iaitu merancang,

bertindak, memerhati dan mereflek. Kemmis dan Mc Taggart (1988) berpendapat,

bagi sesetengah kumpulan yang sudah merancang tindakan, mereka boleh

memulakan langkah pertama seperti mana yang dikemukakan oleh Model Kurt

Lewin. Walau bagaimanapun mereka berpendapat bahawa kebanyakan

kumpulan akan memulakan peringkat awal refleksi bagi membuat tinjauan awal

terhadap sesuatu situasi sebagai asas untuk merancang dan bertindak.

Bagi melaksanakan kajian ini, pengkaji telah melaksanakan satu kitaran

untuk memastikan objektif pembelajaran tercapai dengan berkesan. Tujuan

kitaran-kitaran ini dilakukan adalah untuk memastikan penambahbaikan aplikasi

digital yang telah pengkaji bina bersesuaian dengan masalah yang dihadapi oleh

murid.

2.3.2 Kitaran

Pengkaji telah melaksanakan satu kitaran sahaja bagi mengatasi masalah

murid untuk mengingati topik Peristiwa Wahyu Pertama. Kitaran yang telah

pengkaji jalankan adalah seperti Rajah 3 berikut.

13
Rajah 3: Proses Model Penyelidikan Tindakan Kemmis dan Mc Taggart (1988)

Berdasarkan Rajah 3, terdapat empat langkah semasa pengkaji

menjalankan kajian berpandukan model ini iaitu merancang, tindakan, memerhati

dan mereflek. Langkah-langkah ini berpandukan Proses Penyelidikan Tindakan

Kemmis dan Mc Taggart (1988). Ini penting untuk memudahkan pengkaji

menjalankan kajian dengan sistematik. Berikut adalah langkah-langkah

sepanjang pengkaji melaksanakan kajian.

i. Peringkat Merancang

Pengkaji telah menggunakan instrumen ujian lisan, temu bual, soal selidik

serta analisis dokumen bagi mengumpul masalah yang timbul sepanjang sesi

pengajaran. Ini bertujuan supaya pengkaji dapat menganalisis topik yang menjadi

kesukaran untuk murid tahun tiga. Kebanyakkan murid agak sukar mengingati

topik Peristiwa Wahyu Pertama kerana mereka menganggap tajuk ini mempunyai

banyak komponen yang perlu untuk dihafal. Pengkaji juga mengumpul segala
14
maklumat yang diperlukan untuk memastikan kajian ini benar-benar kukuh dari

segi pengumpulan data. Ujian Lisan Sebelum Tindakan dan Ujian Bertulis

Sebelum Tindakan telah pengkaji jalankan kepada murid untuk menguji sejauh

manakah kefahaman murid dalam topik Peristiwa Wahyu Pertama. Analisis

seperti ini diperlukan supaya pengkaji benar-benar yakin bahawa murid memang

mengalami masalah di dalam topik ini.

Untuk itu, pengkaji merancang untuk menggunakan perisian Powerpoint

sebagai medium penghasilan Aplikasi The First Wahyu Saga dan memastikan

bahan ini dibina bertepatan dengan sukatan kurikulum serta sesuai dengan

keadaan murid. Rasullulah S.A.W. juga merancang sebelum melancarkan

peperangan ke alas kaum Musyrikin Mekah dalam peristiwa Perang Badar.

Baginda S.A.W mengutus Ali bin Abu Talib, Zubir al-Awwam dan Saad bin Abi

Waqqas bersama orang lain ke Badar untuk mengumpulkan maklumat terbaru

mengenai musuh mereka. Ini membolehkan baginda mengagak jumlah tentera

musuh dengan tepat.

Sebelum pengkaji melaksanakan kajian tindakan ini. pengkaji

menyediakan jadual pelaksanaan kajian bagi menyiapkan kajian secara

sistematik. Perancangan kajian amatlah penting supaya kerja yang dilakukan

adalah teratur dan terarah dan objektif yang ingin dicapai sepanjang pelaksanaan

kajian akan terlaksana. Jadual 1 di bawah menunjukkan jadual pelaksanaan

kajian semasa melengkapkan kajian tindakan ini.

15
Jadual 1
Perancangan Pelaksanaan Kajian

Tarikh Proses Pelaksanaan Kajian


Minggu 1 Mengenalpasti masalah sesi pengajaran dan
24 - 28 Februari pembelajaran serta menjalankan sesi perbincangan
bersama guru pembimbing berkaitan dengan peserta
kajian yang akan dipilih. Menjalankan data awal seperti
melakukan pemerhatian, analisis dokumen iaitu
lembaran kerja serta temu bual bersama-sama peserta
kajian semasa sesi pembelajaran di dalam bilik darjah.
Merancang pelan susulan kajian.
Minggu 2 Memulakan kajian tindakan dengan memberi latihan
2 - 6 Mac awal kepada peserta kajian serta memberi pendedahan
berkaitan Aplikasi The First Wahyu Saga yang bakal
ditunjukkan. Menjalankan tindakan menggunakan
Aplikasi The First Wahyu Saga kepada peserta kajian
serta membuat pemerhatian bagi melihat
perkembangan murid sepanjang penggunaan Aplikasi
The First Wahyu Saga.
Minggu 3 Menjalankan temu bual bersama peserta kajian dan
9 - 13 Mac guru pembimbing mengenai tindakan yang dijalankan.
Mendapatkan maklum balas daripada guru pebimbing
dan peserta kajian.
Minggu 4 Membuat pengumpulan serta penyusunan data yang
23 - 27 Mac telah dikutip. Membandingkan serta membuat analisis
supaya kesesuaian data yang dikutip selaras dengan
tajuk kajian.

Berdasarkan Jadual 1, perancangan pelaksanaan kajian ini telah pengkaji

buat sebelum menjalani internship lagi. lni membolehkan pengkaji dapat mencari

ruang serta masa yang sesuai untuk melengkapkan kajian semasa di sekolah.

Hal ini kerana, kekangan yang berlaku seperti program-program sekolah pada

waktu pengajaran dan pembelajaran amat mengganggu pengkaji dalam

16
menyiapkan kajian. Oleh itu, pengkaji perlu bertindak pantas supaya data-data

yang pengkaji perlukan semasa internship terlaksana dengan jayanya.

ii. Peringkat Tindakan

Pengkaji telah melaksanakan tindakan dengan memberi Ujian Lisan

Sebelum Tindakan serta Ujian Bertulis Sebelum Tindakan kepada peserta kajian

yang telah difokuskan iaitu sebanyak empat orang, tiga peserta lelaki dan

seorang peserta perempuan. Ujian lisan tersebut memerlukan murid menjawab

soalan-soalan yang diajukan secara rawak manakala ujian bertulis tersebut

memerlukan murid menjawab lembaran kerja yang telah disediakan secara

bertulis. Tambahan pula. melalui ujian tersebut pengkaji dapat menilai kebolehan

serta kemahiran yang terdapat pada peserta kajian pengkaji ketika peringkat awal

kajian dijalankan.

Pengkaji menggunakan Aplikasi The First Wahyu Saga yang dilengkapi

dengan penerangan, lagu, kuiz serta permainan video sebagai aktiviti

pengukuhan dalam membantu peserta kajian untuk mengingati topik Peristiwa

Wahyu Pertama. Sebelum itu, pengkaji telah memberikan sedikit taklimat

sebelum memulakan pelaksanaan kajian dengan menggunakan bahasa yang

mudah difahami dalam proses penyampaian maklumat. Yahya Othman (2005)

berpendapat, guru bukan sahaja menguasai ilmu bahkan melengkapkan dengan

kemahiran yang baik dan berkesan. Berikut adalah langkah-langkah semasa

pengkaji menjalankan tindakan ini.

Pada peringkat tindakan ini, pengkaji telah memberikan penerangan

kepada peserta kajian iaitu menceritakan satu persatu bagaimana Peristiwa


17
Wahyu Pertama ini berlaku berbantukan staid. Sebagai contoh, pengkaji

menceritakan apakah itu Jabal an-Nur, “Jabal An-Nur itu ialah gunung yang

terletak 3.2 kilometer dari Mekah. Keadaannya berbatu, berpasir dan kering. Di

puncak Jabal An-Nur terletaknya Gua Hira. Sebelum Nabi Muhammad S.A.W

diisytiharkan sebagai Nabi. Nabi Muhammad S.A.W sering ke Gua Hira untuk

beribadah. Nabi Muhammad S.A.W sabar walaupun pendakiannya agak

mencabar. Di situlah Nabi Muhammad S.A.W menerima wahyu pertama”.

Rajah 4: Contoh penerangan

Setiap daripada kisah-kisah Peristiwa Wahyu Pertama terdiri daripada

latar belakang, kartun serta warna yang berbeza bagi menarik perhatian murid.

Penggunaan warna yang terang dan menarik amat membantu murid kekal fokus

semasa sesi pembelajaran. Hal ini kerana, murid lebih tertarik dengan slaid yang

berwarna-warni berbanding satu warna sahaja. Wama juga berperanan untuk


18
membantu murid mengingati sesuatu topik dengan berkesan serta dapat

mengelakkan murid daripada bosan melihat latar betakang serta kartun yang

sama sahaja. Setiap staid juga dilengkapi dengan audio untuk menambahkan

elemen seronok serta fokus murid untuk terus belajar. Jadual 2 di bawah

menunjukkan fokus yang terdapat dalam aplikasi ini.

Jadual 2
Fokus Aplikasi The First Wahyu Saga
Fokus Catatan

Nota penerangan peristiwa wahyu


pertama berbentuk dialog.

Lagu yang mudah dihafal.

Quiz peristiwa wahyu pertama sebagai


latihan pengukuhan

Permainan video ‘Sirah Game’


berkosepkan belajar sambil bermain.

Guru perlulah menggunakan kaedah atau teknik pedagogi yang

bersesuaian dengan keadaan mahupun situasi murid di dalam bilik darjah. Ini

adalah untuk memastikan murid dapat memahami sesuatu topik dengan

berkesan. Pendapat ini disokong oleh Abdul Rahman Abdul Majid Khan (2015),

19
setiap kaedah pengajaran melibatkan perancangan, alat mengajar bersesuaian,

bahan yang selaras dengan kebolehan murid, serta aktiviti yang dapat menarik

perhatian murid. Oleh itu, penggunaan Aplikasi The First Wahyu Saga ini

diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran supaya murid lebih

fokus di dalam bilik darjah.

iii. Peringkat Memerhati

Peringkat ini memerlukan pengkaji untuk melihat sama ada peserta kajian

dapat bertindak balas kepada penerangan, lagu serta kuiz yang diberikan dengan

sempuma. Penilaian melalui pemerhatian ini dapat membantu pengkaji

khususnya sebagai seorang guru mendapat keberkesanan aspek kognitif,

psikomotor dan sosial murid secara menyeluruh. Peringkat ini juga memerlukan

pengkaji dalam mengumpul data dari aspek penelitian borang temu bual

mahupun penganalisisan dokumen. Tujuan data-data sebegini dikumpul adalah

sebagai pengukuhan serta pengesahan kepada refleksi sesi pengajaran dan

pembelajaran yang telah pengkaji laksanakan.

Pengkaji juga perlu melihat kepada perubahan peserta kajian sepanjang

pembelajaran menggunakan elemen didik hibur ini. Pengkaji menjalankan temu

bual, soal selidik, Ujian Lisan Selepas Tindakan serta Ujian Bertulis Selepas

Tindakan kepada mereka untuk memastikan mereka benar-benar faham topik

yang diajar. Instrumen ini diperlukan untuk mengetahui kekuatan, kelemahan

mahupun cadangan penambahbaikan bagi bahan pengajaran yang telah pengkaji

bina. Secara keseluruhannya, peserta-peserta kajian yang terlibat dapat memberi

20
respon yang baik sepanjang penggunaan lagu tersebut. Tidak lupa juga, pengkaji

mengambil peluang ini untuk mengumpul data sepanjang kajian dijalankan.

iv. Peringkat Mereflek

Refleksi adalah suatu peringkat di mana bahan tersebut memerlukan

penambahbaikan untuk sesi akan datang. Pengkaji telah membuat refleksi

setelah selesai membuat pengumpulan data. Hasilnya, pengkaji mendapati

bahawa penggunaan Aplikasi The First Wahyu Saga ini membantu murid dalam

mengingati topik Peristiwa Wahyu Pertama sekiranya aplikasi tersebut dimainkan

secara berulang kali. Peringkat refleksi ini amatlah penting dalam membentuk

keperibadian pengkaji khususnya untuk menjadi bakal guru yang cemerlang dan

tidak mudah berputus asa suatu hari nanti.

Antara teori pembelajaran yang telah menjadi asas kepada tindakan

pengkaji menghasilkan aplikasi ini adalah Teori Behaviourisme Thomdike.

Thorndike menekankan bahawa kanak-kanak memerlukan hukum latihan iaitu

latihan hafalan sebagai latih tubi untuk mempercepatkan proses ingatan. Hukum

latihan merupakan kekuatan hubungan antara stimulus serta respon diiringi

dengan ganjaran (Ugi Suprayogi, 2007).

21
3.0 OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN

3.1 Objektif Kajian

Dalam kajian saya ini, terdapat beberapa objektif yang perlu dicapai pada akhir

kajian pengkaji. Antara objektif yang ditetapkan oleh kajian pengkaji:

i. Murid dapat mengingati Peristiwa Wahyu Pertama dengan betul melalui

Aplikasi The First Wahyu Saga.

ii. Menarik minat murid untuk mempelajari Peristiwa Wahyu Pertama melalui

Aplikasi The First Wahyu Saga.

3.2 Soalan Kajian

Soalan kajian yang akan saya jalankan ini adalah seperti berikut:

i. Adakah penggunaan Aplikasi The First Wahyu Saga dapat membantu

murid mengingati Peristiwa Wahyu Pertama dengan betul?

ii. Adakah penggunaan Aplikasi The First Wahyu Saga mampu menarik

minat murid untuk mempelajari Peristiwa Wahyu Pertama?

22
4.0 PESERTA KAJIAN

Kajian pengkaji merujuk kepada murid Tahun 3 Unggul (bukan nama

sebenar) di SK DAKE (bukan nama sebenar). Terdapat 35 orang murid yang

terdiri daripada bangsa Melayu yang beragama Islam menjadi sasaran untuk

kajian pengkaji. Pengkaji memfokuskan sebanyak empat orang murid iaitu tiga

orang murid lelaki dan seorang murid perempuan yang berusia dalam lingkungan

sembilan tahun sebagai peserta kajian. Mereka adalah Fawwaz (bukan nama

sebenar), Faiz (bukan nama sebenar), Danish (bukan nama sebenar) dan Afifah

(bukan nama sebenar).

Secara keseluruhannya, mereka mempunyai pencapaian akademik yang

berada pada tahap yang lemah. Keempat-empat mereka dapat menulis rumi

dengan baik namun mengalami masalah dalam menulis Jawi. Justeru,

pembinaan Aplikasi The First Wahyu Saga di dalam Bahasa Melayu amat

membantu mereka untuk memahami topik Peristiwa Wahyu Pertama.

Fawwaz dan Faiz (bukan nama sebenar) merupakan murid aktif manakala

Danish dan Afifah (bukan nama sebenar) pula pasif di dalam kelas. Mereka juga

mengikuti sesi persekolahan pada waktu pagi dan ibu bapa mereka menghantar

mereka ke sekolah setiap hari dengan menaiki kereta. Berdasarkan temu bual

yang telah pengkaji jalankan ke atas keempat-keempat peserta kajian ini, ibu

bapa mereka kebanyakkannya berpendapatan sederhana. Pengkaji telah

ringkaskan gaya pembelajaran murid dalam jadual yang berikut.

23
Jadual 3

Ciri-Ciri Peserta Kajian

Peserta Kajian Ciri-Ciri


Fawwaz Merupakan seorang yang aktif di dalam kelas serta
bersedia menjawab soalan yang diberikan. Merupakan
murid yang lemah dalam membaca tulisan jawi dan
memerlukan bantuan guru untuk membaca. Sentiasa
berusaha melibatkan diri dalam menyiapkan tugasan
yang diberi. Dia sentiasa ceria dan mudah didekati oleh
rakan-rakan.
Faiz Merupakan murid yang aktif di dalam kelas. Namun
begitu, tahap bacaan jawi masih sederhana. Seorang
yang rajin membantu rakan-rakan dalam menyiapkan
tugasan yang diberi dan suka melibatkan diri apa sahaja
aktiviti di dalam kelas.
Danish Merupakan murid yang pasif di dalam kelas namun
apabila diberikan sesuatu tugasan, dia akan
melakukannya dengan sepenuh hati. Merupakan murid
yang dapat membaca, mengeja dan menulis tulisan rumi
dengan baik. Sentiasa cuba membantu rakan-rakannya
yang memerlukan bantuan.
Afifah Merupakan murid yang pasif dan pendiam. Dia sangat
rajin bertanya kepada guru berkaitan soalan yang tidak
difahami sekiranya guru datang ke arahnya. Merupakan
murid yang sederhana dalam membaca tulisan jawi
namun dia tidak cepat berputus asa dan rajin berusaha.

24
5.0 PELAKSANAAN KAJIAN

5.1 Langkah-Langkah Tindakan

Sebelum menjalankan sesi PdPc menggunakan Aplikasi The First Wahyu

Saga, pengkaji melaksanakan ujian lisan, ujian bertulis, sesi pemerhatian, serta

temu bual bagi melihat prestasi awal peserta kajian berkaitan dengan topik

Peristiwa Wahyu Pertama. Setelah mengenal pasti masalah peserta kajian, maka

pengkaji telah mengambil inisiatif untuk menyelesaikan masalah ini. Untuk

mengatasi masalah mund tidak dapat mengingati dan memahami topik Peristiwa

Wahyu Pertama dengan baik maka pengkaji telah melakukan satu aktiviti di

dalam bilik darjah.

Aplikasi The First Wahyu Saga merupakan salah satu BBM yang

berkonsepkan lagu, kuiz dan permainan video yang mempunyai latar belakang

warna serta animasi kartun yang menarik. Tidak lupa juga, aplikasi ini

mengandungi latihan pengukuhan di mana peserta kajian dapat merangsang

minda mereka setelah puas mengulangkaji. Peserta kajian juga disajikan dengan

permainan video untuk memupuk minat mereka terhadap topik ini. Untuk itu,

pengkaji telah menjalani beberapa proses iaitu:

i. Menjelaskan fungsi Aplikasi The First Wahyu Saga serta memberi

panduan bagaimana untuk menggunakannya semasa aktiviti dijalankan.

Pengkaji telah memberi makluman kepada peserta kajian mengenai

fungsi-fungsi yang terdapat di dalam Aplikasi The First Wahyu Saga serta

bagaimana kaedah untuk menggunakan aplikasi ini sebelum pengkaji

25
memulakan sesi pengajaran dan pembelajaran memandangkan pengkaji

membina bahan ini menggunakan Microsoft Powerpoint. Semasa pengkaji

membuat penerangan, pengkaji akan memastikan para peserta kajian

mendengar arahan pengkaji dengan teliti supaya tidak berlaku salah faham.

Rajah 5: Peserta kajian menggunakan Aplikasi The First Wahyu Saga

ii. Melakukan aktiviti kuiz serta permainan video sebagai latihan

pengukuhan setelah menggunakan Aplikasi The First Wahyu Saga.

Apabila peserta kajian telah faham berkaitan dengan topik Peristiwa

Wahyu Pertama, maka pengkaji telah mengadakan satu aktiviti kuiz dan

permainan video sebagai latihan pengukuhan. Sebelum itu, pengkaji akan

memastikan bahawa mereka dapat menyanyi dengan baik serta menjawab

soalan yang diberikan untuk mara ke peringkat seterusnya. Hal ini kerana, kuiz

tersebut bertujuan untuk menguji kemampuan peserta kajian dalam mengingati

topik Peristiwa Wahyu Pertama dan pengkaji tidak mahu mereka leka hendak

bermain tetapi apabila ditanya tentang topik tersebut. mereka tidak mendapat

apa-apa.

26
Berdasarkan pemerhatian pengkaji, kelihatan peserta kajian sangat

seronok bermain Permainan ‘Sirah Game’ di mana mereka akan mengumpul

Golden Points. Setiap permainan akan bermula apabila peserta kajian menekan

butang Start. Kemudian, peserta kajian mulakan permainan pada petak

permulaan. Peserta kajian akan cuba melalui labirin untuk mencari Golden Points

sambil mengelak halangan yang disediakan. Sebelum mereka mendapat Golden

Points mereka perlu menjawab teka-teki Sirah. Peserta kajian dapat mencari

Golden Points seterusnya apabila mereka berjaya menjawab teka-teki sirah.

Peserta kajian perlu mencari sepuluh Golden Points kesemuanya untuk

berjaya dalam permainan ini. Peserta kajian menjawab teka-teki sirah mengenai

topik Peristiwa Wahyu Pertama dengan bersungguh-sungguh untuk mengumpul

Golden Points. Mereka juga meminta untuk melakukan permainan ini dengan

lebih lama. Jadi, pengkaji akan meminta mereka membuat beberapa pusingan

supaya setiap orang daripada mereka akan dapat bermain. Permainan ini juga

dapat mengukuhkan pemahaman peserta kajian serta pengetahuan mereka

terhadap kajian ini

Rajah 6: Aktiviti permainan sebagai pengukuhan


27
Sepanjang aktiviti ini dilakukan, pengkaji telah mengadakan Ujian Lisan

Selepas Tindakan dan Ujian Bertulis Selepas Tindakan bagi melihat

perkembangan peserta kajian mengenai topik yang dikaji. Sebelum itu, pengkaji

telah mengadakan sesi temu bual bersama mereka untuk mengetahui sejauh

manakah bahan ini membantu mereka dalam proses pembelajaran.

Kebanyakkan mereka memberi respons yang positif yang mana pembelajaran

menggunakan bahan interaktif ini amat menyeronokkan. Oleh itu, pengkaji dapat

menyimpulkan bahawa elemen didik hibur amat diperlukan untuk sesi pengajaran

dan pembelajaran yang berkesan. Untuk menganalisis data seterusnya, pengkaji

telah menggunakan ujian lisan serta ujian bertulis selepas tindakan dilakukan. Ini

bertujuan untuk melihat pencapaian serta prestasi akhir peserta kajian.

5.2 Kaedah Mengumpul Data

Pengkaji telah menggunakan beberapa kaedah dalam proses mengumpul

data untuk memastikan keberkesanan hasil kajian. Kaedah pengumpulan data ini

adalah penting kerana ianya sebagai pengesahan kajian yang telah pengkaji

lakukan. Pengkaji juga dapat mengetahui tahap kesukaran topik ini dalam

kalangan peserta kajian.

5.2.1 Temu Bual

Pengkaji telah menjalankan temu bual dalam menyempurnakan kajian ini.

Hal ini kerana, temu bual merupakan kaedah yang mudah dilakukan di sekolah

bersama-sama peserta kajian mengenai fokus kajian. Aziz Yahaya et.al. (2006)

berpendapat, ramai responden yang lebih gemar ditemu bual ataupun memberi

reaksi secara lisan daripada menulis jawapan mereka. Oleh itu, untuk
28
mendapatkan hasil kajian serta maklumat yang tepat mengenai penguasaan

sesuatu topik yang diajar, pengkaji telah menemu bual peserta-peserta kajian dan

seorang guru pembimbing Pendidikan Islam. Sebelum menjalankan sesi temu

bual, pengkaji telah menyediakan empat soalan terbuka untuk diberikan kepada

peserta-peserta kajian serta guru pebimbing tersebut. Soalan-soalan ini

membantu dalam mendapatkan gambaran awaI tentang pemahaman mereka

tentang kajian pengkaji.

Selain itu, tindakan pengkaji menemu bual guru pembimbing tersebut

adalah untuk mendapatkan pendapat dan maklum balas mengenai kajian yang

bakal dijalankan. Melaluinya, pengkaji dapat menggali maklumat yang mungkin

di luar jangkaan mengenai konsep yang difahami oleh peserta kajian pada ketika

itu. Hasil daripada temu bual tersebut pengkaji dapat merumuskan tahap

pemahaman murid dalam sesuatu pembeIajaran. Pengkaji mencatatkan isi-isi

penting daripada temu bual tersebut untuk dianalisis dan sebagai bukti ianya telah

dilaksanakan.

5.2.2 Pemerhatian

Ishak Mad Shah (2002) berpendapat, kaedah ini mengandungi prosedur

yang memerlukan pengkaji memerhati dan merekod secara sistematik tingkah

laku peserta kajian dalam keadaan yang semula jadi. Kaedah pemerhatian juga

boleh dilakukan sebagai pengukuhan kepada temu bual yang dibuat dalam

mendapatkan maklumat. Pemerhatian ini terbahagi kepada dua jenis iaitu

pemerhatian secara berstruktur dan pemerhatian tidak berstruktur.

29
Pemerhatian secara berstruktur merupakan pemerhatlan yang

mengandungi item-item yang perlu dikenalpasti terlebih dahulu. Manakala

pemerhatian secara tidak berstruktur adalah pemerhatian menyeluruh tentang

situasi yang berlaku. Untuk melengkapkan kajian ini, pengkaji telah melakukan

pemerhatian secara tidak berstruktur terhadap peserta-peserta kajian pengkaji

semasa sesi PdPc berlangsung serta penglibatan mereka secara penuh semasa

aktiviti di dalam bilik darjah.

Tidak lupa juga, pengkaji melakukan pemerhatian dari aspek sebelum,

semasa dan selepas kajian dijalankan ke atas mereka. Melaluinya, pengkaji

dapat mengenalpasti bahagian-bahagian tertentu yang belum dikuasai oleh

murid-murid. Jadi, tidak dinafikan bahawa kaedah pemerhatian ini banyak

membantu pengkaji dalam mengutip data dan maklumat berkaitan prestasi murid

secara tidak langsung. Segala pemerhatian yang dilihat akan pengkaji catatkan

di dalam nota lapangan supaya pengkaji tidak terlepas pandang data-data yang

diambil.

5.2.3 Soal Selidik

Pengkaji juga menjalankan soal selidik atau maklum batas kepada

peserta-peserta kajian pengkaji untuk mengetahui cara dan kaedah pengajaran

pengkaji memberi impak yang positif kepada mereka. Soal selidik ini diperlukan

kerana adakalanya pengkaji tidak dapat memerhati secara terus melalui kaedah

pemerhatian. Untuk itu. pengkaji telah menyediakan borang soal selidik yang

dilengkapi dengan pelbagai instrumen seperti pengetahuan, pengalaman,

kemahiran serta cadangan penambahbaikan.

30
Sebelum mengisi borang soal selidik ini, pengkaji memberikan sedikit

taklimat kepada mereka supaya mereka faham akan arahan yang diminta dan

menjawab dengan jujur. Ini adalah penting untuk memastikan kajian pengkaji

berjaya dilaksanakan.

5.2.4 Ujian Sebelum Tindakan dan Ujian Selepas Tindakan

Sebagai pengukuran terhadap kemahiran dan penguasaan topik Peristiwa

Wahyu Pertama bagi peserta-peserta kajian, pengkaji telah menjalankan ujian

lisan dan ujian bertulis. Ujian Sebelum Tindakan adalah ujian yang dilaksanakan

sebelum pengkaji melaksanakan kajian terhadap mereka secara bertulis. Ujian

ini dilaksanakan kepada empat orang peserta kajian yang telah pengkaji fokuskan

iaitu murid-murid yang lemah dalam penguasaan topik Malaikat. Ujian ini dirangka

oleh pengkaji sendiri bersesuaian dengan Kurlkulum Standard Sekolah Rendah

(KSSR) yang mana soalannya mempunyai tiga aras kesukaran iaitu mudah,

sederhana dan sukar.

Seterusnya, Ujian Selepas Tindakan pula adalah ujian yang dilaksanakan

oleh pengkaji selepas kajian tindakan dibuat secara bertulis. Ini bertujuan untuk

menilai sejauh manakah Aplikasi The First Wahyu Saga ini dapat mengekalkan

ingatan murid dalam jangka masa panjang. Ujian Selepas Tindakan ini sedikit

berlainan dengan Ujian Sebelum Tindakan kerana reka bentuk soalannya sedikit

berbeza dari segi susunan tetapi kandungannya soalannya masih sama. Ujian ini

dibina berbeza dari reka bentuk soalannya adalah untuk memastikan ujian

tersebut mempunyai kebolehpercayaan dan juga kesahan.

31
Ujian lisan dibuat adalah kerana pengkaji ingin mendapatkan maklumat

yang tepat terhadap pemahaman peserta kajian mengenai topik Malaikat kerana

ujian bertulis adakalanya tidak menepati prestasi dan tahap penguasaan sebenar

peserta kajian terhadap topik yang difokuskan. Oleh itu, ujian lisan perlu dilakukan

kerana memerlukan pengkaji mendengar respon dan jawapan yang diberikan

oleh peserta kajian.

5.3 Cara Menganalisis Data

Setelah data mentah seperti data temu bual, pemerhatian, soal selidik

ujian lisan dan juga ujian bertulis berjaya dikutip maka pengkaji perlu melakukan

analisis data serta menghuraikan hasil data tersebut. Analisis data adalah

merupakan satu kaedah untuk mengawal dan mempersembahkan data secara

prosedur yang statik. Kepentingan dalam menganalisis data adalah pengkaji

dapat memberikan data kepada bentuk yang lebih bermakna serta data yang

diambil dapat dikira.

5.3.1 Temu Bual

Sepanjang proses temu bual dilaksanakan, pengkaji akan meneliti dengan

baik kandungan yang ingin disampaikan oleh peserta-peserta kajian serta guru

pembimbing yang telah pengkaji pilih supaya kesahan data dapat diwujudkan.

Sebelum itu, pengkaji akan membuat senarai semak siapakah individu yang akan

ditemu bual bagi melengkapkan kajian pengkaji ini supaya pengkaji tidak akan

membuat kesilapan seterusnya membazir masa kerana tempoh berada di

sekolah adalah sangat singkat. Segala temu bual yang berlaku telah pengkaji

rekodkan ke dalam bentuk rakaman sebelum ditranskripkan dan diterjemahkan


32
untuk mendapatkan analisis hasil kajian. Rakaman amat penting untuk didengar

secara berulang kali bagi memastikan pengkaji tidak tertinggal apa-apa isi penting

sebelum pengkaji melakukan analisis. Isi kandungan temu bual yang telah

pengkaji analisis bagi menjawab persoalan kajian akan dihuraikan dengan lebih

lanjut serta terperinci dalam bentuk penulisan.

5.3.2 Pemerhatian

Pengkaji telah melakukan pemerhatian secara tidak berstruktur dalam

mengumpul data. Untuk menganalisis data ini, pengkaji mencatatkan segala

perkembangan murid dalam sesi PdPc di dalam ruangan refleksi Rancangan

Pengajaran Harian (RPH) dan catatan nota lapangan. Melalui ruangan tersebut,

pengkaji dapat mengenalpasti masalah-masalah yang mengganggu kelancaran

PdPc pengkaji. Oleh itu, pengkaji akan cuba membuat penambahbaikan yang

sesuai supaya masalah ini tidak berlaku lagi. Pengkaji juga mencatatkan

masalah-masalah yang berlaku supaya dapat membina satu kaedah yang

menepati dan bersesuaian.

5.3.3 Soal Selidik

Setiap jawapan yang diberikan oleh peserta-peserta kajian akan dianalisis

berdasarkan borang-borang soal selidik telah pengkaji berikan kepada mereka.

Soal selidik tersebut mempunyai sepuluh soalan yang perlu dijawab mengenai

topik Peristiwa Wahyu Pertama. Apabila mereka telah siap menjawabnya, maka

pengkaji akan merekodkan serta menyimpan jawapan mereka untuk rujukan

kajian pengkaji kelak. Adalah penting untuk pengkaji melakukan penganalisan

data bagi mencapai kesahan sesuatu kajian.


33
5.3.4 Ujian Sebelum Tindakan Dan Ujian Selepas Tindakan

5.3.4.1 Ujian sebelum Tindakan

Pengkaji telah menyediakan Ujian Sebelum Tindakan iaitu sebanyak 15

item soalan di dalam ujian tersebut. Setiap soalan berkaitan denan topik Peristiwa

Wahyu Pertama. Satu soalan yang betul akan dikira dua markah. Setelah selesai

ujian dilakukan, maka pengkaji akan menganalisis markah peserta-peserta kajian.

Markah penuh bagi ujian ini adalah sebanyak 100%.

5.3.4.2 Ujian Selepas Tindakan

Ujian Selepas Tindakan dilaksanakan pada peringkat akhir kajian. Soalan

yang diberikan adalah sama dari segi bilangan soalan namun berbeza dari segi

reka bentuk soalan. Setelah mereka selesai melakukan ujian, pengkaji akan terus

melakukan analisis markah. Markah penuh bagi item ini juga sebanyak 100%.

Hasil analisis markah dipersembahkan dalam bentuk jadual dan graf di mana

jadual tersebut merangkumi peserta kajian, jumlah skor, peratus markah Ujian

Sebelum Tindakan, peratus markah Ujian Selepas Tindakan dan purata peratus

peningkatan setiap peserta kajian. Skor pula merujuk kepada setiap jawapan

betul daripada 15 item soalan manakala peratus markah adalah peratus bagi

setiap jawapan yang betul. Untuk itu, pengkaji telah melakukan pengiraan di

bawah seperti berikut.

34
Peratus markah = Jumlah jawapan yang betul x 2 (X)
___________________________ x 100%

Jumlah soalan x 2

Setelah peratus markah telah berjaya diperoleh pengkaji akan

mendapatkan peratus peningkatan iaitu perbezaan markah bagi setiap peserta

kajian ini. Proses pengiraan ini ditunjukkan di bawah seperti berikut.

Peratus Peningkatan = Peratus Ujian Selepas Tindakan – Peratus Ujian

Sebelum Tindakan

Seterusnya, pengkaji telah menggunakan min atau purata unutk

mendapatkan purata peratus peningkatan bagi semua peserta kajian tersebut.

Kaedah pengiraan dilakukan adalah seperti berikut.

Purata Peratus Peningkatan = Jumlah Peningkatan Peratus Peserta Kajian


___________________________________

Jumlah Peserta Kajian

35
5.4 Cara Menyemak Data

Merriem dalam Taylor dan Wallace (2007) berpendapat, triangulasi

merupakan salah satu kaedah yang boleh meningkatkan kebolehpercayaan

sesuatu penyelidikan kualitatif. Triangulasi terbahagi kepada tiga jenis iaitu

triangulasi masa, triangulasi metod dan triangulasi penyelidik. Triangulasi penting

untuk membezakan data yang tidak menepati kesahihannya dan data yang sah.

Sepanjang mengaplikasikannya, pengkaji menyedari bahawa triangulasi

bukan hanya meningkatkan kebolehpercayaan sesuatu penyelidikan kualitatif

sahaja tetapi ianya dapat mengesahkan data penyelidikan yang menggabungkan

kualitatif dan kuantitatif. Bagi menyemak data, pengkaji memilih kaedah

triangulasi data untuk kajian yang telah dilaksanakan. Rajah 7 menunjukkan

kaedah triangulasi data yang pengkaji gunakan bagi mencapai kesahan kajian

tindakan ini.

Rajah 7: Triangulasi Data


36
Bagi menguatkan kebolehpercayaan dan kesahan data kajian yang

diambil, triangulasi data pertama yang akan pengkaji lakukan adalah penelitian

dokumen. Ini bermaksud dokumen-dokumen seperti Ujian Sebelum Tindakan dan

Ujian Selepas Tindakan yang dilaksanakan secara bertulis mahupun lisan,

borang temu bual serta soal selidik akan dianalisis bersama. Tidak lupa juga,

pengkaji menggunakan data temu bual berdasarkan hasil temu bual pengkaji

bersama peserta kajian dan juga guru pebimbing sebagai triangulasi data.

Akhirnya, pengkaji turut mengambil data pemerhatian melalui refleksi RPH atau

catatan nota lapangan yang ditulis selepas selesai pengajaran.

37
6.0 DAPATAN KAJIAN

Setelah selesai menjalankan kajian, data-data yang diambil akan saya

susun serta analisis untuk menjawab persoalan kajian yang telah diutarakan pada

peringkat awal kajian. Antara soalan kajian yang telah dinyatakan pada kajian ini

adalah seperti berikut:

1. Adakah penggunaan Aplikasi The First Wahyu Saga dapat membantu

murid mengingati Peristiwa Wahyu Pertama dengan betul?

2. Adakah penggunaan Aplikasi The First Wahyu Saga mampu menarik

minat murid untuk mempelajari Peristiwa Wahyu Pertama?

6.1 Soalan Kajian 1

Adakah penggunaan Aplikasi The First Wahyu Saga dapat membantu murid

menguasai Peristiwa Wahyu Pertama dengan betul?

Berdasarkan kepada dapatan kajian yang telah dilakukan, penggunaan

Aplikasi The First Wahyu Saga ternyata berkesan seterusnya saya dapat

menambahbaik amalan pedagogi saya. Dapatan kajian yang digunakan dalam

mengukur keberkesanan ini adalah melalui analisis dokumen Ujian Lisan

Sebelum Tindakan, Ujian Lisan Selepas Tindakan, Ujian Bertulis Sebelum

Tindakan dan Ujian Bertulis Selepas Tindakan serta Borang Soal Selidik (Maklum

Balas).

38
6.1.1 Analisis Dokumen (Ujian Bertulis Sebelum Tindakan Dan Ujian Bertulis

Selepas Tindakan)

Semasa menjalankan kajlan ini, saya turut menggunakan anallsis

dokumen Ujian Bertulis Sebelum Tindakan dan Ujian Bertulls Selepas Tindakan.

Pelaksanaan ujlan ini adalah untuk menilai sejauh mana peningkatan kemahiran

mengingat peserta kajian bagi topik Peristiwa Wahyu Pertama dalam bentuk

penulisan. Bilangan soalan yang dibina adalah sebanyak lima belas soalan dan

topik yang diuji berkaitan dengan Peristiwa Wahyu Pertama. Bentuk soalan Ujian

Bertulis Sebelum Tindakan adalah sama dengan soalan Ujian Bertulis Selepas

Tindakan yang bertujuan menguji kefahaman murid dalam topik Peristiwa Wahyu

Pertama.

Ujian Bertulis Sebelum Tindakan dijalankan sebelum tindakan untuk

mengenal pasti tahap kefahaman murid. Ujian Bertulis Selepas Tindakan

dijalankan selepas tindakan untuk mengenal pasti perkembangan kefahaman

murid terhadap topik Peristiwa Wahyu Pertama. Soalan di dalam Ujian Bertulis

berbentuk subjektif di mana murid perlu menulis jawapan yang sesuai

berdasarkan kefahaman mereka. Markah penuh bagi ujian ini adalah sebanyak

tiga puluh markah. Jadual 4 berikut menunjukkan keputusan Ujian Bertulis

Sebelum Tindakan dan Ujian Bertulis Selepas Tindakan yang telah dicapai oleh

peserta kajian.

39
Jadual 4

Keputusan Ujian Bertulis Sebelum Tindakan dan Ujian Bertulls Selepas Tindakan
Peserta-Peserta Kajian

Peserta Ujian Sebelum Ujian Selepas Peratusan Purata


Kajian Tindakan Tindakan Peningkatan Peratusan
(Nama Skor Markah Skor Markah Markah (%) Peningkatan
Samaran) (x/30) (%) (x/30) (%) Markah (%)

Fawwaz 13/30 43 30/30 100 57

Faiz 5/30 17 30/30 100 83


66
Danish 8/30 27 29/30 97 70

Afifah 13/30 43 29/30 97 54

Berdasarkan Jadual 4 di atas, telah berlaku perubahan keputusan Ujian

Bertulls Sebelum Tindakan Dan Ujian Bertulis Selepas Tindakan bagi keempat-

empat peserta kajian. Secara rumusnya, peratus peningkatan mereka adalah

baik. Pada peringkat awal Ujian Bertulis Sebelum Tindakan, keempat-empat

mereka menunjukkan skor dan markah yang rendah iaitu masing-masing

memperoleh markah sebanyak 17%, 27% dan 43%. Namun setelah findakan

dilakukan, mereka berjaya menunjukkan prestasi yang cemerlang iaitu masing-

masing memperoleh 100% meskipun ada di antara mereka tidak mendapat

markah penuh iaitu Afifah dan Danish. Afifah dan Danish mencapai markah

sebanyak 97% sahaja. Ini melahirkan purata peratus peningkatan keempat-

empat peserta kajian saya sebanyak 66%.

40
PERBANDINGAN SKOR UJIAN BERTULIS SEBELUM
TINDAKAN DENGAN UJIAN BERTULIS SELEPAS TINDAKAN
35
30
25
20
15
10
5
0
Fawwaz Faiz Danish Afifah
Skor Ujian Bertulis Sebelum Tindakan Skor Ujian Bertulis Selepas Tindakan

Rajah 8: Perbandingan Skor Ujian Bertulis Sebelum Tindakan Dengan Ujian


Bertulis Selepas Tindakan

Berdasarkan Rajah 8 di atas, skor-skor antara peserta kajian telah

mengalami perbezaan setelah penggunaan Aplikasi The First Wahyu Saga datam

pengajaran Peristiwa Wahyu Pertama. Fawwaz mendapat 13 markah pada

peringkat awal ujian dan dia akhimya berjaya memperoleh 30 markah iaitu

markah penuh setelah tindakan dilakukan. Begitu juga dengan Faiz yang mana

hanya mencapai lima markah sahaja pada peringkat awal ujian. Setelah itu, dia

juga memperoleh markah penuh dalam soalan yang diberikan. Danish mendapat

lapan markah sahaja pada peringkat awal Ujian Bertulis Sebelum Tindakan.

Walaubagaimanapun, dia berjaya mencapai sebanyak 29 markah pada peringkat

akhir ujian. Ini merupakan pencapaian terbaik Danish kerana dia merupakan

antara murid yang lemah dalam kalangan kelasnya. Akhirnya, Afifah. Afifah

mendapat 13 markah bagi Ujian Bertulis Sebelum Tindakan dan dapat mencapai

29 markah bagi Ujian Bertulis Selepas Tindakan.


41
30
13

Fawwaz
Fawwaz

Ujian Sebelum Tindakan Ujian Selepas Tindakan

Rajah 9: Skor Fawwaz dalam Ujian Sebelum Tindakan dan Ujian Selepas
Tindakan yang Dilakukan

Perkembangan Fawwaz dapat dilihat dalam Ujian Bertulis Selepas

Tindakan di mana dia berjaya menjawab kesemua soalan dengan betul.

Peratusan peningkatan antara Ujian Bertulis Sebelum Tindakan dengan Ujian

Bertulis Selepas Tindakan yang dicapai olehnya adalah sebanyak 57%.

42
5 30

Faiz Faiz

Ujian Sebelum Tindakan Ujian Selepas Tindakan

Rajah 10: Skor Faiz dalam Ujian Sebelum Tindakan dan Ujian Selepas
Tindakan yang Dilakukan

Sebelum tindakan dijalankan, Faiz mampu mencapai sebanyak lima

markah sahaja pada Ujian Bertulis Sebelum Tindakan. Namun, setelah tindakan

dijalankan Faiz juga menunjukkan peningkatan apabila berjaya memperoleh

markah penuh daiam Ujian Bertulis Selepas Tindakan. Ini menjaclikan jumlah

markahnya adalah 100%. Peratusan peningkatan antara kedua-dua ujian

tersebut adalah sebanyak 83%.

43
29
8

Danish
Danish

Ujian Sebelum Tindakan Ujian Selepas Tindakan

Rajah 11: Skor Danish dalam Ujian Sebelum Tindakan dan Ujian Selepas
Tindakan yang Dilakukan

Berdasarkan Rajah 11, didapati Danish menunjukkan peningkatan yang

baik kerana pada Ujian Sebelum Tindakan, Danish hanya mampu mencapai

sebanyak lapan markah sahaja.. Namun, setelah tindakan dijalankan, Danish

berjaya memperoleh 29 markah pada Ujian Bertulis Selepas Tindakan. Peratusan

peningkatan Danish dalam kedua-dua ujian ini adalah 70%.

44
13 29

Afifah Afifah

Ujian Sebelum Tindakan Ujian Selepas Tindakan

Rajah 12: Skor Afifah dalam Ujian Sebelum Tindakan dan Ujian Selepas
Tindakan yang Dilakukan

Berdasarkan Rajah 12, Afifah juga menunjukkan peningkatan sama seperti

ketiga-tiga rakannya yang lain apabila dia mencapai 29 markah pada Ujian

Bertulis Selepas Tindakan yang dilakukan walaupun pada mulanya dia mendapat

13 markah sahaja. Peratusan peningkatan yang dicapai adalah 54%.

45
Berdasarkan keempat-empal rajah tersebut, amat jelas membuktikan

bahawa keempat-empat peserta kajian saya menunjukkan peningkatan yang baik

kesan daripada Aplikasi The First Wahyu Saga dalam sesi pengajaran. Hal dapat

ditunjukkan bahawa bahawa Fawwaz meningkat sebanyak 54%. Faiz sebanyak

83%, Danish sebanyak 70%, dan Afifah pula sebanyak 54%. Secara

kesimpulannya, penggunaan Aplikasi The First Wahyu Saga dapat

menggalakkan murid belajar dengan berkesan. Penggunaan bahan tersebut

dapat mewujudkan perkembangan yang positif dalam prestasi peserta-peserta

kajian saya. Data yang telah dianalisis ini secara tidak langsung menunjukkan

bahawa bahan interaktif ini dapat membantu murid dalam memahami Peristiwa

Wahyu Pertama dengan betul.

6.1.2 Analisis Dokumen (Borang Soal Selldlk)

Untuk mencapai objektif PdPc, saya telah mengedarkan borang soal

selidik kepada peserta-peserta kajian saya untuk mengetahui sejauh manakah

minat mereka dalam menyelami topik Peristiwa Wahyu Pertama melalul

penggunaan Aplikasi The First Wahyu Saga selepas tindakan dijalankan. Soalan

yang dibina adalah sangat mudah difahami oleh mereka kerana aras bahasa

yang digunakan adalah rendah. Soal selidlk ini mengandungi enam soalan yang

perlu dijawab oleh peserta kajian saya secara individu dan pilihan jawapan diberi

adalah berdasarkan ‘Ya’ atau ‘Tidak’ sahaja. Saya juga menerangkan kepada

mereka tentang rasional mengapa borang ini diberl semasa pelaksanaan kajian.

Rajah 13 menunjukkan jawapan soal selldik yang diberikan oleh mereka terhadap

kajian tindakan ini.

46
Fawwaz Faiz

Danish Afifah

Rajah 13: Jawapan Soal Selidik Peserta Kajian

47
Item yang difokuskan dalam soal selidik ini terbahagi kepada dua aspek

iaitu aspek kognitif dan aspek afektif. Kesemua peserta kajian saya memberi

jawapan Ya bahawa sememangnya aplikasi ini membantu mereka dalam

memahami Peristiwa Wahyu Pertama dengan betul. Hasil daripada jawapan yang

diberikan oleh mereka, maka jelaslah bahawa penggunaan Aplikasi The First

Wahyu Saga membantu kefahaman mereka dalam mengingati topik tersebut.

6.1.3 Analisis Dokumen (Ujian Lisan Sebelum Tindakan Dan Ujian Lisan

Selepas Tindakan)

Selain mengadakan Ujian Bertulis sebeium dan selepas menggunakan

Aplikasi The First Wahyu Saga, saya juga menggunakan ujian secara lisan bagi

menguji kefahaman murid sejauh mana mereka menguasai topik Peristiwa

Wahyu Pertama ini. Untuk itu, saya teiah menyediakan satu borang senarai

semak bagi mehhat pencapaian peserta kajian dalam Ujian Lisan Sebelum

Tindakan dan Ujian Lisan Selepas Kajian. Saya juga menganalisis borang

tersebut untuk melihat prestasi peserta kajian saya serta respon yang diberikan

oleh mereka dalam memberikan jawapan sepanjang soalan diajukan. Jadual 5

menunjukkan rumusan keputusan Ujian Lisan Sebelum Tindakan serta Ujian

Lisan Selepas Tindakan berpandukan data senarai semak yang telah dikumpul

sepanjang pelaksanaan kajian.

48
Jadual 5
Keputusan Senarai Semak Ujian Lisan Sebelum Tindakan dan Ujian Lisan
Selepas Tindakan
Bil Item soalan Peserta Kajian
Fawwaz Faiz Danish Afifah
Pra Pos Pra Pos Pra Pos Pra Pos
Murid dapat
menyatakan kisah
1 Jabal an-Nur dengan
betul / / x / x / / /
Murid dapat
menyatakan kisah
2 Penurunan Wahyu
Pertama dengan
tepat
x / x / x / x /
Murid dapat
menjelaskan kisah
3 Selepas Penurunan
Wahyu Pertama
dengan betul
x / x / x / x /

Jadual 6
Peratusan Markah Ujian Lisan Sebelum Tindakan Dan Ujian Lisan Selepas
Tindakan
Peserta Ujian Lisan Ujian Lisan Peratusan Purata
Kajian (Nama Sebelum Selepas Peningkatan Peratusan
Samaran) Tindakan (%) Tindakan (%) (%) Peningkatan (%)

Fawwaz 33 100 67
Faiz 13 100 87
74
Danish 17 93 76
Afifah 33 97 64

Berdasarkan Jadual 6, kebanyakkan peserta kajian tidak mencapai

markah penuh dalam Ujian Lisan Sebelum Tindakan. Pada item yang pertama,

hanya dua orang sahaja yang dapat menjawab dengan baik. Pada item yang
49
kedua dan ketiga, keempat-empat peserta kajian tidak dapat menjawab dengan

baik. Apabila tindakan dilakukan, kesemua peserta kajian berjaya menjawab

soalan yang diberikan dengan betul dengan mencapai purata peratusan

peningkatan sebanyak 74%.

PERBANDINGAN SKOR UJIAN LISAN SEBELUM TINDAKAN


DENGAN UJIAN LISAN SELEPAS TINDAKAN
120

100

80

60

40

20

0
Fawwaz Faiz Danish Afifah
Skor Ujian Lisan Sebelum Tindakan (%)
Skor Ujian Lisan Selepas Tindakan (%)

Rajah 14: Perbandingan Skor Ujian Lisan Sebelum Tindakan Dengan Ujian
Lisan Selepas Tindakan

Berdasarkan Rajah 14 di atas, penguasaan peserta kajian terhadap topik

Peristiwa Wahyu Pertama pada peringkat awal adalah lemah. Hanya dua orang

peserta kajian sahaja yang berjaya menjawab item pertama dalam Ujian Lisan

Sebelum Tindakan. Pada item yang kedua dan ketiga, kesemua peserta kajian
50
tidak dapat menjawab dengan baik dan menjadikan peratus ujian tersebut 0%.

Namun, setelah tindakan dilakukan, kesemua peserta kajian saya dapat

menjawab soalan dengan baik dan ini menunjukkan penggunaan Aplikasi The

First Wahyu Saga dapat membantu murid menguasai Peristiwa Wahyu Pertama.

6.2 Soalan 2

Adakah penggunaan Aplikasi The First Wahyu Saga mampu menarik minat

murid untuk mempelajari Peristiwa Wahyu Pertama?

Sebelum saya mengemukakan dapatan bagi persoalan kajian yang kedua,

ingin saya nyatakan bahawa keputusan Ujian Lisan Sebelum Tindakan, Ujian

Lisan Selepas Tindakan, Ujian Bertulis Sebelum Tindakan dan Ujian Bertulis

Selepas Tindakan yang telah dijalankan adalah sebagai bukti bahawa murid telah

berjaya menguasai topik Peristiwa Wahyu Pertama.

6.2.1 Analisis Transkrip Temu Bual

Selain menganalisis borang soal selidik. saya juga menjalankan temu bual

guru Pembimbing Pendidikan Islam, Ustazah Asna (bukan nama sebenar) serta

peserta-peserta kajian sepanjang tempoh pelaksanaan kajian berlangsung.

Ustazah Asna ada memerhati pengajaran saya bersama-sama peserta kajian

bagi membuktikan bahawa penggunaan aplikasi The First Wahyu Saga dapat

menambahbaik pedagogi PdPc bagi tajuk Peristiwa Wahyu Pertama dalam

matapelajaran Pendidikan Islam di sekolah.

51
6.2.1.1 Guru Pebimbing

Hasil analisis ini menunjukkan bahawa terdapat perubahan yang positif

daripada pelaksanaan kajian tindakan yang dijalankan. Temu bual ini dijalankan

pada sesi perjumpaan akhir bersama peserta kajian. Rajah 15 menunjukkan

transkrip temu bual bersama guru pembimbing pada 11 Mac 2020.

Saya : Apa pendapat ustazah tentang kajian Aplikasi The First


Wahyu Saga saya ini? Ustazah rasa sesuai tak untuk murid
memahami topik Peristiwa Wahyu Pertama.

Ustazah Ustazah rasa kajian awak sesuai sebab murid sukakan benda
Asna : yang berwarna-warni. Lepas itu, lagu pun mudah, Lagilah
murid senang nak ingat. Ustazah suka bahagian kuiz dan
permainan itu. Baguslah. Memang membantu jika mahu tarik
minat murid untuk belajar. Tidaklah murid bosan.

TB/GP/11032020

Rajah 15: Transkrip Temu Bual Bersama Guru Pembimbing

Berdasarkan analisis transkrip temu bual bersama guru pembimbing

dalam Rajah 5 di atas, jelaslah bahawa penggunaan Aplikasi The First Wahyu

Saga amat menarik perhatian murid dalam mempelajari Peristiwa Wahyu

Pertama. Beberapa isi penting membuktikan bahawa bahan tersebut dapat

memberi kesan yang positif dalam sesi PdPc murid bagi topik Peristiwa Wahyu

Pertama dalam subjek Pendidikan Islam di sekolah. Ustazah Asna menyatakan

bahawa penggunaan Aplikasi The First Wahyu Saga bagus untuk menarik fokus

murid pada sesi pembelajaran kerana terdapatnya lagu dan permainan untuk

membantu murid mengingat Peristiwa Wahyu Pertama.

52
Permainan dan kuiz pula dapat digunakan sebagai pengukuhan setelah

mereka selesai membuat ulangkaji mengenai topik tersebut. Aplikasi ini

mempunyai keistimewaannya kerana terdapat permainan video yang dirangka

oleh saya sendiri untuk membantu murid-murid mempelajari Peristiwa Wahyu

Pertama. Akhirnya, pembinaan bahan tersebut yang berwarna-warni serta

dilengkapi dengan unsur bunyi yang pelbagai menyebabkan murid suka

menggunakannya.

6.2.1.2 Peserta Kajian

Bagi mengukuhkan lagi pernyataan yang dikeluarkan oleh guru

pembimbing mengenai sebab murid minat dan tertarik dengan Aplikasi The First

Wahyu Saga, maka saya telah melakukan temu bual bersama salah seorang

peserta kajian. Rajah 16 menunjukkan transkrip temu bual bersama peserta

kajian pada 11 Mac 2020.

Pengkaji : Kitak rasa best sik pakey aplikasi ya? Kitak suka Ustaz
tulis di papan tulis ya atau kitak lebih suka Ustaz pakey
benda tok? Boleh Ustaz tauk kenak kitak suka benda ya?

Faiz : Kamek suka nangga benda tok Ustaz. Sebab benda tok
colourful. Boleh kamek main dengan kawan-kawan
kamek. Pasya, kamek boleh ingat kisah Wahyu Pertama.
Sebabnya ada lagu, ada quiz, ada, game. Pandai Ustaz
molah tok. Cepat sikit kamek ingat. Gambar-gambar ya
menarik. Kamek suka. Kelak, kamek mok main lagi.

TB/FAIZ/11032020
Rajah 16: Transkrip Temu Bual Bersama Peserta Kajian (Faiz)

53
Hasil temu bual bersama seorang peserta kajian iaitu Faiz (bukan nama

sebenar) dalam Rajah 16 telah membuktikan bahawa penggunaan Aplikasi The

First Wahyu Saga amat berguna kepadanya dalam mempelajari topik Peristiwa

Wahyu Pertama. Faiz menyatakan bahawa ianya dilengkapi dengan permainan

yang menarik perhatiannya untuk terus belajar sambil bermain. Seterusnya,

peserta kajian dapat mengingati Peristiwa Wahyu Pertama dengan mudah kerana

terdapat permainan(game) yang dicipta sesuai dengan aras kemampuan murid.

Ini menjadikan Faiz fokus semasa dalam pembelajaran.

EIemen-elemen penting di dalam aplikasi ini seperti penggunaan gambar

yang menarik serta unsur bunyi yang pelbagai dapat menimbulkan minat Faiz

untuk mempelajari topik Peristiwa Wahyu Pertama. Berdasarkan temu bual yang

telah dijalankan bersama guru pembimbing Pendidikan Islam serta peserta kajian,

teiah membuktikan bahawa penciptaan lagu, kuiz serta permainan(game) yang

terdapat di dalam aplikasi ini temyata berjaya menarik minat murid untuk belajar

berbanding kaedah tradisional seterusnya dapat meningkatkan minat murid

dalam mempelajari Peristiwa Wahyu Pertama.

6.2.2 Pemerhatian

Saya telah menjalankan pemerhatian di mana saya melakukan

pemerhatian tidak berstruktur untuk memerhati keadaan peserta-peserta kajian

saya sebelum, semasa dan selepas tindakan dilakukan. Pada minggu pertama

sesi PdPc, saya mendapati bahawa mereka menghadapi masalah untuk

menyatakan Peristiwa Wahyu Pertama dengan betul. Namun, apabila tindakan


54
telah dijalankan, mereka lebih bersemangat untuk memulakan pembelajaran

serta akan tertunggu-tunggu hari tersebut. Mereka juga yakin untuk menjawab

soatan-soalan yang diberi secara rawak. Rajah 17 berikut menunjukkan catatan

refleksi saya atau nota lapangan yang bertarikh 12 Mac 2020.

Tarikh : 12 Mac 2020


Masa : 10.20 pagi
Peserta kajian : Afifah
Tempat : Di kelas
Hasil :
pemerhatian
Saya bertanyakan soalan kepada Afifah apabila saya
bertemunya di dalam kelas mengenai Peristiwa Wahyu
Pertama. Saya melihat Afifah dapat menyatakan
Peristiwa Wahyu Pertama dengan baik. Apabila
ditanya, Afifah cuba untuk memberikan jawapan dan
dia tidak malu untuk bercakap. Dia juga memberitahu
saya bahawa mengingati Peristiwa Wahyu Pertama
tidaklah sukar kerana dia mengingati lagu yang
terdapat pada Aplikasi The First Wahyu Saga. Afifah
juga menyatakan dirinya seronok dan fokus untuk
belajar di dalam kelas sekiranya menggunakan
Aplikasi The First Wahyu Saga kerana terdapat
permainan serta gambar-gambar yang menarik
perhatiannya berbanding menggunakan buku teks.

NL/AFIFAH/12032020

Rajah 17: Nota lapangan selepas tindakan dijalankan.


55
Berdasarkan nota lapangan dalam Rajah 17, jelas bahawa peserta kajian

saya dapat menyatakan Peristiwa Wahyu Pertama dengan betul. Dia juga

kelihatan yakin semasa melontarkan jawapan kepada pengkaji tanpa ragu-ragu

memikirkan jawapan tersebut tepat ataupun tidak. Dia juga memberitahu pengkaji

bahawa penggunaan lagu, permainan serta gambar di dalam Aplikasi The First

Wahyu Saga tersebut menarik perhatiannya untuk fokus semasa sesi

pembelajaran berlangsung berbanding hanya menggunakan buku teks. Ini

membuktikan bahawa murid seronok apabila mereka bermain ketika belajar.

Mereka juga secara tidak langsung dapat mengembangkan psikomotor, kognitif

serta afektif mereka dengan sempurna.

56
6.3 RUMUSAN DAPATAN KAJIAN
Jadual 7
Rumusan Dapatan Kajian

Bil OBJEKTIF KAJIAN PERSOALAN KAJIAN INSTRUMEN DAPATAN KAJIAN KESIMPULAN


1 Murid dapat Adakah penggunaan Ujian Bertulis Hasil daripada Ujian Sebelum
mengingati Aplikasi The First Sebelum Tindakan dan Ujian Selepas
Peristiwa Wahyu Wahyu Saga dapat Tindakan dan Tindakan yang dijalankan telah
Pertama dengan membantu murid Ujian Bertulis menunjukkan bahawa peserta kajian
betul melalui mengingati Peristiwa Selepas berjaya menyatakan Peristiwa
Aplikasi The First Wahyu Pertama Tindakan Wahyu Pertama dengan betul serta
Wahyu Saga. dengan betul? menunjukkan purata peratusan Penggunaan
peningkatan sebanyak 66%. Aplikasi The
First Wahyu
Borang soal Hasil daripada borang soal selidik Saga dapat
selidik tersebut, kesemua peserta kajian membantu
telah bersetuju dengan menandakan murid dalam
Ya di ruangan petak borang tersebut menyatakan
bahawa penggunaan Aplikasi The Peristiwa
First Wahyu Saga ini membantu Wahyu
mereka dalam pembelajaran. Pertama.

Ujian Lisan Hasil telah menunjukkan bahawa


Sebelum peserta kajian berjaya menjawab
Tindakan dan soalan berkaitan Peristiwa Wahyu
Ujian Lisan Pertama dengan betul pada
Selepas peringkat Ujian Lisan Selepas
Tindakan Tindakan. Ini menjadikan purata
peratus peningkatan sebanyak 74%.

57
Bil OBJEKTIF KAJIAN PERSOALAN KAJIAN INSTRUMEN DAPATAN KAJIAN KESIMPULAN
2 Menarik minat murid Adakah penggunaan Temubual Hasil temubual bersama guru
untuk mempelajari Aplikasi The First pembimbing dan peserta kajian
Peristiwa Wahyu Wahyu Saga mampu mendapati penggunaan Aplikasi The
Pertama melalui menarik minat murid First Wahyu Saga dapat memupuk
Aplikasi The First untuk mempelajari murid bermain sambil belajar kerana
Wahyu Saga. Peristiwa Wahyu terdapat lagu yang mudah dihafal,
Pertama? kuiz sebagai latihan pengukuhan
dan permainan yang mampu Penggunaan
menarik minat murid untuk fokus gambar,
semasa dalam pembelajaran. bunyi, lagu
Peserta kajian juga menyukai yang mudah
gambar-gambar dan bunyi-bunyi diingat dan
yang terdapat dalam aplikasi ini permainan
sepanjang tindakan dijalankan. yang menarik
menjadi faktor
Pemerhatian Pada hari pertama sesi penerangan kepada murid
dijalankan, murid kurang memberi untuk fokus
fokus serta mereka tidak dapat dalam sesuatu
menyatakan Peristiwa Wahyu pengajaran
Pertama dengan betul. Mereka juga yang diajar.
kelihatan bosan kerana tiada
permainan sebagai sesi rehat minda
setelah mereka selesai melakukan
latih tubi. Setelah permainan dibuat,
murid lebih seronok dan mereka
akan cuba meminta guru untuk
mengadakannya lagi agar mereka
dapat bermain permainan tersebut.

58
7.0 REFLEKSI

Amalan refleksi adalah penting dalam kalangan guru pelatih kerana ianya

sebagai asas bagi menggerakkan guru untuk menyetidik menyiasat dan

memperbaiki amalan pengajaran masing-masing. Refleksi juga membolehkan

guru-guru membuat perubahan, inovasi dan pembaharuan untuk tujuan

penambahbaikan atau peningkatan profesionalisme guru. Salhah Abdullah (2009)

berpendapat, seorang guru yang efektif akan mengurus cara pembelajaran bagi

memaksimumkan potensi, membina kemahiran dan meningkatkan prestasi

individu. Di dalam penulisan refleksi ini akan pengkaji rumuskannya kepada dua

bahagian iaitu refleksi dapatan dan refleksi kurikulum.

7.1 REFLEKSI DAPATAN

Bagi refleksi dapatan akan pengkaji terangkan refleksi kepada peserta

kajian, amalan kendiri serta kurikulum.

7.1.1 Implikasi Terhadap Peserta Kajian

Penyelidikan tindakan yang balk semestinya memberi kesan yang positif

khususnya kepada peserta kajian dalam aspek minat, pencapaian serta

kemahiran yang perlu dikuasai oleh murid. Sebelum tindakan dilakukan, murid

tidak dapat menguasai sepenuhnya dalam topik Peristiwa Wahyu Pertama seperti

yang tertera dalam buku teks, namun apabila mereka menggunakan Aplikasi The

First Wahyu Saga dalam sesi pembelajaran telah menarik minat mereka

seterusnya berjaya meningkatkan pemahaman mereka dalam menyatakan

Peristiwa Wahyu Pertama.

59
Selain itu, peserta kajian juga telah didedahkan dengan penerangan

berkaitan konsep yang perlu dikuasai mereka sepanjang pelaksanaan kajian ini

dijalankan. Melalui aplikasi ini, mereka akan belajar sambil bermain kerana ianya

dilengkapi dengan nota bergambar, lagu, kuiz dan permainan video tentang

Peristiwa Wahyu Pertama sememangnya memudahkan peserta kajian

mengingati Peristiwa Wahyu Pertama. Kuiz ini terdapat tiga peringkat iaitu aras

mudah, sederhana dan sukar. Namun, pembinaan kuiz ini pengkaji mengambiI

kira kesesuaian kognitif peserta kajian supaya tidak terlalu sukar bagi peserta

kajian yang lemah.

Untuk menarik minat mereka dalam pembelajaran, sesi 'Sirah Game’ yang

terdapat dalam Aplikasi The First Wahyu Saga ini menyediakan satu permainan

di mana murid dapat bermain seketika setelah penat membuat latih tubi. Rata-

rata peserta kajian pengkaji amat seronok dan mereka meminta pengkaji supaya

memberi mereka peluang bermain banyak kali tetapi dengan syarat mereka

hendaklah menguasai topik Peristiwa Wahyu Pertama. Saayah Abu (2017)

berpendapat, belajar sambil bermain mendatangkan keseronokan dan hiburan

serta merangsang individu mempelajari sesuatu secara aktif dalam situasi yang

tidak formal.

7.1.2 Implikasi Terhadap Amalan Kendiri

Dalam pelaksanaan kajian tindakan ini secara tidak langsung memberi

ruang dan peluang untuk menambahbaik dari segi pedagogi serta amalan kendirl

yang tidak pernah pengkaji laksanakan sebelum ini. Pengkaji juga dapat
60
mempraktikkan amalan kendiri yang berlainan daripada sesi pengajaran dan

pembelajaran yang sebelumnya. Gabungan lagu, kuiz mahupun permainan

dalam Aplikasi The First Wahyu Saga dapat menarik minat peserta kajian untuk

kekal fokus semasa belajar topik Peristiwa Wahyu Pertama.

Pengkaji telah menerapkan kaedah bermain sambil belajar kerana murid

dapat mengembangkan psikomotor, kognitif serta soslal mereka dalam

menyatakan dan memahami topik Peristiwa Wahyu Pertama. Situasi

pembelajaran yang berkesan dapat diwujudkan di mana amalan ini adalah

berlainan daripada amalan yang biasa pengkaji lakukan. Pengkaji juga

menjalinkan hubungan baik dengan warga sekolah sekolah sepertI guru-guru,

staf sekolah mahupun murid sepanjang pelaksanaan kajian ini. Ini penting untuk

pengkaji menjadi guru yang fleksibel pada masa hadapan. Kerjasama yang baik

ini membuka peluang kepada pengkaji untuk menjalankan kajian dengan lebih

mendalam.

7.1.3 Implikasi Terhadap Kurikulum

Antara kandungan dalam Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

memerlukan murid untuk memahami dan menghayati topik Peristiwa Wahyu

Pertama. Dalam standard pembelajaran murid perlu menyatakan kisah Wahyu

Pertama dengan betul. Oleh itu, penyelidikan ini dijalankan supaya peserta kajian

dapat menguasai topik Peristiwa Wahyu Pertama. Pembelajaran menggunakan

bahan bantu mengajar yang berteraskan TMK amat membantu serta

mengukuhkan murid kerana pembelajaran kini berpusatkan murid.


61
Pembinaan Aplikasi The First Wahyu Saga memberi peluang kepada

peserta kajian mengeksplorasi topik yang difokuskan itu. Ini sejajar dengan

pendapat Leong dan Mung Ting (2019), penggunaan bahan bantu mengajar yang

baik akan membantu mengekal minat dan tumpuan murid, boleh mengaktifkan

murid melalui perbincangan yang berkaitan dengan bahan dan akhirnya

meningkatkan kefahaman murid berkenaan perkara yang ingin disampaikan.

7.2 REFLEKSI PEMBELAJARAN KENDIRI

Bagi refleksi pembelajaran kendiri pula, pengkaji akan menerangkan

berdasarkan tiga aspek penting iaitu amalan profesion guru, amalan sebagai guru

Pendidikan Islam serta amalan sebagai penyelidik.

7.2.1 Amalan Profesion Guru

Apabila pengkaji menjalani sebagai guru pelatih dalam Program ljazah

Sarjana Muda Perguruan (PISMP) selama lima tahun ini, pengkaji telah

didedahkan dengan pelbagai teori dalam pengajaran dan pembelajaran. Antara

teori pembelajaran yang telah menarik perhatian pengkaji adalah Teori

Kecerdasan Pelbagai pada tahun 1983 yang dicetuskan oleh Howard Gardner.

Teori ini telah membuka minda pengkaji bahawa semua individu termasuklah

murid mempunyai tahap kecerdasan yang berbeza. Kecerdasan pelbagai ini turut

dipengaruhi oleh budaya, persekitaran serta pendidikan mahupun makanan.

Pengkaji harus faham, kecerdasan ini tidak boleh diwarisi sebelum ataupun

selepasnya. Oleh itu, pengkaji sebagai bakal guru perlu belajar bagaimana untuk

menarik perhatian murid dengan kaedah mengajar yang berlainan supaya objektif

pembelajaran tercapai.
62
Berdasarkan rasional di atas, jelaslah bahawa unsur-unsur yang terdapat

dalam Teori Kecerdasan Pelbagai perlu diintergrasikan dalam kurikulum bagi

melahirkan individu yang berjasa kepada negara. Oleh itu. pengkaji berpendapat

bahawa pengkaji perlu mengaplikasikan teori ini di sekolah supaya semua murid

dapat menikmatl suasana pembelajaran yang berkesan. Melalui penggunaan

Aplikasi The First Wahyu Saga, peserta kajian dapat menggunakannya sesuai

dengan tahap kecerdasan pelbagai yang dimiliki. Misalnya, kecerdasan linguistik,

auditori, visual, serta kinestik. Pada peringkat kecerdasan linguistik. murid dapat

meningkatkan kemahiran membaca berdasarkan pada nota Peristiwa Wahyu

Pertama yang telah disediakan.

Seterusnya, pada peringkat kecerdasan auditori pula, mereka dapat

mendengar dan meningkatkan kemahiran mendengar menerusi audio lagu. Pada

bahagian warna serta penggunaan gambar amat sesuai dengan kecerdasan

visual kerana tulisan yang digunakan tidak terlalu kecil dan sesuai dengan murid

sekolah rendah. Murid kinestik dapat mengambil bahagian dalam penggunaan

Aplikasi The First Wahyu Saga kerana terdapat ruangan kuiz dan permainan

video supaya mereka dapat menguji minda setelah habis belajar. Mereka juga

secara tidak langsung berkomunikasi sepanjang menggunakan aplikasi ini dan

wujudnya komunikasi dua hala. Pengetahuan sebegini dapat memberi

pengalaman dan pendedahan kepada pengkaji dalam membentuk amalan

profesional sebagai guru.

63
7.2.2 Amalan Sebagai Guru Pendidikan Islam

Shamsina Shamsuddin (2015) berpendapat, guru kini diharapkan dapat

memainkan peranan yang lebih besar dan utama dalam menentukan pencapaian

objektif pendidikan negara di mana Pendidikan Islam kini berperanan sebagai

pengasas kepada kecemerlangan generasi masa depan. Melalui penyelidikan

tindakan ini, pengkaji sedar bahawa pentingnya untuk mengamalkan kaedah

pengajaran yang menyeronokkan serta berlainan sesuai dengan tahap kognitif

murid. Untuk itu, bidang Sirah telah dimasukkan di dalam kurikulum Pendidikan

Islam kerana pada masa kini isu penerapan bidang tersebut memerlukan

penerangan yang mantap. Guru juga perlu berusaha menerapkan nilai-nilai

dalam sirah kepada diri murid kerana bidang ini amat sukar diterapkan kerana

ada sebahagian topik yang memerlukan penerangan yang terperinci.

Pengkaji sedar bahawa tugas guru Pendidikan Islam ini amatlah berat

dalam usaha untuk melahirkan murid-murid yang teguh dari segi pegangan

agama. Apabila bahan bantu mengajar seperti Aplikasi The First Wahyu Saga ini

dihasilkan, sedikit sebanyak ianya membantu guru Pendidikan Islam dalam

meningkatkan kemahiran murid dalam mempelajari bidang Sirah. Murid juga akan

lebih berminat serta fokus apabila guru mempelbagaikan kaedah pengajaran

selari dengan hala tuju sistem pendidikan negara. Naffi Mat (2006) berpendapat,

guru perlu bijak memilih bahan bantu mengajar dengan menitikberatkan objektif

pembelajaran. Pemilihan dan penyesuaian bahan selari dengan pencapaian dan

pemikiran murid.

64
7.2.3 Amalan Sebagai Penyelidik

Sepanjang menjalankan penyelidikan tindakan ini, etika dalam

penyelidikan perlulah diamalkan pada setiap pengkaji. Pengkaji telah berusaha

sedaya mungkin untuk meminta keizinan daripada pihak sekolah sebelum

menjalankan kajian. Ini adalah penting supaya pihak sekolah dapat memahami

serta mengetahui apa kajian yang telah dijalankan di sekolah. Pengkaji juga telah

berbincang dengan pihak pentadbir sekolah khususnya dalam merancang jadual

keluar masuk kelas supaya tidak bertindih dengan kelas yang akan pengkaji

jalankan kajian tersebut. Secara tidak langsung hubungan baik dengan plhak

sekolah akan memudahkan urusan pengkaji dalam pelaksanaan kajian tindakan

ini.

Sebelum itu, pengkaji telah memberitahu makluman awal kepada peserta

kajian yang telah dipilih supaya mereka tidak akan terlupa demi melancarkan

proses pelaksanaan kajian ini. Alhamdulillah, mereka dapat memberikan

kerjasama yang baik sepanjang kajian ini dilaksanakan. Pengkaji juga tidak

menyentuh hal-hal yang boleh menimbulkan sensitiviti sepanjang melakukan

temu bual bersama peserta kajian. Hal ini kerana, kata-kata yang tidak sopan

akan mengguris perasaan peserta kajian seterusnya boleh mengakibatkan

mereka tidak lagi melibatkan diri daripada menjadi sebahagian data kajian ini.

Perbuatan ini tidak seharusnya diamalkan kerana ianya boleh menjatuhkan imej

dan kredibiliti seorang guru. Untuk itu, pengkaji menggunakan bahasa yang baik

serta laras percakapan yang boleh difahami sesuai dengan peserta kajian supaya

data yang diambil adalah tepat.

65
8.0 CADANGAN TINDAKAN SUSULAN

Setelah meneliti serta melihat prestasi dan perkembangan penyelidikan

tindakan yang dijalankan, pengkaji berhasrat mahu mengembangkan dan

meneruskan penggunaan Aplikasi The First Wahyu Saga ini di dalam

pembelajaran serta menjalani kitaran yang seterusnya apabila pengkaji menjejaki

di sekolah kelak. Hal ini kerana, penggunaan lagu, kuiz dan permainan yang

terdapat di dalam bahan bantu mengajar tersebut amatlah membantu murid

dalam mengingati topik Peristiwa Wahyu Pertama dengan tepat. lni menjadikan

murid lebih faham isi pelajaran yang dipelajari di dalam bilik darjah seterusnya

mewujudkan pembelajaran yang efektif.

Selaku penyelidik, pengkaji ingin mencadangkan bahawa penggunaan

aplikasi ini perlu digunakan dengan meluas bukan hanya dalam topik Peristiwa

Wahyu Pertama semata-mata, bahkan ianya boleh dipelbagaikan dengan tajuk

yang berbeza supaya sesi pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih

mudah. Pengawalan kelas juga akan terkawaI kerana murid menunjukkan minat

terhadap bahan bantu mengajar yang ditunjukkan. Guru juga tidak perlu

mengeluarkan suara yang berlebihan kerana pada pembelajaran kini, guru hanya

bertindak sebagai penbimbing sahaja. Sesi penyampaian isi pelajaran juga akan

menjadi lebih berkesan kerana penggunaan warna, gambar dan lagu irama

kanak-kanak menjadikan murid mudah tertumpu berbanding menggunakan buku

teks semata-mata.

66
Selain penerapan unsur TMK, penggunaan bahan maujud atau kad

bergambar juga boleh digunapakai untuk menambahbaik penggunaan Aplikasi

The First Wahyu Saga ini sekiranya teknologi tidak dapat dilaksanakan di

sekolah-sekolah pedalaman. Walaupun unsur TMK adalah selari dengan

keadaan semasa murid masa kini, kekangan dari segi kemudahan juga tidak

dapat dielakkan kerana tidak semua sekolah dapat menyediakan kemudahan

teknologi tersebut. Oleh itu, sebagai guru yang fleksibel pengkaji hendaklah peka

dan sentiasa mengemaskini segala kemahiran pedagogi pengajaran supaya

pengkaji dapat mengatasi halangan tersebut.

Untuk menambahkan keseronokkan murid dalam mempelajari topik ini,

pengkaji juga boleh meminta murid membuat bahan bantu mengajar mereka

sendiri untuk menambahkan kefahaman mereka dan pengkaji selaku guru

bertindak sebagai fasilitator seiring dengan Program Transformasi Sekolah 2025

(TS25) yang sedang dilaksanakan sekarang ini. Murid juga dapat melibatkan diri

secara aktif dalam bilik darjah. Bebanan tugas guru juga akan berkurangan

kerana guru tidak perlu lagi menyediakan bahan bantu mengajar untuk mengajar

sesuatu topik tersebut. Secara tidak langsung akan melatih murid nilai-nilai murni

seperti tanggungjawab serta sikap bekerja dalam pasukan semasa aktiviti secara

berkumpulan.

67
RUJUKAN

Abdul Rahman Abdul Majid. (2007). Guru Sebagai Penyelidik. Kuala Lumpur:
PTS Profesional Sdn.Bhd.

Abdul Rahman Abdul Majid Khan. (2015). Penyeliaan Klinikal Dari Perspektif
Pengajaran Di Sekolah. Batu Caves: PTS Profesional Sdn. Bhd.

Abdul Rasid Jamian & Hasmah Ismail. (2013). Pelaksanaan Pembelajaran


Menyeronokkan Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu.
Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 3,50.

Ang J.J.E. (2014). Pengurusan Bilik Darjah: Strategi-strategi Mewujudkan


Komuniti Pembelajaran Berkesan. PTS: Akademia Sdn. Bhd.

Asmawati Suhid. (2009). Pendidikan Akhlak Dan Adab Islam Konsep Dan Amalan.
Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Azizi Yahaya, Shahrin Hashim, Jamaludin Ramli, Yusuf Boon & Abdul Rahim
Hamdan. (2006). Menguasai Penyelididkan Dalam Pendidikan: Teori,
Analisis & Interpretasi Data. Selangor: PTS Profesional Publishing Sdn.
Bhd.

Fatimah Rajak. (2016). Permasalahan Penguasaan Pelajaran Jawi Dalam


Kalangan Murid Tahun Tiga. Kuala Lumpur: PTS Profesional.

Ishak Mad Shah. (Pengenalan Psikologi Industri dan Organisasi). 2002. Johor:
Universiti Teknologi Malaysia.

Kamarul Azmi. (2012). Metodologi Pengumpulan Data Dalam Penyelidikan


Kualitatif. Selangor: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Leong & Mung Ting. (2019). Amalan Guru Menggunakan Bahan Bantu Mengajar
Dalam Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Matematik Awal. Jurnal
Pendidikan Awal Kanak-Kanak, 137-140.

Misnan Jemali. (2012). Strategi Pengajaran Pendidikan Islam. Perak: Emeritus


Publications.

68
Mohd Aderi Che Noh. (2016). Pengukuhan Tauhid dan Pendidikan. Kuala Lumpur:
PTS Profesional Sdn. Bhd.

Mohd Zuri Ghani & Aznan Che Ahmad. (2015). Kaedah Dan Strategi Pengajaran
Kanak-Kanak Berkeperluan Khas. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.

Naffi Mat. (2006). Teknik Mengajar KOMSAS Komponen Sastera. Kuala Lumpur:
PTS Profesional.

Puteri Roslina Abdul Wahid & Nur Azimah Bukhari. (2016). Gaya Pembelajaran
Kanak-Kanak Lembab dalam Pembelajaran Bahasa Melayu. Jurnal
Bahasa, 16,328.

Saayah Abu. (2017). Pengurusan Taska Dan Tadika Cemerlang. Selangor:


Universiti Putra Malaysia.

Salhah Abdullah. (2009). Kecerdasan Pelbagai: Aplikasi Dalam Pengajaran Dan


Pembelajaran. Kuala Lumpur: PTS Profesional.

Shahabuddin Hashim. (2007). Pedagogi, Strategi Dan Teknik Mengajar Dengan


Berkesan. Kuala Lumpur: PTS Publishing Sdn. Bhd.

Shamsina Shamsuddin. (2015). Pedagogi Pendidikan Islam. Selangor: Pelangi


Profesional Publishing Sdn. Bhd

Stephen Kemmis dan Mc Taggart . (1998). The Action Research Planner Action
Research And The Critical Analysis Of Pedagogy. Australia: Deakin
University.

Suhaimin Ahmad. (2017). Elemen Didik Hibur Dalam Pengajaran Dan


Pembelajaran Bahasa Melayu. Selangor: Oxford Fajar.

Sulaiman Masri. (2005). Tuju Cemerlang Peperiksaan. Kuala Lumpur: Utusan


Publications & Distributors Sdn. Bhd.

69
LAMPIRAN 1

BORANG SOAL SELIDIK

Nama Murid : _____________

Tarikh : _____________

Bil Item Jawapan


Ya Tidak
Aspek Kognitif
Adakah anda dapat menyatakan kisah Jabal an-Nur dengan

1 betul selepas menggunakan Aplikasi The First Wahyu

Saga?

Adakah anda dapat menyatakan kisah Penurunan Wahyu

2 Pertama dengan tepat selepas menggunakan Aplikasi The

First Wahyu Saga?

Adakah anda dapat menjelaskan kisah Selepas Penurunan

3 Wahyu Pertama dengan betul selepas menggunakan

Aplikasi The First Wahyu Saga?

Aspek Afektif
Adakah permainan yang disediakan dalam Aplikasi The

4 First Wahyu Saga dapat meningkatkan motivasi anda untuk

mempelajari Peristiwa Wahyu Pertama?

Adakah penggunaan gambar, unsur bunyi dan video yang

5 digunakan dalam Aplikasi The First Wahyu Saga dapat

menarik minat anda untuk mengingati Peristiwa Wahyu

Pertama?

Adakah anda berpuas hati menggunakan Aplikasi The First

6 Wahyu Saga untuk mempelajari topik Peristiwa Wahyu

Pertama?
LAMPIRAN 2

SENARAI SEMAK UJIAN LISAN SEBELUM TINDAKAN DAN SELEPAS TINDAKAN

Peserta Kajian
BIL Item Soalan Murid A Murid B Murid C Murid D
Pra Pasca Pra Pasca Pra Pasca Pra Pasca
Murid dapat
1 menyebut kisah
Jabal an-Nur
dengan betul

Murid dapat
2 menyatakan
peristiwa
penurunan
Wahyu Pertama
dengan betul

Murid dapat
3 menjelaskan
peristiwa selepas
penurunan
Wahyu Pertama
dengan betul
LAMPIRAN 3

UJIAN PRA PERISTIWA WAHYU PERTAMA

PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 3

Nama : _________________________ Markah : ________________

Kelas : _________________________ Tarikh : ________________

Jawab soalan dengan betul.

1. Di puncak Jabal an-Nur terdapat gua apa?

_______________________________________________________ (2m)

2. Apakah itu wahyu?

_______________________________________________________ (2m)

3. Berapakah usia Nabi Muhammad ketika menerima wahyu pertama?

_______________________________________________________ (2m)

4. Siapakah nama isteri Nabi Muhammad yang menenangkan baginda selepas

peristiwa penurunan wahyu pertama.

_______________________________________________________ (2m)

5. Nabi Muhammad dilantik sebagai ______________ Allah setelah turunnya

wahyu pertama. (2m)

6. Apakah nama surah serta ayat berapakah yang diturunkan semasa peristiwa

wahyu pertama?

_______________________________________________________ (2m)
7. Malaikat yang menyampaikan wahyu kepada nabi Muhammad SAW adalah malaikat

_______________________________________________________ (2m)

8. Bilakah Nabi Muhammad menerima wahyu pertama?

_______________________________________________________ (2m)

9. Maksud " ْْ‫" ا ْق َرأ‬ di dalam surah al-Alaq ialah

_______________________________________________________ (2m)

10. Apakah tujuan Nabi Muhammad SAW ke Gua Hira?

_______________________________________________________ (2m)

11. Selepas peristiwa wahyu yang pertama, Nabi Muhammad pulang ke rumah dalam

keadaan ________________. (2m)

12. Wahyu ialah segala apa yang disampaikan oleh Allah kepada hambaNya yang

terpilih secara rahsia sama ada melalui _______________ atau secara langsung.

(2m)

13. Apakah gunung yang selalu didaki oleh Rasulullah untuk beribadah?

_______________________________________________________ (2m)

14. Siapakah nama pendeta Nasrani yang Nabi Muhammad berjumpa selepas

peristiwa penurunan wahyu pertama?

_______________________________________________________ (2m)

15. Apakah kepentingan wahyu?

_______________________________________________________ (2m)
LAMPIRAN 4

UJIAN POS PERISTIWA WAHYU PERTAMA

PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 3

Nama : ______________________ Markah : ________________

Kelas : ______________________ Tarikh : ________________

.‫جواب سؤالن دغن جوافن يغ سسواي‬


Jawab soalan dengan jawapan sesuai.

‫ سيافاكه نام اسرتي نبي محمد يغ مننغكن بضيندا سلفس فريستيوا فنورونن‬.1
‫وحي‬
‫فرتام؟‬
Siapakah nama isteri Nabi Muhammad yang menenangkan baginda selepas peristiwa
penurunan wahyu pertama.

___________________________________________________________(2m)

‫ دفونخق جبل النور تردافت ضوا اف؟‬.2


Di puncak Jabal an-Nur terdapat gua apa?

__________________________________________________________ (2m)

‫ برافكه اوسيا نبي محمد كتيك منريما وحي فرتام؟‬.3


Berapakah usia Nabi Muhammad ketika menerima wahyu pertama?

__________________________________________________________ (2m)

َ
‫ّللا ستله تورونث وحي‬ ______________ ‫ نبي محمد دالنتيق سباضاي‬.4
)‫م‬2( .‫فرتام‬
Nabi Muhammad dilantik sebagai ______________ Allah setelah turunnya wahyu
pertama. (2m)
‫ افاكه ايت وحي؟‬.5
Apakah itu wahyu?

__________________________________________________________ (2m)

‫ مالئكة يغ مثمفايكن وحي كفد نبي محمد (ص) اداله مالئكة‬.6


Malaikat yang menyampaikan wahyu kepada nabi Muhammad SAW adalah malaikat

__________________________________________________________ (2m)

‫ مقصود " ا ْق َرأْ " ددالم سورة العلق اياله؟‬.7


Maksud " ْْ‫" ا ْق َرأ‬ di dalam surah al-Alaq ialah

__________________________________________________________ (2m)

‫ افاكه نام سورة سرتا ايات برافكه يغ دتورونكن سماس فريستيوا وحي‬.8
‫فرتام؟‬
Apakah nama surah serta ayat berapakah yang diturunkan semasa peristiwa wahyu

pertama?

__________________________________________________________ (2m)

‫ افاكه توجوان نبي محمد (ص) ك ضوا حراء؟‬.9


Apakah tujuan Nabi Muhammad SAW ke Gua Hira?

__________________________________________________________ (2m)

‫ بيالكه نبي محمد منريما وحي فرتام؟‬.11


Bilakah Nabi Muhammad menerima wahyu pertama?

__________________________________________________________ (2m)

‫ نبي محمد فولغ ك رومه دالم كأداءن‬،‫ سلفس فريستيوا وحي يغ فرتام‬.11
)‫م‬2( .________________
Selepas peristiwa wahyu yang pertama, Nabi Muhammad pulang ke rumah dalam keadaan
________________. (2m)
َ ‫ وحي اياله سضاال اف يغ دسمفايكن اوليه‬.12
‫ّللا كفد همباث يغ ترفيليه‬
.‫سخارا رهسيا سام اد ماللوءي ____________________ اتاو سخارا لغسوغ‬
)‫م‬2(
Wahyu ialah segala apa yang disampaikan oleh Allah kepada hambaNya yang terpilih
secara rahsia sama ada melalui ____________________ atau secara langsung. (2m)

َ ‫ افاكه ضونوغ يغ ساللو دداقي اوليه رسول‬.13


‫ّللا اونتو بربباد؟؟‬
Apakah gunung yang selalu didaki oleh Rasulullah untuk beribadah?

__________________________________________________________ (2m)

‫ سيافاكه نام فنديتا نصراني يغ نبي محمد برجومفا سلفس فريستيوا‬.14


‫فنورونن وحي فرتام؟‬
Siapakah nama pendeta Nasrani yang Nabi Muhammad berjumpa selepas peristiwa
penurunan wahyu pertama?

__________________________________________________________ (2m)

‫ افاكه كفنتيغن وحي؟‬.15


Apakah kepentingan wahyu?

__________________________________________________________ (2m)

LAMPIRAN 5
Surat Kebenaran

Guru Besar,

SK Agama Datuk Hj Abdul Kadir Hassan,

93050 Kuching,

Sarawak.

Muhammad Naim Bin Abu Bakar

IPG Kampus Batu Lintang,

93200 Kuching, Sarawak.

010 - 2264735

Sarawak. 11 MAC 2020

Tuan/Puan,

MEMOHON KEBENARAN UNTUK MENJALANKAN KAJIAN DI SK AGAMA DATUK HJ

ABDUL KADIR HASSAN, KUCHING.

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk

2. Sukacita dimaklumkan bahawa saya merupakan pelajar semester 8 IPG Kampus Batu
Lintang, Kuching merangkap guru pelatih yang menjalani internship selama 1 bulan di SK
Agama Datuk Hj Abdul Kadir Hassan.

3. Sehubungan dengan itu, saya ingin memohon kebenaran pihak tuan/puan untuk
menjalankan kajian tindakan dalam mata pelajaran Pendidikan Islam dan menjadikan empat
orang murid daripada Tahun 3 Uthman SK Agama Datuk Hj Abdul Kadir Hassan sebagai
peserta kajian tindakan saya pada masa yang ditetapkan berdasarkan keterangan berikut.

KELAS MASA SUBJEK GURU BERTUGAS


3 UTHMAN 10.00 - 10.30 PAGI PI USTAZAH NUR SHAKINAH BINTI
MOHAMAD
3 UTHMAN 10.30 - 11.30 PAGI BA USTAZAH NUR AZMINA BINTI SUHAIMI

4. Kerjasama dan pertimbangan dari pihak tuan/puan, saya dahului dengan ribuan terima
kasih.

Sekian, terima kasih.

Disediakan oleh Diluluskan oleh

__________________________ __________________________

(MUHAMAD NAIM BIN ABU BAKAR) (MOHAMAD NASSIR BIN SAID)

Siswa Pendidik, Guru Besar,

IPG Kampus Batu Lintang, Kuching. SK Agama Datuk Hj Abdul Kadir Hassan,

Anda mungkin juga menyukai