1. Menjalankan tugas-tugas pengetua semasa ketiadaan Guru Besar dan Penolong
Kanan 1 (Pent.) 2. Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Guru Besar. 3. Bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam hal-hal kaunseling, keselamatan dan kebajikan pelajar, buku teks, penerbitan dan percetakan, perayaan sekolah, koperasi sekolah, kantin sekolah serta penyeliaan asrama. 4. Membantu Guru Besar menyelia dan menilai aktiviti seperti dalam perkara- perkara di atas. 5. Membantu Guru Besar dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah.
SENARAI TUGAS PENOLONG KANAN HEM
Pembangunan Diri Pelajar.
Disiplin
1. Menentukan penerapan amalan-amalan dan nilai –nilai murni
2. Memastikan peraturan-peraturan sekolah dikuatkuasakan 3. Menjadi penasihat Lembaga Pengawas Sekolah. 4. Mengambil tindakan yang sesuai terhadap kes-kes pelajar yang melanggar tatatertib dan salah laku. 5. Menyelaras dan menyediakan rekod disiplin pelajar dan laporan pelajar. 6. Mewujudkan hubungan dua hala di antara sekolah dengan ibu bapa/ penjaga.
Program Perlindungan Pelajar.
1. Meracang dan menyelaras program mencegah penyalahgunaan dadah dan
program lain diperingkat sekolah. 2. Memastikan langkah-langkah keselamatan pelajar semasa berada di sekolah dilaksanakan.
Kesihatan
1. Menguruskan kemudahan rawatan pelajar.
2. Memastikan program-program kesihatan pelajar semasa berada di sekolah dilaksanakan 3. Menyelaraskan penyeliaan kantin sekolah. 4. Menyelaras aktiviti kesihatan pelajar.
Skim Pinjaman Buku Teks
1. Menyelaraskan pengeluaran, data pengambilan, pengagihan dan hapuskira buku
teks. 2. Menguruskan kutipan data, mengawal buku stok dan bilik buku SPBT. 3. Menyediakan anggaran belanjawan bagi pengurusan SPBT.
Biasiswa dan Bantuan
1. Menyelenggarakan Perakuan-perakuan biasiswa dan bantuan.
2. Mengemaskinikan rekod biasiswa dan bantuan 3. Menguruskan tuntutan bayaran biasiswa pelajar.
Pengurusan
1. Menguruskan dan mengemaskinikan buku rekod pendaftaran pelajar.
2. Menguruskan kemasukan dan penempatan pelajar. 3. Menguruskan pertukaran pelajar. 4. Menyemak buku kedatangan harian pelajar. 5. Menguruskan surat akuan, sijil-sijil pelajar, pengesahan dan pengedaran Sijil Berhenti Sekolah. 6. Membantu menyediakan anggaran belanjawan sekolah 7. Membantu merancang takwim sekolah.