Anda di halaman 1dari 3

KESEDARAN DIRI

Setiap jenis sukan memerlukan seseorang atlet untuk mampu mencapai


daya kompetensi yang teguh. Sebagai seorang atlet, sesorang itu haruslah
mampu untuk membuat keputusan sendiri dan menerima keputusuan serta
bertanggungjawab atas pencapaian diri sendiri. Contohnya, dalam situasi dua
set berbalas dua, di mana tekanan sedang meningkat, seseorang atlet akan
mengalami tekanan yang tinggi dalam gelanggang. Namun begitu, jurulatih
akan selalu memberi arahan untuk “Relaks” atau “Fokus”. Ini akan
menyebabkan atlet mengalami tekanan yang lebih tinggi sehingga altet akan
fokus hanya kepada pelaksanaan kemahiran daripada membenarkan diri
mereka untuk tenang dan beraksi seperti biasa.
Oleh itu, amat penting bagi seseorang atlet untuk menguasai kemahiran
psikologi untuk membantu atlet tersebut sedar dan peka semasa situasi yang
memberi tekanan tinggi bagi membolehkan dia mengawal situasi tersebut.
Walaupun ramai atlet berprestasi tinggi yang menggunakan kemahiran
psikologi, namun kesedaran yang tertentu untuk menggunakan teknik yang
betul akan mampu memberikan struktur yang stabil dan peneguhan yang
konsisten untuk bertanding secara optimal serta membentuk keyakinan diri
dalam sukan.
Bab ini membantu meyakinkan anda sebagai seorang atlet untuk menjadi
lebih sedar dan peka terhadap tahap pencapaian ideal dan rutin tingkah laku
anda. Ia akan membantu anda untuk memahami tentang hubungan perlakuan
anda dengan kemuncak pencapaian yang akan anda capai. Anda akan
memperoleh kawalan yang lebih baik melalui pemahaman tentang persediaan
atau daya penumpuan, ketenangan atau latihan imaginasi. Sekiranya anda
berada dalam tahap terkawal, paras keresahan anda akan menurun.
Kemahiran Prestasi VS Kemahiran Pengalaman

Arahan: Ambil masa seketika untuk memikirkan kemahiran penting yang anda
perlukan dalam bidang sukan anda dan senaraikan dalam ruangan di bawah.
Seterusnya, bezakan kemahiran tersebut kepada “Kemahiran Pengalaman”
dan “Kemahiran Prestasi”. “Kemahiran Pengalaman” bermaksud kemahiran
yang diperlukan oleh seseorang untuk belajar langkah demi langkah dan
masa demi masa untuk menguasai kemahiran tersebut. “Kemahiran Prestasi”
bermaksud kemahiran di mana seseorang akan memberi reaksi secara
automatik tanpa banyak berfikir seperti refleks iaitu tidak menggunakan usaha
yang banyak.

Kemahiran Penting Kemahiran Pengalaman Kemahiran Prestasi


Yang DIperlukan

Ulang latihan yang sama dengan memasukan emosi dan pendapat lalu
menggabungkan kedua dua kemahiran. Setelah anda sedar dan peka dengan
kemahiran yang anda miliki, anda akan memperoleh kawalan yang lebih baik
terhadap sesuatu situasi, memahami situasi semasa tubuh badan anda tidak
seimbang, memahami tekanan yang berlaku kepada otot-otot anda dan
memahami pandangan negatif yang mampu menjejaskan prestasi anda.
Kemahiran-kemahiran ini amat diperlukan untuk memperbaiki diri anda
semasa anda bertanding di persekitaran yang baru.
BLINDFOLD

Semasa sesi latihan atau pengayaan,terdapat masanya atlet akan mencuba


melebihi kemampuan atau tidak mencuba secukupnya. Dalam keadaan
sedemikian, atlet perlu menghubungkaitkan pergerakan berasakan
pengalaman mereka supaya mereka dapat membuat penambahbaikan.
Teknik menutup penglihatan ialah teknik yang unik untuk melaksanakan
bidang sukan anda. Contohnya, atlet boleh ditutup penglihatan semasa berlari
atau semasa bermain tennis.

Arahan: Jalankan aktiviti ini secara berpasangan. Seorang akan ditutup


penglihatan manakala seorang lagi akan menjadi ketua. Orang yang ditutup
penglihatan akan diminta untuk melakukan aktiviti sukan manakala ketua
akan memberi sokongaan fizikal dan mengubahsuai pergerakan untuk
mengelakkan bahaya. Orang yang ditutup penglihatan hendaklah fokus
kepada pergerakan sahaja. Selalunya, fikiran dan gangguan bergantung
kepada perspektif baru. Selepas 5 minit, buka penglihatan dan rekodkan apa
yang anda perlu lakukan untuk mematuhi arahan.

Anda mungkin juga menyukai