Anda di halaman 1dari 9

1 Dokumentasi Program Mudahnya Bahasa Melayu Pemahaman dan Penulisan UPSR

DOKUMENTASI PROGRAM MUDAHNYA PEMAHAMAN DAN PENULISAN


BAHASA MELAYU UPSR

MATLAMAT
Memberikan pendedahan dan memantapkan lagi pengetahuan murid tentang teknik
menjawab soalan dengan cara yang betul agar memperoleh keputusan bagi subjek
Bahasa Melayu UPSR dengan cemerlang.

OBJEKTIF
1. Membantu murid menguasai teknik menjawab soalan Bahasa Melayu UPSR
dengan betul.
2. Memberikan motivasi belajar kepada semua murid agar lebih berkeyakinan
dalam menghadapi peperiksaan UPSR.
3. Membimbing murid menjawab soalan Bahasa Melayu UPSR dengan teknik
yang betul agar lebih ramai calon memperoleh A+ dalam mata pelajaran ini.
4. Memantapkan lagi penguasaan Teknik Menjawab Soalan Bahasa Melayu
UPSR.

SASARAN
Murid Tahun 6 SK Sri Limau dan sekolah-sekolah yang berminat untuk menyertai.

LAPORAN AKTIVITI
Hari : Sabtu
Tarikh : 29 Februari 2020
Masa : 8.00 pagi – 3.30 petang
Tentatif :

8.30 – 10.00 am : Formula dan Teknik Mudahnya Tatabahasa Dalam UPSR


10.30 – 12.30 pm : Teknik Menjawab Soalan Pemahaman dan Tatabahasa
1.45 – 3.00 pm : Teknik Menjawab Penulisan Secara Didik Hibur
3.00 – 3.30 pm : Sesi Soal Jawab dan Bergambar

2 Dokumentasi Program Mudahnya Bahasa Melayu Pemahaman dan Penulisan UPSR


AHLI JAWATANKUASA PROGRAM
PENGERUSI Pn. Suzana Binti Hamid
(Guru Besar)
NAIB PENGERUSI 1 Pn. Wan Normah Bt Wan Taib
(PK Pentadbiran)
NAIB PENGERUSI 2 Tn. Syed Shahrul Nizar b. Syed Mohd Zainudin
(PK Hal Ehwal Murid)
NAIB PENGERUSI 3 En. Norshaidi Bin Mohd Nor
(PK Kokurikulum)
NAIB PENGERUSI 4 En. Mohd Zaki bin Shafie
(PK Petang)
PENYELARAS Pn. Haslina binti Jamaludin
URUSETIA / CENDERAHATI Puan Zunaini binti Ahmad
Puan Rusniza
BENDAHARI Encik Muhammad Nor Syafiq bin Omar
Puan Siti Asmayani
AJK PENDAFTARAN Puan Ezarona binti Ayob
Puan Maznah binti Umar
Puan Patahiyah binti Mohamad
AJK BROSUR / DOKUMENTASI Puan Nurul Farhana binti Abdul Manaf

AJK MAKANAN Puan Jamaliah binti Yahya


Puan Shahrumniza binti Ibrahim
Puan Rohaiza binti Abdul Rahman
PENGERUSI MAJLIS Puan Rusniza

3 Dokumentasi Program Mudahnya Bahasa Melayu Pemahaman dan Penulisan UPSR


PENILAIAN PROGRAM
1. Secara keseluruhannya program ini telah dapat dijalankan dengan lancar
seperti yang dirancangkan.
2. Seramai 124 orang peserta program telah hadir ke program ini mengikut
masa yang telah ditetapkan.
3. Bahan edaran yang telah disediakan oleh penceramah amat bertepatan dan
mengikut kehendak soalan Bahasa Melayu UPSR serta mudah difahami oleh
murid.
4. Pendekatan serta teknik yang disampaikan oleh penceramah telah dapat
menarik perhatian semua murid yang terlibat serta mengikut aras kebolehan
murid.
5. Sesi soal jawab secara lisan yang digunakan penceramah semasa ceramah
berlangsung telah dapat mengelakkan murid-murid leka atau bermain-main
semasa program dijalankan.

ULASAN/CADANGAN/KOMEN
1. Masa yang dipilih untuk Program Teknik Menjawab Bahasa Melayu UPSR ini
amat bersesuaian kerana ia dapat memantapkan lagi pengetahuan murid-
murid untuk menghadapi UPSR.
2. Guru-guru subjek Bahasa Melayu perlu digalakkan untuk hadir ke Program
Teknik Menjawab Bahasa Melayu seperti ini untuk menambahkan lagi
pengetahuan serta memantapkan lagi pengajaran di dalam kelas terutamanya
guru yang mengajar di kelas-kelas peperiksaan/tahap 2.

Disediakan oleh ; Disahkan oleh ;

.................................................................. ..............................................................
(Nurul Farhana binti Abdul Manaf) (Suzana binti Hamid)
AJK Dokumentasi Guru Besar
Program Mudahnya Pemahaman dan SK Sri Limau
Penulisan UPSR

4 Dokumentasi Program Mudahnya Bahasa Melayu Pemahaman dan Penulisan UPSR


DOKUMENTASI BERGAMBAR

5 Dokumentasi Program Mudahnya Bahasa Melayu Pemahaman dan Penulisan UPSR


6 Dokumentasi Program Mudahnya Bahasa Melayu Pemahaman dan Penulisan UPSR
7 Dokumentasi Program Mudahnya Bahasa Melayu Pemahaman dan Penulisan UPSR
8 Dokumentasi Program Mudahnya Bahasa Melayu Pemahaman dan Penulisan UPSR
9 Dokumentasi Program Mudahnya Bahasa Melayu Pemahaman dan Penulisan UPSR

Anda mungkin juga menyukai