Anda di halaman 1dari 41

1.

0 PENDAHULUAN

Pendidikan Muzik telah diangkat martabatnya sebagai salah satu mata pelajaran yang
akan diajar dalam pengajaran dan pembelajaran ( P&P) di sekolah rendah pada tahun
1979. Selaras dengan itu, Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) bertindak merancang
sukatan pelajaran Muzik dan mula diajar di sekolah pada 1983. Objektif sukatan
pelajaran ini memberi penekanan terhadap pembentukan kemahiran murid. Satu sukatan
pelajaran Muzik yang baru telah diterbitkan pada tahun 1995 yang bermatlamat
mengembangkan potensi dan kualiti diri individu dari aspek nilai estetika muzik dan
etika muzik melalui pelbagai pengalaman muzik yang diperoleh.

Oleh kerana Kurikulum Kebangsaan tidak dapat memenuhi murid-murid


berkeperluan khas yang yang mempunyai perkembangan dan pencapaian yang rendah,
maka Modul Strategi Pengajaran Berasaskan Kurikulum Pendidikan Khas Bermasalah
Pembelajaran (MOSEP) disediakan. Modul ini dilengkapi dengan pendekatan
pengajaran dan pembelajaran yang lebih fleksibel, berfokus dan sesuai dengan keupayaan
murid-murid berkeperluan khas. MOSEP ini selaras dengan Peraturan Pendidikan
(Pendidikan Khas) 1997, yang memberi kebenaran kepada guru-guru membuat
pengubahsuaian kaedah, teknik, masa, susunan aktiviti, mata pelajaran dan bahan bantu
mengajar bagi mencapai tujuan dan matlamat Pendidikan Khas.

Melalui pengajaran dan pembelajaran berdasarkan MOSEP ini , diharapkan


kanak-kanak berkeperluan khas ini mampu mengaplikasikan kemahiran yang dipelajari
ke dalam kehidupan seharian mereka. Namun begitu, kejayaan pelaksanaan MOSEP
Muzik ini memerlukan komitmen daripada semua pihak yang terlibat dengan kanak-
kanak berkeperluan khas ini.
2

2.0 MATLAMAT MOSEP MUZIK


Modul Strategi Pengajaran Muzik Berasaskan Kurikulum Pendidikan Khas Bermasalah
Pembelajaran (MOSEP) bermatlamat menyediakan ilmu pengetahuan dan kemahiran
melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang fleksibel bagi memenuhi keperluan
individu dengan pelbagai tahap keupayaan ke arah kehidupan bermakna.

MOSEP Pendidikan Muzik juga bermatlamat membantu guru untuk memantapkan


penguasaan murid berkeperluan khas dalam menguasai kemahiran-kemahiran seni seperti
nyanyian, genderang, gerakan badan, tarian dan lakonan. Dengan pendidikan yang
fleksibel , diharapkan MOSEP ini mampu memenuhi keperluan murid khas.

3.0 OBJEKTIF MOSEP MUZIK


Modul Strategi Pengajaran Berasaskan Kurikulum Pendidikan Khas Bermasalah
Pembelajaran (MOSEP) membolehkan murid:
a. mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang dipelajari dalam kehidupan
seharian dan mampu berdikari
b. mengamalkan nilai-nilai murni dalam kehidupan
c. memahami perkembangan jasmani dan menguasai kemahiran motor untuk
melibatkan diri dalam aktiviti riadah.
d. mengamalkan nilai-nilai yang positif dalam menguruskan kehidupan yang
lebih bermakna dan menjadi warganegara yang baik.
e. mempunyai kemahiran dan berketrampilan ke arah kehidupan berkerjaya.
f. mengembangkan kemahiran berbahasa bagi tujuan berkomunikasi,
berinteraksi dan bersosialisasi dengan menepati tata susila masyarakat
majmuk.
3

4.0 TEORI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MUZIK

Pembelajaran ialah proses pemerolehan maklumat dan pengetahuan,penguasaan


kemahiran dan tabiat serta pembentukan sikap dan kepercayaan . Proses pembelajaran
berlaku sepanjang hayat seseorang manusia . Proses pembelajaran berlaku di mana-mana
tempat dan pada sebarang masa. Dalam konteks pendidikan, guru biasanya berusaha
sedaya upaya mengajar supaya pelajar dapat belajar dan menguasai isi pelajaran bagi
mencapai sesuatu objektif yang ditentukan. Pembelajaran akan membawa kepada
perubahan pada seseorang . Walaubagaimanapun perubahan yang disebabkan oleh
kematangan seperti berjalan dan makan ataupun penyakit dan kelaparan tidaklah
dianggap sebagai pembelajaran.

Kamus Dewan (2005) mentakrifkan pembelajaran sebagai proses belajar untuk


memperoleh ilmu pengetahuan dan menjalani latihan. Menurut pandangan ahli kognitif,
pembelajaran boleh ditakrifkan sebagai satu proses dalaman yang menghasilkan
perubahan tingkahlaku yang agak kekal. Manakala aliran Behavioris pula berpendapat
bahawa pembelajaran ialah perubahan dalam tingkahlaku ,iaitu cara seseorang bertindak
dalam suatu situasi. Dalam psikologi humanis pembelajaran dianggap proses yang dapat
membantu seseorang mencapai sempurna kendiri dan nilai individu (Kaye,1970). Teori-
teori pembelajaran mempunyai beberapa kepentingan kepada para guru..

Pelbagai pendekatan dalam pengajaran dan pembelajaran masih diperlukan


memandangkan perbezaan gaya pembelajaran pelajar. Memandangkan senario abad ke
21, yang membayangkan kegunaan komputer yang begitu meluas, pengajaran dan
pembelajaran berbantu komputer akan menjadi satu kaedah yang ditumpukan. Ini juga
bersesuaian dengan prinsip 'mastery learning' yang mana pelajar boleh belajar tanpa
bimbingan guru. Walau bagaimanapun peranan guru sebagai mu’allim, murabbi,
muaddib, muhallil, dan qiadi masih kekal, malah perlu dimantapkan khususnya dalam
menghadapi ‘kerenah globalisasi’ . Di samping itu, terdapat beberapa amalan profesional
yang perlu dikuasai dan dihayati oleh para pendidik bestari:
4

a) Menterjemah kandungan kurikulum sebagai aktiviti pengajaran pembelajaran

yang bermakna.

b) Menguasai dan bijak mengguna alat teknologi terkini di samping dapat

memanfaatkannya ke arah mengoptimumkan proses pengajaran pembelajaran.

c) Pengajaran dan pembelajaran bermakna dan berfikrah melalui penguasaan

kemahiran generik.

d) Membantu pelajar mengenalpasti matlamat pendidikan, mendefinisikan hala tuju

bagi pelajarnya, memantau kemajuan pelajar, dan kemudian

menyediakan ruang untuk pelajar belajar mengikut kadar kendiri.

e) Bertanggungjawab menyediakan suasana yang menggalakkan pembelajaran

terarah kendiri yang kreatif dan berdikari.

f) Sumbangan kreatif dan inovatif khususnya dalam menghasilkan pakej

pembelajaran bestari yang boleh membantu proses pembelajaran pelajar ke arah

akses kendiri.

Menurut Tg.Zawawi, pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran perlu dikuasai dan
diamalkan oleh para pendidik bestari. Antaranya strategi inovatif yang berasaskan
teknologi seperti perbincangan dengan rakan yang jauh, pembelajaran jarak jauh,
penggunaan data sebagai sumber maklumat, memproses maklumat dan menghubungkan
dapatan; merujuk ensaiklopedia eletronik; belajar dari courseware eletronik dan
komunikasi eletronik. Penekanan perlu diberikan kepada aspek konteks di dalam
meningkatkan kefahaman konsep baru. Untuk itu, aplikasi multimedia membolehkan
pembelajaran dalam konteks digunakan untuk mengajar pengetahuan dan kemahiran yang
relevan. Ciri-ciri ini penting untuk mewujudkan pembelajaran akses kendiri.

Terdapat beberapa teori yang dikemukakan mengenai pembelajaran , setiap


teori mempunyai konsep atau prinsip tersendiri tentang proses belajar. Berdasarkan
5

berbezaan sudut pandang ini maka teori pembelajaran tersebut dapat dikategorikan
kepada beberapa bahagian . Sejauhmana penggunaan teori dan pentingnya teori-teori
yang dibincangkan itu akan menjelaskan konsep pengajaran dan pembelajaran.

4.1 Teori Tingkahlaku

Teori ini diperkenalkan oleh aliran mazhab Behavioris . “Mereka berpendapat bahawa
pembelajaran ialah perubahan dalam tingkahlaku , iaitu cara seseorang bertindak dalam
suatu situasi. Pandangan ini memfokuskan kepada perubahan tingkahlaku yang nyata dan
dapat diperhatikan” (Rahil Mahyuddin, 2005) .Di antara pandangan atau definisi
pembelajaran mazhab Behavioris yang boleh diterima umum ialah seperti yang diberikan
oleh Kimble (1961) yang menyatakan pembelajaran sebagai perubahan potensi
tingkahlaku yang agak tetap akibat daripada latihan pengukuhan. Perubahan pembelajaran
ini berlaku melalui empat proses iaitu perhubungan , pelaziman klasik,pelaziman operan
dan pembelajaran melalui pemerhatian. Di antara prinsip-prinsip teori Behaviorisme
yang diterapkan dalam pengajaran dan pembelajaran Muzik ialah:

i) Proses belajar dapat berlaku dengan baik bila pelajar ikut dengan aktif di
dalamnya (Kamaruddin Husin, 1988). Keadaan ini dapat diwujudkan dengan dengan
menyediakan aktiviti-aktiviti tertentu yang melibatkan pelajar secara aktif seperti
perbincangan dalam kumpulan, aktiviti amali, contohnya menggubah skor yang mudah
bagi permainan alat genderang .

ii) Bahan pelajaran disusun dalam urutan yang logik supaya pelajar dapat dengan
mudah mempelajarinya dan dapat memberikan respon tertentu (Kamaruddin Husin,
1988). Contohnya dalam mengajar tarian. Pelajar didedahkan dahulu dengan tayangan
video tarian tersebut kemudian baru diajar langkah-langkah tarian diajar satu persatu
kemudian digabungkan keseluruhannya. Begitu juga dengan pengajaran drama. Gambar-
gambar boleh digunakan bagi menerangkankan sesuatu konsep atau fungsi dengan
jelas.Ini memudahkan pelajar memahami dan menghayati drama yang diajar.
6

iii) “Tiap-tiap respon harus diberi maklum balas secara langsung supaya pelajar dapat
mengetahui apakah respon yang diberikannya telah benar. Penglibatan dan perhatian
pelajar dapat dikekalkan dengan memberikan ganjaran atau rangsangan dengan tujuan
untuk memotivasikan mereka bagi mengikuti pembelajaran seterusnya. Setiap respon
pelajar perlu diberikan maklum balas yang positif” (Rahil Mahyuddin et.al, 2005).

iv) Setiap kali pelajar memberikan respon yang benar maka ia perlu diberi motivasi.
Setiap kali pelajar berjaya melakukan sesuatu aktiviti ataupun memberikan respon yang
betul atau baik maka ia perlu diberikan ganjaran untuk mengekalkan minat pelajar bagi
meneruskan pembelajaran berikut (Rahil Mahyuddin et.al, 2005). Contohnya dalam
aktiviti kumpulan mengecam bunyi melalui rakaman , guru boleh memberikan ganjaran
seperti jumlah markah yang tinggi, kata-kata pujian atau sebarang bentuk tindakan yang
boleh memotivasikan pelajar.

Menurut Gagne,Briggs& Wager(1992) terdapat sembilan elemen utama untuk sesuatu


pengajaran:
a)menarik perhatian
b)menyatakan objektif pelajaran
c) merangsang proses mengingat semula kandungan lepas
d) bahan-bahan yang boleh menimbulkan rangsangan pelajar
e) memberikan bimbingan
f) tugasan dan soalan
g) membuat penilaian tahap penguasaan pelajar
h) mengekal dan mengembangkan pengetahuan dan kemahiran pelajar.

Berdasarkan sembilan elemen ini , jika dikaitkan dengan pengajaran kemahiran


melakonkan pantomin, beberapa kaedah dan strategi boleh diterapkan semasa proses
pengajaran dijalankan di dalam kelas . Contohnya dalam pengajaran pembelajaran
penghayatan watak ,pada permulaan pengajaran seorang guru itu haruslah pandai menarik
perhatian dengan menyediakan bahan bantu mengajar yang boleh menarik perhatian
seperti persembahan powerpoint yang menarik terutamanya untuk menerangkan tentang
ekspresi muka yang sesuai dengan situasi lakonan .Guru haruslah memberitahu pelajar
7

bahawa ekspresi muka sangat penting kerana ia menarik minat penonton untuk
menghayati lakonan. Guru perlu memberitahu pelajar tentang objektif pelajaran dan apa
yang diharapkan setelah selesai mengikuti pengajaran dan pembelajaran . Contohnya
,guru perlu menjelaskan mengapa tajuk ini amat penting untuk di pelajari dan apakah
kegunaan dan kepentingannya terhadap pelajar .

Selain itu , sebelum memulakan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran ,


seorang guru itu harus merangsang pelajar untuk mengingat semula isi kandungan yang
telah dipelajari sebelum ini . Guru juga harus mempersembahkan bahan yang
merangsangkan iaitu melalui beberapa soalan , suara guru haruslah jelas dan berintonasi
, susunan idea semasa bercakap juga penting dan juga menggunakan pelbagai media
yang relevan contohnya carta alir , gambarajah dan juga slaid projektor . (Ee Ah Meng,
1987). Guru juga harus menggalakkan pelajar berbincang dan menyuruh pelajar mengajar
rakan-rakan mereka yang tidak faham tentang topik yang di ajar pada hari itu . Guru
haruslah mengesan kemajuan pelajar dengan mengemukakan soalan atau memberi
tugasan supaya pelajar dapat mengaplikasikan ilmu yang di pelajari . Sebagai contoh ,
guru memberi tugasan kepada pelajar bagaimana melakonkan watak sedih, gembira,
marah, benci dan sebagainya berdasarkan apa yang telah dipelajari sebelum itu .

 4.2 Teori Kognitif

“Ahli psikologi kognitif menyatakan bahawa pembelajaran ialah satu proses dalaman dan
tidak dapat diperhatikan secara langsung. Pembelajaran menyebabkan perubahan
tingkahlaku seseorang terhadap sesuatu situasi yang khusus. Perubahan tingkahlaku
dianggap cuma mencerminkan perubahan dalaman yang sukar untuk diperhatikan seperti
pengetahuan ,perasaan ,harapan dan pemikiran” (Knowles, 1984). Menurut Bruner,
untuk mengajar sesuatu tidak perlu menunggu sehingga kanak-kanak mencapai tahap
perkembangan tertentu. Aspek pentingnya ialah bahan pengajaran harus disediakan
dengan baik. Dengan lain perkataan, perkembangan kognitif seseorang dapat ditingkatkan
dengan cara mengatur bahan yang akan dipelajari dan menyajikannya sesuai dengan
tingkat perkembangannya. Penerapan teori Bruner yang terkenal dalam dunia pendidikan
adalah kurikulum spiral di mana bahan pelajaran yang sama dapat diberikan mulai dari
8

tahap rendah sehingga ke tahap menengah, disesuaikan dengan tingkat perkembangan


kognitif mereka. Cara belajar yang terbaik menurut Bruner ini adalah dengan memahami
konsep, makna dan hubungan melalui proses intuitif dan seterusnya menghasilkan suatu
kesimpulan.

Menurut Hartley & Davies (1976), prinsip-prinsip kognif dari beberapa contoh di
atas banyak diterapkan dalam dunia pendidikan khususnya dalam melaksanakan kegiatan
perancangan pembelajaran. Prinsip-prinsip tersebut adalah seperti berikut

i) Pelajar akan lebih mampu mengingat dan memahami sesuatu apabila pelajaran
tersebut disusun berdasarkan pola dan logik tertentu.

ii) Penyusunan bahan pelajaran dari sederhana ke rumit. Pelajar harus lebih tahu
tugas-tugas yang bersifat lebih sederhana.

iii) Pembelajaran dengan memahami lebih baik dari pada menghafal tanpa
pemahaman. Sesuatu yang baru harus sesuai dengan apa yang telah diketahui
pelajar sebelumnya.

iv) Tugas guru di sini adalah menunjukkan hubungan apa yang telah diketahui
sebelumnya.

Kognitif berkaitan dengan mental,dan ianya berkait rapat dengan ingatan jangka
panjang dan ingatan jangka pendek. Ini boleh dilihat melalui Teori Pemprosesan
Maklumat. Teori ini menumpukan kepada bagaimana pelajar memproses maklumat oleh
pelajar . “Maklumat yang baru disimpan dalam ingatan jangka pendek. Kemudian
diproses sebelum disimpan ke ingatan jangka panjang. Kombinasi pengetahuan
(maklumat yang diproses) dan kemahiran di ingatan jangka panjang akan membina
strategi-strategi kognitif atau kemahiran yang berkaitan dengan tugas-tugas yang
kompleks” (B.Raymond Eileen, 2004). Langkah langkah pengajaran mengikut teori
pemprosesan maklumat disampaikan seperti berikut.
9

a) Perhatian Pelajar

Permulaan pengajaran dengan memberikan set induksi yang dapat menarik perhatian
pelajar kepada guru dan pengajaran. Contohnya dalam pengajaran
kemahiran melakukan pergerakan dalam tarian mengikut kreativiti murid, guru boleh
bersoaljawab dengan pelajar dan menunjukkan beberapa gerak tari yang sesuai.

b) Membawa ingatan pelajar pada jenis tarian yang berkaitan. Perbincangan tentang
jenis tarian-tarian lepas yang sudah dipelajari dan dikaitkan dengan topik yang akan
diajar.

c) Penekanan terhadap isi pelajaran yang penting ( utama). Pengajaran pembelajaran


sesuatu tajuk disampaikan dengan penggunaan bahan bantu mengajar yang bertepatan
dengan tajuk yang akan disampaikan. Contohnya dalam pengajaran menggabungkan
egrak tari jenis-jenis tarian yang dipelajari. Beberapa edaran tentang langkah tarian harus
diedarkan kepada pelajar sebagai panduan dan rujukan untuk mengikuti pengajaran guru.
Di samping penyediaan slaid powerpoint yang baik dan dapat menjelaskan isi pelajaran
yang disampaikan.

d) Persembahkan maklumat dengan teratur dengan menggunakan bahan bantu


mengajar yang bersesuaian .

e) Tunjukkan pelajar bagaimana melakukan gerakan dengan teratur. Guru


membantu dan memberikan bimbingan kepada pelajar untuk melaksanakannya.

f) Beri peluang kepada pelajar untuk mengembangkan kreativiti mereka.

g) Pengulangan . Setiap langkah tarian diulang sehingga murid dapat menguasai.


Setiap kali guru ingin memulakan pengajaran, bersoaljawab semuala dengan murid
langkah-langkah tarian yang telah dipelajari supaya murid lebih berfikir dan
mengingatinya dengan baik.
10

4.3 Teori Konstruktivisime

Konstruktivisime merupakan proses pembelajaran yang menerangkan bagaimana


pengetahuan disusun dalam minda manusia. Unsur-unsur konstruktivisme telah lama
dipraktikkan dalam kaedah pengajaran dan pembelajaran di peringkat sekolah, maktab
dan universiti tetapi tidak begitu ketara dan tidak ditekankan. “Mengikut pengajaran
Konstruktivisme, ilmu pengetahuan tidak boleh dipindahkan daripada guru kepada pelajar
dalam bentuk yang serba sempurna. Pelajar perlu bina sesuatu pengetahuan itu mengikut
pengalaman masing-masing. Pembelajaran adalah hasil daripada usaha pelajar itu sendiri
dan guru tidak boleh belajar untuk pelajar” (Thompson, Brenda,1974)

Blok binaan asas bagi ilmu pengetahuan ialah satu skema iaitu aktiviti mental
yang digunakan oleh pelajar sebagai bahan mentah bagi proses renungan dan
pengabstrakan. Fikiran pelajar tidak akan menghadapi realiti yang wujud secara terasing
dalam persekitaran. Realiti yang diketahui pelajar adalah realiti yang dibina sendiri.
Pelajar sebenarnya telah mempunyai satu set idea dan pengalaman yang membentuk
struktur kognitif terhadap persekitaran mereka.Untuk membantu pelajar membina konsep
atau pengetahuan baru, guru harus mengambil kira struktur kognitif yang sedia ada pada
mereka. Apabila maklumat baru telah disesuaikan dan diserap untuk dijadikan
sebahagian daripada pegangan kuat mereka, barulah kerangka baru tentang sesuatu
bentuk ilmu pengetahuan dapat dibina. .

Beberapa orang ahli konstruktivisme yang terkemuka berpendapat bahawa


pembelajaran yang bermakna itu bermula dengan pengetahuan atau pengalaman sedia ada
pelajar. Rutherford dan Ahlgren berpendapat bahawa pelajar mempunyai idea mereka
sendiri hampir dalam semua perkara, di mana ada yang betul dan ada yang salah. Jika
kefahaman dan salah konsep ini diabaikan atau tidak ditangani dengan baik, kefahaman
atau kepercayaan asal mereka itu akan tetap kekal walaupun dalam peperiksaan mereka
mungkin memberi jawapan seperti yang dikehendaki oleh guru. John Dewey menguatkan
lagi teori konstruktivisme ini dengan mengatakan bahawa pendidik yang cekap harus
melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sebagai proses menyusun atau membina
11

pengalaman secara berterusan. Beliau juga menekankan kepentingan penyertaan pelajar


di dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Dari persepektif epistemologi yang disarankan dalam konstruktivisme, fungsi


guru akan berubah. Perubahan akan berlaku dalam teknik pengajaran dan pembelajaran,
penilaian, penyelidikan dan cara melaksanakan kurikulum. Sebagai contoh, perspektif ini
akan mengubah kaedah pengajaran dan pembelajaran yang menumpu kepada kejayaan
pelajar meniru dengan tepat apa saja yang disampaikan oleh guru kepada kaedah
pengajaran dan pembelajaran yang menumpu kepada kejayaan pelajar membina skema
pengkonsepan berdasarkan kepada pengalaman yang aktif.

Dalam teori konstruktivisme, pelajar tidak lagi dianggap belajar daripada apa
yang diberikan guru atau sistem pengajaran tetapi secara aktif membina realiti mereka
sendiri dan pada masa yang sama mengubah suai realiti tersebut. Ini adalah sesuai dengan
kaedah pengajaran dan pembelajaran bagi kemahiran Muzik iaitu melakukan gerakan
kreatif mengikut rentak lagu seperti berjalan, melompat, ketingting dan sebagainya.
Pelajar akan mencuba melakukan gerakan tersebut sambil menyesuaikan dengan rentak
lagu sehingga ianya diterima dan digunapakai. 

Dalam melaksanakan pengajaran ini, pelajar aktif dalam membina realiti mereka
sendiri. Segala pengetahuan dibina oleh pelajar dalam modul  tidak disokong dari
pengetahuan luar. Dick (1997) menyatakan bahawa konstruktivisme hanya
mencadangkan kaedah dalam mana persekitaran pembelajaran boleh disusun atur dan
diurus supaya dapat membekalkan pelajar dengan konteks terbaik untuk belajar.
Pembelajaran akan melibatkan pelajar yang aktif dengan mencari pengetahuan dan
melibatkan kerja-kerja amali. Teori ini juga beranggapan bahawa pelajar mampu untuk
membuat penyelidikan, menganalisis dan mempersembahkan pengetahuan yang diperoleh
.
12

4.4 Teori Kontekstual

Teori Konstektual juga sesuai digunakan dalam P&P Muzik, Gerakan badan dan Drama
bagi pendidikan khas. Kebanyakan pelajar tidak dapat mengaitkan apa yang dipelajari dan
memanfaatkan pengetahuan tersebut. Keadaan ini disebabkan cara mereka memproses
maklumat dan motivasi mereka tidak dapat dicetuskan oleh kaedah pengajaran
konservatif. Teori ini membantu guru khususnya bagi mengatasi masalah ini. “Menurut
teori Kontekstual, pembelajaran hanya akan berlaku apabila pelajar memproses maklumat
atau ilmu pengetahuan baru dengan kaedah tertentu sehingga ia membawa maksud atau
makna kepada mereka (Knowles, M, 1975). Melalui pendekatan ini, minda akan mencari
maksud dalam konteks dengan cara semulajadi iaitu berkait dengan persekitaran semasa
seseorang individu. Persekitaran akan dikaitkan dalam pembelajaran bagi menjadikannya
lebih bermakna.

Teori pembelajaran ini, tertumpu kepada pelbagai aspek dalam pelbagai


persekitaran. Pendidik digalakkan memilih dan membina persekitaran pembelajaran yang
menggabungkan seberapa banyak bentuk pengalaman seperti aspek sosial, fizikal,
psikologikal, ke arah mencapai hasil pembelajaran yang diingini. Dalam persekitaran,
pelajar akan menemui perhubungan yang bermakna antara idea abstrak dan aplikasi
praktikal dalam konteks yang nyata melalui proses penemuan, pengukuhan dan
menghubungkaitkan.
13

5.0 MODEL-MODEL PENGAJARAN MUZIK

Pengajaran merupakan aktiviti atau proses yang berkaitan dengan penyebaran ilmu
pengetahuan atau kemahiran yang tertentu. Ini meliputi perkara-perkara seperti aktiviti
perancangan, pengelolaan, penyampaian, bimbinagan dan penilaian dengan tujuan
menyebar ilmu pengetahuan atau kemahiran kepada pelajar-pelajar dengan cara yang
berkesan.
Terdapat beberapa model pengajaran yang dibina oleh pakar-pakar pendidikan
dengan tujuan untuk menghasilkan proses pengajaran yang berkesan. Di antaranya ialah
model Pengajaran Robert Glasier, Model Pengajaran Sim dan Model Taba.

5.1 Model Pengajaran Glasier


Robert Glasier (1962) telah mengutarakan empat komponen yang perlu ada dalam sesuatu
pengajaran guru. Komponen itu terdiri daripada objektif pengajaran, pengetahuan sedia
ada, kaedah mengajar dan penilaian.

Penentuan objektif pengajaran mesti ada bagi menentukan pengetahuan dan


kemahiran yang hendak dicapai selepas berakhirnya pengajaran, pengetahuan sedia ada
pula penting untuk mengaitkan pengalaman pelajar yang sedia ada untuk dikaitkan
dengan tajuk isi pembelajaran. Komponen seterusnya ialah kaedah mengajar iaitu kaedah
mengajar atau cara hendak menyampaikan pengajaran. Setelah pengajaran berlangsung
perlu diadakan penilaian untuk uji pelajar sama ada ia faham atau tidak tajuk yang telah
disampaikan. Aliran susunan model seperti rajah berikut.
14

Objektif Pengajaran

Pengetahuan Sedia Ada

Maklum balas
Kaedah Pengajaran

Penilaian

Rajah 5.1 Lingkaran maklum balas bagi penilaian prestasi pelajaran mengikut model
Glaser (1962)
Sumber daripada Buku Pedagogi Satu Pengenalan (Ee Ah Meng,1990)

5.2 Model Pemprosesan Maklumat

Menurut Stephen, K. Reed (2004) dalam bukunya Cognitif Theory and Application
menyatakan bahawa model ini diperkenalkan oleh Robert M. Gagne, seorang prosesor
dan ahli psikologi. Beliau banyak membuat penyelidikan mengenai fasa dalam rangkaian
pembelajaran dan jenis pembelajaran Matematik. Kebanyakan hasil penyelidikan beliau
menjadi bahan rujukan utama dalam projek Matematik di universiti Maryland.
Dalam bukunya Essentials of Learning for Instructions (1975), Gagne
mengemukakan suatu teori memprosesan maklumat. Mengikut teorinya, rangsangan
daripada persekitaran luar diterima dalam sistem saraf melalui deria-deria manusia.
Maklumat yang diterima begini disimpan dalam stor ingatan, kemudian dihantar kepada
stor ingatan jangka panjang dan juga kepada penggerak tindak balas melalui sistem saraf.
Penyataan di atas digambarkan dengan lebih jelas melalui rajah di bawah:
15

Persekitaran

Rangsangan-rangsangan Pelaksanaan

Rakaman deria Pergerakan tindak balas

Stor ingatan jangka pendek Stor ingatan jangka panjang

Rajah 5.2 Model Pemprosesan Maklumat oleh Gagne

Mengikut Gagne, pengalaman-pengalaman yang disimpan di dalam ingatan


jangka panjang penting kepada manusia mengaitkannya dengan pengalaman-pengalaman
baru, demi memudahkan proses pembelajaran baru berlaku. Oleh itu, adalah penting bagi
Guru-guru mengaitkan pengetahuan sedia ada pelajar yang disimpan di dalam stor
ingatan jangka panjang apabila memperkenalkan pengajaran yang baru bagi memudahkan
pembelajaran berlaku. Berdasarkan teorinya, Gagne kemudiannya mengenal pasti dan
menyarankan lapan fasa biasa yang dialami oleh manusia dalam sesuatu proses
pembelajaran, iaitu fasa motivasi, fasa kefahaman, fasa penyimpanan, fasa penahanan,
fasa ingatan kembali, fasa generalisasi, fasa prestasi dan fasa maklum balas.

5.3 Model Sosial

Menurut Wood (2002) dalam buku bertajuk Adapting Instruction To Accomadate


Students in Inclusive Settings, Model sosial ini dikembangkan oleh Lev Semenonvich
Vygotsky yang menekankan perbezaan individu, kreativiti secara individu dan pengaruh
16

buadaya ke atas pembelajaran. Konsep pengajarannya adalah berasaskan kepada


pengalaman peribadi. Vygotsky berpendapat apa yang dipelajari oleh kanak-kanak dan
bagaimana mereka berfikir diperoleh secara langsung daripada budaya sekeliling mereka.

Masyarakat sekeliling mereka menjadi sumber kepada semua konsep, idea, fakta,
kemahiran dan sikap. Pada pandangan beliau, orang dewasa melihat sesuatu dengan cara
yang berbeza daripada kanak-kanak. Tetapi, jurang perbezaan ini sedikit demi sedikit
menjadi semakin rapat apabila kanak-kanak mula membuat penilaian mereka sendiri ke
atas pandangan masyarakat dan akhirnya membentuk pandangan mereka sendiri.

Oleh kerana pelajar hanya belajar sesuatu melalui pengaruh sekelilingnya, maka
pelajar tidak dapat memahami sesuatu pembelajaran tanpa bantuan guru. Akibat kurang
demonstrasi dan penerangan daripada guru, pelajar berasa sukar menguasai sesuatu
kemahiran. Ditambah lagi dengan sikap guru yang tidak memberi maklum balas kepada
murid tentang pencapaian mereka. Berikut merupakan rajah bagi model sosial.

Tahap Tinggi
Tahap dimana pelajar dapat menjalankan tugasnya melalui sedikit bantuan dan arahan

Zon Perkembangan Proksimal

Tahap Rendah
Tahap di mana pelajar dapat menyelesaikan tugasan dengan sendiri
Rajah 5.3 Model Sosial oleh Vygotsky
Sumber: daripada buku Adapting Instruction To Accomodate Students In
Inclusive Settings oleh Wood (2002)
17

5.4 Model Tingkah Laku

Menurut Wood (2002) dalam buku bertajuk Adapting Instruction To Accomadate


Student In Inclusice Settings, model ini diperluaskan daripada teori Pembelajaran Sosial
dan juga pengubahsuaian tingkah laku oleh Albert Bandura. Menurut beliau pembelajaran
manusia berlaku dengan cara memerhati gerak balas yang ditunjukkan.

Perkara yang amat penting ialah kemampuan individu mengambil inti informasi
daripada perlakuan orang lain lalu memutuskan apakah tingkah laku yang akan diambil
dan bagaimana melaksanakan tingkah laku tersebut. Bandura menemukan peranan model
tingkah laku dalam pembelajaran tingkah laku pro-sosial dan anti sosial, serta peranan
model dalam pengubahsuaian tingkah laku, mengenali proses dan keadaan di mana orang
belajar memperoleh tingkah laku kompleks dengan cara mengamati perbuatan orang lain.

Peranan utama yang dijadikan model ialah menyampaikan maklumat kepada


responden. Peranan ini dilakukan dengan cara iaitu tingkah laku model yang berfungsi
sebagai pembangkit tingkah laku dan ini memulakan terjadinya tingkah laku serupa pada
orang lain. Contohnya kanak-kanak kecil akan mengikut apa yang dilakukan atau tingkah
laku orang dewasa.

Menguatkan atau melemahkan kemampuan menahan diri pada tingkah laku


tertentu. Hal ini terjadi apabila individu cuba nenahan diri daripada melakukan sesuatu
tingkah laku yang dimodelkan slepas melihat akibat negatif kerana melakukan tingkah
laku tersebut. Banyak tingkah laku manusia diperoleh daripada model perlakuan orang
lain. Bandura berusaha menjelaskan perihal belajar dalam keadaan yang wajar bukannya
di dalam makmal seperti yang dijalankan oleh aliran behavioris.
18

6.0 PENDEKATAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MUZIK

Konsep pendekatan,kaedah,teknik dan strategi mempunyai kaitan antara satu sama lain
dan saling lengkap melengkapi sehingga sukar untuk dibezakan antara satu dengan yang
lain. Walaubagaimanapun konsep pendekatan,kaedah,teknik dan strategi mempunyai
beberapa ciri tertentu. Pendekatan bermakna cara mendekati sesuatu. Pendekatan
merujuk kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran diajar berdasarkan objektifnya.
Menurut Edward M.Anthony (1963) ,pendekatan ialah satu set andaian yang saling
berkait dengan proses pengajaran dan pembelajaran . Berdasarkan kepada itu pendekatan
harus berlandaskan model,prinsip atau teori pembelajaran yang merangkumi perkara
berikut:

       konkrit kepada abstrak

       mudah kepada kompleks

       keseluruhan kepada bahagian

       umum kepada spesifik

       spesifik kepada umum

       dekat kepada jauh

       diketahui kepada belum diketahui

Merujuk kepada satu siri tindakan guru yang sistematik dengan tujuan mencapai
objektif pelajaran spesifik dalam jangka pendek. Ee Ah Meng (1989) pula mendefinisikan
pendekatan sebagai ‘cara mendekati sesuatu’. Dalam pengajaran , pendekatan merujuk
kepada cara bagaimana sesuatu mata pelajaran diajar berdasarkan kepada objektif jangka
panjangnya’.
19

Di dalam Pendidikan Khas khususnya banyak pendekatan yang boleh


diaplikasikan. Jabatan Pendidikan Khas (2004) mengutarakan enam pendekatan yang
sesuaian . Di antaranya ialah:

6.1 Pendekatan Analisis Tugasan

Pendekatan ini melibatkan proses pembahagian kemahiran kepada beberapa komponen


atau langkah mudah yang dapat dikuasai dan dipelajari oleh seseorang murid. Kaedah
analisis tugasan membantu guru menyusun atur kemahiran yang hendak diajar, memberi
latihan yang konsisten dan menilai tahap pencapaian murid. Penyediaan analisis tugasan
dapat dilaksanakan dengan langkah-langkah berikut:

a. memastikan kemahiran yang sesuai diajar pada murid mengikut tahap


keupayaan.
b. Huraikan secara ringkas kemahiran yang terpilih

c. Kemahiran yang dipilih dipecahkan kepada langkah-langkah kecil

d. Buat penyesuaian langkah-langkah pembelajaran mengikut kelemahan dan


kebolehan murid .

e. Guru membuat pemerhatian dan penilaian apabila murid telah menguasai


kemahiran yang diajar.

f. Membuat penambahan dan perubahan di mana perlu sehingga murid dapat


menguasai kemahiran yang hendak diajar.

6.2 Pendekatan Belajar Melalui Bermain

Pendekatan Belajar Melalui Bermain ditekankan dalam proses pengajaran dan


pembelajaran pendidikan khas kerana bermain merupakan keperluan murid. Melalui
aktiviti ini mereka melakukan penerokaan, penemuan dan pembinaan berdasarkan
pengalaman dengan rasa gembira dan seronok. Selain menyeronokkan, pendekatan ini
20

boleh meningkatkan keupayaan kognitif dan memenuhi rasa ingin tahu, penguasaaan
psikomotor, kemahiran berfikir serta mengendalikan emosi.

Ciri-ciri pendekatan bermain sambil belajar yang ditekankan ialah aktiviti yng
menyeronokkan, penerokaan dan interaksi dengan persekitaran, permainan bebas dan
terancang, keanjalan masa, percubaan idea sendiri, peluang untuk memberikan tumpuan
dan perhatian.

6.3 Pendekatan Pengajaran Bertema

Pendekatan Pengajaran Bertema digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran


murid pendidikan khas. Pemilihan topik atau tema mestilah bersesuaian dengan
persekitaran murid:

Pendekatan ini melibatkan perkara berikut:

a. penggunaan satu tajuk umum merentasi bidang pembelajaran.


b. Pemilihan tajuk berasaskan tahap murid, situasi tertentu atau peristiwa semasa.

c. Saling berkaitan dengan pengalaman sedia ada dan baru yang diperoleh secara
tersusun dan sistematik.

d. Perluasan dan pengukuhan pengetahuan dan kemahiran.

e. Pemeringkatan daripada yang mudah kepada sukar dan umum kepada yang
lebih khusus.

Perkara yang perlu diambilkira dalam pemilihan tema ialah kesesuaian dengan
kehidupan murid, peluang untuk mengaplikasi kemahiran kepada murid-murid seperti
kemahiran asas mendengar, membaca, mengira, penggunaan komputer dan lain-lain,
kemahiran yang diperoleh daripada tema yang diajar dapat membantu murid mendapat
kemahiran penyelesaian masalah, sumber yang mudah didapati, mengikut musim atau
21

peristiwa untuk memberi kesedaran dan pengukuhan serta peningkatan pengetahuan


murid.

6.4 Pendekatan Pembelajaran Pengalamian

Pendekatan ini berdasarkan kesediaan dan keupayaan individu. Pendekatan ini


meningkatkan arah kendiri individu di mana murid diberi peluang menilai keupayaan diri
sendiri. Prinsip- prinsip pendekatan ini ialah:

a. Pembelajaran yang berkaitan adalah perlu apabila tajuknya berkaitan dengan


minat pelajar.
b. Pembelajaran yang sukar (terutama yang berkaitan dengan sikap) mudah
diasimilasikan kepada diri murid apabila berlaku ancaman daru luar.

c. Pembelajaran cepat berlaku apabila ancaman kepada diri adalah rendah.

d. Pembelajaran hasil dripada inisiatif sendiri lebih berkekalan dan memberi


kesan yang mendalam.

Proses pembelajaran bagi pendekatan ini ialah:

a. Guru menentukan matlamat dan objektif untuk individu serta kumpulan.


b. Aktiviti pembelajaran yang dibentuk adalah untuk mewujudkan suasana
pembelajaran yang sesuai dengan kesediaan murid.

c. Guru perlu menjelaskan tentang tugas aau aktiviti yang akan dijalankan dengan
murid dan berbincang mengenai apa yang diharapkan daripada murid.

d. Murid perlu ditempatkan dalam situasi atau suasana yang memerlukan kemahiran
baru atau sokongan dan peneguhan dengan pengalaman lalu.
22

e. Pembelajaran berlaku melalui pengalaman pembelajaran dan berikan maklumat


tentang apa yang dibuat atau dipelajari.

f. Berikan bantuan, latihan dan peneguhan dengan mengaitkan pembelajaran yang


baru dalam kehidupan sebenar murid seperti sekolah, keluarga dan komuniti.

6.5 Pendekatan Pembelajaran Masteri

Pendekatan ini merupakan suatu pendekatan P&P bagi memastikan semua murid
menguasai hasil pembelajaran yang dihasratkan dalam suatu unit pembelajaran sebelum
berpindah ke unit pembelajaran seterusnya. Pendekatan ini merlukan masa yang panjang
untuk menghasilkan pendidikan berkualiti.

Bagi melaksanakan pendekatan ini guru perlu menyedari bahawa murid


mempunyai kebolehan dan keperluan yang berbeza antara satu sama lain, memerlukan
pendekatan pendidikan yang sesuai dan berkesan serta perlu menguasai pengetahuan,
kemahiran dan sikap yang diajarkan.

Prinsip asas masteri ialah:

a. Pembelajaran dipecahkan kepada unit yang lebih kecil supaya mudah untuk
dikuasai.
b. Masa pengajaran perlu mencukupi nuntuk muird menguasai kemahiran

c. Arahan guru perlu jelas.

Ciri-ciri Pembelajaran Masteri ialah:


23

a. Hasil pembelajaran perlu ditentukan


b. Hasil pembelajaran disusun mengikut hieraki atau unit pembelajaran.

c. Aktiviti P&P hendaklah bermakna, berkesan, menarik dan menggembirakan.

d. Bahan P&P mestilah ssesuai dengan tahap penguasaan muird dan berkaitan
dengan kemahiran yang dipelajari.

e. Murid mesti menguasai 80% aras masteri sebelum brpindah ke unit pembelajaran
yang beru.

f. Aktiviti pemulihan perlu dilaksanakan bagi murid yang belum menguasai aras
masteri.

g. Aktiviti pengayaan perlu dilaksanakan untuk murid yang telah mencapai aras
masteri.

6.6 Pendekatan Kolaborasi

Pendekatan ini meliputi empat komponen utama iaitu latihan kemahiran kerja, bengkel
terlindung . pelbagai kaedah terapi dan aktiviti luar bilik darjah.

a. Latihan Kemahiran Kerja

Latihan ini perlu diberikan kepada murid khas bermasalah pembelajaran untuk memberi
kemahiran kendiri, komunikasi, sosialisasi dan kemahiran asas berkaitan pekerjaan dalam
kehidupan. Latihan ini boleh dipecahkan kepada tiga bentuk iaitu:

i. Latihan dalam – berbentuk kerja projek seperti perkebunan dan penjualan


hasilnya, aktiviti perdagangan seperti membuat aiskrim, biskut, kek dan lain-lain serta
pemeliharaan ikan, burung dan sebagainya.
24

ii. Latihan kerja yang melibatkan pihak luar atau kerja luar seperti mendapatkan
barangan dari kilang untuk pembungkusan pada waktu persekolahan, membuat barangan
tertentu (batik, bunga telur dan lain-lain) untuk dijual.

iii. Latihan kerja sebenar – murid dihantar bekerja di tempat sebenar seperti mencuci
kereta,mendobi dan sebagainya dengan dipantau oleh pegawai kerja. Selain daripada itu
guru juga boleh mewujudkan situasi sebenar di sekolah.

b. Bengkel Kerja Terlindung

Fungsi bengkel ini untuk memberi pengalaman, latihan, penilaian dan pekerjaan kepada
individu yang berkeperluan khas. Terdapat bengkel terlindung yang beroperasi sendiri (di
bawah pengurusan sekolah) atau yang mempunyai perjanjian dengan agensi yang
memberi perkhidmatan berkaitan dengan kerjaya. Bengkel ini tidak mementingkan hasil
pengeluaran tetapi lebih mengutamakan pengalaman bekerja individu, menanam minat,
memenuhi keperluan sosial dan memberi kemahiran interpersonal.

c. Pelbagai Kaedah Terapi – ia merangkumi terapi pertututran, fizikal, carakerja dan


muzik.

d. Aktiviti Luar Bilik Darjah seperti lawatan, motivasi, perkhemahan, berkuda,


berenang, aktiviti jual beli dan lawatan sosial.

6.7 Pendekatan Carl Orff

Carl Orff pula merupakan pendekatan yang khusus digunakan dalam pengajaran muzik .
“Adalah wajar pendekatan Carl Orff diamalkan di sekolah-sekolah di Malaysia, ini adalah
kerana pendekatan Carl Orff sangat memberi penekanan kepada beraneka jenis
pengalaman muzik , contohnya satu unsur yang tersendiri dalam pendekatan Orff ialah
penggunaan peralatan muzik yang direka atau dipilih khas untuk pendidikan kanak-
kanak. Sifat semulajadi kanak-kanak untuk bermain diberi makna yang sepenuhnya
25

dalam pendekatan Carl Orff. Carl Orff juga dipengaruhi oleh idea-idea Dalcroze dan telah
mengaitkan muzik dengan pergerakan dan pertuturan kanak-kanak yang berirama (canta)
dalam bukunya yang berjudul Orff Schulwerk. Orff berpendapat bahawa irama bahasa
atau lagu dan pergerakan secara spontan banyak membantu kanak-kanak supaya
mempelajari dan memahami konsep muzik dengan lebih berkesan.”(Ali Kutty,2005).
Kanak-kanak yang mempelajari muzik melalui pendekatan Orff diberi peluang yang
mencukupi untuk mempelajari muzik dan melakukan improvisasi dengan muzik secara "
jumpa sendiri". 

7.0 KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MUZIK

Mengikut Edward M.Anthony (1963) kaedah merujuk kepada satu ikhtiar keseluruhan
dikehendaki dalam satu set prosedur yang tersusun,berlandaskan kepada sesuatu
pendekatan yang dipilih. Ee Ah Meng (1987 ), ‘ kaedah ialah suatu siri tindakan guru
yang sistematik serta berurutan dan bertujuan mencapai objektif spesifik, iaitu jangka
pendek sesuatu pelajaran. Kaedah juga membawa implikasi penyusunan. Oleh itu, kaedah
mengajar juga bererti cara mendekati sesuatu objektif dengan langkah-langkah yang
tersusun atau teratur.’

Rashidi Azizan (2001), membincangkan banyak kaedah-kaedah pengajaran yang


boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran . Kaeadah tersebut seperti berikut:

7.1 Kaedah Memberi Arahan


26

Dalam kaedah ini, guru mengambil masa yang agak lama bagi memberi arahan kepada
pelajar sebelum mereka melakukan tugasan. Perkara pentingnya ialah pelajar perlu
mempelajari bagaimana mematuhi arahan yang semakin kompleks sepanjang
persekolahan mereka. Oleh itu, arahan guru mestilah jelas dan tepat. Rashidi Azizan juga
mencadangkan enam panduan untuk menjamin arahan jelas dan tepat:

i. Mula-mula tuliskan arahan untuk diri guru sendiri. Ini memastikan semua langkah
penting diikuti dan tersusun mengikut turutan yang betul.

ii. Kurangkan arahan (4 – 6 sahaja). Jika melebihi enam langkah, sertakan


demonstrasi semasa memberi arahan

iii. Pastikan arahan jelas, tepat dan sesuai dengan laras bahasa murid.

iv. Pastikan pelajar bersedia menumpukan perhatian sebelum anda memberikan


arahan.

v. Berikan arahan secara lisan serta tuliskan arahan ( pada papan hitan atau kertas
edaran). Sertakan contoh bergambar atau contoh secara lisan bagi setiap
langkah.

vi. Nilai sejauh mana pelajar memehami arahan dengan cara bertanya sama ada
pelajar mempunyai soalan atau minta pelajar nyatakan semula langkah-
langkah.

7.2 Kaedah Resitasi

Kaedah ini digunakan untuk menilai sejauh mana pelajar mengetahui atau memahami
sesuatu konsep dan seterusnya meneguhkan pemahaman yang betul dan tepat. Amnya,
kaedah ini melibatkan ingatan semula maklumat yang baru sahaja disampaikan atau
dipelajari. Pelajar dikehendaki mengulang maklumat berkenaan sama ada perkataan demi
perkataan atau dengan ayat mereka sendiri. Seringkali digunakan sebagai set induksi.
27

Dalam kaedah ini, guru kemukakan soalan dan pelajar memberikan jawapan.
Pelajar boleh merujuk nota, buku dan sebagainya kecuali kalau telah dikehendaki
menghafal.

7.3 Kaedah Latih tubi

Kedah ini menyediakan latihan dan peneguhan secukupnya kepada para pelajar tentang
sesuatu pembelajaran yang spesifik supaya mereka boleh secara automatik menyebut,
mengingati semula maklumat apabila disuruh berbuat demikian. Kaedah ini sesuai
dilakukan semasa pengajaran nyanyian bagi pelajar yang tidak boleh membaca. Boleh
dijalankan secara lisan ataupun tulisan.

Bagi mengelakkan kebosanan, adakan permainan atau pertandingan. Bagi yang


tidak suka kaedah di atas, minta pelajar menulis pada permukaan yang aneh seperti atas
tanah basah, pasir dan sebagainya.

7.4 Kaedah Analisis Filem

Kaedah ini bertujuan membimbing pelajar ke arah idea-idea atau generalisasi baru.
Sesuatu idea atau konsep boleh disampaikan secara lebih dramatik dan mendalam melalui
filem daripada kaedah lain. Mula-mula guru memaklumkan apa yang akan dilihat
daripada tayangan filem. Semasa tayangan filem, biarkan murid melihat tanpa diganggu.
Selesai filem, guru mengadakan perbincangan bagi memastikan sejauh mana konsep
utama difahami dan membetulkannya jika tersalah tanggapan.

Jika terdapat perbezaan pendapat, filem boleh ditayangkan semula untuk


menyelesaikan masalah tersebut. Akhirnya guru membimbing pelajar mencantumkan
pengalaman sedia ada dan yang baru untuk membuat generalisasi baru.

7.5 Kaedah Tuturan Sebaya

Kaedah ini bertujuan membantu pembelajaran seseorang pelajar melalui bantuan seorang
pelajar yang lain. Ianya dapat mewujudkan sikap saling bekerjasama dan setiakawan
28

antara pelajar. Biasanya, guru melatih “tutor” pada awal penggal persekolahan dan
memberi peluang kepada setiap pelajar menjadi tutor kepada pelajar lain mengikut bidang
kemahiran atau kebolehannya. Mereka juga boleh menjadi tutor kepada pelajar-pelajar
daripada kelas yang lain. Waktu yang paling sesuai menggunakan kaedah ini adalah
semasa pelajar diberikan satu jangka masa tertentu untuk menyelesaikan tugasan secara
bertulis atau projek.

7.6 Kaedah Permainan

Permainan mempunyai ciri-ciri yang menjadikan proses pembelajaran sebagai


pengalaman yang menyenangkan. Kaedah ini dapat mengurangkan kebosanan dan
biasanya dikaitkan dengan latih tubi, kuliah dan buku teks. Guru boleh mereka sendiri
permainan atau mengubahsuai permainan komersial dan boleh meminta pelajar
menyediakan bahan-bahan yang diperlukan dalam permainan tersebut.

Contohnya dalam mengenal bunyi binatang. Untuk lebih menarik guru boleh
mengadakan permainan kotak beracun. Murid yang mengambil nombor dari kotak akan
menyanyikan lagu mengikut nombor di dalam kotak. Dengan cara ini, murid akan lebih
seronok belajar nyanyian.

7.7 Kaedah Simulasi

Kaedah simlasi juga merupakan kaedah yang boleh digunakan dalam pengajaran drama
dan lakonan. Menurut Rashidi Azizi (2001), simulasi didefinisikan sebagai sesuatu situasi
yang diwujudkan supaya menyerupai situasi sebenar tetapi dalam bentuk yang
dipermudahkankan. Dalam kemahiran penghayatan watak misalnya,pelajar akan
memainkan peranan individu tertentu mengikut prosedur yang ditetapkan oleh guru.
Setelah selesai, satu perbincangan perlu dilakukan tentang apa yang telah disimulasikan
untuk mendapat kesan yang baik.

7.8 Kaedah Demonstrasi atau tunjuk cara.


29

Ee Ah Meng (1989) menyatakan “demonstrasi merupakan suatu kaedah pengajaran dan


seorang individu membuat sesuatu di hadapan individu lain untuk menunjukkan
bagaimana sesuatu perbuatan itu dilakukan. Ia berguna dalam situasi seperti pengajaran
tarian , ...). Berlandaskan kenyataan ahli akademik ini maka jelaslah kaedah ini boleh
digunakan dalam pengajaran tarian dan gerakan badan dalam pendidikan Muzik.

Dalam mengajar tarian dan gimrama misalnya, guru boleh menunjukkan langkah
satu persatu untuk diikuti oleh murid. Dengan cara itu, murid akan lebih mudah untuk
melakukan sesuatu dengan adanya model untuk ditiru. Peniruan itu penting dalam proses
pembelajaran.

7.9 Kaedah Hafalan

Buku Sumber Guru Pendidikan Muzik (http:www.schoolnet.kpm.com) menggaris


beberapa panduan untuk pengajaran nyanyian.. Kaedah pembelajaran secara hafalan(rote
learning) merupakan kaedah yang biasa digunakan dalam pengajaran lagu. Melalui
kaedah ini, pelajar mempelajari sesebuah lagu secara mengajuk. Daya penguasaan lagu
bergantung kepada daya ingatan aural (aural memory) pelajar. Dalam memperkenalkan
lagu , terdapat tiga kaedah yang lazim digunakan iaitu:

 Kaedah keseluruhan lagu


 Kaedah baris demi baris

 Kaedah solfege

a) Kaedah keseluruhan lagu.

Kaedah ini sesuai untuk mengajar lagu yang pendek. Langkah-langkahnya seperti berikut:

i) Memperdengarkan lagu secara keseluruhan dengan muziknya


ii) Guru menyanyikan lagu secara keseluruhan tanpa iringan muzik.
30

iii) Mengikut guru menyanyi keseluruhan lagu secara humming (atau sebutan
vokal a,e,i,o,u) berulang-ulang.

iv) Mengikut guru menyanyi lirik lagu secara keseluruhannya.

v) Murid menyanyi keseluruhan lagu dengan iringan muzik.

b) Kaedah baris demi baris

Kaedah ini sesuai untuk lagu yang panjang dan melibatkan pengajaran lagu secara
bahagian demi bahagian atau frasa, kemudian diikuti dengan cantuman bahagian-
bahagian tadi sehingga akhir, dan menyanyi keseluruhan lagu.

c) Kaedah solfege dalam isyarat tangan

Kaedah ini merupakan gabungan pengajaran secara hafalan rote dan bacaan notasi
menggunakan syllable ( d r m f s l t d) digunakan sebagai sebutan pic. Isyarat tangan dan
gaya Kodaly boleh digunakan untuk membantu pengajaran secara solfege. Kedua-dua
sebutan syllable dan isyarat tangan membantu perkembangan inner-hearing sambil
melihat notasi. Kaedah ini hanya sesuai untuk pelajar bermasalah pembelajaran pada
tahap ringan kerana ianya memerlukan murid mengingati dan menguasai nada dengan
betul.

Manakala di dalam pengajaran drama pula Brian Wooland (1993), menyatakan


working method bagi drama terbahagi kepada dua iaitu kumpulan kecil dan keseluruhan
kumpulan.

a) Kumpulan Kecil

Di dalam kumpulan kecil, pelajar-pelajar akan diberikan tugasan yang sesuai dengan
tahap mereka. Di antara tugasan yang diberikan ialah:

i) Mengembangkan cerita atau lakonan secara spontan.


31

Mereka diberi permulaan cerita dan diminta untuk mengembangkan plot cerita tersebut.

ii) Bersedia untuk lakonan yang pendek.

Semasa murid-murid akan melakonkan peranan masing-masing, mereka berbincang


bagaimana untuk memainkan peranan yang diberi.

iii) Mencipta latar yang sesuai untuk drama

Bagi murid yang tidak terlibat sebagai pelakon, mereka diberi tugasan mencipta latar
yang sesuai untuk drama seperti patung dan gambar tiga dimensi.

iv) Melakukan tugasan bertulis

Contohnya seperti menulis peranan dalam lakonan.

v) Berbincang tentang peranan dan perkara di luar peranannya.

Segala hasil perbincangan, maklumkan kembali kepada ahli keseluruhan kumpulan

b. Kumpulan Keseluruhan Bekerja (whole group work)

Di dalam kaedah ini, secara asasnya setiap orang akan melakukan perkara yang sama
pada masa yang sama. Brian Wooland (1993) menjelaskan “saya mengandaikan
kumpulan ini seperti penumpang di dalam sebuah kapalterbang yang akan terhempas,
mereka mungkin akan bergoncang dalam pelbagai bentuk tetapi pada dasarkan
melakukan perkara yang sama dalam satu masa”.

Sebagai contohnya, kita boleh setkan beberapa babak seperti babak tentang
pergaduhan antara jiran dan babak cuba menyelesaikan perbalahan tersebut. Mungkin
drama ini tidak fokus tetapi kita boleh meminta setiap kumpulan melihat lakonan
kumpulan lain sebagai contoh apa yang akan berlaku.
32

8.0 TEKNIK DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MUZIK

Teknik mengajar merupakan kemahiran guru dalam mengelola dan melaksanakan kaedah
mengajar dalam sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Di antara teknik mengajar
yang biasa digunakan ialah teknik bercerita, bersyarah, perbincangan, demonstrasi,
latihtubi ,penyoalan, sumbangsaran dan permainan (http://www.schoolnet.com.my).
Tujuan menggunakan pelbagai teknik mengajar dalam situasi pengajaran ialah untuk
menarik minat pelajar,mengekalkan perhatian serta membangkitkan rasa ingin tahu
pelajar supaya mencapai objektif pengajaran pembelajaran. Pemilihan teknik mengajar
perlulah berdasarkan kepada umur,kecerdasan,kebolehan dan minat pelajar.

Secara umumnya, terdapat beberapa teknik pengajaran yang boleh digunakan


dalam Pendidikan Muzik, Gerakan Badan dan Drama.

8.1 Teknik latih tubi

Teknik latih tubi ialah aktiviti pengulangan fakta-fakta atau kecekapan yang dipelajari.
Tujuannya ialah untuk mencapai taraf penguasaan kemahiran disamping menjamin
kekekalannya. Teknk ini boleh digunakan dalam mengajar nyanyian untuk membantu
kaedah hafalan. Kesesuaian teknik ini dalam nyanyian kerana ramai murid-murid khas
yang tidak boleh membaca tetapi mereka mampun untuk mengingati lirik dan menyanyi
melalui kaedah hafalan.

8.2 Teknik bercerita

Teknik bercerita sesuai digunakan untk memberi pendedahan dan membina pemahaman
murid terhadap plot lakonan dalam drama atau pantomin yang akan pelajari. Guru akan
bercerita sambil bersoal jawab dengan murid tentang jalan cerita seterusnya. Minta murid
33

untuk mengulang semula cerita atau plot yang telah di sampaikan guru untuk
memastikan pemahaman dan ingatan murid terhadap plot cerita.

8.3 Teknik drama

Teknik ini sering digunakan dalam kaedah komunikatif dan kaedah yang berasaskan
pendekatan induktif iaitu kaedah terus, elektif dan audiolingual. Tujuan utama ialah bagi
melatih pelajar menggunakan unsur bahasa, unsur paralinguistik (jeda, nada dan intonasi)
dan bukan linguistik (mimik muka, gerak tangan, kepala dan lain-lain) dengan berkesan
dalam sesuatu lakonan. Teknik ini dapat mendorong pelajar menghubungkan
perasaannya dengan watak yang diberikan.

8.4 Teknik main peranan

Main peranan bermaksud melakonkan sesuatu situasi atau masalah atau peristiwa. Pelajar
diberi peranan dan bertindak sebagai watak-watak yang ditentukan dalam satu situasi
yang disediakan. Main peranan merupakan dramasitasi yang tidak memerlukan
penghafalan skrip. Teknik ini memerlukan pelajar cuba menyelesaikan atau
menjelaskan situasi kepada pelajar-pelajar lain supaya mempraktikkan kepada diri
mereka berdasarkan peranan yang dimainkan secara spontan. Proses ini biasanya
dimulakan dengan cara membacakannya, memperdengar atau mempertonton melalui
filem, televisyen atau sebagainya kepada murid.

8.5 Teknik soal-jawab

Teknik ini merupakan teknik yang paling popular dan boleh digunakan dalam semua
mata pelajaran. Ia bukan sahaja mudah dilaksanakan tetapi berupaya mewujudkan
interaksi guru dan murid secara berkesan. Melalui teknik ini,guru mengemukan soalan-
soalan yang berkaitan sama ada secara menumpu atau mencapah. Pelajar akan
memberikan respon terhadap soalan yang diajukan. Guru digalakkan menggunakan
soalan mencapah kerana ia mampu mendorong murid memberi jawapan yang lebih kritis
dan kreatif.
34

9.0 STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MUZIK

”Strategi bermakna kebijaksanaan dalam menguruskan sesuatu perkara. Ianya merujuk


kepada kebijaksanaan guru memilih pendekatan serta kecekapan merancang
kaedah,teknik dalam satu-satu pengajaran berdasarkan objektif pelajaran yang
ditentukan”.(Eee Ah Meng. 1987).
Menurut Tang Chee Yee (1988), dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran,
beberapa strategi pendekatan perlu dipertimbangkan,antaranya ialah;

Penentuan pendekatan berdasarkan objektif pelajaran

Pemilihan kaedah dan teknik mengajar berdasarkan pendekatan.

Penyusunan kaedah dan teknik mengajar secara sistematik dengan mengikut prinsip
dan teori pembelajaran

Pengagihan masa dan langkah mengajar perlulah disusun dengan baik.

Pengagihan bahan bantu mengajar mengikut keperluan dalam setiap kaedah dan
teknik mengajar.

        Pengurusan kelas mengikut pendekatan,kaedah dan teknik mengajar


yang dipilih

Contoh Format Rancangan Pengajaran Untuk Dua Kumpulan.


35

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN : MUZIK DAN GERAKAN

1)Kelas : B2 Tarikh 4) Tarikh : 18.08.2008


2)Masa : 8.20-9.0 0 ( 40 minit) 5)Hari : Selasa
3)Mata Pelajaran : Muzik dan Gerakan 6)Jumlah Murid : 10 orang
KUMPULAN A (cerdas) KUMPULAN B (lemah)
Kemahiran : Kemahiran :
1. Nyanyian 1. Nyanyian
1.1 Menguasai kemahiran 1.1 Menguasai kemahiran
mendengar mendengar
Meningkatkan bakat dan minat dalam nyanyian 1.2. Meningkatkan bakat dan minat dalam nyanyian

8)Tajuk : Lagu Nasyid – Sepohon Kayu Tajuk : Gabungan Suku kata KV menjadi perkataan KV+ KV

9)Pengetahuan Sedia Ada: Pengetahuan Sedia Ada:


1) Murid telah boleh mengecam bunyi-bunyian 1. Murid telah boleh mengecam bunyi-bunyian
2) Murid pernah menyanyi tanpa dan dengan iringan muzik. 2. Murid pernah menyanyi tanpa dan dengan iringan muzik.

10)Kaedah pengajaran: Kaedah pengajaran:


1) Penerangan 1) Penerangan
2) Latihtubi 2) Latihtubi
3) Penyoalan 3) Penyoalan
4) Kumpulan 4) Kumpulan
5) Lembaran kerja dan pengumpulan maklumat dalam fail. 5) Simulasi
6) Lembaran kerja dan pengumpulan maklumat dalam fail.
11)Objektif: 11)Objektif:
Di akhir pelajaran murid boleh : Di akhir pelajaran murid boleh :

1) Mendengar dan menyanyikan semula lagu yang diperdengarkan 2. Mendengar dan menyanyikan semula lagu yang
oleh guru. diperdengarkan oleh guru.
2) Mengambil bahagian di dalam aktiviti nyanyian mengikut arahan 3. Mengambil bahagian di dalam aktiviti nyanyian mengikut
guru. arahan guru.
3) Menyanyi tanpa dan dengan iringan muzik 4. Menyanyi tanpa dan dengan iringan muzik
4) Menulis dan menyalin senikata lagu dengan betul di buku kerja 5. Menulis dan menyalin senikata lagu dengan betul di buku ke
murid tanpa bantuan guru. murid tanpa bantuan guru.

12)Nilai Murni : Adalah diharapkan agar murid boleh; Nilai Murni :


1) Bekerjasama dan mendengar arahan yang guru berikan semasa sei 1) Bekerjasama dan mendengar arahan yang guru berikan sema
pengajaran dan pembelajaran berlangsung di bilik darjah. sesi pengajaran dan pembelajaran berlangsung di bilik darjah
2) Menanamkan sikap rajin dan sentiasa bersungguh-sunguh untuk 2) Menanamkan sikap rajin dan sentiasa bersungguh-sunguh un
melakukan aktiviti yang diberikan oleh guru. melakukan aktiviti yang diberikan oleh guru.
3) Melakukan aktiviti nyanyian dengan perasaan yang gembira. 3) Melakukan aktiviti nyanyian dengan perasaan yang gembira

13)KBKK : KBKK :
1) Murid boleh menghubungkaitkan sesi pengajaran di bilik darjah 1. Murid boleh menghubungkaitkan sesi pengajaran
dengan kehidupan seharian seperti menyanyi lagu nasyid yang di bilik darjah dengan kehidupan seharian seperti
36

didengari. menyanyi lagu nasyid yang didengari.


2) Murid boleh membuat ramalan jawapan berdasarkan persoalan 2.
Murid boleh membuat ramalan jawapan berdasarkan
yang guru berikan. persoalan yang guru berikan
14) Bahan Bantu Mengajar : Bahan Bantu Mengajar :
1) White board marker 1) White board marker
2) Lembaran kerja murid 2) Lembaran kerja murid
3) Buku kerja murid. 3) Buku kerja murid.

15) Peralatan: Peralatan:


1. Radio
1) Radio 2. CD
1) CD

16) Isi Pelajaran : 16) Isi Pelajaran :


1.1.1 Jenis-jenis bunyi dan Nada 1.1.1 Jenis-jenis bunyi dan Nada
a. Memperkenalkan pelbagai jenis a. Memperkenalkan pelbagai jenis
i. Bunyi dari alam sekitar ii. Bunyi dari alam sekitar
ii Bunyi dari aktiviti manusia ii Bunyi dari aktiviti manusia

1.2.1 Nyanyian 1.2.1 Nyanyian


a. Mengenal lagu-lagu berdasarkan melodi a. Mengenal lagu-lagu berdasarkan melodi
iii. Lagu nasyid iii. Lagu nasyid
f. Menyanyi lagu yang dipelajari dalam kumpulan tanpa muzik f. Menyanyi lagu yang dipelajari dalam kumpulan tanpa muzik
g. Menyanyi lagu yang dipelajari dalam kumpulan dengan muzik g. Menyanyi lagu yang dipelajari dalam kumpulan dengan muzik

Langkah STRATEGI PENGAJARAN DAN STRATEGI PENGAJARAN DAN


Pengajaran PEMBELAJARAN PEMBELAJARAN ABM/CATATAN
KUMPULAN A (Cerdas) KUMPULAN B ( Lemah )
37

ISI AKTIVITI ISI AKTIVITI


PENGAJARAN PEMBELAJARAN PENGAJARAN PEMBELAJARAN
AKTIVITI AKTIVITI
PENGAJARAN PENGAJARAN
Set Pengajaran Pembelajaran
Induksi Guru: Murid:
(+5 minit) * Dilakukan
secara
Kelas

1. Murid menjawab
1. Guru bertanya secara beramai
kepada murid. ramai
Siapa suka dengar
lagu?

2. Guru bertanya 2. Murid menjawab


lagi. secara beramai-
Siapa suka dengar ramai untuk
lagu nasyid? memberitahu lagu-
lagu kegemaran
3. Guru meminta mereka.
1 - 3 orang murid
menyanyikan lagu 3. 1-3 orang murid
nasyid yang datang ke hadapan
mereka suka. kelas dan
menyanyikan lagu
yang mereka suka.
Rakan-rakan lain
bertepuk tangan.

KBKK:
1. Murid boleh
membuat ramalan
jawapan yang
sesuai dengan
soalan guru.
2.Murid dapat
menyampaikan
maklumat yang
diperolehi dari
pelajaran lepas
dan berdasarkan
pengalaman
kepada rakan.

Langkah 1 Pengajaran
(+ 10 Guru:
minit ) * Dilakukan
secara 1. Radio
Kelas 2. CD
Nyanyian
38

Isi Pelajaran:
Nyanyian 1. Semua murid
mendengar.
1. Guru
memperdengarkan
lagu nasyid yang 2. Semua murid
ingin diajar. turut menyanyi.

2. Guru
menyanyikan lagu
itu rangkap demi 3.Murid yang
rangkap. disuruh datang ke
hadapan kelas dan
3. Guru menyuruh menyanyi secara
1 –4 orang murid bergilir-gilir.
rangkap 1dan Rakan-rakan lain
seterusnya bertepuk tangan.
sehingga habis.
Contoh :
“Sepohon kayu
daunnya rimbun,
Lebat bunganya
serta buahnya,
Walaupun hidup
seribu tahun kalau
tak sembahyang
apa gunanya”.
Langkah 2 Pengajaran Guru:
(+ 10 *dilakukan secara 1. Radio
minit ) kelas 2. CD

1. Guru menyuruh 1. Semua murid


murid menyanyi menyanyi tanpa
tanpa iringan iringan muzik.
muzik.

2. Guru meminta 2. Semua murid


murid menyanyi menyanyi dengan
dengan iringan iringan muzik.
muzik.
Langkah 3 * Dilakukan
(+ 10 secara
minit ) Kumpulan

Guru
membahagikan
murid menikut Isi Pelajaran: 1. Papan putih
kumpulan A Arahan Guru. 2. White board
dan marker.
kumpulan B 1) Guru 1) Murid 3. Pemadam
mengarahkan murid mendengar arahan 4. Senikata lagu
Isi Pelajaran: menyalin dua guru dan dua 5. Buku kerja
Arahan Guru. 1) Murid rangkap senikata rangkap senikata murid.
mendengar arahan lagu di lembaran lagu di lembaran 6. Lembaran kerja
39

1) Guru guru dan menyalin kerja murid. kerja murid. Murid


mengarahkan senikata lagu di kumpulan 2.
murid menyalin dalam buku kerja
senikata lagu di murid.
papan putih di
dalam buku kerja. Nilai: Rajin dan
berusaha Nilai: Rajin dan
bersungguh- berusaha
sungguh bersungguh-
melakukan tugasan sungguh
yang diberikan melakukan tugasan
oleh guru. yang diberikan
oleh guru.
Penutup Isi Pelajaran:
(+ 5
minit ) Aktiviti penutup.

Pengukuhan Pengukuhan Pengukuhan Pengukuhan


Kognitif Kognitif Kognitif Kognitif

1. Guru meminta 1. Murid menyanyi 1. Guru meminta 1. Murid menyanyi


murid tanpa bantuan murid menyanyi tanpa bantuan
menyanyikan lagu guru. lagu yang dipelajari guru.
yang telah pada hari ini pada
dipelajari di kumpulan 2.
kumpulan.
Pengukuhan
Pengukuhan Pengukuhan Sosial Sosial
Pengukuhan Sosial 1. Guru memuji dan 1. Murid yang
Sosial 1. Murid yang memberikan dapat melakukan
1. Guru memuji dapat melakukan pengukuhan positif tugasan dengan
dan memberikan tugasan dengan berbentuk baik menerima
pengukuhan baik menerima ‘tangible/token pujian dan token
positif berbentuk pujian dan token bintang’ kepada dari guru.
‘tangible/token dari guru. murid yang dapat
bintang’ kepada melakukan tugasan
murid yang dapat yang diberikan
melakukan dengan baik.
tugasan yang
diberikan dengan KBKK: Murid
baik. boleh
menghubungkaitkan
pelajaran yang telah
dipelajari dan
menyampaikan
maklumat yang
diperolehi dalam
sesi pengajaran
kepada guru dan
rakan-rakan dengan
betul.
40

10.0 PENUTUP

Di dalam proses pengajaran dan pembelajaran, strategi adalah penting. Pengaplikasian


strategi yang bertepatan dengan kepelbagaian dan keupayaan murid akan dapat
membantu mereka mengembangkan potensi diri. Walau apa pun masalah kecacatan yang
dihadapi oleh murid-murid khas terutama kategori masalah pembelajaran, mereka dapat
dididik dengan pemilihan strategi yang betul.

Sebagai guru yang ditauliahkan sebagai pakar dalam pendidikan khas, seharusnya
para guru dapat menguasai strategi pengajaran dan pembelajaran dengan baik serta tahu
dalam situasi mana ianya perlu digunakan. Oleh itu, kehadiran MOSEP Muzik dapat
membantu guru merealisasikan matmalat pendidikan untuk kanak-kanak khas bermasalah
pembelajaran.

RUJUKAN

Arif Sukardi. 1987. Prinsip-Prinsip(Teori) Pembelajaran. (atas


talian).http:/Www.Ut.Ac.Id/Ol- Supp/Fkip/Pgsm3803/ .

B. Raymond Eileen. 2004. Learners with mild disabilities- A characteristics approach.


USA: Pearson.

Ee, Ah Meng .1987.Pedagogi untuk bakal guru. Fajar Bakti, Petaling Jaya.

Jabatan Pendidikan Khas. 2004. Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Khas


Bermasalah Bermasalah Pembelajaran Sekolah Rendah & Menengah. Kuala lumpur:
Percetakan Nasional Malaysia Berhad.

Kamarudin Husin .1988.Pedagogi bahasa. Longman (M), Kuala Lumpur.


41

Kementerian Pendidikan Malaysia.1998. Buku Panduan Pelaksanaan Kurikulum KDP 14


Minggu Latihan Guru Sekolah Bestari. Kuala Lumpur: Sample Modul
Pengajaran dan Pembelajaran Muzik .(atas talian) http:www.schoolnet.com.

Knowles, M. 1975. Self-directed learning . Chicago: Follet.

Knowles. 1984. Andragogy in action. San Fransisco: Follet.

Rahil Mahyuddin, Maria Chong Abdullah, Habibah Elias. 2004. Psikologi Kanak-kanak
dan Remaja. Kuala Lumpur: Mc Graw Hill

Rashidi Azizan & Abdul Razak Habib .1995. Pengajaran dalam bilik darjah. kaedah
dan strategi. Masa Enterprise,Kajang.

Thompson, Brenda. 1974. Learning to teach. London.

Wooland Brian.1993. The teaching of drama in primary school. England: Longman


Group UK Limited.

Anda mungkin juga menyukai