Anda di halaman 1dari 8

SK CANOSSIAN CONVENT, SEGAMAT, JOHOR

PEMBELAJARAN DIGITAL KENDIRI (PDK)


CUTI PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB)
LATIHAN SAINS TAHUN 6 ( GERHANA BULAN & GERHANA MATAHARI )

NAMA :___________________________________________________TARIKH: 12 Mei 2020


JAWAB SEMUA SOALAN

1. Rajah 1 menunjukkan bayang-bayang Bulan pada permukaan Bumi.

Rajah 1

Pada kawasan manakah, gerhana Matahari separa berlaku?

A P
B Q
C R
D S

2. Rajah 2 menunjukkan radas yang digunakan pada suatu eksperimen gerhana.

Rajah 2

Apakah yang diwakili oleh lampu suluh dan bola tenis?

Lampu suluh Bola tenis


A Bumi Bulan
B Bulan Bumi
C Matahari Bumi
D Matahari Bulan

#StayAtHome #StaySafe #StopCovid19 #PreparedByHjSupian


3. Apakah gerhana Bulan?

P Berlaku apabila Bumi berada di antara Matahari dan Bulan


Q Disebabkan oleh pantulan cahaya matahari oleh Bulan
R Berlaku apabila Matahari, Bumi dan Bulan berada di garis lurus
S Berlaku apabila Bulan berada di antara Bumi dan Matahari

A P dan Q
B P dan R
C Q dan S
D R dan S

4. Rajah 3 menunjukkan pemerhatian yang dapat lihat semasa gerhana Matahari.

Rajah 3

Apakah jasad hitam yang kelihatan pada rajah di atas ?

A Bumi
B Matahari
C Bulan
D Bayang-bayang Bumi

5. Mengapakah fenomena gerhana berlaku?

W Cahaya bergerak pada garis lurus


X Bumi berputar pada paksinya
Y Bulan memantulan cahaya matahari
Z Bumi berputar mengelilingi Matahari dan Bulan berputar mengelilingi Bumi

A W dan X
B W dan Z
C X dan Y
D Y dan Z

#StayAtHome #StaySafe #StopCovid19 #PreparedByHjSupian


6. Antara yang berikut, apakah kesan gerhana Matahari penuh pada Bumi?

I Bintang tidak dapat dilihat


II Matahari tidak kelihatan di langit
III Cahaya siang menjadi gelap bagi beberapa seketika
IV Bulan penuh dapat dilihat

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

7. Antara yang berikut, manakah susunan yang betul semasa gerhana Matahari ?

X - Matahari
Y - Bumi
Z - Bulan

A X, Y, Z
B Y, X, Z
C Z, Y, X
D Z, X, Y

8. Apakah yang akan berlaku semasa gerhana bulan?

A Matahari tidak kelihatan bagi beberapa seketika


B Bayang-bayang Bulan akan menutupi permukaan Matahari
C Bulan akan kelihatan kemerahan, kelabu gelap dan perang
D Bumi menghalang cahaya bulan daripada sampai ke Matahari

9. Apakah fasa Bulan ketika gerhana Bulan boleh berlaku?

A Bulan Baru
B Bulan Penuh
C Bulan Sabit
D Bulan suku

#StayAtHome #StaySafe #StopCovid19 #PreparedByHjSupian


10. Antara yang berikut, pernyataan manakah yang benar tentang situasi yang dilihat daripada
kawasan P, Q dan R di Bumi.

I Bulan berada pada bayang-bayang Bumi


II Matahari dilihat daripada kawasan Q ialah berbentuk bulan sabit
III Bulan menghalang cahaya matahari daripada sampai ke Bumi
IV Persekitaran akan menjadi gelap buat sementara waktu pada waktu siang

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

11. Rajah di bawah menunjukkan susunan radas bagi menyiasat pembentukan gerhana. Lampu
suluh dipasang dan bayang-bayang yang terbentuk diperhatikan.
Antara yang berikut, manakah susunan yang menunjukkan susunan yang terbentuk di
kawasan X pada glob?

#StayAtHome #StaySafe #StopCovid19 #PreparedByHjSupian


12. Rajah 5 menunjukkan Matahari, Bulan dan Bumi.

Rajah 5
Apakah yang menyebabkan kawasan di Bumi mengalami gerhana?

A Cahaya dipantulan
B Cahaya dipesongkan
C Cahaya tidak bergerak melalui vakum
D Cahaya tidak dapat melalui objek legap

13. Rajah 6 menunjukkan W, X, Y dan Z mewakili kedudukan Bulan pada suatu situasi.

Rajah 6

Antara yang berikut, manakah persamaam kedudukan Bulan dengan bentuk gerhana bulan
apabila diperhatikan?

Kedudukan Bentuk gerhana


Bulan
I W Gerhana penuh
II X Gerhana penuh
III Y Gerhana penuh
IV Z Gerhana separa

A I dan II
B I dan III
C II dan IV
D III dan IV

#StayAtHome #StaySafe #StopCovid19 #PreparedByHjSupian


14. Maklumat di bawah menerangkan tentang satu fenomena gerhana.

Bumi berputar mengelilingi Matahari. Pada masa yang sama


Bulan berputar mengelilingi Bumi. Pada suatu kejadian, Bumi
adalah di antara Matahari dan Bulan pada garis yang lurus.

Antara yang berikut, manakah yang menerangkan tentang pembentukan gerhana


berdasarkan pernyataan dia atas?

A Ia berlaku pada waktu siang


B Bulan merupakan bayang-bayang Bumi
C Ia berlaku seketika pada jangka masa yang singkat
D Bulan menghalang cahaya matahari daripada sampai ke Bumi

15. Rajah 7 menunjukkan kedudukan Matahari, Bumi dan Bulan pada suatu masa.

Rajah 7

Apakah yang akan berlaku apabila Matahari, Bulan dan Bumi dalam kedudukan di atas ?

A Matahari akan kelihatan sebagai cincin


B Bulan akan kelihatan sangat cerah pada waktu malam
C Bulan akan kelihatan kemerahan
D Bumi akan menjadi gelap seketika pada waktu siang

#StayAtHome #StaySafe #StopCovid19 #PreparedByHjSupian


16. Rajah 8 menunjukkan empat kedudukan Bulan, A, B, C dan D pada suatu masa..

Rajah 8

Pada kedudukan manakah gerhana Matahari berlaku ?

17. Antara yang berikut, manakah yang benar tentang situasi Matahari pada gerhana penuh?

A Terlalu cerah
B Tidak dapat dilihat
C Ia merupakan warna kemerahan
D Ia kelihatan sebagai cincin bercahaya

18. Antara yang berikut, manakah susunan yang akan menunjukkan fenomena gerhana bulan ?

#StayAtHome #StaySafe #StopCovid19 #PreparedByHjSupian


19. Semasa gerhana Matahari penuh berlaku, Matahari kelihatan sebagai bulatan gelap yang
dikelilingi oleh gegelang cerah yang dinamakan……………………….

A. Umbra
B. Penumbra
C. Korona
D. Antumbra

20. Gerhana Bulan berlaku semasa fasa bulan ……………………………………

A. Anak bulan
B. Bulan sabit
C. Bulan separa
D. Bulan purnama

KERTAS SOALAN TAMAT

SELAMAT BELAJAR SECARA DIGITAL

MEMBUDAYAKAN PEMBELAJARAN DIGITAL ERA REVOLUSI INDUSTRI 4.0


SUPIAN BIN HASHIM – GURU SAINS SK CANOSSIAN CONVENT, SEGAMAT

12 MEI 2020 (SELASA)

#StayAtHome #StaySafe #StopCovid19 #PreparedByHjSupian

Anda mungkin juga menyukai