Anda di halaman 1dari 2

Bina Ayat SPM (Soalan 3a)

Apabila anda membina ayat, pastikan anda menggunakan formula:

a) Bila + Siapa + buat apa


b) Siapa + buat apa + di mana
c) Siapa + buat apa + mengapa

Contoh:
1. Prasyarat
ayat: Kakak berjaya memasuki pertandingan itu kerana lulus prasyarat yang ditetapkan oleh penganjur
pertandingan.

2. Propaganda
ayat: Pendedahan akuan palsu yang dilakukan oleh pemimpin negara itu merupakan propaganda politik
yang mungkin akan menarik perhatian media massa.

3. Pascamerdeka
ayat: Padazaman pascamerdeka, anak-anak bangsa harus mengisi kemerdekaan dengan
mempertahankan kemerdekaan negara daripada dijajah semula oleh anasir luar.

4. Dwibahasa
ayat: Ayah menggunakan kamus dwibahasa untukmencari makna perkataan yang tidak difahaminya
dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

5. Anti-Israel
ayat: Satu perarakan anti-Israel telah diadakan di Dataran Merdeka oleh penuntut-penuntut university
kerana mereka mengetahui kekejaman Israel terhadap keamanan dunia.

6. Antirasuah
ayat: Kerajaan Malaysia menjalankan kempen antirasuah untuk menghapuskan gejala ini sehingga akar
umbi.

7. Interaksi
ayat: Pakar psikologi perpendapat bahawa kekurangan interaksi antara anak dengan ibu bapa akan
menyebabkan jiwa anak kosong.

8. Insentif
ayat: Pihak sekolah akan memberi wang insentif sebanyak RM100 kepada pelajar yang mewakili
sekolah dalam acara sukan.

9. Integrasi
ayat: Pihak kerajaan melancarkan kempen 1Malaysia untuk memupuk integrasi kaum dan membina
perpaduan yang utuh dalam kalangan rakyat Malaysia.

10. Intensif
ayat: Pihaksekolahakanmenjalankankelas intensif untukpelajar yang
lemahdalamsubjekSainsdanMatematik.

11. Inisiatif
ayat: Kerajaan berharap agar pihak sekolahakan mengambil inisiatif untuk memastikan kebersihan
persekitaran sekolah supaya murid-murid tidak diserang wabak demam denggi.
12. tentatif
ayat: Buat sementara waktu, beberapa langkah tentatif diambil untuk memasukkan sains sepenuhnya ke
dalam skop sosiologi ilmu pengetahuan.

13. senget
ayat: Ayah mengetawakan adik yang memaka iseluarnya senget sebelah.

14. sengit
ayat: Pengumuman semua calon SPM yang mendapat keputusan 9A+ dijanjikan biasiswa JPA akan
menimbulkan persaingan yang sengit antara calon SPM.

Anda mungkin juga menyukai