Anda di halaman 1dari 2

ARAHAN DAN PANDUAN TEMU DUGA

IJAZAH SARJANA MUDA (PENUH MASA)


SIDANG AKADEMIK 2020/2021
Calon yang terpilih perlu membaca dengan teliti arahan dan panduan temu duga bagi program
Ijazah Sarjana Muda (Penuh Masa) USM. Calon juga perlu mematuhi keperluan dan tempoh
yang ditetapkan.

PROGRAM : US6721001 – DOKTOR PERUBATAN

ARAHAN / PANDUAN :

1. Calon perlu menjalani sesi Temu duga dengan menggunakan medium Cisco Webex.

2. Calon diminta menghantar nombor whatsapp melalui melalui ruangan yang disediakan dalam
tempoh 5 hari. (18 Mei 2020 - 22 Mei 2020)

3. Pusat Pengajian akan menghubungi calon pada tarikh dan masa yang telah ditetapkan
sepertimana yang tertera pada slip temu duga.

a. Persediaan Sebelum Temu Duga


1. Pastikan anda menerima jemputan rasmi daripada USM.
2. Semak tarikh dan masa sesi temu duga anda.
3. Setiap calon perlu menggunakan komputer yang mempunyai mikrofon & kamera untuk
sesi temu duga.
4. Semak tahap kelajuan internet anda dengan melayari laman sesawang speedtest
(https://www.speedtest.net/) dan pastikan kelajuan internet anda mencapai sekurang-
kurangnya 5.0 Mbps.
5. Anda digalakkan untuk membiasakan diri menggunakan aplikasi Cisco Webex sebelum hari
temu duga.
6. Pastikan terdapat WhatsApp Web pada komputer anda.

b. Persediaan Pada Hari Temu Duga


1. Anda akan diberikan meeting ID, password dan pautan kepada sesi temu duga melalui
aplikasi WhatsApp Web pada komputer anda.
2. Anda perlu klik pada pautan tersebut 15 minit sebelum masa yang ditetapkan.
3. Masukkan nama penuh & alamat email bagi membolehkan anda akses ke sesi tersebut.
4. Anda akan dibawa ke bilik menunggu (waiting room Webex) terlebih dahulu sebelum
memulakan sesi.
5. Setelah anda masuk ke sesi temu duga, sila pastikan mikrofon dan kamera anda berfungsi
dengan baik.
6. Pastikan keadaan persekitaran yang sesuai untuk temu duga.

c. Semasa Temu Duga


1. Sila tunjukkan kad pengenalan kepada penemuduga sebagai pengesahan identiti.
2. Sila dengar arahan dan soalan daripada penemuduga dan berikan jawapan yang terbaik.
3. Sekiranya anda menghadapi masalah teknikal semasa temu duga berlangsung, sila
bertenang dan laporkan kepada sekretariat temu duga.

Peringatan

1. Pastikan anda memakai pakaian yang sesuai untuk sesi temu duga.
2. Anda dilarang membuat rakaman audiovisual / mengambil foto semasa sesi temu duga.
3. Anda dikira menipu atau cuba menipu sekiranya anda:
a. cuba mendapat bantuan jawapan daripada pihak lain.
b. membuat rujukan daripada sebarang sumber.
c. melakukan apa-apa perbuatan lain yang disyaki sebagai cuba menipu oleh penemuduga.
4. Jika anda didapati membuat rakaman atau terdapat cubaan menipu semasa tem uduga, anda
secara automatik dikira sebagai GAGAL.

PERTANYAAN :

Pusat Pengajian Sains Perubatan

FB : @usmmedic

Anda mungkin juga menyukai