Anda di halaman 1dari 2

DOA SEMPENA MESYUARAT

‫هللا الرَّ حْ َم ِن الرَّ ِحي ِْم‬


ِ ‫ِبسْ ِم‬

َّ ‫ َوال َعا ِق َبة ل ِْل ُم َّت ِقي َْن َوال‬, ‫هلل َربِّ ال َعالَ ِمي َْن‬
‫صالَة َُوال َّسالَ ُم َعلَى َس ِّي ِد َنا م َُح َّم ٍد َو َعلَى آلِ ِه‬ ِ ‫اَ ْل َحمْ ُد‬

‫َوأَصْ َح ِاب ِه أَجْ َم ِعي َْن‬


Allahumma Antal ‘Azizul Jalil,

Sesungguhnya kami pada pagi ini, ingin merafa’kan kesyukuran dan pujian terhadap Mu, atas kurniaan
Mu yang tidak ternilai.

Allahumma Ya Hakim Ya Azim,

Sesungguhnya kami berhimpun di sini bagi menyatakan kesungguhan, kommitmen dan iltizam kami
dengan roh dan semangat untuk membangun ,membina serta mendidik dan memartabatkan anak bangsa
supaya berbudi dan berjasa kepada agama, bangsa dan negara.

Justeru… berkati pertemuan kami, berkatilah jua usaha-usaha kami, ilhamkanlah dalam fikiran dan minda
kami, idea-idea yang bernas, pandangan-pandangan yan jelas dan keputusan-keputusan yang waras.
Kurniakanlah kepada kami limpahan ilmu yang berguna dan kefahaman yang benar. Satukanlah hati-hati
kami, eratkanlah silatur rahimi dikalangan kami. Padukanlah tenaga dan usaha kami untuk
memartabatkan pendidikan bangsa secara bersama demi mencapai kecemerlangan dan kegemilangan.

Allahumma Ya ‘Aliim, Wa Ya Khabiir,

Jadikanlah kami Ya Allah, dari kalangan hamba-hamba Mu yang taat dan bersyukur. Jauhilah kami Ya
Allah, dari melanggari perintah Mu. Kurniakanlah apa kiranya ya Allah kepada kami kesihatan yang
berpanjangan , kesejahteraan yang sempurna , fikiran yang waras, minda yang cergas, rezeki yang halal,
zuriat dan generasi yang beriman serta segala kebaikan di dunia, pun jua di akhirat.
‫اَللَّ ُه َّم اجْ َع ْل َجمْ َع َنا َه َذا َج ْمعًا َمرْ ح ُْومًا ‪َ ،‬و َت َفرُّ َقـَ َنا ِمنْ َبعْ ِد ِه َت َفرُّ قا ً‬
‫َمعْ ص ُْومًا ‪َ ،‬والَ َتجْ َع ِل اللَّ ُه َّم ِف ْي َنا َوالَ َم َع َنا َوالَ َمنْ َي ْت َب ُع َنا َش ِق ًّ‪5‬ـًيا َوالَ‬
‫‪َ .‬م ْطر ُْو ًدا َوالَ َمحْ ر ُْومًا‬

‫ار َنا َءا ِخ ُرهُ َو َخي َْر أَعْ َمالِ َنا َخ َوا ِت ُم ُه َو َخي َْر‬ ‫َ‬
‫اللَّ ُه َّم اجْ َع ْل َخي َْر أعْ َم ِ‬
‫أيَّا ِم َنا َي ْو َم ْأل َق َ‬
‫اك ِف ْي ِه‬

‫ُ‬
‫ان َوالَ َتجْ َع ْل‬ ‫إل ْخ َوا ِن َنا الَّ ِذي َْن َس َبقُ ْو َنا ِب ِ‬
‫اإل ْي َم ِ‬ ‫اغ ِفرْ َل َنا ذ ُن ْو َب َنا َو ِ‬ ‫اللَّ ُه َّم ْ‬
‫ف َر ِح ْي ٌم‬‫ك َرء ُْو ٌ‬ ‫ِفيْ قـُلُ ْو ِب َنا ِغًالًّـ‪ 5‬لِلَّ ِذي َْن َءا َم ُن ْوا َر َّب َناإ َّن َ‬
‫ِ ر َّب َنا َءا ِت َنا ِفي ال ُّد ْن َيا َح َس َنة ً َو ِفي األ ِخ َر ِة َح َس َنة ًَو ِق َنا َع َذ َ‬
‫اب ال َّنار‬ ‫َ‬

‫صحْ ِب ِه َو َسلَّ َم ‪َ ،‬و ْال َح ْم ُدهَّلِل ِ‬


‫صلَّى هللاُ َع َلى م َُح َّم ٍد َو َع َلى َءالِ ِه َو َ‬
‫َو َ‬
‫العا َل ِمي َْن‬
‫َربِّ َ‬

Anda mungkin juga menyukai