Anda di halaman 1dari 5

X'Panded X'Pressions : Suatu Pandangan

EKA SASTRA
Membuat dan menilai karya seni adalah dua perkaitan yang memerlukan
encouragement. Hubungan-hubungan langsung atau tidak di antaranya
memberikan justifikasi kepada persoalan di sekitar karya. Pembuat karya
memerlukan penilai dan begitu juga sebaliknya.
Namun, lanjutan dari kedua-dua gerak kerja terbabit telah berada di dua
lingkaran yang berbeza berdasarkan kepada tentangan wacana dan akroni.
Ironinya, kedua-dua gerak karja adalah satu hakikat tetapi memiliki dua
unsur yang sebetulnya saling melengkapi. Orang yang ahli (seni) sewajarnya
menolak sebarang bentuk kitsch yang menonjolkan kemutlakan abadi melalui
logosentrisme seni.
Melalui Pameran X'panded X'pressions, gerak kerja yang dinyatakan tadi
telah berlaku. Secara peribadi, gerak kerja tersebut telah mewujudkan sebuah
sinkretisme harmonis. Karya-karya yang dicipta di dalam atau di luar studio
yang mengalami pembauran proses yang pelbagai dari sudut idea, pemikiran,
fizikal dan emosi, kini dilepaskan ke khalayak.
Hampir semua unsur karya diyakini telah mengalami proses timbangtara
yang bukan sedikit. Kajian-kajian pasti telah dilakukan dengan baik, begitu
juga aspek teori yang telah dikunyah-hadam oleh setiap pengkarya terbabit.
Ditambah dengan sokongan rujukan karya dan ilmu bantu yang berkaitan.
Dan apabila karya siap, tanggungjawab pengkarya sebahagiannya telah
berakhir.
Karua-karya yang terhasil dari kursus Seni Elektronik Lanjutan dan Media
Lanjutan ini mencapai satu 'penanda' yang unik dalam konteks pembelajaran
seni halus di Malaysia. Karya-karya ini telah merentas ruang pandangan dan
pemikiran yang konvensional; mencabar ideologi lapuk modenisme,
menggugat keutuhan estetika klasik dan menyoal kembali nilai seni yang
dianggap mutlak. Kondisi ini pada hemat saya tidak bersifat heterogen,
bahkan ia mengusulkan sebuah akulturasi. Jika wujud keadaan homogen,
maka persoalan ini telah berpusat kepada 'tanggungjawab masyarakat kepada
seni dan seniman'.
Secara akademik, kursus-kursus tadi telah kekal dari bingkai estetik yang
lama dalam asas pembelajaran seni gaya Bahaus. Penghasilan karya seni
yang di luar jangkaan seperti faktor X dan sebagainya telah digalakkan.
Dalam konteks seni lukis moden moden Malaysia, keadaan ini tidaklah
mengejutkan. Bermula dengan Pameran Towards A Mystical Reality oleh
Redza Piyadasa dan Sulaiman Esa, kecenderungan untuk mencari alternatif
estetik yang baru telah menjelma. Keadaan ini boleh disebut sebagai suatu
avant-garde dalam situasi seni Malaysia melalui karya-karya hard-edge,
conceptual, op-art dan minimal oleh Ruzaika Omar, Jolly Koh, Choong Kam
Kow, Tang Tuck Kang, Tajuddin Ismail, Tan Teong Eng dan yang lain-lain.
Lanjutannya lebih meradang dengan persembahan happening selama
seminggu di kampus ITM, Jalan Othman Petaling Jaya oleh Redza Piyadasa

1
dan Sulaiman Esa dengan sebuah jaring besar (pukat) diikat kuat di dalam
kampus bagi membolehkan warga kampus memberi reaksi mereka (termasuk
membuang bertan-tan sampah).
Reaksi dari Kumpulan Anak Alam juga turut kuat dengan pemuka seperti
Abdul Ghaffar Ibrahim (AGI), Latiff Mohidin dan Siti Zainon. Kumpulan ini
gemar bereksperimen dengan gabungan Seni Halus, Sastera dan Teater.
Mereka pernah membuat persembahan, AGI membaca sajak 3Vnya sambil
Latiff Mohidin membuat interpretasi melalui gaya lakonan dan tarian
improvisasi (dengan kostum). Kesinambungan seterusnya dilakukan oleh
kumpulan-kumpulan teater di sekitar Kuala Lumpur sehingga awal tahun
1990an. Begitu juga dengan penggunaan media elektronik yang telah dirintis
oleh Kamaruzzaman Mohd. Isa sejak 17 tahun yang lalu.
Seperti yang telah dijelaskan sebelumnya, menghadapi karya-karya yang
keluar dari kerangka modenidme (kebiasaannya yang bercirikan
pascamoden) adalah suatu keluarbiasaan di sudut apresiasi. Keluarbiasaan ini
timbul dari cabaran-cabaran dogma yang lama melekat.
Dalam beberapa hal, intipati modul kritikan dari pengkritik mapantelah saya
gunakan di sini (termasuk dari bidang teater dan sastera). Namun kalau
terjadi intentional fallacy (kekeliruan tujuan) ia mungkin terjadi di sana sini,
namun saya cuba untuk memastikan ia tidak bersifat kosmetik atau
retrogresif. 'Percubaan' harus dimulakan dan dibuat, bukan hanya 'artifak'
yang disimpan dan dipuja-puja. Dalam pergelutan fikiran, pascamoden pun
bermula.....
Umumnya kurang 20 karya telah dipamerkan dalam pelbagai kaedah dan
corak persembahan. Dari gaya minimalis, seni pemasangan, seni
persembahan, site specific installation, seni video dan juga yang
menggunakan kaedah interaktif.
Iziady Isa (I, II, III) telah melakukan sebuah seni persembahan ala
ketenteraan sebagai manifestasinya terhadap konflik kuasa dan perperangan;
musibah dan bencana yang mungkin terjadi. Melalui Toffler dan berberapa
teori perperangan, karya ini mula digagaskan. Interaksi oleh pelakon-pelakon
yang menembak beliau adalah metafora yang ironis seolah-olah kita gembira
dengan perperangan. Metonomi telah terjadi di sini. Selalunya kita menyebut
sesuatu untuk merujuk kepada yang lain contohnya padang; merujuk kepada
permainan. Asas struktulis ini kadangkala dapat menyediakan asas apresiasi.
Sebuah 'tanda' - jaket perang, belon, bom asap dan pistol dapat menyediakan
sebuah rangka rujuk urutan horizontal, contohnya skrit-blaus-jaket.
Lanjutannya berasaskan parole (gabungan urutan). Kecualilah anda ada
penyakit aphaesia, teori ini tidak boleh digunakan. Kita memerlukan konteks
yang berorientasikan khalayak untuk melanjutkan metonomi bacaan. Iziady
mahu bercerita tentang perperangan tetapi mengapa ada papan dat dan
belon ? Inilah metonimimnya; hubungan dua konteks dalam satu rantaian
apresiasi. Metonimi sebenarnya lebih kontras dariada metafora dan elemen-
elemen yang bertindak membina kultus dan kefahaman khalayak.

2
Sejajar dengan karya Goe Tunggal, Modiana Koliew dan Nurlidiana,
metonim menunjukkan bahawa 'konteks adalah segalanya'. Dalam filem,
hubungan seks digambarkan dengan roket dan gelombang lautan atau
hentakan batu untuk menamam konkrit bangunan. Karya Goe mempunyai
kecenderungan Post-Struktulis yang melihat sesuatu itu sebagai anti-jagoan
atau komik. 'Memecah' dalam konteks teori pascamoden selalu dirujuk
kepada Derrida. Tiada siapa yang mutlak. Demua boleh dirombak.
Asas dekonstruksi Derrida adalah canggih sebenarnya. Beliau
mempersoalkan asas falsafah metafizika barat yang bersifat 'struktur' dan
'pusat'. Dan hal ini jelas ditonjolkan oleh Goe. Dia kurang percaya lagi
kepada suatu ideologi ketat (mutlak). Ideologi sering mengadakan sempadan
ketat di antara apa yang diterima dan dan tidak, diri dan bukan diri,
kebenaran dan kepalsuan, munasabah dan karut, taakul dan kegilaan, pusat
dan pinggiran, zahir dan batin (T. Eangleton: 1983). Hal ini digemari oleh
strukturalis demi memudahkan struktur kritikannya. Namun dekonstruksi
tidak mempercayainya dan membiarkan sifat keadaan itu terpendam lalu
dibongkar semuanya sekali dan menangkap sesesuatu yang mengganggu
(dalam karya) secara paling nekad dan radikal sehingga menjadi paradoks
paling ekstrem dalam karya.
Goe menyoal nuansa-nuansa masyarakatnya; Melanau, tentang patung-
patung Dakan @ Belum yang boleh mengubati penyakit. Adakah ia berkesan
Goe membuat dekonstruksi kerana dia percaya ia adalah karut dan perlu
dimusnahkan.
Tindakannya drastik. Metaforanya botol-botol (ironisnya botol PEPSI) yang
mengandungi tangkal azimat yang dilastik pada satu jarak sehingga pecah
berderai. Persembahan itu meyakinkan Secara falsafahnya dia
menyingkirkan metafizikal walaupun mungkin sedikit. Metafizik menuntut
pusat dan struktur demi menjamin 'kehadiran sesuatu', lalu menyisihkan apa
yang berada di luar pusat. Dalam hal Goe dan tentangan kaumnya; mesti buat
ini dan janganbuat itu (struktur dan hierarki). Namun dia merombak secara
radikal tanpa pertimbangan buruk baik, hitam putihnya. Dia menggunakan
nilainya sendiri yang dahulunya mungkin disisihkan (dipantangkan) lalu nilai
yang kecil ini dapat membongkar/merombak seluruh sistem yang wujud dan
mempersendakannya pula dengan mengenal titik 'aporia' atau kebuntuan
makna. Inilah asas pemikiran Derrida dan asas dekonstruksinya.
Tindakan yang sama juga berlaku pada persembahan Modiana dengan
memecahkan instalsi belon-belon yang dilukiskan dengan motif pribumi.
Situasi ini ini menegaskan kehilangan konsistensi dan membuakkan sikap
kritis. Sikap kritis yang mendedahkan 'kontradiksi' dan keraguan-keraguan'.
Keadaan ini dijelaskan oleh G. Hartiman - seorang ahli dekonstruksi
Amerika (pengikut Derrida dan De Man). Dia melihat dekonstruksi derada
dalam sen dan bukat alat kritikan.
Secara mudahnya karya-karya dalam pameran ini boleh dipecahkan kepada
dua kecenderungan iaitu bersikap/bersifat strukturalis dan pascastrukturalis.

3
Sikap strukturalis adalah struktur dalam bentuk kod yang wujud dalam idea
dan dikaryakan. Keadaan ini menyerlahkan keluarbiasaan karya (secara
bandingan dengan golongan formalis estetik). Intinya adalah keghairahan
(ilmu) untuk menemukan kod, hukum dan sistem yang menjadi dasar semua
tindakan sosial manusia (Raman Selden:1986). Arkeologi dan geologi sering
dijadikan model usaha strukturalis.
Karya Ismail Taril dengan taktik formalis secara instalasi menemukan hal
terbabit. Begitu juga karya Karim Redzuan dengan instalasi payung
(mengingatkan saya pada Christro) yang setinggi lebih kurang 15 kaki dan
selebar 10 kaki. Karya Tinggang dan Doreen adalah senada dalam aspek
tindakbalas minda sebagai lanjutan minimal ke atas situasi budaya dan sosiol
masyarakat. Sementara taktik Nurlydiana dan Lily berpotensi untuk
digemakan lagi. Dari pembacaan teras budaya pascamoden, karya mereka
memiliki 'penanda' yang kuat. Mereka menyirat ironi, deteritorialisasi,
deferansi dan menyungguhkan piknolepsi. Begitu juga Zainal Isa dengan
rombakan kolaj ikon-ikon P.Ramlee. Sistem-sistem kod gramatologi berkisar
di sana sini. Namun, sejauh mana kesannya ke atas rombakan imej sukar
dijangka.
Mazni pula bermetafora dengan alam sekitar dan menjadikan buah dan ulat
sebagai subjeknya. Beliau juga romantis dengan karyanya. Apabila karya itu
dipasangkan di atas padang pada waktu malam sambil dinyalakan lilin di
dalam buah-buah tersebut, frekuensi romantis kadang kala sesuai untuk
situasi 'tak terduga tenaganya' (hubungan alam dan manusia). Namun takat
tepu dan faktor persekitaran kadangkala dapat meletakkan unsur emosi kena
pada tempatnya. Seperti juga bernostalgia, apabila kenangan lama tumbuh
sambil kita berada pada jarak masa yang relatif berbeza, ia menawarkan
kawasan idea yang subur.
Mungkin hal ini yang mengganggu Ariffin dengan karya instalasi permainan
kanak-kanak lama yang diperjelaskan denga grid dan ikon tanah. Ianya aalah
strukturalis pekat. Dia ingin menguasai keadaan secara keras dan berstruktur.
Dia juga mencabar idiom yang mengekang lingkungannya. Ada yang dituruti
dan ada yang tidak-mengkut naluri semasa. Hal ini mungkin berteraskan
faktor nilai yang relatifnya berbeza-beza. Soal adat dan pantang larang.
Adakah akan terus dipertahankan ? Atau boleh diamalkan sambil lewa ?
Adakah wajar dipertahankan ? Sampai bila ?
Yang merasa mungkin tidak sama dengan yang mengalami. Jika dibicarakan
secara kejiwaan, mungkin itulah kesannya pada karya Hasrul. Karyanya
melankolik dan digesa oleh rangupnya unsur semiotik yang distrukturkan.
Seperti gaya seniman Fluxus; bersama sebuah kamera video, TV dan cawan-
cawan plastik. Dia mungkin sedar tentang kehadiran realiti (ruang dan masa)
dan suasana mistik. Namun, sejauh mana pula keras dan pejalnya idea itu
dibentuk dapat dilihat pada potensi ruang persembahannya dan
konsistensinya pada idea sendiri. Sebuah ruang yang rumit dan payah.

4
Dan safri pula berlegar pada asas pemikiran Barthes dan Kristera tentang
nilai sosial, pengalaman dan budaya dalam kancah teks. Digomel, disendat,
diselit dan dibina. Dari sebuah lanjutan garis dan lukisan. Menuju teks dan
pemutusan. Sebuah Interteks.
 

Anda mungkin juga menyukai