Anda di halaman 1dari 9

KERTAS KERJA

GOTONG ROYONG PERDANA


PERINGKAT SEKOLAH

16 February 2020 (AHAD)

Anjuran :
UNIT 3K
SK BATU TALAM
27610 RAUB, PAHANG.

Dengan Kerjasama:
PERSATUAN IBU BAPA - GURU (PIBG)
SK BATU TALAM

1
1.1 PENDAHULUAN

Sesi persekolahan bagi tahun 2020 telah bermula 3 minggu yang lalu. Bagi
memastikan keselesaan para pelajar untuk mengikuti proses pembelajaran di SK Batu
Talam berada pada tahap optimum, maka kebersihan dan keceriaan kawasan
persekitaran sekolah perlu dititikberatkan. Bagi merealisasikan hasrat murni ini, satu
Program Gotong Royong Perdana akan dijalankan di SK Batu Talam
pada .....................

Sepertimana program gotong royong yang diadakan sebelum ini, program gotong
royong perdana pada kali ini juga turut melibatkan usaha padu oleh seluruh warga sekolah
yang terdiri daripada para guru, staf-staf sokongan serta para pelajar. Tidak terkecuali
para ibu bapa serta masyarakat setempat yang turut sama membantu mengerah keringat
demi kemajuan sekolah.

Antara objektif Program Gotong Royong Perdana ini adalah:

(i) Meningkatkan kebersihan, keceriaan dan keselamatan sekolah.


(ii) Memupuk semangat kekitaan dalam kalangan warga sekolah.
(iii) Menyemai nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar sekolah.
(iv) Meningkatkan kerjasama & mengeratkan silaturahim antara warga
sekolah serta masyarakat setempat

Program Gotong Royong Perdana pada kali ini dimulakan dengan satu sesi perhimpunan
khas yang diadakan di Dewan SK Batu Talam yang dihadiri oleh semua guru, ibu bapa
dan pelajar . Acara dimulakan seawal jam 8.00 pagi didahului dengan ucapan alu-aluan
oleh Puan Guru Besar, Pn Yuhana Binti Mihat dan taklimat gotong royong.

Fokus utama bagi program gotong royong perdana pada kali ini adalah membersih dan
menceriakan kawasan sekolah dan keceriaan kelas di bawah bimbingan guru kelas
masing- masing. Setiap kelas dikehendaki untuk memastikan segala kemudahan yang
berada dalam kelas termasuk kerusi dan meja pelajar berada pada keadaan terbaik.
Setiap kelas juga perlu mengemaskini papan notis kelas masing-masing dengan maklumat-
maklumat yang diperlukan.
Kawasan-kawasan lain yang turut terlibat dalam program gotong royong pada kali ini
adalah:

1 Surau
2 Kantin
3 Tandas
4 Kedai Buku
5 Makmal Komputer
6 Bilik Akses
7 Pintu Masuk Utama Sekolah
8 Projek Tanaman Bunga dan Longkang Sekitar
Sekolah
9 Taman-taman Herba
10 Pondok Matematik
11 Stor Sukan
12 Makmal Sains
13 Bilik Gerakan
14 Tandas
15 Belakang bilik operasi
16 Pondok Jaga

2.1 MATLAMAT
i) Peserta dapat menerapkan nilai-nilai kerjasama dalam diri.
ii) Peserta dapat meningkatkan semangat kesatuan ummah dalam diri.
iii) Peserta dapat meningkatkan kefahaman tentang aktiviti kesukarelawan.
iv) Peserta dapat menambah ilmu pengetahuan dari aktiviti ramah.

3.0 TARIKH / MASA / TEMPAT


Tarikh : 31 Mac 2018
Masa : 8.00 – 1.00 tengahari
Tempat : Kawasan sekitar SK Batu Talam , Pintu masuk utama sekolah dan
laluan keluar masuk murid, Bilik-Bilik Khas, kawasan sekitar
pondok jaga, Tandas murid dan guru.

4.0 SASARAN
Semua warga SK Batu Talam , ibu bapa dan semua murid.
5.1 OBJEKTIF

5.2 Menjalankan penambahbaikan yang berterusan dalam pembangunan diri dan


pendidikan untuk menjadi institusi pendidikan yang terbilang.
5.3 Mewujudkan persekitaran pendidikan yang kondusif.
5.4 Mewujudkan semangat kerja berpasukan.
5.5 Memupuk kesedaran dan menerapkan nilai- nilai murni dalam pendidikan.
5.6 Memenuhi kepuasan pelanggan dan stakeholders.

5.1 AKTIVITI CADANGAN YANG AKAN DIJALANKAN

i. Projek Papan Tanda


ii. Menghias sudut-sudut dan pondok-pondok
iii. Projek Keceriaan Bangunan Sekolah
- Mural
- Dinding bermaklumat
iv. Membaiki Prasarana Sekolah

- Tandas sekolah

- Pintu kelas dan bilik-bilik khas

- Mengadakan Bangku dan Pondok Rehat Murid

v. Keceriaan Kantin Sekolah


6.0 KPI (‘Indikator’, ‘Output’ dan ‘Outcome’)

Output Meningkatkan kebersihan, kekemasan dan keselamatan di tempat kerja


serta memudahkan proses kerja.

Outcome 1. Keadaan Bilik-bilik Khas / menjadi bersih dan tersusun


2. Mewujudkan persekitaran tempat kerja yang berkualiti dan produktif
3. Membina budaya kerja dan nilai bersama yang cemerlang
4. Meningkatkan kualiti pembelajaran murid dan pengajaran guru
5. Semua warga SK Batu Talam akan lebih berdisiplin dan beretika
6. Operasi di tempat kerja lebih senang, pantas dan selamat
7. Menjadi kebanggaan semua warga SK Batu Talam dan
meningkatkan imej sekolah.
-

7.0 ANGGARAN
i. Projek Papan Tanda –
- “TAHNIAH KERANA HADIR KE SEKOLAH” = RM300.00
- Kata-kata hikmah = RM200.00

ii. Menghias sudut-sudut dan pondok-pondok


- Banner Keceriaan = RM 500.00

iii. Projek Keceriaan Bangunan Sekolah


- Cat minyak = RM400.00
- Cat mural = RM400.00
- Cat Epoxy = RM600.00
- Berus cat = RM 50.00

iv. Membaiki Prasarana Sekolah


Bendera = RM100.00
Cat minyak = RM400.00
Cat mural = RM400.00
Berus cat = RM 50.00
Paku = RM 20.00

v. Bunga = RM200.00

JUMLAH =RM3620.00
8.0 JAWATANKUASA PROGRAM
Penasihat : Pn. Yuhana binti Mihat (Guru Besar)
Pengerusi : En. Junaidi bin Abd Hamid (GPK Hem)

Naib Pengerusi : YM Tengku Abdol Hakim bin Tengku Jaafar

(GPK Pentadbiran)
Naib Pengerusi : Pn. Wan Mazni binti Wan Ali (GPK KoKurikulum)
Penyelaras : Pn. Dg Sarmila binti Sidek
AJK : Lampiran Senarai AJK.

9.1 STRATEGI PELAKSANAAN


9.2 Bilik Stor Operasi
- Menyisihkan kelengkapan dan peralatan yang tidak boleh digunakan
- Menyusun dan menyimpan peralatan
- Mengitar semula peralatan yang masih boleh digunakan.

9.3 Makmal Sains/ Bengkel RBT/Stor Sukan/Makmal Komputer/Bilik Akses/ Surau &
Bilik Jqaf
- Menyisihkanan kelengkapan dan peralatan yang tidak boleh digunakan
- Mengasingkan dan menyusun peralatan PPSMI yang tidak boleh digunakan

9.4 Kedai Buku Sekolah


- Membersih, mengemas serta menyimpan stok di tempat yang selamat.
- Mengecat dengan warna cat yang baru.

9.5 Kantin
- Membersih, menyapu, menghias keceriaan kantin

9.5 Tandas Murid & Guru


- membersihkan, menceriakan tandas

10.0 JADUAL PELAKSANAAN PROGRAM


MASA AKTIVITI
07.30 pagi Berkumpul di Tapak Perhimpunan
07.40 pagi Senamrobik
Taklimat Gotong Royong dan pembahagian lokasi
08.15 pagi Gotong Royong bermula
10:30 pagi Rehat
11.00 pagi Menyambung Kerja
1.00 tengahari Jamuan makan tengahari

11.0 KETUA SETIAP LOKASI

BIL TEMPAT NAMA KETUA


1 Surau
2 Kantin
3 Tandas
4 Kedai Buku
5 Makmal Komputer
6 Bilik Akses
7 Pintu Masuk Utama Sekolah
8 Projek Tanaman Bunga dan Longkar
Sekitar Sekolah
9 Taman-taman Herba
10 Pondok Matematik
11 Stor Sukan
12 Makmal Sains
13 Bilik Gerakan
14 Tandas
15 Belakang bilik operasi
16 Pondok Jaga
12.0 PENUTUP
Dengan pelaksanaan program ini, diharapkan matlamat untuk meningkatkan kebersihan,
kekemasan dan keselamatan di tempat kerja dapat diterapkan di kalangan warga SK
Batu Talam dapat diterapkan dan seterusnya menjadi kebanggaan semua pekerja dan
meningkatkan imej organisasi.

Disediakan oleh; Disahkan oleh;

........................................... .............................................
(Dg Sarmila binti Sidek) (Pn. Yuhana binti Mihat)
Penyelaras 3K Guru Besar
SK Batu Talam, SK Batu Talam,
Raub, Pahang. Raub, Pahang.

Disemak oleh; .

...........................................
(Junaidi bin Abdul Hamid)
GPK Hal Ehwal Murid
SK Batu Talam,
Raub, Pahang.

Anda mungkin juga menyukai