Anda di halaman 1dari 2

NOTIS PEMBERITAHUAN

BERKENAAN LATIHAN INDUSTRI

YH Prof./ Dato’/ Dr./ Tuan/ Puan,

Untuk edaran segera kepada pihak Syarikat/ Organisasi yang bakal menempatkan
pelajar UCYP/KYP untuk menjalani latihan industri di tempat YH Prof./ Dato’/ Dr./
Tuan/ Puan bagi Sesi Akademik Jun 2020 – Oktober 2020.

Merujuk kepada arahan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan


Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang telah diumumkan oleh YAB
Perdana Menteri Malaysia bermula tarikh 18 Mac 2020 hingga 9 Jun 2020, yang
mana turut melibatkan sektor pendidikan secara langsung, maka pihak pentadbiran
Universiti memutuskan untuk membatalkan program Latihan Industri bagi program
diploma dalaman UCYP/KYP yang dijadualkan bermula pada 8 Jun 2020 hingga 25
September 2020 dan digantikan dengan pelaksanaan Projek Akhir (PA).

Keputusan ini dibuat bagi memastikan para pelajar tidak terdedah kepada risiko
jangkitan Covid-19. Hal ini juga bagi mengurangkan pergerakan para pelajar dan
juga setelah mengambil kira kesukaran yang mungkin akan dihadapi oleh pihak
industri dalam memantau kepatuhan para pelajar terhadap garis panduan atau SOP
PKP / PKPB serta kos saringan Covid-19 yang mungkin terpaksa ditanggung oleh
pihak majikan sekiranya mereka berada di mana-mana sektor industri.

Bagi pelajar program kerjasama UTM yang dijadualkan akan menjalani latihan
industri bermula 13 Julai 2020 hingga 31 Oktober 2020, pihak universiti masih lagi
menunggu notis pemberitahuan daripada Jawatankuasa Latihan Industri UTM
Space. Sebarang keputusan berkaitan latihan industri bagi program kerjasama UTM
adalah tertakluk sepenuhnya pada arahan yang akan dikeluarkan oleh pihak UTM.

Pihak UCYP memohon maaf atas segala kesulitan yang berlaku. Semoga jalinan
industri ini dapat diteruskan pada masa akan datang.
Sebarang pertanyaan berkaitan pemakluman ini boleh berhubung dengan pihak
Pejabat Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri dan Pembangunan Penyelidikan
melalui emel :

Pn. Norhamizan bt Md Akin – norhamizan@ucyp.edu.my @ ilrd@ucyp.edu.my

Sekian untuk makluman. Terima Kasih.

Yang benar,

Pen. Prof. Dr. Tan Li Pin


Timbalan Naib Canselor
Jaringan Industri dan Pembangunan Penyelidikan
University College of Yayasan Pahang
12 Mei 2020

Anda mungkin juga menyukai