Anda di halaman 1dari 16

Lafaz Niat Solat Tarawih

Oleh kerana solat sunat tarawih boleh dilakukan sama ada secara bersendirian atau
berjemaah, maka terdapat 2 lafaz niat yang saya akan terangkan.

Lafaz niat membantu kita sewaktu berniat solat (rukun) semasa Takbiratul Ihram.

Solat Tarawih Bersendirian

Lafaz niat solat sunat tarawih secara bersendirian ialah:

Maksudnya: Sahaja aku solat sunat tarawih dua rakaat kerana Allah Taala.

Solat Tarawih Berjemaah (Makmum)

Niat solat sunat tarawih secara berjemaah (sebagai makmum) adalah seperti berikut:

Maksudnya:

Sahaja aku solat sunat tarawih dua rakaat sebagai makmum kerana Allah Taala.
Pemilihan Surah 
Doa Antara Tarawih (Selepas 4 Rakaat)

Maksudnya:

Ya Allah, kami meminta redha-Mu dan syurga dan kami berlindung denganMu daripada
kemurkaanMu dan api neraka.

Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf dan Mulia, Engkau sangat suka memaafkan
maka maafkanlah kami dan seluruh kaum Muslimin dan Muslimat.

Dengan rahmatMu Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Doa Selepas Solat Tarawih


Maksudnya:

Segala puji untuk Allah Tuhan sekalian alam, sebagai pujian yang menyempurnakan
nikmatNya dan mencukupkan pertambahannya.

Wahai Tuhan kami, bagiMu pujian seperti yang selayakNya dan kemudian ZatMu dan
kebesaran pemerintahanMu. Selawat dan salam ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad
dan keluarga serta sahabat-sahabatNya.

Ya Allah Ya Tuhan kami, jadikanlah iman kami iman yang sempurna. Segala kewajipan
zakat kami laksanakan dan segala apa yang ada di sisiMu kami pohonkan dan
keampunanMu kami harapkan.

Kami berpegang dengan petunjukMu dan menjauhi perkara yang sia-sia, zuhud dengan
dunia dan cinta akhirat, redha dengan ketentuanMu, bersyukur dengan nikmat-nikmatMu,
dan bersabar dengan bala bencana.

Kami berlindung di bawah panji-panji Nabi Muhammad pada hari kemudian, kami
berkehendak kepada perlindunganMu dan dapat memasuki syurgaMu dan duduk di atas
katil yang mulia (di syurga), berkahwin dengan bidadari-bidadari dan memakai perhiasan-
perhiasan di syurga, memakan makanan di Syurga, minum susu dan madu yang suci dari
gelas-gelas yang indah bersama mereka yang telah Engkau beri nikmat daripada golongan
nabi-nabi, rasul-rasul, para syuhada dan orang soleh.

Ya Allah, jadikan kami pada malam yang mulia dan penuh keberkatan ini daripada orang
yang berbahagia kerana diterima amalannya, dan janganlah jadikan kami orang yang
berdukacita kerana ditolak amalan kami.

Ya Tuhan kami, afiatkan kami dan berikan kami keafiatan, Ya Tuhan kami, ampuni kami, ibu
bapa kami, saudara-saudara kami, suami/isteri kami dan guru-guru kami dan mereka yang
kami ajarkan, dan mereka yang mempunyai hak ke atas kami, dan mereka yang mencintai
kami dan berbuat baik kepada kami, dan mereka yang membimbing kami dan yang kami
bimbing kepada kebaikan, dan mereka yang berwasiat kepada kami dan yang kami
wasiatkan dengan doa, dan seluruh muslimin dan muslimat.

Dan Ya Allah, tulislah keselamatan dan keampunan untuk kami dan ke atas hamba-
hambaMu yang terdiri daripada para jemaah haji dan umrah, peniaga-peniaga, orang yang
berziarah, musafir-musafir dan orang yang bermukim, di darat atau di laut daripada orang
Islam.

Dan jauhkan kami daripada orang yang zalim, dan bantulah kami ke atas orang kafir, wahai
Tuhan yang memperkenankan orang yang bermohon.

Dan sempurnakanlah untuk kami wahai Tuhan kami daripadaMu dengan kebaikan wahai
Tuhan Yang Maha Pengasih daripada segala segala yang mengasihani.

Selawat dan salam ke atas sebaik-baik kejadian, Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya
dan Sahabat-sahabatnya, dan segala puji untuk Allah Tuhan sekalian alam.
Mengerjakan Solat Sunat Witir Selepas Tarawih
Sebagai Penutup
Jika kita solat berjemaah di masjid, sebelum solat sunat witir dimulakan, bilal akan
memberitahu para jemaah dengan lafaz:

Maksudnya:

Didirikan solat witir diberikan oleh Allah ganjaran pahala

Lafaz niat Solat Witir

1.Untuk bahagian solat sunat witir yang dua rakaat niatnya adalah:

Maksudnya:

Sahaja aku solat witir dua rakaat kerana Allah Taala

2.Untuk bahagian solat witir yang satu rakaat lafaz niatnya ialah:

Maksudn
ya: Sahaja aku solat sunat witir satu rakaat kerana Allah Taala
Wirid & Doa Selepas Selesai Solat
1. Selepas solat sunat witir dibaca tahlil pendek.
Bacaan dimulai dengan ucapan di bawah sebanyak dua kali:

Maksudnya:

Wahai Maha Lemah Lembut, Maha Mencukupi, Maha Memelihara, Maha Menyembuhi.

2. Kemudian disambung dengan ucapan di bawah sebanyak satu kali.

Maksudnya:

Wahai Maha Lemah Lembut, Maha Setia, Maha Mulia, Engkaulah Allah.

3. Seterusnya zikir tahlil seberapa banyak yang disukai:

Maksudnya:

Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah.


4. Selesai zikir, kita boleh membaca doa.
Doa adalah bebas.

Di bawah adalah cadangan doa untuk dibaca untuk solat sunat tarawih.
5. Sehabis bacaan doa ini, baca surah al-fatihah
6. Seterusnya disambung dengan bacaan doa yang kedua:
Seruan Bacaan Bilal Solat Tarawih
1. Biasanya untuk memulakan solat tarawih, bilal akan menyebut lafaz ini:

2. seterusnya bilal menyambung lagi dengan ayat:

3. kemudian para jemaah menjawab beramai-ramai:


4. Disambung lagi oleh bilal dengan lafaz:

5. Para jemaah menjawab beramai-ramai:

6. seterusnya bilal menyeru jemaah untuk mendirikan Solat Sunat


Tarawih dengan lafaz:

7. Para jemaah menjawab beramai-ramai:


Selesai Solat Pertama

1. Sesudah salam solat yang pertama, bilal akan melafazkan:

Kelebihan kurnia daripada Allah Taala dan nikmatNya

2. Kemudian makmum bersama-sama bilal menyebut

Dan keampunan serta rahmatNya. Tiada Tuhan melainkan Allah, dia Yang Maha Esa! Tiada

sekutu bagiNya, Dialah yang memiliki segala kerajaan dan bagiNya segala pujian, Dia yang

menghidupkan dan mematikan dan Dia berkuasa di atas setiap sesuatu.


Sesudah Solat Kedua

1. Sesudah salam solat kedua, bilal akan menyebut lafaz:

Maha Suci Allah, Tuhan Pemilik (Alam)

2. Para jemaah beramai-ramai menjawab:

Maha Suci Tuhan Pemilik yang hidup, tidak mati dan tidak hilang selama-
lamanya. Maha Suci, Maha Qudus, Tuhan kami, dan Tuhan Malaikat dan
roh. Maha Suci Allah, dan segala pujian bagi Allah, tiada Tuhan melainkan
Allah dan Allah Yang Maha Besar. Tiada satu daya dan upaya melainkan
dengan kekuatan Allah Yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.

Anda mungkin juga menyukai