Anda di halaman 1dari 48

i


PAUS GAGAL
166 cerita2 kontot

Tok Rimau

R
CAKARAMA MEDIA
ii

W

DEDIKASI

KHAS UNTUK PAUS-PAUS DI


LAUT YANG SEMAKIN PUPUS
iii

W
PAUS GAGAL
166 cerita2 kontot
Edisi Kedua
Cetakan Pertama 2012
TOK RIMAU

Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang


mana-mana bahagian daripada terbitan ini dalam apa-apa
juga bentuk dengan apa-apa cara juga sama ada secara
elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman, atau cara lain
sebelum mendapat izin bertulis daripada penerbit dan
penulis berkenaan.

Penulis:
@tokrimau
tokrimau@gmail.com

Rekabentuk Kulit:
Grafik Asal
@YiyingLu

penerbit:
CAKARAMA MEDIA

Dengan kerjasama:
Sindiket Sol-jah

Disahkan oleh

V
Kelab Kelahi Selatan
iv

W

W
“Saya suka sebab himpunan ni mempunyai segala
emosi, sama ada lucu, marah, sedih atau bahagia
dan cinta.” @Shahzere

W
“Tiada alasan untuk tidak membaca.” @FikriKacak

W
"#PausGagal sangat epik. Saya ulat buku. Saya
bagi tok 10/10 :D sangat." @LiyanaZin
W
" #PausGagal sangat mudah dan seronok utk
dibaca. Nasib baik sempat beli semalam :)
GOGOGO! TokGhimauuuu :P" @MyNameIsFatilah

W
"#Pausgagal by @tokrimau sangat lawak dan ianya
bukan #lawakhambar okay! Tahniah tok!"
@Yatrehayati
W
1

W
1

“Kau bukan tak tahu, apa orang kata tentang

jantan berkaki besar,” bisik Bigfoot menggoda

Pontianak.

Bila kakak marah, dia akan menyendiri sental bilik

air. Itu pasal, bila kakak datang rumah saya, saya

sering buat dia marah.

Sebaik sahaja keluar dari panggung, Taufiq

bertanya kepada ayahnya, "Werewolf itu najis

mughalazah ke?"

"#SayaSukaBau darah orang baru mati dibunuh,"

twit rakan serumah baharunya. Malam itu dia tidak

boleh tidur.
2

W
5

"#SayaSukaBau darah orang baru mati dibunuh,"

twit rakan serumah baharunya. Fikri pun

membalas, "#ehSamalah."

Apabila saya lihat tanda "Tandas VIP," saya terus

terfikir bahawa bontot kita pun berkasta-kasta.

"Siapa paling banyak followers dalam twitter, kita

lantik dia jadi ketua kelas," umum Cikgu Hamizah.

“Jika dengan cara baik awak tak dapat, buatlah

dengan cara yang lebih baik,” pesan veteran

daripada sel penjara sebelah kepada Jasni.


3

W

Aku bayangkan rindu tu macam hantu, boleh rasuk

orang. Boleh hempap orang tidur. Malam tadi dia

cekik aku.

10

Setiap tahun cikgu kau minta slip gaji bapak.

Tahun ni bapak nak minta slip gaji dia pulak.

11

Aku fikir rindu itu hilang bersama mimpi ku,

rupanya dia masih di hujung katil merenung ku

hingga jaga.
4

W
12

“Teman baik wanita adalah berlian, teman baik

lelaki adalah anjing. Bodoh gak pepatah omputih

ni,” rungut Pak Long.

13

“Bagi tau dia, lu ada tumor. 6 bulan je boleh hidup.

Lepas 6 bulan kata cintanya menyembuhkan lu,”

Sompek memberi petua mengorat kepada Ajin.

14

“Masa lafaz akad nikah kau lontar suara macam

command kawad, baru orang-orang tua tu

dengar,” nasihat Dino yang masih bujang.

15

Orang yang kau bunuh dgn unfollow, akan

menghantui kau daripada RT orang lain.


5

W
16

“Awak comel tapi tak buat perut kenyang,” Bob

memberi alasan menolak cinta Mimi.

17

“Setiap bukit mempunyai lembah,” hujah Corleone.

“Tapi tak semua boobs ada cleavage,” balas

Mobius.

18

Tiba-tiba dia terfikir, orang paling selalu

mengingatkan dia tentang mati adalah ejen

insuran, bukan ustaz. Sejak hari itu dia tidak pergi

usrah lagi.

19

Jangan bagi kucing anda nama Iskandar Muzaffar

Hamka bin Tompok. Berat nama tu.


6

W
20

Maaf, aku bukan pemaaf.

21

Pandai-pandai la kau berpusing wahai dunia. Aku

nak tidur dulu.

22

Lihatlah pasangan urban berjalan menjinjing bag

kertas Armani dan Coach. Mereka diikuti seorang

amah yang selekeh, mengendong anak mereka

dalam kain batik.

23

"Serba salah juga bila Ustaz ngorat awek gua,"

keluh Jef. "Gua tahu ustaz tu lebih baik dari gua."


7

W
24

Tidak ada kereta nak bawa kami adik-beradik ke

bandar, abah bawa tali rapia ukuran kaki kami

sahaja untuk beli kasut sekolah.

25

Cita-cita aku tinggi untuk menyiapkan tugas tetapi

sudahnya kertas-kertas itu menjadi bantal

mengalas mimpiku.

26

Di hadapan aku, engkau menjawab pesanan yang

bertalu-talu masuk ke telefon. Aku tidak berasa

istimewa lagi.

27

"You are my late nights and you are my early

mornings," said the grass to the white moon.

28

I might be a fool, but I am not stupid.


8

W

29

I just became the mayor of Perkuburan Cahaya

Masai on 4 square.

30

I am willing to be your man, but not your boy.

31

Tidak rugi dibuat Isteri kerana orangnya cergas,

jalan pun macam bersukan. Yang penting kaki

sama panjang.

32

“Laaa hai.. tak payah la bersaya-awak, bercucu-

datuk segala. Lu-gua dah lah. Baru mesra,” kata

Dukun Eton dalam suara garau. Sah la dia sedang

menurun.

33

Bara dalam dada ini perlu minyak. Bukan air.


9

W

34

"DVD lu semua stok lama, lebih baik lu berhenti

jadi Cina," marah seorang pelanggan.

35

"Minggu depan gua bawak DVD stok baru. Kalau lu

tak beli, lebih baik lu berhenti jadi Melayu," marah

seorang tauke.

36

Pasar Malam. Lupalah bini aku suruh beli bayam ke

sawi? Rupa bayam dan sawi pun aku tak tau.

37

Buang seluar dalam lama yang berlubang-lubang

seperti jaring ikan itu. Mana la tahu, kamu ditahan

kastam dan diarah menanggal seluar. Tidaklah

malu sangat jika berseluar dalam baru.


10

W
38

Aku buat mykad. Amik gambar mesti pakai kot.

Saiz kecik pulak. Mungkin nampak macam beruang

sarkas. Cobaan.

39

Aku berselipar kerana aku tahu di restoran itu kami

mesti buka kasut dan makan bersila di meja Jepun.

Malangnya, kawan-kawan aku guna selipar itu

setiap kali mahu ke tandas.

40

Bila air bah semakin naik, aku bertenggek di atas

gerobok. Tiba-tiba seekor buaya masuk bilik aku.

Menyesal aku beli gerobok murah dari chipboard

yang mula lunyai bila terkena air.

1A
11

W
41

Bangunan Majlis Perbandaran pastinya tersergam

hebat, bercat indah dan bertaman cantik. Di

depannya tiang-tiang lampu berkerawang. Ke sini

rupanya pergi duit cukai pintu engkau.

42

Lalu beberapa kereta mewah VVIP dengan cermin

hitam diiringi motor polis. Murid-murid berdiri di

tepi jalan melambai-lambai bendera. Mereka tidak

kenal pun siapa di dalam kereta itu.

43

Resume mestilah mempromosi kita. Jika muka

hensem atau lawa, kita letak dalam resume. Jika

muka kita hodoh, kita tidak perlu letak dalam

resume.

44

Esok engkau akan pergi. Aku mesti biasakan diri

dengan kesepian ini.


12

W

45

Tertulis dengan tulisan tangan yang buruk di dalam

surat permohonan kerja Samad, “Saya menguasai

Microsoft Office Word, Powerpoint dan Excel.”

46

Rumah Datuk Z besar. Ada tandas kat atas, kat

bawah, kat depan dan kat belakang. Agaknya,

Orang berak merata-rata dalam rumah Datuk Z.

47

"Usai menulis, saya simpan diari itu di dalam satu

bekas kedap air dan mudah terapung," kata

nakhoda yang tidak yakin dengan bahteranya.

48

Jangan cakap macam kapal terbang, berlegar-legar

di ruang udara hanya untuk mencari satu tempat

mendarat.
13

W
49

Untuk hari keusahawanan, murid-murid jual

makanan dari rumah. Murid-murid lain

membelinya. Keuntungan akan digunakan untuk

membina astaka di sekolah. Ini sistem kapitalis

komunis agaknya.

50

Diri aku ini pun bukan milik aku.

51

Saya bukan tidak tahu jawapannya cikgu. Saya

tidak mahu angkat tangan kerana hari ini saya

tidak pakai deodoran.

52

Antara lelaki berselipar dengan berkasut, bagus

lagi yang pakai selipar. Orang pakai kasut takut

masuk masjid. Takut kasut hilang.


14

W
53

Bilik interogasi suram berbalam2. "Kau dah ada

twitter kan? Kau nak kebebasan suara macam

mana lagi?" tempik pegawai penyiasat.

54

Ramai budak-budak bermain di padang. Naufal

tanya apa mereka buat. Permainan itu namanya -

kami tidak mahu main dengan kau.

55

Bangkit dari tidur, aku mendapati semut bersarang

dalam mulut ku. Aku perlu berhenti menabur janji

manis.

56

Setelah 5 tahun berkerja di KL, ayahnya sms kata

mahu ziarah. Akmal segera ketuk pintu jirannya

untuk tanya arah kiblat.


15

W
57

Generasi X tidak faham generasi Y. Y juga tidak

faham X. Adik aku tanya masa zaman abang dulu,

ada dinosaur tak di kampung.

58

Saya baru sahaja upgrade kelajuan Internet. Atok

boleh download apa sahaja. Atok senyum dan

minta saya download ayam penyet.

59

“Tak perlu takut dengan JAIS, mereka pun

makhluk seperti kita,” Roy memujuk Atiqah sambil

membelai rambutnya.

60

Zombies tidak peduli peluru yang menembusi

kepalanya tetapi mereka sering tertanya, "Kenapa

mereka sampai hati memetik picu?"


16

W
61

Dia yang melukakan telah berpindah. Ke manakah

hendak aku alamatkan tuju-tuju aku ini?

62

Emak beli meja makan baharu. Besar muat 10

orang. Di hari raya pertama emak makan sendirian

kerana kami adik-beradik terlalu sibuk untuk balik.

63

Asid lawannya alkali. Bila dia simbah aku dengan

asid, perlukah aku balas dengan alkali?

64

Ini hari pertama dari saki-baki umur aku.

65

Ustaz Badrul jatuh tersadung ketika mengejar dua

pasangan di kebun bunga. Dia terlanggar satu

pasangan lain yang sedang berbaring.


17

W
66

"Abang, #BFF dan #KKS samakan? Kawan Karib

Selamanya kan?" Presiden Kelab Kelahi Selatan

terus tumbuk yang bertanya soalan.

67

Musim tengkujuh adalah bumi sedang mandi wajib.

68

"Kalau benar aku anak tabung uji, sudah tentu

nama aku Azlina Bte Tabung Uji," getus Azlina

yang ragu-ragu dengan kenyataan.

69

Hari-hari Linda turun naik mahkamah sampai

hakim pun dah meluat tengok dia. Ilham untuk

novel jenayahnya masih samar.


18

W
70

Wan nekad berhenti bina badan. Dia kena gemuk

semula agar dia boleh kata dia bukan pelakon 3gp

yang tersebar luas itu.

71

"Setiap kali basuh kereta je, hujan," keluh Dean.

“Berhenti basuh kereta. Kau boleh selesaikan

masalah banjir di tiga negeri," jawab aku.

72


Naufal pulang menjinjing sate dan air soya.

Setibanya di rumah, satenya sudah basah

bermandi air soya kerana lidi sate mencucuk

plastik air soya.

73

Aku mengucup mayat ibu buat kali terakhir.

Barulah aku sedar, itulah juga kali pertama aku

mengucup ibu.
19

W
74

Setiap kali merokok, Din Stereng akan tanggal

baju. Dia tidak mahu bajunya berbau rokok.

75

Kalau hujan itu membersihkan noda dunia,

engkaulah orang pertama perlu bersiram

sepanjang tengkujuh.

76

Nenek orang tingkat atas rumah gua baru

meninggal siang tadi. Lu fotokopi je report

kematian dia. Esok tak perlu kerja.

77

Kami ambil gambar dengan pakaian tebal di waktu

malam dalam kebun kelapa. Kemudian kami e-mel

ke ucapanperantau@akhbar.com dengan tajuk

Salam Raya dari Sweden.


20

W
78

Orang tua itu tidak mahu mengajar kami silat. Dia

cuma beri nasihat, “Kalahkan diri sendiri dahulu

sebelum mengalahkan orang lain.”

79

Pada hari guru, Ain belikan semua gurunya kotak

pensil. Dia kepilkan kad bertulis, “Cikgulah guru

yang paling saya suka.”

80

qwertyuipasdfgjkl;c
Apa yang kami tahu cuma salah satu dari kubur-

kubur itu adalah milik atok. Yang mana satu? Tidak

seorang pun antara kami pernah mencatat nombor

kubur atok.
21

W
81

Dua jam kereta mengesot mengharung kesesakan

trafik raya. Sesampainya di destinasi seorang

penumpang terjaga dari tidur dan berkata, "Eh!

Cepatnya kita sampai."

82

Aku flat bukan kondo. Aku pencakar langit yang

berpenyakit mengada-ngada menjadi mercu tanda

pemedih mata warga kota.

83

Pendekar Harimau Berantai mengelupur di tempat

persembunyiannya. "Arghhh! Semut api! Semut

Api!" jeritnya.

84

Line clear. Jimbo pun keluar daripada gerobok.

Budak-budak tabligh yang menziarah dari kamar

ke kamar sudah beredar.


22

W
85

“Kalau belajar sejauh mana pun jangan lupa solat,”

pesan Pak Ngah. “Tuhan di Amerika sama dengan

Tuhan di Malaysia ni.”

86

“Awak pegang telefon awak lebih kerap dari awak

pegang saya,” keluh Datin Junaidah.

87

Walaupun rumah kampung ku sudah lama roboh,

aku masih lagi ke sana. Entah apa yang aku cari,

aku pun tidak tahu. Mungkin aku mencari diri

sendiri.

88

"Sekarang dah ada sticker Ralliart ni, kancil ni

boleh pecut laju ke?" Pak Long melontar soalan

sebaik sahaja aku keluar kereta.


23

W
89

Kalau awek pakai baju terdedah cleavage, orang

lelaki tenung cleavage tu, dia marah tak?

90

"Dulu, kalau rasa rindu seseorang, aku baca jampi

Kasihan Rindu dan tepuk bantal tiga kali," cerita

Pak Long. “Sekarang, aku call je.”

91

"Beli baju bang?" tegur Fatin.

"Mana ada. Abang beli beg plastik dan dapat baju

percuma," aku bergurau.

92

Syaitan itu bodoh. Kalau kau fikir-fikirkan misi dia,

tentu kau boleh buat kesimpulan bahawa kau boleh

buat kerja dia dengan jauh lebih efektif.


24

W
93

"Astaga! Cikgu suruh lukis gambar kucing, bukan

gambar orang baring-baring atas lecak darah,"

keluh Cikgu Dipah, Tadika Kemas.

94

a
Aku mengambil cangkul dan memilih tanah

sekangkang kera di bawah pohon beringin. Aku

mahu kuburkan blog aku di situ.

95

Kehadapan bekas kekasih,

Kita berdua, orang yang sama-sama kalah, cuba

menulis sejarah seadil mungkin.


25

W
96

T
Aku dengar pakar pemadam minda itu berkata,

"ada lima parut hirisan lama atas ubun-ubunnya."

Ini bermakna minda aku telah dipadam lima kali

sebelum ini.

97

Aku ingin ambil hati dengan membawa sebalang

kuih raya kepada pensyarah aku. Bila dia buka

pintu, aku dapati sudah ada lima hampers atas

mejanya.

98

Pada malam berinai, Zura tertidur dengan inai

penuh di jari. Dalam separuh sedar Zura menepuk

seekor nyamuk yang hinggap di hidungnya.


26

W
99

Semalam masa main basketball, kepala Steven

terhantuk testikel Raj yang melompat tinggi. Aku

bilang sama mereka petua orang tua, kalau

terhantuk kita kena ulang hantuk sekali lagi.

100

"Kena balik sekarang. Nanti bini gua mangga pintu,

naya."

"Lain kali buat la spare key."

"Pernah ada spare key tapi bini gua ada spare

mangga."

101

Tertinggal 1 mata atau 10 mata, kalah tetap kalah.

Tidak perlulah nak sedapkan hati dengan mereka

menang tipis.


27

W
102

Kau ingat kau bayar bil Astro, kau berhak tentukan

saluran? Anak kecil yang menangis dlm baring

hentak kaki sambil berputar2 juga menang.

103

Mula-mula dulu Maznah duduk di pintu menunggu

surat kekasihnya yang dibawa oleh posmen. Akhir-

akhir ini Maznah menunggu posmen yang

membawa surat kekasihnya.

104

Antara perkara yang membatalkan raya adalah

tapau makanan open house sedang ramai lagi

belum datang.
28

W
105

"Jom bergambar Man."

"Malu ah! Gua pakai baju pagoda je pulak."

Aku pun tanggal baju raya aku. Tinggal singlet

sahaja.

"Sekarang kita sama."

"Lu memang brader."

106

Dengan bangganya diumumkan, pemenang

follower @NajibRazak ke 500k adalah @folobot.

Sila tuntut hadiah minum petang 1Malaysia anda.

107

Pada tarikh ulangtahun kelahiran aku kali ini, aku

sedar bahawa adalah agak terlambat bagi aku

untuk mati muda.

W
29

W
108

"Kau main bongo memang macam orang kurang

upaya. Tapi bukan macam orang buta. Lebih

macam orang pekak," komen Azlan.

109

Mula-mula dulu dia main bola sepak, kemudian

tennis dan sekarang golf. Makin kaya seseorang itu

makin kecil bola mainannya.

110

Dua orang yang mengakhiri perbualan dengan

perkataan yang sama tidak semestinya setuju

antara satu sama lain.

111

Dia jerit, "fine!" Aku pun balas "fine!"

112

Megan Fox membalas cinta saya dengan syarat

saya mesti ke Amerika. Saya mana ada duit.


30

W

113

1P

Tiba-tiba gua terasa nak membela penguin dalam

reban terbuka. Ada pasaran tak untuk daging atau

telur penguin?

114

Kalau bergaduh adik beradik, jangan maki sebut

pukimak kerana puki mak dia adalah puki mak

engkau juga.

115

Kata kempen pertanian adalah perniagaan. Gua

tanam pokok ketum, kena tangkap pulak.

116

Siapa kata malang tidak berbau? Masa aku hiking

kat Taman Negara Endau-Rompin aku terpijak tahi

orang. Malang itu berbau.


31

W

117

Dulu aku chemo, Addy sokong dengan botakkan

kepala. Bila Addy mula pakai pendakap gigi, aku

sokong dengan pakai klip kertas di gigi.

118

Mizah bosan dengan gangguan telefon dari Harris.

Lantas, Mizah berpindah ke kawasan yang tiada

signal telefon.

119

"Orang-orang besar ni sama dgn ikan paus,

walaupun besar jarang kita nampak," keluh seekor

bilis kebanyakan.

120

Roti telur lebih mahal dari roti kosong. Ghulam pun

kata kepada pelanggannya, “Roti kosong habis,

tinggal roti telur sahaja”


32

W
121

"Guru mengorban diri utk anak bangsa. Guru boleh

diibaratkan membakar di sebagai apa?"

"Rokok?"

122

"Awak @polan kan? Saya peminat awak!" Tengok

nametag. "Lihat ni pakej insuran yang saya jual."

123

Dalam dunia ini banyak patut. Patut ini dan patut

itu. Patut yg paling patut adalah patut siapkan

kerja.

124

Harris tebalkan bukunya dgn membesarkan font.

Kemudian dia letak label "Buku Mesra Mata" di atas

kulit.
33

W
125

Awak tak boleh buat rumah atas pokok ni. Ini

pokok milik majlis bandaran.

126

Walaupun kekasih ku sudah lama pergi, aku masih

DM (direct message) dia goodnight dan

goodmorning setiap hari, tidak pernah gagal.

127

"Aku dah pakai baju band ni. Takkan tak boleh ikut

lagi?" rayu Abang Misai. "Baju The Teruna ni."

128

"Cukup-cukup la bertwitter di opis tu Midah," bisik

hati Midah. "Aku nak balik dan bertwitter di rumah

pulak."
34

W
129

Tiba-tiba dia tahu apa yang nak dikatakan tapi,

tiada yang mahu mendengar. Cuping-cuping

telinga terpotong di atas lantai bukan boleh

mendengar.

130

Din Catering tekun menanti kredit namanya keluar

di hujung filem. Tiba2, tukang projektor matikan

filem dan budak jaga buka pintu panggung.

131

Dia: Hari ini International Women's Day.

Aku: Kena bagi hadiah lagi ke?

132

Pak Haji kepala keras setiap hari Jumaat. Dengan

selambanya dia merempit tanpa helmet ke Masjid.


35

W
134

Semua wanita mimpikan seorang lelaki yg setia

mendengar leterannya.

135

Nani: semua lelaki impikan perempuan pendiam"

Harris: Kahwinlah dgn orang bisu!

136

Unmensi ini bukan utk awak. Tolong jangan

perasan.

137

"Macam berjimat air di gurun, itu pasal saya tak

sms awak," Romi memberi alasan. "Bateri hampir

kong."

138

Kereta saya bunyi gruk gruk gruk waktu pagi dan

geduk geduk geduk bila masuk gear satu, kenapa

ek?" Peah tanya pomen melalui telefon.


36

W

139

Mobius bawa telefon ke luar rumah. Signal kuat

sikit. Mungkin mms yang dijanjikan oleh Hot Diana

akan sampai lebih cepat.

140

Air guitar is nothing. You got to admire a kid who

kung fu fights air enemies.

141

Ida sudah mandi dan wangi tapi dia pakai baju bau

gerobok.

142

Pagi tadi saya suruh pelajar buat business plan.

50% nak buat business makan. Mereka belum

sarapan agaknya.
37

W
143

Akhirnya, nama Dol tercatat dlm 100 pemilik

Friendster terpopular. Masalahnya, Friendster pun

kawan-kawan dia tidak tahu wujud.

144

Jimbo arahkan Cabi cover wedding di Kulaijaya.

Sentap dia bila mendapati itu wedding makwe

lamanya.

145

Ku titip rindu peluk cium ku kepada angin lalu

untuk menyeberang samudera biru. Sayang sekali

lanun somalia memintasnya.

y
38

W
146

Kita adalah hamba kepada orang yang kita sayang.

147

Suraya teruja bila Jono kata dia ada small Jusco di

Lombok. Apa yang Suraya tidak tahu, small Jusco

itu adalah kedai jajan kecil depan rumah.

148

Hujan-hujan ni asyik nak ulang-alik tandas je. Baik

sediakan botol je la dalam pejabat.

149

:-***************************** tarik nafas

:-***************************** tarik nafas

:-***************************** tarik nafas

:-* lemas?

150

Sepandai-pandai tupai melompat akhirnya pakai

bikini tinggal dalam air bersama Sponge Bob.


39

W

151

Petang tadi idea certwit (cerita twitter) masuk. Gua

ketawa sendiri. Malangnya tak cepat twit dan

sekarang sudah lupa akan idea itu.

152

Bila gua cakap, kawan gelak. Gua pun audition

Raja Lawak. Gagal. Taubat tidak percaya gelak Mat

Ganja lagi

153

Watak jahat boleh dapat award Pelakon Pembantu

terbaik tak? Takkan nak bagi watak jahat terjahat.

Q
40

W
154

"Tidak logic dia itu manusia biasa. Secara

rasionalnya kita tahu dia jin sebab suara dia

garau," Tok Pa berbicara secara saintifik.

155

Hari ni saya berusaha menyelesaikan masalah

kesesakan trafik pagi. Saya tidak pergi kerja.

156

“Kalian berdua kahwin je la,” nasihat Pak haji

kepada pasangan yang tertangkap. “Tak ada cinta

takpa. Yang penting dapat pahala ibadah

berganda.”

157

Aku rindu setengah hidup dengan kamu.


41

W
158

Mak kat Kuching, jalan-jalan ikut rombongan

wanita UMNO. Mak punya hidup lebih happening

dari aku.

159

Kenapa pencuri tak curi selipar yang ada tulis

Facebook?

Sebab dia tak ada password.

160

Lelaki dipanggil jantan jadi bangga. Wanita

dipanggil betina jadi marah. Emo betul.

161

This tweet is not a legal advice and should not be

construed as a legal advice.

162

Padeli berhenti main besi di gym. Badan dia mula

naik. Aku nasihatkan dia agar pakai bra.


42

W

163

Zen Zakaria biarkan saku depan seluarnya koyak

besar. Dia amat berharap jadi mangsa penyeluk

saku.

164

Kalaulah hantu itu makan muntah dia sendiri, tentu

dia boleh kalahkan Badang.

165

Lapar. Tiba-tiba kedengaran bunyi cengkerik.

Ngap. Tiba-tiba sunyi tanpa bunyi cengkerik.

166

Aku gulingkan satu titik hitam di penghujung kata-

kata ku. Aku tekan mata pena biar berlubang surat

biru ini. Noktah.

Tamat
43

W
PENULIS

tok rimau
a.k.a.
toqreemaow

t
twitter.com/tokrimau
tokrimau.blogspot.com
tokrimau.tumblr.com
youtube.com/tokrimau

ahli Sindiket Sol-jah


sol-jah.blogspot.com
44

W

"Setengah pengendali weblog di negara


ini, seperti Tok Rimau, tidak lagi
membataskan penulisan mereka
kepada catatan kehidupan peribadi,
malah meluaskannya sebagai komentar
sosial."
Weblog Pesaing Terbaru Media Tradisional.
Ruang Siber. Majalah Jelita. Mei 2002. Muka
124.

Tok Rimau juga menulis dalam buku:


Gasak (2012), Gangguan (2011), Cerkas
(2010), Siapa Kekah Bidan Sepiah (2010),
Romlah: The Untold Stories (2008),
Gangguan Teksual (2008), Sabotaj 3 (2008),
K-Eight (2007), Kalshnikov (2007), Ayah
Kita Bos (2006) ,Masuk Barisan (2006) ,
Jiwa Kacau (2005)

Anda mungkin juga menyukai