Anda di halaman 1dari 1

PERTUBUHAN GURU PENDIDIKAN KHAS (PGPK) PASIR GUDANG

D/A SJKC JOHOR JAYA


JALAN ROSMERAH 5/1, TMN JOHOR JAYA
81100 JOHOR BAHRU
JOHOR DARUL TAKZIM NO TELEFON : 017- 6940595

Ruj. Kami : PGPKPG/BPP/2020


Tarikh : 11 FEBRUARI 2020

Majlis Perbandaran Pasir Gudang


Menara Aqabah
Jalan Bandar
81700 Pasir Gudang Johor

Tuan,

PERMOHONAN MENGGUNAKAN TAPAK PAKIR DEWAN RAYA MASAI

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Pihak kami ingin memohon menggunakan tapak pakir Dewan Raya Masai untuk
meletakan kenderaan peserta Bengkel Pengurusan Persekitaran Kerja Yang Positif Guru
Pendidikan Khas. Aktiviti ini melibatkan 100 penyertaan dan sekolah tidak mempunyai tapak
pakir yang mencukupi. Butiran bengkel adalah seperti berikut:

i. Nama sekolah : SJKT Masai Johor


ii. Tarikh : 26 Februari 2020 (Rabu)
iii. Masa : 2.00-5.00 Petang
iv. Guru : 100 buah kereta

3. Sehubungan itu, sekolah berharap pihak MPPG dapat mempertimbangkan permohonan


ini. Sebarang pertanyaan lanjut boleh berhubung dengan pihak kami melalui Cikgu Nani
Suhaiza di talian 013 2662963. Segala perhatian dan kerjasama dari pihak tuan amat kami
hargai dan didahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,


(NORHARIADEKA TUMIRUN)
Pengerusi
Pertubuhan Guru Pendidikan Khas Pasir Gudang

Anda mungkin juga menyukai