Anda di halaman 1dari 1

PERSATUAN SAINS DAN MATEMATIK

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN LANGKON


BEG BERKUNCI 5, 89108 KOTA MARUDU, SABAH
TEL: 088-662627 FAX: 088-662125

Ruj : XEA5104/800/5/5/3
Tarikh : 1.1.2020

Guru Penasihat,
Persatuan Sains dan Matematik,
SMK Langkon, Kota Marudu.

Tuan,

KELULUSAN PENUBUHAN PERSATUAN SAINS DAN MATEMATIK

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

2. Merujuk surat tuan XEA5104/800/5/5/3 bertarikh 1 Januari 2020 dinyatakan bahawa dengan
kuasa yang diberikan kepada saya, Seksyen 130, Akta Pendidikan 1996 seperti yang dimaktubkan dalam
Peraturan (4) Warta Kerajaan bertarikh 21 Mei 1998, P.U.(A) 196 sukacita dinaklumkan permohonan
tuan untuk menubuhkan Persatuan Sains dan Matematik, SMK Langkon, Kota Marudu adalah
DILULUSKAN berkuatkuasa mulai 1 Januari 2020.

3. Sehubungan itu, bersama-sama ini dikemukakan maklumat-maklumat berikut:

3.1 Draf Perlembagaan


3.2 Draf Aktiviti Asas
3.3 Senarai Nama Jawatankuasa Penaja

4. Diharap tuan mengambil tindakan selanjutnyamengikut peraturan (4) Warta Kerajaan bertarikh
21 Mei 1998, P.U.(A) 196. Semoga tuan dapat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menurut perintah,

…………………………
(HALIJA BINTI JONGGANG)
Pengetua,
SMK Langkon
Kota Marudu, Sabah

Anda mungkin juga menyukai