Anda di halaman 1dari 10

KERTAS CADANGAN

KERTAS CADANGAN
KEM BESTARI SOLAT j-QAF TAHUN 2016
SEKOLAH KEBANGSAAN SERADA
20050 KUALA TERENGGANU

01. MUQADDIMAH

Bahagian Kurikulum Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan Pendidikan Islam dan
Moral (JAPIM), Kementerian Pelajaran Malaysia telah mencadangkan agar diadakan
Kem Bestari Solat bagi merealisasikan salah satu aktiviti daripada program j-QAF.

Model Bestari Solat adalah aktiviti yang dilaksanakan untuk memastikan murid
dapat menunaikan solat dengan sempurna dari segi bacaan, perlakuan, ilmu
pengetahuan dan penghayatan. Aktiviti ini dilaksanakan secara insentif di satu
tempat khas mengikut kesesuaian sesebuah sekolah.

02. TUJUAN

Pertimbangan dari pihak yang terlibat dalam mengadakan Kem Bestari Solat di
Sekolah Kebangsaan Serada bagi tahun 2016.

03. OBJEKTIF

3.1. Murid dapat berwudhuk dengan sempurna.


3.2. Murid dapat mengetahui bilangan rakaat solat-solat fardhu.
3.3. Murid dapat melaksanakan semua perbuatan serta bacaan dalam solat
dengan betul dan lancar.
3.4. Murid dapat membezakan anggota wudhuk antara rukun dan sunat.
3.5. Murid dapat menghafaz doa selepas wudhuk dengan sempurna.
3.6. Murid dapat menghafaz dengan betul dan lancar bacaan dalam solat.
3.7. Murid dapat melaksanakan solat dengan sempurna sama ada secara
bersendirian atau berjemaah.

04. TARIKH

24 SEPTEMBER 2016 (SABTU)

05. MASA

8.00 PAGI – 5.00 PETANG

06. KUMPULAN SASARAN

Semua murid Tahun 1 hingga 6 yang beragama Islam

07. JAWATANKUASA INDUK / PELAKSANA


Rujuk Lampiran A

08. TENTATIF PROGRAM

Rujuk Lampiran B

09. ANGGARAN PERBELANJAAN

Rujuk Lampiran C

10. SENARAI PESERTA MURID DAN FASILITATOR

Rujuk Lampiran D

11. MOTTO

"SOLAT PEMANGKIN KECEMERLANGAN UMMAH"

12. PENUTUP

Adalah diharapkan agar kertas cadangan Kem Bestari Solat ini akan mendapat
persetujuan dan pertimbangan yang sewajarnya daripada pihak yang berkenaan. Segala
jasa baik tuan / puan kami dahului dengan ucapan Jazakumullahu Khairan Kathira.

Disediakan oleh, Disemak Oleh,

………………………………………………. ………………………………………..
(SITI RUMIZA ABD RAHIM) (AHMAD FARIDHILMI MOHD BAKRI)
Setiausaha Kem Bestari Solat Guru Penolong Kanan Pentadbiran
SK Serada, Terengganu SK Serada, Terengganu

Diluluskan Oleh :

..............................................................
( NASIR BIN BAD. JALIL )
Guru Besar
SK Serada, Terengganu
Lampiran A

JAWATANKUASA INDUK KEM BESTARI SOLAT

Penasihat : Nasir bin Abd. Jalil


(Guru Besar)

Pengerusi : En.Ahmad Faridhilmi bin Mohd Bakri


(Penolong Kanan Kokurikulum)

Naib Pengerusi 1 : En. Mohd Naziron bin Ismail@Che Mat


(Penolong Kanan 1)

Naib Pengerusi 2 : Pn. Paridah bt Omar


(Penolong Kanan HEM)

Penyelaras : Ustazah Kamaliah binti Ahmad


(GPA)

Setiausaha : Ustazah Siti Rumiza bt Abd Rahim


(GJQ)

Bendahari : Ustaz Marzuki bin Hussein


(GBA)

Ahli Jawatankuasa : Ustaz Khairuddin bin Muktal


(GBA)

AHLI JAWATANKUASA PELAKSANA

Urusetia / Pendaftaran Dokumentasi / Penilaian


Ustazah Kamariah binti Mamat Ustazah Syu’aibah binti Mohd Noor
Ustazah Nor Aziah binti Zakaria

Makanan / Minuman Cenderahati


Ustazah Kamaliah bt Ahmad Ustazah Halimah binti Ismail
Ustaz Khairuddin bin Muktal

Persiapan Tempat / Bahan Fasilitator


Ustazah Siti Rumiza bt Abd. Rahim Guru GPA, Guru GJQ, Guru KAFA

Keselamatan Buku Program


Ustaz Abdu Rahaman bin Mat Amin Ustaz Mohd Marzuki bin Hussin
 

Lampiran B

TENTATIF PROGRAM KEM BESTARI SOLAT

18 NOVEMBER 2019

WAKTU AKTIVITI

- Pendaftaran
07.30 - 08.00 AM - Taklimat Program
( Agihan Kumpulan )

08.00 - 08.30 AM Tayangan LCD (Wudhuk dan Solat)

LDK 1 :
08.30 - 09.30 AM
(Anggota, Niat dan Cara Berwudhuk)

LDK 2 :
09.30 - 10.30 AM
(Amali Wudhuk dan Aktiviti)

10.30 - 11.00 AM Rehat / Minum Pagi

LDK 3 :
11.00 - 12.00 AM
(Niat Solat dan Bacaan)

LDK 4 :
12.00 - 1.00 PM
(Bacaan pendek dalam Solat)

1.00 – 2.00 PM Rehat / Solat Zohor / Makan Tengahari

LDK 5 :
2.00 - 3.00 PM
(Perlakuan Solat, Solat Tambahan)

LDK 6 :
3.00 - 4.00 PM
(Amali Solat,Ujian Bacaan dan Perlakuan Dalam Solat)

4.00 - 4.30 PM Majlis Penutup

4.30 - 5.30 PM
Solat Asar / Minum Petang / Bersurai

Lampiran C

CADANGAN ANGGARAN PERBELANJAAN KEM BESTARI SOLAT

24 SEPTEMBER 2016

BIL PERKARA KOS JUMLAH

1 Makan / Minum (Murid) RM 1.75 X 139 RM 243.25


Sarapan + tengahari + petang

2 Makan / Minum (Fasilitator) RM 3.00 X 10 RM 30.00


Sarapan + tengahari + petang

JUMLAH KESELURUHAN RM 273.25

PERUNTUKAN JABATAN RM243.25

SUMBANGAN RM 30
REFLEKSI

Alhamdulillah, bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan limpah rahmatNya Kem


Bestari Solat siri 2/2016 telah berjaya dilaksanakan pada 24 September 2016
bersamaan 22 Zulhijjah 1437 Hijrah iaitu pada Hari Sabtu bermula jam 7.30 pagi hingga
5.30 petang, yang melibatkan semua murid SK Serada yang beragama Islam, Selaras
dengan rasional program untuk memastikan objektif program ini tercapai dengan baik.

Antara kelebihan Kem Bestari Solat ini adalah ini adalah untuk memberi
kesedaran kepada murid-murid tentang kewajiban solat lima waktu serta memastikan
murid dapat menunaikan solat dengan sempurna dari segi bacaan dan perlakuan.
Murid juga dilatih dan diajar agar dapat mengambil wudhu’ dengan sempurna.

Program ini telah melibatkan semua murid yang beragama Islam serta guru
sebagai fasilitator yang terdiri daripada Guru GPA, Guru GJQ, Guru KAFA dan Guru
Perdana, diucapkan jutaan terima kasih kerana sudi memberi kerjasama dalam
program ini. Kerjasama inilah yang perlu diterapkan dalam menjayakan sesuatu aktiviti
dan program.

Walau bagaimanapun, ada kelemahan yang perlu diatasi dengan sebaik


mungkin, antara kelemahannya adalah kehadiran murid dalam program kali ini adalah
begitu ketara. Seramai 137/156 murid yang terlibat iaitu seramai 19 orang yang tidak
hadir, insyaAllah pihak Jawatankuasa Program akan memastikan murid yang tidak
hadir ini akan mengikuti kelas susulan yang akan diadakan seminggu selepas pgoram
ini. Begitu juga bagi murid yang lemah atau masih lagi kurang memahami kepentingan
serta kewajiban solat, pihak jawatankusa akan memantau dan melatih murid ini agar
mereka boleh melakukannya dengan sempurna.

Dengan berakhirnya program ini, kami pihak jawatankuasa akan membuat post-
morten untuk memastikan objektif yang dikehendaki ini tercapai, dengan itu kami
memohon jutaan kemaafan sekiranya ada kelemahan dan kesulitan dalam menjayakan
program ini, serta kami ucapkan jutaan terima kasih atas kerjasama yang diberikan
oleh semua yang terlibat. Jazakumu Allahu Khairan Kathiran. Sekian terima kasih.
SENARAI MANA MURID
SENARAI KUMPULAN DAN FASILITATOR
GAMBAR SEPANJANG AKTIVITI
KEM BESTARI SOLAT
REFLEKSI

Anda mungkin juga menyukai