Anda di halaman 1dari 3

Sejarah Dan Asal Usul Munculnya Hari

Raya Aidiladha
O L EH M AR IN A • 2 M IN B AC A

Setiap tahun, umat Islam akan meraikan sambutan Hari Raya Korban atau Hari Raya Haji seluruh
dunia.

Aidiladha merupakan perayaan terbesar di dalam Islam setelah Hari Raya Aidilfitri. Hari Raya
Aidiladha ini disambut pada hari ke-10, 11, 12 dan 13 Zulhijjah setiap tahun.

Ghalibnya, ia dimulai dengan takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, seterusnya diikuti dengan
solat sunat Aidiladha pada siang harinya.

Kemudian, ibadah korban akan dimulakan sama ada dilakukan pada 10, 11, 12 atau 13 Zulhijjah.
Keempat-empat hari ini merupakan Hari Tasyrik.

Hari Tasyrik ialah hari yang diharamkan untuk berpuasa bagi umat Islam.
Dalam menjalani ibadah ini, sudah pasti ada di antara kita yang tertanya-tanya, apakah yang berlaku
di sebalik kewujudan hari raya besar ini?

Bagaimanakah tercetusnya ibadah korban yang memerlukan umat Islam melaksanakan ibadah
sembelihan?

Tahukah kita, ibadah ini dilakukan bagi memperingati peristiwa dan kisah pengorbanan Nabi Ibrahim
a.s dalam menjalankan perintah Allah s.w.t juga kesabaran anaknya; Nabi Ismail dalam memenuhi
perintah-Nya.

Rentetan kisah ini ada diceritakan dalam firman Allah s.w.t dalam Surah As-Saffat bermula ayat 100
– 107 yang bermaksud;

‘Wahai Tuhanku, anugerahkanlah kepadaku (seorang anak) yang termasuk dalam kalangan orang yang
soleh.’ Maka, Kami memberi khabar gembira kepadanya dengan kelahiran seorang anak yang sabar
(Ismail).

Maka, ketika anak itu sampai (pada umur) sanggup berusaha bersamanya, (Ibrahim) berkata, ‘Wahai
anakku! Sesungguhnya aku bermimpi bahawa aku menyembelihmu. Maka, fikirkanlah bagaimana
pendapatmu!’
Dia (Ismail) menjawab, ‘Wahai ayahku! Lakukanlah apa yang diperintahkan (Allah) kepadamu, insya-
Allah engkau akan mendapatiku termasuk dalam kalangan orang-orang yang sabar.’

Maka, ketika keduanya telah berserah diri dan dia (Ibrahim) membaringkan anaknya atas pelipisnya,
(untuk melaksanakan perintah Allah). Lalu, Kami panggil dia, ‘Wahai Ibrahim! Sungguh, engkau telah
membenarkan mimpi itu.’

Sungguh, demikianlah Kami memberi balasan kepada orang-orang yang berbuat baik. Sesungguhnya ini
benar-benar ujian yang nyata. Dan, Kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan y ang besar.

Melihatkan kesungguhan Nabi Ibrahim a.s yang ingin menyembelih anaknya sendiri, serta-merta
tempat pembaringan Nabi Ismail itu digantikan oleh Allah s.w.t dengan binatang kibas.

Peristiwa inilah yang menjadi dasar bagi pensyariatan korban yang dilakukan setiap tahun di seluruh
dunia bagi umat Islam.

Moga kita dapat bersama-sama menghayati erti pengorbanan yang dilakukan oleh Baginda Nabi
Ibrahim seterusnya mengaplikasikan dalam kehidupan seharian. Wallahua’lam.

Anda mungkin juga menyukai