Anda di halaman 1dari 7

Tafsir Surat Ash-Shaffat, ayat 99-113

( ‫) َر ِّب َه ْب ِلي ِم َن الَّص اِلِح يَن‬99( ‫{َو َق اَل ِإِّني َذاِه ٌب ِإَلى َر ِّبي َس َيْه ِد يِن‬
‫) َفَلَّم ا َبَل َغ َمَع ُه الَّس ْع َي َق اَل َي ا ُبَنَّي ِإِّني‬101( ‫) َفَبَّش ْر َناُه ِبُغالٍم َح ِليٍم‬100
‫ِت‬ ‫ِم‬ ‫ِف‬
‫َأَر ى ي اْلَم َن ا َأِّني َأْذَبُح َك َف اْنُظْر َم اَذا َتَر ى َق اَل َي ا َأَب اْفَع ْل َم ا ُتْؤ َمُر‬
)103( ‫) َفَلَّم ا َأْس َلَم ا َو َتَّلُه ِلْلَج ِبيِن‬102( ‫َس َتِج ُد ِني ِإْن َش اَء الَّلُه ِم َن الَّصاِبِر يَن‬
‫) َق ْد َص َّد ْقَت الُّرْؤ َي ا ِإَّن ا َك َذ ِلَك َنْج ِز ي‬104( ‫َو َناَد ْيَن اُه َأْن َي ا ِإْبَر اِه يُم‬
( ‫) َو َف َد ْيَناُه ِب ِذ ْبٍح َعِظ يٍم‬106( ‫) ِإَّن َه َذ ا َلُه َو اْلَبالُء اْلُم ِبيُن‬105( ‫اْلُم ْح ِس ِنيَن‬
‫) َك َذ ِلَك‬109( ‫) َس الٌم َعَلى ِإْبَر اِه يَم‬108( ‫) َو َتَر ْك َنا َعَلْيِه ِفي اآلِخ ِر يَن‬107
‫) َو َبَّش ْر َناُه ِبِإ ْس َح اَق‬111( ‫) ِإَّنُه ِم ْن ِع َباِد َنا اْلُم ْؤ ِم ِنيَن‬110( ‫َنْج ِز ي اْلُم ْح ِس ِنيَن‬
‫ِس‬ ‫ِت‬ ‫ِم‬ ‫ِه‬ ‫ِلِح‬ ‫ِم‬
‫) َو َباَر ْك َنا َعَلْي َو َعَلى ِإْس َح اَق َو ْن ُذِّر َّي ِه َم ا ُمْح ٌن‬112( ‫َنِبًّيا َن الَّصا يَن‬
} )113( ‫َو َظاِلٌم ِلَنْف ِس ِه ُمِبيٌن‬
Dan Ibrahim berkata, "Sesungguhnya aku pergi menghadap kepada Tuhanku, dan Dia akan
memberi petunjuk kepadaku. Ya Tuhanku, anugerahkanlah kepadaku (seorang anak) yang
termasuk orang-orang yang saleh.” Maka Kami beri dia kabar gembira dengan seorang anak
yang amat sabar. Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-sama
Ibrahim, Ibrahim berkata, "Hai Anakku, sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahwa aku
menyembelihmu. Maka pikirkanlah apa pendapatmu!" Ia menjawab, "Hai Bapakku, kerjakanlah
apa yang diperintahkan kepadamu; insya Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang
yang sabar.” Tatkala keduanya telah berserah diri dan Ibrahim membaringkan anaknya atas
pelipis(nya), (nyatalah kesabaran keduanya). Dan Kami panggillah dia, "Hai Ibrahim,
sesungguhnya kamu telah membenarkan mimpi itu, "sesungguhnya demikianlah Kami memberi
balasan kepada orang-orang yang berbuat baik. Sesungguhnya ini benar-benar suatu ujian yang
nyata. Dan Kami tebus anak itu dengan seekor sembelihan yang besar. Kami abadikan untuk
Ibrahim itu (pujian yang baik) di kalangan orang-orang yang datang
kemudian (yaitu).”Kesejahteraan dilimpahkan atas Ibrahim.” Demikianlah Kami memberi
balasan kepada orang-orang yang berbuat baik. Sesungguhnya ia termasuk hamba-hamba Kami
yang beriman. Dan Kami beri dia kabar gembira dengan (kelahiran) Ishaq seorang nabi yang
termasuk orang-orang yang saleh. Kami limpahkan keberkatan atasnya dan atas Ishaq . Dan di
antara anak cucunya ada yang berbuat baik dan ada (pula) yang zalim terhadap dirinya sendiri
dengan nyata.

Ayat 100:

‫َرِّب َهب لي ِم َن الّٰص ِلحيَن‬


Ya Tuhanku, anugerahkanlah kepadaku (seorang anak) yang
termasuk orang-orang yang saleh.

Nabi Ibrahim telah berdoa kepada Allah meminta teman yang


baik yang dapat membantu baginda dalam menjalankan dakwah
kepada umat manusia. Ini sebagai ganti dari kaum dan
keluarganya yang telah ditinggalkan. Maka boleh dikatakan
baginda meminta diberikan dengan anak.

Ayat 101: Maka Allah telah mengurniakan anak kepada baginda.

‫َفَبَّشرٰن ُه ِبُغٰل ٍم َح ليٍم‬


Maka Kami beri dia khabar gembira dengan seorang anak yang
amat sabar.
Anak yang diberikan kepada baginda disifatkan sebagai seorang yang ‘sabar’. Kalimah ‫َح ليٍم‬
boleh diterjemahkan sebagai seorang yang bersifat tidak kelam kabut. Sifat ini jarang disebut
dalam Al-Qur’an dan hanya disebut sifat ini telah diberikan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi
Ismail sahaja.

Anak yang dimaksudkan dalam ayat ini adalah Nabi Ismail a.s. kerana baginda adalah anak
sulung Nabi Ibrahim. Memang Nabi Ismail seorang yang tabah dalam menerima segala
dugaan yang dikenakan kepada baginda.

Memang anak ini adalah Nabi Ismail a.s. kerana sesungguhnya dia adalah anak pertama Nabi
Ibrahim yang sebelum kelahirannya, dia telah mendapat berita gembira mengenainya. Nabi
Ismail a.s. lebih tua daripada Nabi Ishaq menurut kesepakatan kaum Muslim dan kaum Ahli
Kitab, bahkan di dalam nas kitab-kitab mereka disebutkan bahawa ketika Ibrahim a.s. dapat
Nabi Ismail, baginda berusia lapan puluh enam tahun. Dan ketika baginda mempunyai Nabi
Ishaq, usia baginda ketika itu adalah sembilan puluh sembilan tahun.
Menurut mereka (Ahli Kitab), Nabi Ibrahim diperintahkan oleh Allah Swt. untuk
menyembelih anak tunggalnya itu, dan dalam salinan kitab yang lain disebutkan ‘anak
pertamanya’. Akan tetapi, mereka mengubahnya dan membuat-buat kedustaan dalam
keterangan ini, lalu menggantikannya dengan Ishaq.
Padahal hal tersebut bertentangan dengan nas kitab asli mereka. Sesungguhnya mereka
membuat penggantian dengan memasukkan nama Nabi Ishaq sebagai ganti Nabi Ismail
kerana nenek moyang mereka adalah Nabi Ishaq, sedangkan Nabi Ismail adalah nenek
moyang bangsa Arab.

Jadi mereka nak berikan kelebihan lebih tinggi sebagai kedudukan anak sulung kepada nenek
moyang mereka pula. Beginilah sikap manusia yang jahat, sampaikan nas pun mereka
sanggup reka dan tukar asalkan nak menang.

Begitu jugalah dengan Syiah yang semakin ramai pengikutnya di Malaysia. Mereka sanggup
reka hadis dan pusing kisah sejarah. Sebagai contoh, Nabi Muhammad hijrah ke Madinah dari
rumah Abu Bakar. Tapi mereka ubah sejarah, kata baginda hijrah dari rumahnya dan suruh
Ali ganti tempat tidur pula.

Baginda juga telah Isra’ Mi’raj dari Baitullah, tapi mereka ubah cerita baginda Isra’ dari
rumah Umm Hani’, kakak Saidina Ali. Ini semua mereka ubah supaya nampak hebat Saidina
Ali dan keluarganya. Mereka nak letak, semua kejadian hebat dan besar dalam sejarah Islam
ada berkait dengan Saidina Ali.

Ayat 102: Sekarang masuk ke dalam kisah Nabi Ibrahim dan Nabi
Ismail. Inilah kisah yang amat masyhur yang semua orang Islam
tahu.
‫َفَلّم ا َبَلَغ َم َعُه الَّس عَي قاَل ٰي ُبَنَّي ِإّني َأرٰى ِفي الَم ناِم َأّني َأذَبُح َك‬
‫َفانُظر ماذا َترٰى ۚ قاَل ٰي َأَبِت افَعل ما ُت ؤَم ُر ۖ َس َتِج ُد ني ِإن ش**اَء‬
‫ُهللا ِم َن الّٰص ِبري‬
Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha
bersama-sama Ibrahim, Ibrahim berkata: “Hai anakku
sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku
menyembelihmu. Maka fikirkanlah apa pendapatmu!” Dia
menjawab: “Hai bapaku, kerjakanlah apa yang diperintahkan
kepadamu; insya Allah kamu akan mendapatiku termasuk
orang-orang yang sabar”.

‫َفَلّم ا َبَلَغ َم َعُه الَّس عَي‬


Maka tatkala anak itu sampai (pada umur sanggup) berusaha bersama-
sama Ibrahim,
Ini adalah ketika Nabi Ismail sudah sampai ke usia baligh.
Waktu itu Nabi Ismail sudah boleh bekerja dan menolong Nabi
Ibrahim. Sebab itu digunakan kalimah ‫ الَّس عَي‬yang bermaksud
‘berusaha’. Maknanya pada usia yang boleh buat kerja.

‫قاَل ٰي ُبَنَّي ِإّني َأرٰى ِفي الَم ناِم‬


Ibrahim berkata: “Hai anakku sesungguhnya aku melihat dalam mimpi
Allah telah memberi satu mimpi kepada Nabi Ibrahim tentang
Nabi Ismail. Dan dalam akidah kita, mimpi para Nabi adalah
wahyu dari Allah. Maka kalau ada orang biasa mimpi sembelih
anak, bunuh bini, itu bukan wahyu kerana orang itu bukan
Nabi. Itu orang gila, namanya.
Apakah mimpi baginda itu?

‫َأّني َأذَبُح َك‬


bahawa aku menyembelihmu.

Di dalam mimpi itu Nabi Ibrahim telah dilihatkan yang baginda


hampir hendak sembelih anaknya Nabi Ismail dan bukannya
sudah sembelih.

‫َفانُظر ماذا َترٰى‬


Maka fikirkanlah apa pendapatmu!”

Nabi Ibrahim minta pendapat Nabi Ismail tentang wahyu yang


baginda telah dapat itu. Nabi Ibrahim suruh Nabi Ismail berfikir
sama ada Nabi Ismail sudah bersedia ataupun tidak.

Kena faham yang Nabi Ibrahim akan tetap jalankan wahyu Allah itu kerana Nabi
Ibrahim telah mendapat wahyu daripada Allah dan baginda akan tetap kena
sembelih anaknya itu. Bukannya Nabi Ibrahim tanya pendapat Nabi Ismail sama ada
baginda patut buat atau tidak. Mungkin ramai yang sangka begitu.

Memang Nabi Ibrahim tetap akan jalankan, cuma kalau Nabi Ismail bersedia maka
mudahlah untuk baginda melakukannya. Tetapi kalau Nabi Ismail tidak bersedia
maka Nabi Ibrahim mungkin terpaksa menangkap Nabi Ismail dan kemudian
menyembelihnya dengan cara yang kasar pula. Maknanya baginda tetap kena
sembelih Nabi Ismail juga sama ada Nabi Ismail setuju atau tidak.

Dan sesungguhnya Ibrahim memberitahukan mimpinya itu


kepada puteranya agar puteranya tidak terkejut dengan
perintah itu, sekaligus untuk menguji kesabaran dan keteguhan
serta keyakinannya terhadap ketaatan kepada Allah Swt. dan
baktinya kepada orang tuanya.
Jadi jangan kita salah faham yang jikalau Nabi Ismail tidak
bersedia maka Nabi Ibrahim tidak menjalankan arahan Allah
pula. Lalu bagaimana jawapan Nabi Ismail?

‫قاَل ٰي َأَبِت افَعل ما ُتؤَم ُر‬


Dia menjawab: “Hai bapaku, kerjakanlah apa yang diperintahkan
kepadamu;

Nabi Ismail beritahu kepada ayahnya untuk buat sahaja arahan


Allah. Inilah sifat ‫ َح ليٍم‬Nabi Ismail. Kerana inilah Allah puji Nabi
Ismail sebagai seorang yang sabar dalam Al-Qur’an.

‫َس َتِج ُدني ِإن شاَء ُهللا ِم َن الّٰص ِبري‬

insya Allah kamu akan mendapatiku termasuk orang-orang yang


sabar”.

Nabi Ismail sanggup serahkan nasibnya kepada Allah.Kenapa


pula baginda tambah dengan kalimah ‫ ِإن شاَء ُهللا‬itu? Baginda sebut ‫ِإ‬
‫اَء ُهللا‬+++‫ ن ش‬kerana sama ada baginda berjaya sabar atau tidak,
terpulang kepada Allah. Memang waktu itu baginda rasa
baginda sanggup, tapi esok tak tahu lagi. Maka baginda serahkan
kepada Allah. Memang perasaan dalam hati pun dalam takluk
Allah.

Anda mungkin juga menyukai