Anda di halaman 1dari 30

Sirah Nabi Ibrahim A.

S
Pengorbanan Menegakkan
Aqidah
Nama :
Jawatan :
Nabi Ibrahim A.S

 Rasul ulul azmi

 Disebut 25 kali di dalam Al-Quran

 Awalnya diutuskan di Iraq

 Kaumnya menyembah berhala

 Ayahnya bernama Azar [ Al-An’am: 74 ]

 Rupanya seiras Rasulullah SAW [ HR Musim ]


Ayahnya bernama Azar

Ayahnya juga merupakan penyembah berhala dan


bernama Azar berdasarkan ayat Al-Quran:

ٰ َ ‫ك فِي‬ َ ‫صنَا ًما َءالِهَةً إِنِّ ٓي أَ َر ٰى‬ َ ‫َوإِ ۡذ قَا َل إِ ۡب ٰ َر ِهي ُم أِل َبِي ِه َء‬
ۡ َ‫از َر أَتَتَّ ِخ ُذ أ‬
ٖ ِ‫ضلَ ٖل ُّمب‬
‫ين‬ َ ‫ك َوقَ ۡو َم‬

Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berkata kepada


bapanya Aazar: Patutkah ayah menjadikan berhala-
berhala sebagai tuhan-tuhan? Sesungguhnya aku
melihatmu dan kaummu dalam kesesatan yang
nyata. [ Al-An’aam: 74 ]
Rupanya seiras Rasulullah SAW
Dalam sebuah hadis berkaitan peristiwa
Israk dan Mikraj, Rasulullah s.a.w ada
menyebut bahawa orang yang paling
menyerupai Nabi Ibrahim a.s adalah baginda
sendiri.

– ُ‫ يَ ْعنِي نَ ْف َسه‬- ‫احبُ ُك ْم‬


ِ ‫ص‬ ِ َّ‫ أَ ْشبَهُ الن‬،‫صلِّي‬
َ ‫اس بِ ِه‬ َّ ‫َوإِ َذا إِ ْب َرا ِهي ُم َعلَ ْي ِه ال‬
َ ُ‫ساَل ُم قَائِ ٌم ي‬

Dan kelihatan Nabi Ibrahim a.s sedang


mengerjakan solat, orang yang paling
menyerupainya adalah sahabat kamu (iaitu
baginda sendiri).
HR Muslim, Sahih Muslim, no. 172.
Fasa kehidupan Nabi
Ibrahim A.S

Dakwah di Iraq
Dakwah di Palestin
Dakwah di Hijaz
Dakwah di Iraq

 Dakwah kepada ayahnya [ Maryam: 41-47 ]

 Dakwah kepada kaumnya [ Al-An’aam: 74-79 ]

 Dakwah kepada raja zalim [ Al-Baqarah: 258 ]

 Menghancurkan berhala [ Al-Anbiyaa’: 51-60 ]

 Dibakar oleh kaumnya [ Al-Anbiyaa’: 68-70 ]


Dakwah di Palestin

 Hijrahbersama Nabi Lut AS [ Al-


Anbiyaa’: 71 ]

 Nabi Ibrahim a.s dan isterinya pergi


ke Mesir
[ HR Al-Bukhari ]
Hijrah bersama Nabi Lut A.S

َ ‫ض ٱلَّتِي ٰبَ َر ۡكنَا فِيهَا لِ ۡل ٰ َعلَ ِم‬ ‫أۡل‬ ٰ


‫ين‬ ِ ‫ى ٱ َ ۡر‬H‫َونَج َّۡينَهُ َولُوطًا إَِل‬

“Dan Kami selamatkan dia dan Nabi Lut ke negeri


yang Kami limpahkan berkat padanya untuk umat
manusia.” [ Al-Anbiyaa’: 71 ]

Nabi Ibrahim a.s merupakan orang pertama yang


berhijrah di jalan Allah, berpisah dengan keluarga
dan kaumnya kerana Allah, keluar dari tanah airnya
ke tempat lain untuk berdakwah kepada Allah.
Nabi Ibrahim a.s dan isterinya
pergi ke Mesir
Dari Abu Hurairah r.a., katanya Nabi saw. bersabda:" Ibrahim a.s.
hijrah bersama-sama dengan Sarah, lalu beliau masuk ke sebuah negeri
yang diperintah oleh seorang raja di antara para raja, atau oleh
seorang raja diantara para penguasa. Maka dilaporkan orang (kepada
sang raja tentang kedatangan Ibrahim itu). Katanya, "Ibrahim datang
beserta seorang wanita yang sangat cantik!" Raja mengirim utusan
kepada Ibrahim, menanyakan: "Ya, Ibrahim! Siapakah wanita beserta
mu ini?" Jawab Ibrahim, "Saudara ku!"
Kemudian Ibrahim berkata kepada Sarah, "Janganlah engkau katakan
kepadanya aku dusta, kerana aku mengatakan kepada mereka engkau
saudara ku. Demi Allah! Tidak ada orang yang mukmin di bumi ini
selain aku dan engkau." Maka dikirimnya lah Sarah kepada raja. Raja
berdiri untuk menemui Sarah, dan Sarah pun berdiri pula, lalu
mengambil wuduk, solat dan mendoa: "Wahai, Allah! Jika sebenarnya
aku iman dengan Engkau dan dengan Rasul Engkau dan aku memelihara
kehormatan ku melainkan untuk suami ku, maka janganlah Engkau
paksakan si kafir itu terhadap ku. Raja itu merasa dicekik dan
menghentak-hentakkan kaki (kerana pengsan).
Nabi Ibrahim A.S & isterinya
pergi ke Mesir
Kata Abu Hurairah melanjutkan, "Sarah mendoa pula: Wahai, Allah!
kata raja ini mati, tentu orang akan menuduh ku bahawa aku yang
membunuhnya." Raja itu sembuh lalu berjalan mendekati Sarah. Sarah
pun mengambil wuduk, solat dan mendoa. Katanya: "Wahai, Allah! Aku
iman dengan mu dan dengan Rasul-Mu. Dan ku pelihara kehormatan ku
selain kepada suami ku. Maka jangan lah Engkau paksakan si kafir ini
terhadap diri ku. Raja pun merasa dicekik dan menghentak-hentakkan
kakinya.
Kata Abu Hurairah melanjutkan, "Sarah mendoa: Wahai Allah! Jika raia
itu mati, tentu orang akan menuduh ku yang membunuhnya." Raja itu
sembuh kembali untuk kedua kalinya. Dan ketiga kalinya dia berkata,
"Demi Allah! Pasti syaitan yang engkau kirim kepada ku. Kembalikan
dia kepada Ibrahim, dan beri dia seorang hamba sahaya (Siti Hajar)!"
Sarah kembali kepada Ibrahim a.s., lalu berkata: " Tahukah Tuan,
bahawa Allah telah menghina orang kafir, dan menghadiahi kita
seorang budak perempuan?"

[ HR Al-Bukhari, Sahih Al-Bukhari, no. 2218 ]


Dakwah di Hijaz

Dan (ingatlah) ketika Nabi Ibrahim berdoa dengan .35


berkata: Wahai Tuhanku! jadikanlah negeri Mekah ini
negeri yang aman dan jauhkanlah daku dan anak-anakku
.dari perbuatan menyembah berhala
Wahai Tuhanku, berhala-berhala itu telah menyebabkan .36
sesat banyak di antara umat manusia. Oleh itu, sesiapa
yang menurutku (dalam Islam yang menjadi peganganku)
maka dia adalah dari golonganku dan sesiapa yang
menderhaka kepadaku (dengan menyalahi agamaku), maka
sesungguhnya engkau Maha Pengampun, lagi Maha
.Mengasihani (kiranya dia insaf dan bertaubat)
Dakwah di Hijaz

Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya aku telah .37


menempatkan sebahagian dari zuriat keturunanku di
sebuah lembah (Tanah Suci Mekah) yang tidak ada
tanaman padanya, di sisi rumahMu yang diharamkan
mencerobohinya. Wahai Tuhan kami, (mereka ditempatkan
di situ) supaya mereka mendirikan sembahyang. Oleh itu,
jadikanlah hati sebahagian dari manusia tertarik gemar
kepada mereka, dan kurniakanlah rezeki kepada mereka
dari berbagai jenis buah-buahan dan hasil tanaman,
.semoga mereka bersyukur
Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau mengetahui .38
akan apa yang kami sembunyikan dan apa yang kami
zahirkan dan tiada sesuatupun di langit dan di bumi, yang
tersembunyi kepada Allah! [ Ibrahim: 35-38 ]
Doa dimakbulkan

Nabi Ibrahim a.s tidak dikurniakan zuriat sehinggalah


waktu tua, selepas Allah memakbulkan doanya.

َ ۚ ‫ب لِي َعلَى ۡٱل ِكبَ ِر إِ ۡس ٰ َم ِعي َل َوإِ ۡس ٰ َح‬


‫ق إِ َّن َربِّي لَ َس ِمي ُع ٱل ُّد َعٓا ِء‬ َ َ‫ۡٱل َحمۡ ُد هَّلِل ِ ٱلَّ ِذي َوه‬

“Segala puji tertentu bagi Allah Yang telah


mengurniakan kepadaku semasa aku tua: Ismail dan
Ishak. Sesungguhnya Tuhanku Maha Mendengar dan
Memperkenan doa permohonan.” [ Ibrahim: 39 ]
Pengorbanan menegakkan
aqidah

١٠٠) ‫ين‬ َّ ٰ ‫( َربِّ هَ ۡبلِي ِم َن ٱل‬٩٩) ‫ َوقَا َل إِنِّي َذا ِهبٌ إِلَ ٰى َربِّي َسيَ ۡه ِدي ِن‬ 
َ ‫صلِ ِح‬
(١٠١)‫ش ۡر ٰنَهُ بِ ُغ ٰلَ ٍم َحلِ ٖيم‬
َّ َ‫(فَب‬

99. Dan Nabi Ibrahim pula berkata: Aku hendak


(meninggalkan kamu) pergi kepada Tuhanku, Dia akan
memimpinku (ke jalan yang benar).
100. Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang
terhitung dari orang-orang yang soleh!
101. Lalu Kami berikan kepadanya berita yang
menggembirakan, bahawa dia akan beroleh seorang anak
yang penyabar. [ As-Saffat: 99-101 ]
Pengorbanan menegakkan
aqidah
 Nabi Ibrahim a.s berhijrah menghadap Allah dengan
keyakinan bahawa Allah akan memberi hidayat
kepadanya.
 Beliau meninggalkan segala sesuatu yang memberi
halangan dan kesibukan kepadanya.
 Tajarrud – pengosongan jiwa dari segala sesuatu selain
dari Allah.
 Sewaktu hijrah Nabi Ibrahim a.s masih belum
mempunyai zuriat.
 Allah memakbulkan doanya dengan pengkhabaran beliau
akan mendapat seorang anak yang penyabar.
 Anak itu adalah Nabi Ismail a.s sebagaimana yang
ditarjih oleh sejarah dan surah.
Pengorbanan menegakkan
aqidah

‫ك فَٱنظُ ۡر َما َذا تَ َر ٰۚى قَا َل‬ َ ‫ي إِنِّ ٓي أَ َر ٰى فِي ۡٱل َمنَ ِام أَنِّ ٓي أَ ۡذبَ ُح‬
َّ َ‫فَلَ َّما بَلَ َغ َم َعهُ ٱلس َّۡع َي قَا َل ٰيَبُن‬
ُ‫( فَلَ َّمٓا أَ ۡسلَ َما َوتَلَّهۥ‬١٠٢) ‫ين‬ َ ‫صبِ ِر‬ َّ ٰ ‫ت ۡٱف َع ۡل َما تُ ۡؤ َم ۖ ُر َستَ ِج ُدنِ ٓي إِن َشٓا َء ٱهَّلل ُ ِم َن ٱل‬ِ َ‫ٰيَٓأَب‬
(١٠٣) ‫لِ ۡل َجبِي ِن‬

102. Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan
dia) berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: Wahai anak
kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan
menyembelihmu; maka fikirkanlah apa pendapatmu?. Anaknya menjawab:
Wahai ayahku, jalankanlah apa yang diperintahkan kepadamu; Insya Allah,
ayah akan mendapati daku dari orang-orang yang sabar.
103. Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah Allah itu)
dan Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya
di atas tompok tanah, (Kami sifatkan Ibrahim dengan kesungguhan azamnya
itu telah menjalankan perintah Kami) [ As-Saffat: 102-103 ]
Pengorbanan menegakkan
aqidah
 Tingginya ketaatan Nabi Ibrahim a.s yang telah tua.
 Usia lanjut – dikurniakan anak yang diidamkan – anak
soleh yang sabar – mimpi dari Allah supaya sembelih
anak tersebut.
 Apakah yang dilakukan Nabi Ibrahim? Tidak ada
sebarang keraguan atau teragak-agak. Di hatinya hanya
ketaatan dan kepatuhan.
 Beliau tidak menyambut isyarat tersebut dengan dengan
cemas dan gelisah, sebaliknya penuh kerelaan dan
ketenangan. [ lihat soalan Nabi Ibrahim ]
 Beliau tidak terus menangkap anaknya secara mengejut
untuk melaksanakan perintah. Sebaliknya beliau ingin
anaknya turut merasakan kemanisan ketaatan tersebut,
seperti yang dihayatinya.
Bagaimana respon Nabi
Ismail AS?
 ِ َ‫( أَب‬Wahai ayahku),
‫ت‬
 Dengan penuh kasih mesra, gambaran disembelih tidak
menakutkannya dan menghilangkan kesiumannya, malah
tidak menghilangkan adab sopan dan kasih sayangnya,
walaupun nyawanya bakal menjadi korban.
ۡ (jalankanlah apa yang diperintahkan
 ‫ٱف َعلۡ َما تُ ۡؤ َم ۖ ُر‬
kepadamu
 Dia menghayati apa dihayati oleh ayahnya. Mimpi itu
merupakan suatu isyarat yang bererti perintah. Isyarat
sahaja sudah cukup untuk dia melaksanakan perintah itu
tanpa teragak-agak.
Bagaimana respon Nabi
Ismail AS?
 ‫ين‬ َّ ٰ ‫ست َِج ُدنِ ٓي إِن شَٓا َء ٱهَّلل ُ ِم َن ٱل‬
َ ‫صبِ ِر‬ َ
(Insya Allah, ayah akan mendapati daku dari orang-
orang yang sabar.)
 Tingginya adab sopan, cemerlangnya keimanan,
luhurnya ketaatan, agungnya penyerahan diri Nabi
Ismail a.s kepada Allah.
ِ ِ‫فَلَ َّمٓا أَ ۡسلَ َما َوتَلَّ ۥهُ لِ ۡل َجب‬
 ‫ين‬
(Setelah keduanya berserah bulat-bulat (menjunjung
perintah Allah itu) dan Nabi Ibrahim merebahkan
anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di atas
tompok tanah.)
 Kedua-dua ayah dan anak itu masing-masing
menyerahkan diri bulat-bulat kepada Allah dan inilah
yang dikatakan Islam.
Pengorbanan menegakkan
aqidah
Inilah hakikat Islam:
Percaya, taat, patuh,
tenang, redha, menyerah
diri kepada Allah dan
bertindak melaksanakan
perintah.
Pengorbanan menegakkan
aqidah

) ‫ين‬ َ ِ‫ن‬H‫نَ ۡج ِزي ۡٱل ُم ۡح ِس‬H‫ا َك ٰ َذلِ َك‬Hَّ‫ إِن‬H‫ت ٱلرُّ ۡء ۚيَٓا‬ َ ‫( قَ ۡد‬١٠ ٤) H‫ن ٰيَٓإِ ۡب ٰ َر ِه ُيم‬Hَ‫ أ‬H‫َو ٰنَ َد ۡي ٰنَ ُه‬
َ ‫ َّد ۡق‬H‫ص‬
ٓ
‫ا َعلَ ۡي ِه‬Hَ‫( َوتَ َر ۡكن‬١٠٧)‫ َع ِظ ٖيم‬H‫ُه بِ ِذ ۡب ٍح‬H َ‫ ( َوفَ َد ۡي ٰن‬١٠٦)H‫( إِ َّن ٰهَ َذا لَهُ َو ۡٱلبَ ٰلَ ُؤ ْا ۡٱل ُمبِي ُن‬١٠٥
(١١٠) ‫ين‬ َ ِ‫( َك ٰ َذل‬١٠٩) ‫ ( َس ٰلَ ٌم َعلَ ٰ ٓى إِ ۡب ٰ َر ِهي َم‬١٠٨) ‫ين‬
َ ِ‫ك نَ ۡج ِزي ۡٱل ُم ۡح ِسن‬ َ ‫فِي ٱأۡل ٓ ِخ ِر‬
104. Serta Kami menyerunya: Wahai Ibrahim!
105. Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi
yang engkau lihat itu. Demikianlah sebenarnya Kami
membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan
kebaikan.
106. Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian
yang nyata;
Pengorbanan menegakkan
aqidah
107. Dan Kami tebus anaknya itu dengan
seekor binatang sembelihan yang besar;
108. Dan Kami kekalkan baginya (nama yang
harum) dalam kalangan orang-orang yang
datang kemudian:
109. Salam sejahtera kepada Nabi Ibrahim!.
110. Demikianlah Kami membalas orang-
orang yang berusaha mengerjakan kebaikan.
[ As-Saffat: 104-110 ]
Pengorbanan menegakkan
aqidah
 Allah tidak mengkehendaki apa-apa kecuali
keislaman dan penyerahan diri yang mutlak
kepada-Nya, tanpa berlengah-lengah.
 "Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan
matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta
alam." [ Al-An’aam: 162 ]
 Allah mengurniakan balasan yang baik kepada:
 Mereka yang membimbing hati dan
meningkatkannya ke tahap amat setia
 Mereka yang memberi kesabaran untuk menjunjung
perintah
Pengorbanan menegakkan
aqidah
 Peristiwa ini merupakan asal kepada ibadah
Korban.
 Satu peristiwa contoh sebagai rujukan umat Islam
mengenai hakikat Nabi terdahulu, yang kita
mewarisi agama dan aqidahnya.
 Supaya umat Islam mengetahui aqidah adalah
tapak dan asas pendirian mereka.
 Supaya umat Islam mengetahui tabiat aqidah itu
adalah menyerah kepada takdir Allah dengan
penuh kepatuhan, kerelaan, kepercayaan, dan
menjunjung perintah tanpa menyoal Allah
mengapa dan kenapa?
Rahsia kejayaan Nabi
Ibrahim A.S
Apakah rahsia kejayaan Nabi Ibrahim a.s
mengharungi segala cabaran dakwah dan
ujian kehidupan yang Allah berikan
kepadanya?

ٖ ‫ ( إِ ۡذ َجٓا َء َربَّهۥُ بِقَ ۡل‬٨٣) ‫َوإِ َّن ِمن ِشي َعتِ ِهۦ إَل ِ ۡب ٰ َر ِهي َم‬
(٨٤) ‫ب َسلِ ٍيم‬
83. Dan sesungguhnya di antara orang-orang yang
menegakkan (ajaran yang dibawa oleh) Nabi Nuh ialah Nabi
Ibrahim.
84. Ketika dia mematuhi perintah tuhannya dengan hati
yang suci murni.
[ As-Saffat: 83-84 ]
Rahsia kejayaan Nabi
Ibrahim A.S
Hatinya suci daripada segala yang
bertentangan dengan tauhid, iman dan
ikhlas. Hatinya bebas dari segala penyakit
hati. Hatinya ikhlas kepada Tuhannya.
Dengan hati yang suci, ikhlas, bersih yang
hidup bersamanya inilah dia menyerbarkan
risalahnya, berhadapan dengan musuhnya,
menerima segala perintah tuhannya,
membuatkan dia berjaya memperoleh satu
kejayaan demi satu kejayaan.
Pengorbanan dan
perjuangan kita hari ini
 Sebagai umat yang mewarisi tauhid yang
sama daripada Nabi Ibrahim a.s,
pengorbanan dan perjuangan kita juga
perlu sama seperti apa yang telah
disampaikan beliau dan nabi-nabi
terdahulu.
 Menegakkan tauhid dan aqidah adalah
paksi pengorbanan dan perjuangan kita,
dan aqidah tersebut bukan sekadar pada
kepercayaan tapi seluruh sistem
kehidupan kita.
Pengorbanan dan
perjuangan kita hari ini
 Dalam realiti di Malaysia kita perlu menyokong
segala usaha untuk memartabatkan kedudukan
Islam di tanah air kita dan memanfaatkan ruang
untuk membina jati diri umat.
 Contoh isu semasa berkaitan:
 Islam Agama Persekutuan
 Perpaduan Ummah
 Salah faham “Politik tidak masuk
dalam aqidah”
 Dll
Sekian,
Terima Kasih

Anda mungkin juga menyukai