Anda di halaman 1dari 4

IBADAH KORBAN

Ibadah korban merupakan syiar agama Islam. Ibadah ini bukan


sahaja dijalankan di Malaysia, malah boleh dilaksanakan di tempat yang
memerlukan . Ibadah korban sering dilaksanakan semasa Hari Raya Aidil Adha.
Perayaan ini sememangnya sinonim dengan konsep pengorbanan.
1. Pengertian korban dan udhiyyah dari segi bahasa dan istilah .
Korban ialah penyembelihan haiwan al An`am pada tanggal 10, 11, 12 dan 13
Zulhijjah dengan tujuan mendekatkan diri kepada Allah SWT. Dalam pada itu ,
udhiyyah pula yang berasal daripada perkataan ad-Dhuha bermaksud
ketinggian matahari, kerana ia disembelih pada waktu itu. Udhiyyah (Qurban)
pada istilah syara’ ialah haiwan ternakan yang disembelih seperti unta, lembu,
kambing atau biri-biri dan sebagainya yang bertujuan untuk menghampirkan
diri kepada Allah SWT pada Hari Raya Qurban dan hari-hari Tasyrik. (11,12 dan
13 Zulhijjah) .
Dari segi hukum melaksanakan ibadah tersebut pula adalah Sunat Muakkadah
dan Wajib bagi yang bernazar .
2. Dalil pensyariatan ibadah korban .
Berikut adalah beberapa dalil yang terdapat dalam Al-Quran dan Hadis Nabi
s.a.w yang bersangkut paut dengan ibadah korban yang menjadi aktiviti
tahunan setiap umat Islam :-
i. Firman Allah SWT yang bermaksud ;
“Sesungguhnya, Kami telah memberikan kurniaan yang sangat banyak
kepadamu, maka solatlah untuk Tuhanmu dan sembelihlah korban.”
Surah Al-Kautsar: 1-2

ii. Firman Allah SWT yang bermaksud ;

“Maka, makanlah sebagiannya (daging korban) dan berilah makan orang


yang berasa cukup dengan apa yang ada padanya (orang yang tidak
meminta-minta) dan orang yang meminta. Daging-daging korban dan
darahnya itu sekali-kali tidak dapat mencapai(keredhaan) Allah, tetapi
ketaqwaan dari kamulah yang dapat mencapainya.”

Surah Al-Hajj: 36-37


iii. Diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Anas r.a yang bermaksud ;

“Rasulullah s.a.w datang ke Madinah, sedangkan mereka sibuk


bergembira selama dua hari. Maka, Rasulullah s.a.w bertanya, ‘Hari
apakah yang dua hari ini?’ Mereka menjawab, ‘Kami biasa bergembira
selama dua hari pada zaman jahiliah.’ Kemudian Rasulullah s.a.w
bersabda; ‘Sesungguhnya, Allah s.w.t telah menggantikannya dengan hari
yang lebih baik daripada dua hari itu bagi kamu iaitu Aidilfitri dan
Aidiladha’.”

Diriwayatkan oleh Imam Abu Daud dan An-Nasa’i

3. Sejarah ibadah korban menurut al-Quran .


Pada bulan Zulhijjah, setiap tahun, ingatan umat Islam disegarkan dengan kisah
pengorbanan Nabi Ismail a.s. yang dengan penuh kerelaan menyerahkan jiwanya untuk
dikorbankan oleh ayahanda Nabi Ibrahim a.s. Kisah dua beranak bersejarah ini,
kemudiannya, disyariatkan dalam Islam dengan ibadah sembelihan korban menjelang Aidil
Adha . Hal ini demikian , Allah SWT menguji Nabi Ibrahim dengan mengarahkan baginda
membawa Hajar dan Ismail ke sebuah lembah yang jauh serta kawasan itu terkenal dengan
tanah tidak subur dan kering kontang . Lalu Nabi Ibrahim a.s. meninggalkan Siti Hajar dan
Nabi Ismail a.s. yang masih kecil dengan berbekalkan sebakul makanan dan minuman yang
akhirnya habis dimakan dalam beberapa hari .
Daripada kisah peninggalan Siti Hajar dan Nabi Ismail a.s. ini wujudnya air zamzam yang
tidak terputus bekalannya hingga ke hari ini . Hampir 10 tahun Nabi Ibrahim meninggalkan
isteri dan anaknya di bawah jagaan Allah SWT di lembah kontang itu, baginda kemudiannya
kembali semula ke sana . Baginda terkejut apabila mendapati Makkah begitu berbeza sekali
dan sangat gembira apabila dapat bertemu semula dengan anaknya dan Hajar. Ekoran
daripada itu, Nabi Ibrahim a.s. terus mendirikan Kaabah (Baitullah) yang sekarang ini
menjadi kiblat kepada seluruh umat Islam. Namun, kegembiraannya tidak lama apabila
baginda bermimpi Allah SWT memerintahkan Nabi Ibrahim mengorbankan anaknya, Nabi
Ismail . Baginda berbincang dengan anaknya dan ingin mengetahui sama ada anaknya itu
memahami arahan Allah SWT. Mendengar kata-kata ayahnya itu, Nabi Ismail berkata
“Wahai ayahku! Turutilah perintah Allah SWT itu. Aku juga akan turutinya.” Seperti yang
diarahkan, Nabi Ibrahim membawa anaknya di satu tempat untuk dikorbankan. Baginda
membaringkan Ismail menghadap ke tanah. Ketika melaksanakan perintah itu, baginda
meletakkan pisau ke leher Nabi Ismail sambil memejamkan matanya kerana tidak sanggup
melihat keadaan itu.Bagaimanapun, tiba-tiba Ismail digantikan dengan seekor kibash (biri-
biri jantan). Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail sangat bersyukur atas rahmat Allah SWT itu .
Pendek kata, kisah pengorbanan itu dilakukan setiap Muslim apabila tiba
musim haji yang dikenali sebagai hari raya korban atau Aidiladha.
Pengorbanan Nabi Ibrahim sepatutnya menjadi contoh kerana satu perkara
yang mengagumkan daripada kisah itu, baginda tidak pernah mempertikaikan
suruhan Allah SWT meskipun anak kesayangannya menjadi korban .

4. Jenis Binatang sembelihan untuk ibadah korban


Para ulama bersepakat bahawa binatang yang boleh dijadikan korban hanyalah
binatang yang dikategorikan sebagai al-an’am.
Iaitu unta, lembu (termasuk kerbau), kambing dan biri-biri sama ada jantan
atau betina.
Manakala umur yang sesuai untuk haiwan dijadikan korban adalah :

Jenis Binatang Syarat Cukup Umur


Biri-biri atau kibas 1 tahun atau lebih atau telah berganti
gigi
Kambing 2 tahun atau lebih
Sapi , Lembu , Kerbau 2 tahun atau lebih
Unta 5 tahun atau lebih

5. Waktu penyembelihan ibadah korban .


a) Penyembelihan hendaklah dilakukan pada Hari Nahar (10 Zulhijjah) dan Hari Tasyrik (11
hingga 13 Zulhijjah) meliputi malam ke-11, 12 dan 13. Qurban tidak sah dilakukan pada
malam sebelum Hari Raya (10 Zulhijjah). Ia juga tidak sah dilakukan pada malam 14
Zulhijjah .
b) Penyembelihan dilakukan apabila berlalu masa dua rakaat solat sunat Hari Raya Adha
serta bacaan khutbah. Sebagai contoh: Masa yang ditetapkan untuk solat sunat Hari Raya
pada jam 8.30 pagi dan selesai pada jam 9.30 pagi. Maka waktu berqurban bermula pada
jam 9.30 pagi.
c) Penyembelihan yang dilakukan selepas tempoh tersebut, sama ada imam menunaikan solat atau
tidak, sama ada orang berqurban menunaikan solat atau tidak, sama ada imam menyembelih
haiwan qurban atau tidak, hukumnya adalah sah .
d) Waktu penyembelihan qurban berterusan siang dan malam (tetapi makruh dilakukan
pada waktu malam) sehingga Hari Tasyrik yang terakhir (13 Zulhijjah) sebelum
terbenamnya matahari. Bagi penyembelihan qurban yang dilakukan sebelum terbit fajar,
maka hukumnya adalah tidak sah.
e) Penyembelihan qurban yang dilakukan selepas terbit matahari dan sebelum waktu solat
sunat Hari Raya Adha adalah tidak mendapat pahala sunat dan tidak dikira sebagai
ibadah.
6. Pembahagian daging korban kepada asnaf
Golongan asnaf merupakan golongan yang menerima bantuan zakat. Bagi golongan
asnaf pula terbahagi kepada 8 golongan iaitu fakir, miskin, amil, muallaf, riqab,
gharimin, fisabillah, dan ibnus sabil. Pembahagian daging bagi golongan ini
dibahagikan kepada 1/3 daripada bahagian daging korban.

7. Hukum mengambil daging korban tanpa pengetahuan ahli/tuan punya


daging .
Hukum mengambil daging korban tanpa pengetahuan ahli atau tuan punya adalah
haram . Ia adalah ibarat mencuri kerana mengambilnya tanpa keizinan tuan empunya
daging . Sabda Nabi s.a.w: “Sesiapa kalangan kamu yang menyembelih korban maka
jangan sehingga tiga hari masih berbaki di rumahnya walaupun sedikit daging”.
Apabila tahun berikutnya para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah apakah kami
kena lakukan seperti tahun lepas (tidak boleh simpan daging lebih dari tiga hari)?
Sabda Nabi: “Sila makan, jamu orang lain dan simpanlah. Sesungguhnya tahun lepas
orang ramai dalam kesusahan (kekurangan makanan) maka aku ketika itu mahu
kamu menolong mereka”. (Riwayat al-Bukhari). Hadis di atas menunjukkan, orang
yang melakukan korban berhak dalam menentukan daging korbannya sama ada
mahu memakan, atau memberikan kepada sesiapa atau menyimpannya . Terdapat
mereka yang sanggup mengambil daging terutama bahagian-bahagian yang mereka
suka tanpa terlebih dahulu mendapat keizinan daripada empunya korban. Ini sama
dengan mencuri harta orang lain. Kesimpulannya, kita perlu mintak keizinan tuan
punya daging agar selamat dunia akhirat.

Anda mungkin juga menyukai