Anda di halaman 1dari 2

1 Mandi sunat Aidiladha pada pagi harinya.

2 Memakai pakaian baru dan bersih sebagai tanda syukur kepada


Allah.
3 Memakai haruman dan wangian yang menyenangkan.
4 Memohon keampunan dan bermaaf-maafan sesama ahli keluarga.
5 Sunat menjamah makan-minum selepas selesai solat Aidiladha.
6 Menggunakan jalan berbeza sewaktu pergi dan pulang dari masjid.
7 Lebih afdal dengan berjalan kaki jika masjid tidak terlalu jauh.
8 Bertakbir, tahmid dan tahlil bermula dari malam 10 Zulhijjah hingga
terbenam matahari pada 13 Zulhijjah (Takbir Muqayyad).
9 Bersolat sunat hari raya dan mendengar khutbah penuh
penghayatan.
10 Ziarah menziarahi kaum keluarga, jiran tetangga, dan sahabat
handai.
11 Bersedekah kepada mereka yang memerlukan.
12Elakkan sambutan hari raya daripada perkara yang ditegah syarak.

Hari raya Aidiladha merupakan salah satu dari hari kebesaran dan perayaan
bagi seluruh umat Islam.
Anas bin Malik r.a berkata: Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah sedangkan
penduduknya memiliki dua hari raya. Pada kedua-duanya mereka bermain-
main (bergembira) di masa jahiliah. Lalu baginda bersabda:

Maksudnya:
SesungguhnyaALLAHtelahmenggantikankedua-duanya bagi kamu semua
denganduahariyanglebihbaik,iaituharirayaAidiladhadanAidilfitri. -
Hadis riwayat al-Nasaai, di dalam Sunan al-Nasai,hadis no: 959.
Aidiladha juga diberi gelaran sebagai hari raya haji kerana ia diraikan ketika
umat Islam mengerjakan salah satu dari amal ibadah yang termasuk di dalam
rukun Islam yang lima, iaitu ibadah haji. Di samping itu, Aidiladha juga
dikenali sebagai hari raya korban kerana antara syiar semasa merayakannya
adalah mengorbankan haiwan seperti unta, lembu, kambing dan biri-biri.
Ibadah korban dilakukan sempena memperingati kisah pengorbanan Nabi
Ibrahim a.s yang sanggup menyembelih anak kesayangannya Nabi Ismail a.s
kerana taat kepada perintah ALLAH. Namun, berkat kesabaran serta ketaatan
kedua-dua ayah dan anak ini maka ALLAH telah menggantikannya dengan
seekor binatang ketika Nabi Ibrahim sudah bersedia menyembelih anaknya
itu. Peristiwa ini telah dirakamkan oleh ALLAH sebagaimana firman ALLAH
S.W.T:
"Maka ketika anaknya itu sampai (ke peringkat umur yang membolehkan dia)
berusaha bersama-sama dengannya, Nabi Ibrahim berkata: Wahai anak
kesayanganku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpiku bahawa aku akan
menyembelihmu. Apakah pendapatmu? Anaknya menjawab: Wahai ayah,
lakukanlah apa yang diperintahkan kepadamu. Insya ALLAH, ayah akan
mendapati aku termasuk orang-orang yang sabar.
Setelah kedua-duanya berserah bulat-bulat (menjunjung perintah ALLAH itu),
Nabi Ibrahim merebahkan anaknya dengan meletakkan iringan mukanya di
atas tompok tanah. (KAMI sifatkan Ibrahim dengan kesungguhan azamnya itu
telah menjalankan perintah KAMI). Lantas KAMI menyerunya: Wahai Ibrahim!
Engkau telah menyempurnakan maksud mimpi yang engkau lihat itu.
Demikianlah sebenarnya KAMI membalas orang-orang yang berusaha
mengerjakan kebaikan.
Sesungguhnya perintah ini adalah satu ujian yang nyata dan KAMI tebus
anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar serta KAMI
kekalkan baginya (nama yang harum) di kalangan orang-orang yang datang
terkemudian." Surah al-Soffaat: 101-108.
Rentetan dari peristiwa ini, saban tahun ketika merayakan hari raya Aidiladha
maka umat Islam menyembelih binatang-bintang korban lalu mengagih-
agihkannya kepada golongan yang kurang bernasib-baik seperti orang
miskin, anak yatim, orang Islam yang sedang ditimpa musibah dan lain-lain
lagi.
Pendek kata, ibadah korban merupakan gambaran praktikal dari keikhlasan,
ketaatan dan ketulusan hati yang tidak berbelah-bagi Nabi Ibrahim a.s dan
anaknya Nabi Ismail kepada Allah Yang Maha Kuasa.

Anda mungkin juga menyukai