Anda di halaman 1dari 6

LAPORAN

KEJOHANAN MERENTAS DESA PERINGKAT


SEKOLAH SK SERI MACHAP
TAHUN 2018
TARIKH : 6 FEBRUARI 2018
HARI : SELASA
MASA : 8.00 - 10.30 PAGI
TEMPAT : TAPAK PERHIMPUNAN SK SERI MACHAP

Kejohanan Merentas Desa merupakan salah satu aktiviti tahunan SK Seri Machap yang sering
mendapat sambutan dan sokongan yang menggalakkan dalam kalangan warga sekolah dan ibu
bapa. Aktiviti ini dianjurkan oleh Unit Kokurikulum SK Seri Machap . Pungutan mata dalam
acara ini merupakan penyumbang besar kepada mata semua rumah sukan yang mengambil
bahagian dalam Kejohanan Olahraga Tahunan setiap tahun. Pada tahun ini, acara merentas desa
ini hanya melibatkan murid-murid tahun 4, 5 dan 6 sahaja. Seramai 65 orang murid yang
mewakili 4 buah rumah sukan iaitu Merah, Hijau, Kuning dan Biru telah mengambil bahagian.
Aktiviti bermula seawal jam 3.00 petang. Guru-guru rumah sukan saling membantu
menyusun murid-murid mengikut rumah sukan masing-masing serta memberikan kata-kata
semangat kepada murid-murid agar dapat memberikan mata untuk rumah sukan. Pada jam 3.00
petang, guru-guru mengambil kehadiran murid-murid sebelum taklimat disampaikan kepada
murid-murid. Seterusnya, pada jam 3.15 petang, murid-murid membuat aktiviti memanaskan
badan dengan dipimpin oleh adik Amirudin bin Jalaludin. Selepas itu, Pn Rahimunzitah
memberikan taklimat kejohanan dan keselamatan kepada semua peserta yang mengambil
bahagian. Murid-murid perlu menghabiskan larian jarak jauh sejauh 1.5 km mengelilingi
kawasan Kg. Baru Bukit Sedanan.
Tepat jam 3.30 petang, acara merentas desa dimulakan dengan melepaskan peserta tahun 4
diikut tahun 5 dan peserta tahun 6. Larian peserta dimulakan oleh En Samdin sebagai pelepas.
Kejohanan pada tahun ini berjalan lancar dan tiada kemalangan yang tidak diingini
berlaku.Larian tamat pada jam 4.15 petang
Pada jam 4.30 petang, majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang dijalankan.
Penyampaian hadiahdisempurnakan oleh Guru Besar SK Seri Machap, En. Othman Wahid.
Hadiah disampaikan kepada para pemenang bagi setiap kategori mengikut tahun. Para pemenang
menerima hadiah berbentuk kalungan pingat. Bagi kategori lelaki tahun 4 Johan disandang oleh
peserta rumah (Merah), Naib Johan disandang oleh peserta rumah (Hijau) dan Tempat Ketiga
pula dimenangi oleh umah (Kuning). Bagi kategori perempuan pula, Johan disandang oleh
peserta rumah (Merah), Naib Johan disandang oleh peserta (Hijau) dan Tempat Ketiga
dimenenangi oleh adik peserta rumah (Kuning). Bagi kategori lelaki tahun 5 Johan disandang
oleh peserta rumah (Kuning), Naib Johan disandang oleh peserta rumah (Merah) dan Tempat
Ketiga pula dimenangi oleh rumah (Kuning). Bagi kategori perempuan pula, Johan disandang
oleh peserta rumah (Hijau), Naib Johan disandang oleh peserta (Hijau) dan Tempat Ketiga
dimenenangi oleh adik peserta rumah (Kuning). Bagi kategori lelaki tahun 6 Johan disandang
oleh peserta rumah (Biru), Naib Johan disandang oleh peserta rumah (Hijau) dan Tempat Ketiga
pula dimenangi oleh rumah (Merah). Bagi kategori perempuan pula, Johan disandang oleh
peserta rumah (Hijau), Naib Johan disandang oleh peserta (Hijau) dan Tempat Ketiga
dimenenangi oleh adik peserta rumah (Biru).
Selepas tamat majlis penyampaian hadiah, Pn Virdiyanti mengumumkan keputusan
keseluruhan pungutan mata bagi setiap rumah. Di kedudukan pertama ialah Rumah Hijau, kedua
ialah Rumah Kuning , ketiga ialah Rumah Biru manakala tempat keempat ialah Rumah Merah .
Aktiviti bersurai pada jam 5.00 petang. Secara keseluruhan, kejohanan pada kali ini berjalan
dengan lancar. Tiada sebarang kemalangan berlaku. Unit Kokurikulum SK Seri Machap
mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat.
Syabas diucapkan. Diharapkan agar kita dapat merancang dan melakukan sesuatu yang lebih
baik pada masa mendatang. Semoga Allah membalas jasa baik kalian.

Laporan disediakan oleh;

Hishamuddin Bin Hashim


(Unit Dokumentasi Kejohanan Merentas Desa)

Disahkan oleh;
RAKAMAN LENSA

Larian merentas desa telah bermula

Pemenang-pemenang bergambar bersama pentadbir SK SERI MACHAP


Pemenang-pemenang merentas desa kategori perempuan tahun 6

Pemenang-pemenang merentas desa kategori lelaki tahun 6


pe

Pemenang-pemenang merentas desa kategori perempuan tahun 5

Pemenang-pemenang merentas desa kategori lelaki tahun 5


Pemenang merentas desa kategori perempuan tahun 4

Pemenang merentas desa kategori lelaki tahun 4 lelaki

Anda mungkin juga menyukai