Anda di halaman 1dari 4

TAJUK / BAHAN MEDIA PEMBELAJARAN

SINOPSIS

Saya memilih untuk menghasilkan media interaktif sebagai bahan pembelajaran


yang sangat efektif bagi pelajar terutamanya sekolah rendah. Saya menghasilkan bahan
pembelajaran interaktif bagi Tahun 3 yang bertajuk “Malabis” iaitu pakaian. Dalam media
interaktif yang saya hasilkan merangkumi 4 kemahiran asas iaitu mendengar, membaca,
berkata-kata dan menulis. Bukan itu sahaja, malah setiap “Mufradat” iaitu jenis-jenis
pakaian dalam Bahasa Arab saya sertakan sekali maknanya dalam Bahasa Melayu dan
Bahasa Inggeris untuk memudahkan lagi murid mengetahui, memahami, dan mengingatinya
dengan cepat. Saya amat menitikberatkan dalam membuat pilihan warna, gambar, huruf
perkataan, suara yang digunakan, serta hyperpautan atau dikenali sebagai ‘hyperlink’ dari
satu slide ke satu slide yang lain dengan menggunakan mengikut sesuatu perkara yang
ingin disampaikan serta difokuskan.

Bukan itu sahaja, saya juga turut menyediakan bahan maujud iaitu roda impian
dimana murid akan membuat kemahiran menulis di papan yang telah saya sediakan. Saya
yakin bahawa semua murid akan dapat menguasai keempat-empat kemahiran setelah
menggunakan bahan media pembelajaran yang saya sediakan. Ini kerana sebagaimana
yang diketahui, dengan adanya bahan bantu mengajar samada berbentuk media ataupun
bahan maujud dapat mengekalkan tumpuan murid serta mudah untuk mereka mengingati
sesuatu perkara yang diajar. Oleh itu, saya menghasilkan juga bahan bantu mengajar yang
maujud supaya mereka lebih tertarik sekali gus memudahkan pengajaran dan pembelajaran
serta mahir dalam menguasai empat kemahiran asas dalam pembelajaran.

OBJEKTIF
 Mendengar dan memahami huruf dan kalimah dengan betul
 Menyebut sebutan kalimah dengan sebutan yang betul
 Menulis huruf dan kalimah dengan betul
 Dapat menggunakan asas kaedah Bahasa arab dalam membuat ayat pendek
KUMPULAN SASARAN
 Media interaktif yang dihasilkan melibatkan penggunaan guru dan murid, ianya
berfokus kepada murid untuk memiliki empat kemahiran asas iaitu mendengar,
berkata, membaca dan menulis.

MANUAL PENGGUNAAN BAHAN MEDIA

- Slaid 1-2 adalah pembuka slide dengan pengiraan nombor


- Slaid 4 tekan simbol suara yang terpapar dan seterusnya tekan enter

- Slaid 5 menyediakan sebanyak 5 menu untuk ke semua slaid hiperpautan “hyperlink”


dengan mudah

- Apabila menekan menu Profil, maka akan terpapar biodata diri dan untuk kembali tekan
Home

- Apabila menekan menu Mari Mengenal akan memaparkan pembelajaran tentang kaedah
Bahasa Arab yang mudah dengan anda menekan simbol suara, seterusnya untuk kembali
tekan Home

- Apabila menekan menu Mari Belajar akan memaparkan sebuah suasana di butik, anda
boleh tekan mana-mana gambar yang disukai untuk mengetahuinya lebih lanjut

- Apabila anda sudah memilih mana-mana gambar yang diminati, maka tekan enter
sebanyak 3 kali, untuk memaparkan 3 bahasa iaitu Bahasa Arab, Bahasa Melayu, dan
Bahasa Inggeris. Seterusnya anda dikehendaki untuk menekan simbol suara yang terdapat
pada pakaian tersebut untuk mendengar dengan betul setiap sebutan dan ejaan yang
tertulis di situ. Seterusnya, anda dikehendaki menekan enter sebanyak 2 kali untuk
mengetahui kaedah Bahasa Arab yang diajar dengan tepat. Manakala untuk kembali semula
ke ruang butik tekan simbol Home

- Apabila anda menekan menu Mari Menyanyi, maka akan terpapar 2 pilihan sama ada
untuk memilih yang pertama atau yang kedua sebagai pilihan video tontonan anda. Dan
untuk kembali tekan simbol Home

- Apabila anda menekan menu Soalan, maka akan terpapar sebanyak 3 soalan yang mana
disediakan mengikut tahap kemahiran. Anda boleh untuk memilih mana-mana soalan yang
menarik untuk dibuat.
- Sekiranya anda memilih soalan tahap pertama, maka permainannya adalah menyusun
puzzle, anda dikehendaki lagi untuk memilih 3 pilihan bagi menyusun puzzle yang
disediakan ke dalam kotak dengan menekan mana-mana gambar sehingga ianya berbunyi
dan bergerak masuk ke dalam kotak. Dan tekan simbol Home untuk kembali ke tempat
soalan

- Sekiranya anda memilih soalan tahap kedua, maka permainannya adalah memilih dan
menekan jawapan yang betul, seterusnya akan memberitahu sama ada jawapan yang anda
tekan itu, samada betul atau salah. Dan anda dikehendaki menekan simbol “Next” untuk
sambungan soalan. Dan selepas itu tekan simbol Home untuk kembali

- Sekiranya anda memilih soalan tahap ketiga, maka permainannya adalah dengan menaip
jawapan yang betul di ruang yang disediakan. Anda dibekalkan dengan petunjuk yang
berupa gambar kartun sebagai simbol sama ada kata arah bagi yang dekat atau kata arah
bagi yang jauh. Dan kemudian, anda bolehlah memilih antara 3 soalan untuk dibuat sebagai
pengukuhan dengan menekan simbol smiley. Apabila anda sudah menaipnya, maka
tekanlah simbol tanda soal untuk mengetahui jawapan yang betul begitu juga seterusnya.
Dan tekan simbol Home untuk kembali.

- Akhir sekali apabila semua sudah kembali ke slaid menu utama, tekanlah gambar rama-
rama yang terdapat disitu. Maka berakhirlan bahan media yang telah dihasilkan.

MANUAL PENGGUNAAN BAHAN MAUJUD BBM

- roda impian yang telah dihasilkan dilekat pada sekeping papan, maka guru dan pelajar
boleh memusingkan roda tersebut.

- roda di bahagian atas dan bawah hendaklah diputarkan secaraa serentak, maka apabila
kedua-dua roda tersebut berhenti dan menunjukkan sesuatu gambar di bawah, jadi pelajar
yang bertuah tersebut hendaklah menyebut jawapannya di hadapan kelas serta menulis
jawapan tersebut dibahagian ruang kosong yang telah disediakan.

- mereka akan menulis dikertas yang disediakan. Setelah itu, murid tersebut dikehendaki
mengambil dan menunjuk kertas tersebut di hadapan kelas dan membacanya secara kuat
supaya rakan yang lain juga mengikutnya.

Anda mungkin juga menyukai