Anda di halaman 1dari 11

GGGA2123

INOVASI DAN TEKNOLOGI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

TUGASAN
10 FOTO TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM PELBAGAI BIDANG IAITU
BIDANG FESYEN,PENGEMASAN RUMAH DAN PENGANGKUTAN

DISEDIAKAN UNTUK:
LEFTENAN KOLONEL. MOHD JASMY ABD RAHMAN

DISEDIAKAN OLEH:
ADLIN ZULAIKHA BINTI ZULKIFLI (A177527)
10 FOTO TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM PELBAGAI BIDANG
- 5 FOTO DALAM BIDANG FESYEN
- 3 FOTO DALAM BIDANG PENGEMASAN RUMAH
- 2 FOTO DALAM BIDANG KENDERAAN

5 FOTO TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM BIDANG FESYEN

1. Smart Shoes

Sebelum ini kita hanya mengetahui bahawa fungsi sepasang kasut hanyalah untuk menutup dan
melindung kaki kita daripada memijak permukaan luar yang bahaya dan kotor, Namun teknologi
telah berkembang dan menghasil kan Smart Shoes kasut ini direka khas oleh jenama Digitsole.
Kasut pintar yang interaktif ini menyediakan keselesaan yang unggul dan antara kelebihannya
adalah kasut ini mampu menilai kadar kesihatan dan kecergasan pemakainya. Selain itu, kasut ini
mampu mengira berapa banyak langkah dan mengira berapa banyak kalori yang telah terbakar
semasa pemakai memakainya.

Ianya boleh disambung kan melalui “bluetooth” versi 4.0 dan boleh diakses melalui aplikasi
yang di muat turun ke dalam telefon pintar. Keistimewaannya juga ia adalah “auto-lacing and
temperature regulation” maknanya ia nya tidak perlu diikat seperti kasut bertali yang biasa dan
kasut ini akan menyesuaikan suhu di dalam kasut yang bersesuaian dengan kehendak pemakai.
2. ORBI Prime

Pengunaan kacamata gelap sebelum ini adalah hanya untuk melindungi mata ketika cuaca panas
namun ORBI Prime merupakan kacamata gelap yang juga berfungsi sebagai kamera. Tambahan
pula kameranya dianggap sudah menyaingi kamera hebat seperti GoPro dan Google Glass.
Kawalan kamera kacamata ini dimudahkan dengan adanya tombol di kacamata tersebut. Hanya
dengan mengerdipkan mata anda dapat merakam video secara 360 darjah selain itu anda mampu
merasai pengalaman memotret gambar juga merakam video yang beresolusi sebanyak 4K
dengan kelajuan 30 fps menggunakan ORBI Prime. Rakaman video mampu dirakam selama 90
minit bersama stabilasi video multilayer yang stabil.

ORBI Prime dilengkapi dengan memori internal yang berkapasiti sebanyak 128 GB untuk
menyimpan data-data pengguna. Pengguna boleh mengakses gambar dan video yang telah
dirakam melalui aplikasi khas untuk telefon pintar IOS atau Android yang dicipta oleh jenama
ORBI. Kacamata ORBI ini dilengkapkan dengan built-in WiFi yang menghubungkannya dengan
aplikasi Orbi untuk proses editing, browsing dan sharing. Kacamata ini diperbuat khas dari
material polikarbonat IP64 dan ianya sesuai dipakai untuk aktiviti luar yang lasak.
3. Levi’s Smart Jacket

Teknologi terbaru oleh syarikat Google dan Levi’s telah berjaya menghasilkan pakaian pintar di
mana Levi’s Smart Jacket atau nama produknya Levi’s Commuter Trucker mampu
memanaskan badan pemakainya. Dengan penggunaan fabrik denim dan jacquard memudahkan
anda untuk mengendalikan gadget anda menggunakan jaket ini. Seterusnya bagi fitur pemanasan
badan ianya boleh dikawal melalui telefon pintar Android atau iOS.

Jaket pintar ini hanya boleh didapatkan di Amerika Syarikat di Gedung Levi’s dengan harga 350
US dolar yang bersamaan dengan RM 1444.97. Kerana keunikannya ramai yang mencari Jaket
pintar ini.
4. Ford SafeCap

Ford SafeCap ini diciptakan khas oleh jenama kenderaan terkenal Ford dalam bertujuan untuk
mengelakkan daripada kemalangan berlaku disebabkan pemandu atau penunggang motorsikal
mengantuk. Fungsi topi selamat ini adalah untuk memberi amaran kepada pemakai yang
mengantuk semasa memandu untuk berjaga-jaga. Ini dapat dikesan melalui accelerometer,
gyroscope dan processor yang terdapat di dalam topi tersebut.

Topi pintar ini juga akan menganalisis pergerakan kepala yang berkaitan dengan tanda-tanda
mengantuk dan keletihan. Topi tersebut akan memberi amaran dalam bentuk getaran (vibrations)
, Siren amaran (warning sounds) dan Kerlipan lampu (flashing lights). Amaran yang akan diberi
hanyalah untuk menasihat kan pemandu untuk berhenti dan rehat seketika. Tambahan pula ia
direka khas untuk pemandu lori yang terpaksa bekerja dan memandu lori selama lebih daripada
10 jam sehari jadi risiko kepada kemalangan disebabkan mengantuk di kalangan mereka lebih
tinggi. Jadi menggunakan topi SafeCap ini pengguna dapat berfesyen dan juga menjaga
keselamatan diri.
5. Garmin Forerunner 645 Music watch

Jenama Garmin tidak asing lagi dengan produk peranti GPS nya yang hebat, Kini mereka
telah mencipta jam pintar atau smartwatch ini untuk kegunaan harian dan olahraga. Jam
pintar ini dinamakan sebagai Garmin Forerunner 645 Music. Jam ini berbentuk bulat
berdiameter 1.2 inci dengan keberatan 42 gram, dengan material stainless steel pada
bingkainya smartwatch ini juga dilindungi oleh strap yang diperbuat daripada silikon.

Fungsi bateri jam pintar ini dapat bertahan hingga 5 hari dalam mode smartwatch dan 5
jam untuk mode GPS dan muzik. Jam pintar ini boleh menyimpan sekitar 500 lagu di
dalam internal storage yang tersedia iaitu sebanyak 4 GB. Selain itu untuk jam ini
mampu mensinkronisasikan muzik dari layanan muzik telefon bimbit dan ia juga boleh
dipasangkan kepada bluetooth headset tanpa bantuan telefon bimbit.

Jam ini dapat digayakan kerana rekabentuk nya sesuai dengan semua jenis acara dan
waktu. Contohnya, pengguna boleh menggunakan jam ini semasa berjoging sambil
mendengar lagu.
3 FOTO TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM BIDANG PENGEMASAN RUMAH

6. Foldimate

Kerja melipat pakaian di rumah adalah suatu pekerjaan yang selalu dilakukan oleh kaum wanita
ataupun ibu di rumah. Proses melipat pakaian ini akan dilakukan setelah baju yang dijemur
sudah kering agar ianya dapat disimpan di dalam almari secara tersusun dan teratur. Oleh itu,
tercipta lah robot yang dikenali sebagai Foldimate untuk membantu mereka yang sibuk dengan
pekerjaan di pejabat seharian sehingga tiada masa untuk melipat pakaian. Foldimate ini
diciptakan oleh syarikat yang mempunyai nama yang sama Foldimate. Foldimate memiliki
bentuk seperti mesin cuci yang besar, kemudian di depannya memiliki pintu atau mulut yang
dilengkapi dengan penyepit.

Hanya tinggal memasukkan sahaja pakaian yang hendak dilipat dengan kemas dan rapi ke dalam
robot Foldimate ini dan ia kan melipat pakaian anda secara automatik. Foldimate ini adalah
Robot yang sangat dicari-cari oleh golongan wanita atau lelaki yang sibuk bekerja sehingga tiada
masa untuk melipat pakaian mereka. Kini hidup mereka lebih mudah bersama Foldimate.
7. Washwow

Washwow adalah inovasi baru yang sangat membantu penggunanya untuk mencuci
pakaian ketika melancong. Washwow ini adalah mesin cuci portable dan direka oleh
sebuah perusahaan teknologi daripada negara Cina iaitu Guangzhou Man Xin Electronic
Technology. Mesin cuci mudah alih ini memiliki keberatan yang ringan iaitu hanya 265
gram.

Mesin cuci mudah alih Washwow ini boleh digunakan untuk mencuci pakaian seberat
1kg dan proses pencucian nya hanya mengambil masa selama 20-25 minit untuk mencuci
pakaian. Selain itu mesin in juga boleh digunakan untuk membasuh sayur dan buah.
Tetapi pakaian berat seperti Jacket, Coat atau Sutera tidak dinasihati untuk menggunakan
mesin ini. Dengan menggunakan prinsip “electrolytic water principle” ianya dapat
menaggalkan kotoran dari pakaian sekali membasmi 99.99% bakteria. Tambahan pula,
pengguna tidak perlu menambah sabun pencuci jika tidak mahu kerana sabun pencuci
boleh merosakkan fungsi mesin Washwow ini. Jangka hayat mesin ini dapat bertahan
selama 3-5 tahun jika ianya dijaga dengan baik.
8. Xiaomi Mi Robot Vacuum Mop

Teknologi baru daripada syarikat Xiaomi adalah Mi Robot Vacuum Mop. Fungsi robot pintar
ini adalah untuk menyedut hampagas dan juga mengemop lantai rumah anda. Dilengkapi dengan
600ml penyimpan habuk, motor baharu dan penyedut pintar berkapasiti tinggi dan pelaras air
elektronik ketika proses mengemop dijalankan. Tambahan pula pengguna boleh mengawal
vakum pintar ini melalui telefon bimbit di mana sahaja anda berada, Contohnya anda
mengerakkan robot vakum ini semasa anda berada di tempat kerja untuk mengemop rumah anda.

Sistem navigasi di dalam robot ini dapat mengesan benda-benda yang menghalang ia untuk
melakukan tugasnya melalui sensor pintar. Benda yang selalu menjadi penghalang adalah
permaidani, dinding atau kaki sofa atau meja makan. Maka ia nya tidak akan tersangkut di mana-
mana tempat. Seteru nya, Bateri besar yang berkapasiti sebanyak 32000mAh mampu mengemop
dan menyedut hampagas sebanyak 120 meter persegi apabila di cas dan apabila tahap bateri
menurun ke 15% Mi Robot Vacuum Mop ini akan bergerak sendiri kepada tempat pengecas
nya. Kesimpulannya, ia sangat praktikal dan memudahkan proses menyedut hampagas dan
mengemop di rumah.
2 FOTO TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM KENDERAAN & PENGANGKUTAN

9. Tesla Model X

CEO Syarikat Tesla Elon Musk telah berjaya menciptakan sebuah kereta yang boleh dipandu
tanpa bantuan pemandu manusia. Ianya juga dikenali sebagai Tesla Series X, terdapat berbagai
jenis siri kereta pintar ini yang dihasilkan oleh syarikat Tesla. Teknologi ini telah hadir dan
digunakan di negara-negara maju di dunia. Tesla Model X ini dikatakan sebagai kereta SUV
yang paling selamat kerana kemungkinan untuk berlaku kecederaan ketika menaiki kenderaan ini
sangat rendah. Kereta pintar ini juga mampu memuatkan 7 orang penumpang.

Kereta pintar Tesla ini dilengkapi dengan sistem kontrol yang canggih yang dapat
menginterpretasikan informasi sensori untuk mengidentifikasi navigasi yang tepat. Selain itu ia
nya tidak menggunakan minyak petrol ia nya hanya perlu dicas. Satu sesi pengecasan
membolehkan kereta tersebut bergerak sebanyak 371 batu. Jadi ia nya sangat menjimatkan duit
dan dapat memelihara alam sekitar.
10. Tesla Hyperloop

Kereta Hyperloop adalah teknologi transportasi yang diasaskan oleh syarikat Tesla. Konsep
kereta ini adalah transportasi pukal yang memiliki kelajuan yang sangat dahsyat. Kereta ini
memiliki kapsul yang digunakan untuk tempat penumpang dan bentuknya seakan-akan kapsul
dan jalannya menyerupai tabung. Keunikan inilah yang menjadi rahsia kenapa kenderaan ini
bergerak dengan sangat laju.

Hyperloop ini di perkenalkan pada bulan Ogos tahun 2013 dan ia nya dikenal sebagai aluminum
pods. Elon mengatakan bahawa Hyperloop mampu mentransportasikan penumpang di tahap
kelajuan 800 mph, Selain daripada itu, Hyperloop memiliki kelajuan sehingga 1207 km per jam
iaitu lebih laju daripada kelajuan kapal terbang.

Anda mungkin juga menyukai