Anda di halaman 1dari 1

Covid-19: Satu Pengajaran

Covid-19 ialah virus yang menyebabkan pelbagai penyakit dari selesema hingga ke penyakit
lebih teruk. Hal ini demikian, semua rakyat digalakkan untuk berada di dalam rumah.
Kerajaan telah memaklumkan untuk menjalankan MCO supaya rakyat Malaysia dapat
mejalankan MCO ini.

Dalam masa MCO ini, pengajaran yang saya pelajari ialah kita haruslah menjaga
kebersihan diri dan kerumahan kita. Kita mestilah rajin membasuh tangan kita untuk
mengelak diri daripada jangkiti penyakit. Kita perlulah membentuk tabiat mandi selepas
pulang dari luar. Kita juga hendaklah membuka tingkap semasa berada di dalam rumah
supaya udara dapat dialir.

Selain itu, ketika memasak, kita harus memasak daging dan telur dengan sempurna untuk
mengelakkan kuman tersebar. Kita digalakkan makan makanan yang seimbang seperti
sayur-sayuran dan buah-buahan. Dengan ini, badan kita akan berada dalam keadaan yang
sihat.

Seterusnya, kita hendaklah bersenam. Kita tidak dapat ke luar untuk bersenam dalam
masa MCO itu. Contohnya, kita boleh bermain tali lompat di halaman rumah. Kita juga
digalakkan menjalankan aktiviti dalaman seperti menari bersama dengan anggota keluarga.
Dengan ini, kita bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan silatuhrahim antara satu sama lain,
malahan juga dapat menyihatkan badan kita.

Di samping itu, kita hendaklah menutup mulut dan hidung ketika bersin dan batuk. Jika
kita mempunyai simptom covid-19 seperti demam, sakit badan, pening kepala, batuk dan
sukar untuk bernafas, kita mestilah pergi ke hospital.

Akhir sekali, semasa keluar, kita mestilah memakai pelitup muka. Kita juga hendaklah
mengamalkan jarak sosial satu meter untuk mengurangkan risiko penyakit. Apabila berjumpa
dengan sahabat atau saudara-mara , kita tidak boleh berpegang tangan dan berpeluk antara
satu sama lain .

Itulah pengajaran yang saya belajar. Kesimpulannya, kita mestilah menjaga kebersihan
diri untuk mengurangkan risiko penyakit.

Anda mungkin juga menyukai