Anda di halaman 1dari 1

PANDUAN MENULIS JURNAL REFLEKSI

1.0 PENDAHULUAN

Penulisan Jurnal Refleksi adalah salah satu elemen penilaian.


Penilaian Jurnal Refleksi Latihan Industri adalah 20% dari
keseluruhan penilaian berterusan kursus. Pelajar diwajibkan
mencatat aktiviti dalam kelas. Pelajar perlu menulis refleksi dan
mendapatkan pengesahan dan maklumbalas dari Pengajar setiap
bulan. Pengajar yang akan menilai Jurnal Refleksi pelajar di akhir
semester.

2.0 PERKARA YANG BOLEH DITULIS DALAM JURNAL


REFLEKSI

Berikut adalah perkara yang boleh ditulis dalam Jurnal Refleksi:

i. Arahan tugasan setiap sesi kelas

ii. Kerja-kerja yang dilakukan sendiri oleh pelajar.

iii. Kerja-kerja yang dilihat oleh pelajar (Kerja yang dilakukan


oleh ahli kumpulan).

iv. Hasil carian maklumat di luar kelas.

3.0 CONTOH-CONTOH PENULISAN JURNAL REFLEKSI

Berikut merupakan contoh–contoh penulisan Jurnal Refleksi:

i. Tulis setiap arahan yang diberikan oleh Pengajar.

ii. Senaraikan peraturan dan rujukan yang digunakan untuk


tugasan tersebut.

iii. Tulis langkah-langkah kerja yang dilakukan satu persatu dari


mula hingga aktiviti tersebut disiapkan atau aktiviti tersebut.

iv. Kesimpulan dan komen tentang aktiviti tersebut.

Jurnal Refleksi wajib dibawa ketika Penilaian Kursus UKD 1011.

Harap Maklum

Anda mungkin juga menyukai