Anda di halaman 1dari 14

1.

0 PENDAHULUAN
Pada masa kini, ilmu Algebra telah diberi tumpuan dalam pendidikan dan diajar di
sekolah. Ilmu yang luas ini turut dipelopori oleh Bapa Matematik, al-Khawarizmi yang
turut digelar sebagai Bapa Algebra. Ilmu ini sangat luas dan mempunyai banyak
pecahan dan pembahagiannya. Ilmu Algebra masih menggunakan operasi tambah,
tolak, darab, dan bahagi sebagai asas, cuma yang membezakannya ialah penggunaan
anu seperti x dan y (Muhammad Ariff Muhammad Yusoff, 2011). Selain itu, sistem
persamaan linear juga merupakan sebahagian daripada Algebra Linear, jika diperhatikan
dan diteliti apa yang berlaku dalam kehidupan seharian kita berkait rapat dengan sistem
persamaan linear terutamanya dalam bidang sains, industri dan juga pemasalahan
ekonomi(Nur Aida Abd. Hamid, 2017)

2.0 APLIKASI ALGEBRA LINEAR DALAM KEHIDUPAN


Menurut Stacey dan MacGregor (1999), pelajar harus diberikan gambaran luas
mengenai Algebra. Hal ini kerana algebra diguna pakai dalam dunia automobil.
Contohnya, penyewaan kereta dari syarikat tiger berharga $100 sehari dan 20 sen per
km dan saya mampu membayar sebanyak $240, maka berapakah jarak yang dapat
saya pandu?. Melalui masalah ini dapat kita lihat isu yang terjadi hanyalah masalah
harian biasa yang sentiasa terjadi di sekeliling kita.

Selain itu, Algebra juga boleh digunakan di dalam pendidikan di sekolah dengan
mencari markah murid. Contohnya, Ganesan mempunyai markah 65 manakala Ali dan
Abu mendapat markah yang sama, sekiranya jumlah markah kesemuanya adalah 235,
berapakah markah Abu. Maka, algebra juga boleh diaplikasikan di dalam sistem
Pendidikan di sekolah. (Nik Aziz Nik Pa & Noraini Idris, 2008)

Seterusnya, Algebra Linear digunakan dengan sangat meluas di dalam bidang


perniagaan. Contohnya untuk mencari jumlah bagi barang yang dibeli di sebuah kedai.
Penulis juga telah mengkhususkan masalah yang berlainan melibatkan ahli biologi
dengan penjual bunga. Maka, dapat kita lihat Algebra Linear digunakan dengan sangat
meluas dalam kehidupan seharian kita.

II
3.0 MASALAH YANG DIHADAPI OLEH SEORANG AHLI BIOLOGI.

Seorang ahli biologi telah memasukkan tiga jenis burung yang berlainan
(dilabelkan dengan A, B, C) ke dalam sangkar, dimana mereka diberi tiga jenis
makanan dilabelkan dengan O, M dan N. Jumlah makanan yang ditetapkan untuk
setiap hari adalah 2300 unit makanan O, 800 unit makanan M dan 1500 unit
makanan N diletakkan ke dalam sangkar berkenaan dan merekod setiap hari burung
menggunakan beberapa unit makanan sehari. Nisbah makanan yang dimakan oleh
burung A,B dan C adalah makanan O sebanyak 2:2:4, makanan M sebanyak 1:2:0
dan makanan N sebanyak 1:3:1 seperti yang ditunjukkan dalam jadual 1. Berapakah
bilangan burung bagi setiap jenis perlu dimasukkan ke dalam sangkar agar semua
makanan yang diletakkan dimakan kesemuanya tanpa ada lebihan makanan atau
burung yang mati?

BURUNG (A) BURUNG (B) BURUNG (C)


MAKANAN (O) 2 2 4
MAKANAN (M) 1 2 0
MAKANAN (N) 1 3 1

JADUAL 1
3.1 KAEDAH PENYELESAIAN GAUSS-JORDAN
Biarkan x, y dan z menjadi jenis burung A, B dan C. Berdasarkan maklumat
dalam jadual 1, burung A memerlukan 2 unit makanan O setiap hari, burung jenis B
memerlukan makanan jenis O sebanyak 2 unit dan burung jenis C memerlukan
makanan O sebanyak 4 unit.
Maka kita dapat menulis dalam bentuk persamaan linear sebagai:
2x+2y+4z = 2300
Dengan cara yang sama kita boleh dapati persamaan untuk makanan M dan N
seperti berikut:
x+2y = 800
x+3y+z = 1500
Maka,
Persamaan linear berikut:
2x+2y+4z = 2300
Persamaan 1
x+2y = 800
Persamaan 2
x+3y+z = 1500 Persamaan 3
Penyelesaian,

II
Tukarkan persamaan kepada bentuk matrik imbuhan seperti berikut:

2 2 4 2300
1
Baris1 = (baris1) 1 2 0 800
2
1 3 1 1500

1 1 2 1150
Baris2 = baris2-baris 1 1 2 0 800
1 3 1 1500

1 1 2 1150
Baris3 = baris3- baris 1 0 1 -2 -350
1 3 1 1500

1 1 2 1150
Baris3 = baris 3-2(baris 2) 0 1 -2 -350
0 2 -1 350

1 1 2 1150
Baris1 = baris1-baris2 0 1 -2 -350
0 0 1 350

1 0 4 1500
Baris1 = baris1-4(baris3) 0 1 -2 -350
0 0 1 350

1 0 0 100
Baris2 = baris2+2(baris3) 0 1 -2 -350
0 0 1 350

II
1 0 0 100
0 1 0 350
0 0 1 350
Oleh itu, tukarkan kembali matrik imbuhan kepada persamaan linear,

x = 100
y = 350
z = 350

Ini bermakna ahli biologi perlu meletakkan 100 burung jenis A, 350 jenis B dan 350
jenis C kedalam sangkar sekiranya ia mahu semua makanan tersebut dihabiskan.

3.2 KAEDAH PENYELESAIAN CRAMER


Persamaan linear berikut:
2x+2y+4z = 2300
x+2y = 800
x+3y+z = 1500

Formula petua Cramer ialah, x=


|D X|, y= |DY |, dan, z=|D Z|,. D adalah penentu.
|D| |D| |D|
Untuk mencari
D x =lajur pertama digantikan dengan jawapan bagi persamaan

D y =lajur kedua digantikan dengan jawapan bagi persamaan

D z=lajur ketiga digantikan dengan jawapanbagi persamaan


Oleh itu, langkah pertama cari penentu bagi matrik, D.
2 2 4
|D|=1 2 0
1 3 1
Cara penyelesaian,

|D| = 2((2x1)-(0x3)) - 2((1x1)-(0x1)) + 4((1x3)-(2x1))


|D| = 6

Seterusnya, tentukan nilai bagi D x, D y , dan D z

2300 2 4
|D X|, ¿ 800 2 0
1500 3 1

II
|D X|, = 2300((2x1)-(0x3)) – 2((800x1)-(0x1500)) + 4((800x3)-(2x1500))

|D X|,=4600−1600−2400
|D X|,=600
2 2300 4
|
|DY |,= 1 800 0
1 1500 1 |
|DY |,=2 ( ( 800 ×1 ) −( 0 ×1500 ) ) −2300 ( ( 1×1 )−( 0 ×1 ) ) + 4(( 1 ×1500 ) −( 800 ×1 ))
|DY |,=1600−2300+2800
2 2 2300
|
|DY |,=2100|D Z|,= 1 2 800
1 3 1500 |
|D Z| ,=2 ( ( 2× 1500 )−( 800 ×3 ) )−2 ( ( 1× 1500 )−( 800 × 1 ) )+ 2300( ( 1× 3 )−( 2 ×1 ) )
|D Z|, ¿ 1200−1400+ 2300

|D Z| ,=2100
Oleh itu,

|D X|,
x=
|D|
600
x=
6
x=¿ 100

|DY |,
y=
| D|
2100
y=
6
y=¿350

|DZ|,
z=
|D|
2100
z=
6

II
z=¿ 350
Jadi, x=100, y=350 dan z= 350
Ini bermakna ahli biologi perlu meletakkan 100 burung jenis A, 350 jenis B dan 350
jenis C kedalam sangkar sekiranya ia mahu semua makanan tersebut dihabiskan

3.3 BANDING BEZA ANTARA KAEDAH GAUSS- JORDAN DENGAN KAEDAH


PETUA CRAMER

PENGIRAAN MATRIK MENGGUNAKAN


SEHINGGA MENJADI FORMULA CRAMER
MATRIK IDNTITI GAUSS PETUA
CRAMER |D X| D
1 0 0
JORDAN
x= , y= | Y |,
|D| |D|
0 1 0
|D Z|
0 0 1 dan, z= ,.
|D|

LEBIH LAMA UNTUK DAPAT MENCARI LEBIH CEPAT


MENYELESAIKAN PENYELESAIAN MENYELESAIKAN
MASALAH KEPADA MASALAH MASALAH
YANG BERLAKU

SUSAH KERANA
SENANG MUDAH KERANA
MENYEBABKAN KESALAHAN SUSAH
KESALAHAN SEMASA UNTUK DILAKUKAN
MELAKUKAN SEMASA PENGIRAAN
PENGIRAAN
TERLIBATKAN
DALAM PEENGIRAAN
PENYELESAIAN
TIDAK PERLU KEPADA SISTEM
PERLU MENCARI
MENCARI PENENTU PERSAMAAN LINEAR
PENENTU

RAJAH 1: BANDING BEZA KAEDAH GAUSS JORDAN DENGAN PETUA CRAMER

Pada pandangan penulis dapat dilihat perbezaan kaedah antara Gauss-Jordan dan
Petua Cramer adalah melalui formula yang digunakan. Gauss-Jordan menggunakan matrik
sehingga pengiraan menjadi matrik identiti manakala Petua Cramer menggunakan formula

II
|D X| |DY | |D Z|
di mana x= , y= , dan, z= ,. Seterusnya, Petua Cramer lebih cepat digunakan
|D| |D| |D|
dalam menyelesaikan masalah ahli biologi berbanding Gauss Jordan kerana mudah
digunakan dan penulis kurang melakukan kesilapan semasa mengira menggunakan kaedah
ini manakala Gauss Jordan pula penulis perlu berhati-hati dalam melakukan pengiraan
kerana apabila terdapat satu kesalahan kecil pada awal pengiraan, ini akan mempengaruhi
nilai-nilai dalam pengiraan yang seterusnya dan akhirnya jawapan akhir tidak tepat.

Di samping itu, petua Cramer juga melibatkan penyelesian dari segi mencari penentu
pekali matrik. Melalui kaedah ini penulis merasakan pengiraan lebih sistematik dan senang
kerana hanya menggunakan pekali matrik untuk mencari jawapan x, y dan z. Manakala
Gauss Jordan pula sedikit mencabar kerana memerlukan penelitian yang tinggi dalam
pengiraan tetapi kaedah ini tidak memerlukan penulis mencari penentu. Ia hanya perlu
melakukan pengiraan operasi baris permulaan untuk mengurangkan matrik menjadi matrik
identiti.

Selain itu, Petua Cramer dan Gauss Jordan juga mempunyai persamaan iaitu
teorem yang memberikan penyelesaian kepada sistem persamaan linear dengan tiga
pemboleh ubah dan juga sistem yang mempunyai penyelesaian yang unik atau bitara.
Kedua-dua kaedah ini boleh digunakan bagi menyelesaikan masalah ahli biologi. Selain itu,
kedua-dua kaedah ini merupakan kaedah yang sering digunakan di dalam pengiraan
Algebra Linear.

Oleh itu, pada pandangan penulis untuk menyelesaikan masalah ahli biologi ini, penulis
memilih Petua Cramer sebagai kaedah yang paling sesuai untuk mengurangkan kesalahan
semasa melakukan pengiraan.

II
4.0 MASALAH YANG DIHADAPI OLEH PELANGGAN DI KEDAI BUNGA. (Raymond A.
B., Michael R. Z. & Karl E. B., 2005).

Di kedai bunga terdapat tiga jenis bunga yang laris dijual iaitu ros, teratai dan orkid.
Seorang pelanggan membayar RM 9.60 untuk sekuntum bunga ros, sekuntum bunga teratai
dan sekuntum bunga orkid. Seterusnya, harga bagi 4 kuntum ros dan 5 kuntum teratai
bersamaan dengan harga 6 kuntum orkid. Manakala, jumlah harga bagi 4 kuntum ros, 5
kuntum teratai dan 6 kuntum orkid adalah RM48.00. Berapakah harga bagi sekuntum bunga
ros, sekuntum bunga teratai dan sekuntum orkid?

4.1 KAEDAH PENYELESAIAN GAUSS-JORDAN

Biarkan x, y dan z menjadi jenis bunga ros, teratai dan orkid. Berdasarkan maklumat
yang diberi, harga bagi sekuntum bunga ros, sekuntum bunga orkid dan sekuntum
bunga orkid adalah RM9.60. manakala harga bagi 4 kuntum ros dan 5 kuntum teratai
bersamaan dengan harga 6 kuntum orkid burung serta harga bagi harga bagi 4
kuntum ros, 5 kuntum teratai dan 6 kuntum orkid adalah RM48.00 .
Maka kita dapat menulis dalam bentuk persamaan linear sebagai:
x+y+z = 9.6
Dengan cara yang sama kita boleh dapati persamaan untuk makanan M dan N
seperti berikut:
4x+5y = 6z
4x+5y+6z = 48
Maka,
Persamaan linear berikut:
x+y+z = 9.6
Persamaan 1
4x+5y = 6z
Persamaan 2
4x+5y+6z = 48 Persamaan 3
Penyelesaian,
Tukarkan persamaan 2 kepada persamaan linear sama dengan 0
4x+5y = 6z
4x+5y-6z =0
Persamaan 2
Maka,

II
Persamaan linear berikut:
x+y+z = 9.6 Persamaan 1
4x+5y-6z =0
Persamaan 2
4x+5y+6z = 48 Persamaan 3

Tukarkan persamaan linear kepada bentuk matrik imbuhan seperti berikut:

1 1 1 9.6
4 5 -6 0
4 5 6 48

1 1 1 9.6
Baris2 = (- 4) baris1+baris2 0 1 -10 -38.4
4 5 6 48

1 1 1 9.6
Baris3 = (-4) baris1+ baris3 0 1 -10 -38.4
0 1 2 9.6

1 1 1 9.6
Baris3 = (-)baris2+baris 3 0 1 -10 -38.4
0 0 12 48

1 1 1 9.6
1
Baris3 = ( )baris3 0 1 -10 -38.4
12
0 0 1 4

1 1 1 9.6
Baris2 = (10)baris3+baris2 0 1 0 1.6
0 0 1 4

1 1 0 5.6
Baris1 = (-)baris3+baris1 0 1 0 1.6
0 0 1 4

II
1 0 0 4
Baris1 = (-)baris2+baris1 0 1 0 1.6
0 0 1 4

Oleh itu, tukarkan kembali matrik imbuhan kepada persamaan linear,

x=4
y = 1.6
z=4

Ini bermakna pelanggan dapat menentukan harga sekuntum bunga ros adalah RM 4.00,
harga sekuntum bunga teratai adalah RM 1.60 dan harga sekuntum bunga orkid adalah RM
4.00

4.2 KAEDAH GAUSS

Persamaan linear berikut:


x+y+z = 9.6 Persamaan 1
4x+5y-6z =0
Persamaan 2
4x+5y+6z = 48 Persamaan 3

Tukarkan persamaan linear kepada bentuk matrik imbuhan seperti berikut:

1 1 1 9.6
4 5 -6 0
4 5 6 48

1 1 1 9.6
Baris2 = (- 4) baris1+baris2 0 1 -10 -38.4
4 5 6 48

1 1 1 9.6
Baris3 = (-4) baris1+ baris3 0 1 -10 -38.4
0 1 2 9.6

1 1 1 9.6

II
Baris3 = (-)baris2+baris 3 0 1 -10 -38.4
0 0 12 4

1 1 1 9.6
1
Baris3 = ( )baris3 0 1 -10 -38.4
12
0 0 1 4

Jadikan kembali ke bentuk persamaan linear seperti berikut:


x+y+z = 9.6
Persamaan 1
y-10z = -38.4
Persamaan 2
z= 4
Persamaan 3
gantikan nilai z kedalam persamaan 2

y-10(4) = -38.4
y = 1.6
gantikan nilai y dan z ke dalam persamaan 1 untuk mencari nilai x
x+(1.6)+(4) = 9.6
x=4

Ini bermakna pelanggan dapat menentukan harga sekuntum bunga ros adalah RM 4.00,
harga sekuntum bunga teratai adalah RM 1.60 dan harga sekuntum bunga orkid adalah RM
4.00

II
4.3 BANDING BEZA KAEDAH GAUSS JORDAN DENGAN KAEDAH GAUSS

PENGIRAAN MATRIK PENGIRAAN PERLU


SEHINGGA MENJADI MENGGANTIKAN
NILAI Z KEDALAM
MATRIK IDNTITI GAUSS
GAUSS PERSAMAAN 2, DAN
1 0 0 JORDAN NILAI Z, DAN Y
0 1 0 KEDALAM
PERSAMAAN 1
0 0 1

LEBIH LAMA UNTUK LEBIH CEPAT UNTUK


MENYELESAIKAN MENGGUNAKAN MENYELESAIKAN
MASALAH KAEDAH MATRIK MASALAH
SEGITIGA

1 1 1
0 1 -10
SUSAH KERANA 0 0 1
SENANG MUDAH KERANA
MENYEBABKAN KESALAHAN KURANG
KESALAHAN SEMASA UNTUK DILAKUKAN
MELAKUKAN SEMASA PENGIRAAN
PENGIRAAN

TIDAK PERLU
MENCARI PENENTU

RAJAH 1: BANDING BEZA KAEDAH GAUSS JORDAN DENGAN GAUSS

Pada pandangan penulis dapat dilihat perbezaan kaedah antara Gauss-Jordan


dan Gauss adalah melalui formula yang digunakan. Gauss-Jordan menggunakan matrik
sehingga pengiraan menjadi matrik identiti manakala Gauss menggunakan matrik sehingga
penurunan baris permulaan sehingga mencapai bentuk segi tiga bawah. Seterusnya,

II
kaedah Gauss lebih cepat digunakan dalam menyelesaikan masalah pelanggan di kedai
bunga Gauss berbanding Jordan kerana mudah digunakan dan penulis kurang melakukan
kesilapan semasa mengira menggunakan kaedah ini manakala Gauss Jordan pula penulis
perlu berhati-hati dalam melakukan pengiraan kerana apabila terdapat satu kesalahan kecil
pada awal pengiraan, ini akan mempengaruhi nilai-nilai dalam pengiraan yang seterusnya
dan akhirnya jawapan akhir tidak tepat.

Di samping itu, kaedah Gauss juga melibatkan penyelesaian dari segi mencari pengiraan
perlu menggantikan nilai z kedalam persamaan 2, dan nilai z, dan y kedalam persamaan 1.
Melalui kaedah Gauss pengiraan jadi lebih sistematik dan senang kerana hanya
menggunakan penyelesaian matrik sehingga mencapai bentuk segitiga bawah dan
menggantikan nilai ke dalam persamaan untuk mencari jawapan x, y dan z (Yartmart, 2020).
Manakala Gauss Jordan pula sedikit mencabar kerana memerlukan penelitian yang tinggi
dalam pengiraan sehingga akhir jawapan.

Selain itu, kaedah Gauss dan Gauss Jordan juga mempunyai persamaan iaitu
teorem yang memberikan penyelesaian kepada sistem persamaan linear dengan tiga
pemboleh ubah dan juga sistem yang mempunyai penyelesaian yang unik atau bitara.
Kedua-dua kaedah ini boleh digunakan bagi menyelesaikan masalah pelanggan di kedai
bunga. Selain itu, kedua-dua kaedah ini tidak memerlukan penentu untuk dicari seperti
mana petua Cramer. Akhir sekali, kedua-dua kaedah ini menggunakan kaedah penurunan
baris eselon sehingga mencapai matrik segitiga bawah.

Oleh itu, pada pandangan penulis untuk menyelesaikan masalah pelanggan di kedai
bunga ini, penulis memilih kaedah Gauss sebagai kaedah yang paling sesuai untuk
mengurangkan kesalahan semasa melakukan pengiraan.

Kesimpulannya, penulis kurang mahir dalam melakukan kaedah Gaus Jordan kerana
kaedah ini memerlukan penelitian yang sangat dalam untuk menyelesaikan sesuatu
masalah. Malahan sekiranya berlaku kesalahan semasa pengiraan, penulis akan mendapati
jawapan akhir penulis turut salah walaupun kesilapan yang dilakukan adalah kecil dan
sedikit.

5.0 PENUTUP

Kesimpulannya, Algebra Linear banyak digunakan di dalam pelbagai bidang yang


berbeza. Contohnya, bidang biologi, automobile, Pendidikan, perniakaan, ekonomi dan
lain-lain. Oleh itu, diharapkan bidang Algebra ini disebarkan kepada masyarakat agar dapat
digunakan di dalam kehidupan dengan lebih meluas.

II
RUJUKAN

Muhammad Ariff Mohamad Yussoff. (2011) Indahnya Matematik. Vol. 33, No. 2: 37 – 44.
Diakses pada 21 Februari 2020 daripada
http://einspem.upm.edu.my/dismath/paper/2011/MM%20v.33(2)2011_45_48.pdf

Noraini Idris dan Nik Azis Nik Pa, (2008). Perjuangan Memperkasakan Pendidikan Di
Malaysia: Pengalaman 50 Tahun Merdeka. Kuala Lumpur: Utusan

Nur Aida Abd. Hamid. (2017) Pengetahuan Konseptual dan Pengetahuan Prosedural dalam
mata pelajaran Matematik Sekolah Menengah. Diakses pada 21 Februari 2020
daripada http://conference.kuis.edu.my/pasak2017/images/prosiding/pendidikan/17-
NUR-AIDA-UKM.pdf

Raymond A. B., Michael R. Z. & Karl E. B. (2005). Mathematics for Matriculation: Revision
Edition 1. Malaysia: Mac Graw Hill Sdn. Bhd.

Stacey, K. & MacGregor, M. (1999). Taking the algebraic thinking out of algebra.
Mathematics Education Research Journal, 1, 24-38.

Yartmart. (2020). Teori Kaedah Gauss. Kaedah Gauss untuk dummies: kita selesaikan
Slough dengan mudah. Diakses pada 21 Februari 2020 daripada
https://yartmart.ru/ms/metod-gaussa-teoriya-metod-gaussa-dlya-chainikov-reshaem-
slau-legko.html

II

Anda mungkin juga menyukai