Anda di halaman 1dari 1

Setelah membaca artikel ini, sekiranya saya menjadi penasihat Ko di sekolah, saya

akan menubuhkan kolam renang di sekolah untuk dijadikan kelab sukan kolam renang
sebagai salah satu kegiatan kokurikulum di sekolah. Hal ini demikian kerana kelab ini akan
mendatangkan banyak faedah kepada pelajar. Sudah tiba masanya untuk kerajaan
mengangkat aktiviti itu sebagai satu daripada kelas yang perlu disertai setiap pelajar sebagai
persediaan jika berhadapan dengan kejadian lemas. Aktiviti air terutamanya di laut dan pantai
menjadi satu tarikan kepada pelajar terutamanya semasa cuti sekolah. Adalah penting untuk
ibu bapa dan pihak sekolah melengkapkan diri anak-anak mereka dengan ilmu berenang.
Selain itu, pelajar juga dapat memenuhi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah melalui
penglibatan dalam kegiatan kokurikulum ini. Hal ini dikatakan demikian kerana dengan
menyertai kegiatan kokurikulum, gejala sosial dapat dikurangkan ke tahap yang paling
minimun. Dalam masa yang sama juga, pelajar akan bersikap lebih menghargai masa yang
terluang dan sentiasa berpegang kepada ungkapan bahawa masa itu emas. Sebagai contoh,
sekumpulan pelajar yang menyertai aktiviti berenang akan memperoleh banyak pengetahuan
tentang cara terbaik berinteraksi dengan air. Dengan pelajar mengikuti aktiviti yang berfaedah
ini, remaja akan kurang berhadapan dengan risiko dipengaruhi oleh gejala yang bertentangan
dengan norma-norma masyarakat timur seperti merempit, lepak, vandalisme dan jenayah.
Pada masa yang sama pelajar tidak akan mudah kehilangan arah atau petunjuk hidup
sekiranya masa yang terluang diteruskan secara efektif dan efisen. Dengan itu, pelajar akan
lebih bersikap positif dan cenderung untuk melakukan pelbagai aktiviti yang mendatangkan
pelbagai masalah kepada diri, keluarga dan masyarakat sekeliling.

Anda mungkin juga menyukai