Anda di halaman 1dari 25

ISU MORAL

Wn. Syahruan Azan Bin Ngadmid


PENGENALAN
 Isu moral merupakan isu yang berkaitan dengan persoalan dan tingkah laku yang dianggap
menyalahi dan bertentangan dengan nilai-nilai dan pegangan moral.
 Isu sosial pula ialah perkara yang mempengaruhi kebanyakan atau kesemua anggota
masyarakat secara langsung atau pun tidak langsung. Ia turut dianggap sebagai masalah atau
kontroversi yang berkaitan dengan nilai moral atau kedua-duanya. Contoh: kemiskinan,
keganasan, diskriminasi, dan lain-lain.
 Apabila membincangkan isu moral, dua bentuk nilai perlu diambil kira iaitu nilai intrinsic dan
ekstrinsik (instrumental).
 Antara isu moral yang akan menjad tumpuan adalah isu alam sekitar, mengambil nyawa,
diskriminasi, seksualiti, dan teknologi maklumat.
ISU ALAM SEKITAR
 Isu alam sekitar tidak lagi menjadi asing dalam kehidupan seharian. Isu alam sekitar berkaitan
dengan kesan daripada aktiviti atau tindakan manusia terhadap alam sekitar.
 Bentuk isu yang berkaitan dengan alam sekitar yang berlaku di Malaysia seperti pencemaran,
pemusnahan hutan, kemerosotan kehidupan hidupan liar.
 Isu moral yang berkaitan dengan alam sekitar berlaku kerana adanya eksploitasi manusia.
Eksploitasi manusia ke atas alam sekitar boleh membawa kesan yang positif dan negatif.
 Terdapat juga pandangan lain yang dapat dikaitan apabila berbincangan isu ini, seperti
antroposentrisme dan ekosentrisme.
 Antroposentrisme: sesuatu perkara itu baik sekiranya mendatangkan kebaikan kepada
manusia.
 Contoh, ada pihak mengatakan bahawa binantang adalah baik kerana ia berguna kepada
manusia – pakaian, makana, dan binatang pelihara.
 Ahli antroposentrisme percaya bahawa membunuh binatang adalah perbuatan tidak baik
melainkan atas tujuan baik seperti untuk kelangsungan hidup.
 Alam sekitar tidak mempunyai nilai intrinsik tetapi mempunyai nilai instrumental iaitu sebagai
sumber rekreasi dan menyediakan pelbagai sumber bahan kepada manusia.
 Ekosentrisme: bukan manusia sahaja mempunyai nilai intrinsik, tetapi semua hidupan
termasuk keseluruhan system dalam alam sekitar mempunyai nilai intrinsik.
 Ekosentrisme menentang pandangan bahawa manusia mempunyai kuasa atau kedudukan yang
lebih tinggi daripada hidupan lain dalam alam sekitar.
 Ekosentrisme berpandangan bahawa manusia sepaturnya menghargai dan menghormati
hidupan lain dalam alam sekitar yang mempunyai nilai intrinsik masing-masing.
MENGAMBIL NYAWA
 Isu moral yang sering dikaitkan dengan mengambil nyawa adalah seperti euthanasia,
hukuman mati, dan pengguguran.
 Euthanasia berasal dari perkataan Yunani yang bermaksud mati dengan baik. Euthanasia
juga dikenali sebagai mercy killing dan terdapat beberapa buah negara yang membenarkan
mengambil nyawa ini berlaku.
 ‘Pembunuhan’ ini dilakukan atas kehendak pesakit itu sendiri dan dilakukan dengan
menggunakan dadah atau alat penyebab kematian yang lain.
 Euthanasia dapat dibahagikan kepada dua bentuk iaitu secara sukarela dan bukan sukarela.
 Seorang doktor dalam bidang dalam patologi dan telah
menjalankan euthanasia aktif. Antara tahun 1990
hingga 1996.
 Dalam tempoh tahun berkenaan, beliau telah berjaya
membantu 45 orang pesakitnya membunuh diri.
 Beliau telah didakwa di mahkamah dan beliau telah
dibuktikan tidak bersalah kerana telah mendapat
sokongan dari keluarga mangsa.

Dr. Jack Kervokian


Euthanasia

Sukarela Bukan Sukarela

Aktif Pasif Aktif Pasif

Biasa Luar Biasa Biasa Luar Biasa


 Euthanasia sukarela: Pesakit sendiri secara sedar dan bebas menentukan apa yang patut
dilakukan ke atas dirinya.
 Euthanasia bukan sukarela: Orang lain selain pesakit menentukan apa yang patut dilakukan ke
atas pesakit.
 Euthanasia aktif: Melakukan sesuatu seperti menggunakan racun atau alat tertentu untuk
mematikan seseorang Contoh: “tolong beri aku dos yang boleh tamatkan nyawa aku.”
 Euthanasia pasif: Memberhentikan atau tidak memulakan rawatan untuk membolehkan
seseorang itu mati.
 Tindakan biasa: Tindakan untuk rawatan dengan harapan menghasilkan sesuatu yang
berfaedah atau faedah melebihi bebanan atau kesengsaraan. Contoh: “Jangan ambil tindakan
perubatan yangboleh selamatkan aku walaupun aku tahu itu akan menyelamatkan aku
sungguhpun konya minimum sebab aku ingin mati.”
 Tindakan luar biasa: Tindakan atau rawatan dengan tiada harapan menghasilkan sesuatu yang
berfaedah atau bebanan atau kesengsaraan melebihi faedah. Contoh: “jangan gunakan langkah
perubatan untuk selamatkan saya biarpun peluang/faedah dari segi menyelamatkan nyawa
adalah kecil sedangkan kos dan bebannya amat besar.”
Netherlands
 Merupakan negara pertama yang meluluskan undang-undang pada tahun 2002
berkaitan dengan euthanasia dan kematian-berbantu (assisted suicide).
 Untuk melaksanakan euthanasia, pesakit perlu memenuhi prasyarat yang sangat
ketat iaitu pesakit mestilah mengalamai kesakita yang tidak terhingga,
penyakitnya haruslah dalam kategori yang tidak boleh diubati, dan pesakit
harus sedar sepenuhnya ketika mengambil keputusan ini dan bukannya dipaksa.

Belgium
 Merupakan negara kedua yang meluluskan undang-undang euthanasia pada
tahun 2002 di dunia.
 Undang-undang ini membolehkan doktor membantu pesakit untuk
menamatkan penderitaan pesakit yang mengalami kesakitan yang melampau.
 Undang-undang ini juga membenarkan pesakit menyatakan hajatnya dengan
jelas untuk diambil nyawa secara sukarela sebelum memasuki keadaan koma.
HUKUMAN MATI
 Hukuman mati ialah satu bentuk hukuman yang dijatuhkan ke atas seseorang yang telah
melakukan kesalahan berat seperti membunuh atau mengedar dadah.
 Pelbagai cara telah digunakan bagi melaksanakan hukuman mati ini seperti gantung sampai
mati, menembak, menggunakan kerusi elektrik, gas beracun, dan suntikan maut ke atas
pesalah.
 Negara seperti Amerika Syarikat, Indonesia, dan Malaysia masih lagi mengekalkan hukuman
mati.
 Adakah hukuman mati boleh dijustifikasikan sebagai bermoral?
 Hukuman mati dilaksanakan bertujuan untuk mengawal atau menjauhkan orang daripada
melakukan kesalahan atau jenayah berat seperti membunuh orang. Sekiranya tujuan hukuman
mati tercapai, maka tindakan ini dijustifikasikan sebagai bermoral.
 Dengan terlaksananya hukuman ini, orang akan lebih berwaspada dan berhati-hati dalam
mengambil tindakan.
PENGGUGURAN
 Pengguguran juga dikategorikan sebagai tindakan mengambil nyawa kerana janin yang
terbentuk mempunyai nyawa dan dianggap sebagai hidupan.
 Terdapat dua kelompok yang memperdebatkan isu ini iaitu yang menyokong (pro-choice) dan
menentang (pro-life).
 Kumpulan menyokong: menyokong pengguguran dengan hujah bahawa setiap orang
mempunyai hak untuk menentukan apa yang berlaku ke atas badannya.
 Wanita dikatakan mempunyai hak ke atas tubuh badan sendiri dan berhak untuk menentukan
untuk melakukan apa shaja selagi mana ia tidak melanggar hak orang lain.
 Janin yang dianggap sebagai makhluk bernyawa, menggugurkan janin akan melanggar hak
janin untuk hidup. Oleh yang demikian, tindakan pengguguran ini adalah satu kesalahan.
Janin mempunyai hak untuk hidup…

 Janin berupaya untuk merasa kesakitan dan  Janin hanya mempunyai hak untuk hidup
keseronokan. setelah dilahirkan.

 Janin mempunyai roh. Oleh itu, menjadi tanggungjawab wanita untuk terus mengandung
sehinggalah bayi dilahirkan.
 Dari sudut perundangan, ada negara membenarkan dan ada yang melarang pengguguran
berlaku.
 Kes-kes seperti mengandung akibat dirogolatau bukan atas kerelaannya adalah dibenarkan.
 Adakah pengguguran dibenarkan di Malaysia?
DISKRIMINASI
 Sesuatu tindakan dikatakan sebagai diskriminasi apabila ia dilihat sebagai tidak adil atau tidak
memberikan layanan yang sama kepada pihak yang terlibat.
 Diskriminasi boleh berlaku apabila layanan berbeza diberikan kepada individu atau kumpulan
disebabkan oleh perbezaan agama, kaum, kelas sosial, umur, jantina dan sebagainya.
 Diskriminasi jantina: wanita dinafikan untuk terlibat dalam sektor pekerjaan yang didominasi
oleh golongan lelaki.
 Diskriminasi bangsa/etnik: satu-satu bangsa diberikan keistimewaan tertentu. Contoh: bangsa
kulit putih di Amerika diberikan keistimewaan dan kedudukan yang lebih baik daripada
bangsa kulit hitam.
 Diskriminasi kaum: berlaku apabila sesuatu kaum itu meletakkan kaumnya terpisah daripada
kaum lain dan kaumna perlu diberi perhatian lebih istimewa daripada kaum lain.
 Diskriminasi terhadap golongan kelainan upaya (OKU). Golongan ini sering kali disisihkan
daripada arus perdana sama ada dalam bidang pendidikan sukan pekerjaan dan sebagainya.
 Undang-undang telah dicipta supaya diskriminasi dapat disekat daripada berlaku.
Kebanyakkan undang-undang digubal berasaskan faktor moral seperti keadilan dan kesamaan.
 Prinsip kesamaan: memberi hak yang sama kepada semua pihak. Contoh akses peluang yang
sama rata dalam kemasukan ke universiti dan sektor pekerjaan.
 Kesaksamaan juga bergantung kepada bagaimana satu-satu tindakan diskriminasi
dijustifikasikan. Contoh, sekiranya seorang murid yang galus diberikan kerja rumah yang
lebih bagi meningkatkan prestasi akademik berbanding dengan murid yang pintar, maka
tindakan diskriminasi ini dianggap wajar.
 Kewajaran tindakan ini diberikan kerana ingin mencapai matlamat tertentu seperti ingin
meningkatkan prestasi peperiksaan SPM ke tahap yang paling maksimum.
SEKSUALITI
 Antara isu yang sering dikaitkan dengan seksualiti seperti bersekedudukan, hubungan sejenis,
pelacuran perogolan, ponografi dan sebagainya.
 Kebiasaan perbincangan mengenai seksualiti dikatakan bermoral berkait rapat dengan sama ada
perbuatan itu natural atau pun tidak.
 Sekiranyan perkara yang dilakukan adalah natural, maka perbuatan itu adalah baik dan begitulah
sebaliknya.
 Oleh kerana itu, perbuatan seperti homoseksual dianggap oleh masyarakat sebagai tidak natural atau
di luar tabii dan ditolak oleh masyarakat.
 Terdapat juga pendapat yang mengatakan bahawa tindakan peribadi seseorang itu bukan suatu
perkara yang dipertimbangkan sebagai bermoral atau tidak kerana ia merupakan hal peribadi individu.
 Tingkah laku seksual dianggap sebagai private dan terlalu peribadi untuk dijadikan sebagai perkara
moral.
 Walaupun tingkah laku seksual adalah dianggap sebagai personal dan private, namun ia dilihat
dapat mempunyai kaitan dengan masarakat.
 Contoh isu transgender berkait rapat dengan isu perundangan di mana kedudukannya sebagai
seorang lelakiperempuan yang melakuakan perubahan tidak dapat diiktiraf dari sudut
perundangan.
 Teori moral Konsekuentialisme: menyoalkan sama ada tingkah laku seksual ini memudaratkan
atau pun tidak.
 Teori etika Kant: mempersoalkan sama ada tingkah laku seksual itu betul atau salam
berlandaskan perintah mutlak.
TEKNOLOGI MAKLUMAT
 Penggunaan komputer semakin meluas bagi tujuan pemprosesan perkataan, data, grafik serta
persembahan dan komunikasi.
 Dengan adanya jaringan internet, penggunaan komputer melangkah satu langkah ke depan
apabila individu dapat berkomunikasi di antara satu sama lain menjangkaui sempadan negara.
 Komputer bukan sahaja digunakan oleh golongan dewasa tetapi turut digunakan oleh
golongan milenial dan generasi alpha. Golongan milenial terdiri daripada generasi yang lahir
pada tahun 1980 hingga 2000 manakala generasi alpha pula lahir pada tahun 2010 hingga
2025.
 Isu penyalahgunaan komputer bagi tujuan kepentingan diri juga bukan lagi satu perkara yang
baru. Isu privacy sering kali menjadi perkara penting yang dititikberatkan ketika penggunaan
komputer secara atas talian.
 Isu seperti hacker dan phishing menjadikan penggunaan komputer tidak lagi menjadi selamat
kerana dikhuatiri maklumat peribadi dicuri dan digunakan untuk tujuan tertentu.
 Penyebaran maklumat yang pelbagai seperti ideologi ISIS, ISIL DAESH, LTTE dan
sebagainua adalah melalui medium media sosial yang boleh menjejaskan masyarakat dan
negara.
 Fitnah, sindir badan, dan memberikan komen yang negatif adalah antara contoh yang
melibatkan penyalahgunaan komputer.
 Kesalahan itu termaktub di bawah akta Sekyen 233 (1)(b) Akta Komunikasi dan Multimedia
1998 (Akta 588). Jika didapati bersalah boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau penjara
tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekali.
 Walaupun penggunaan komputer banyak mendatangkan kebaikan kepada orang ramai, namun
terdapat juga keburukannya kepada masyarakat.
 Jika penggunaannya mendatangkan kemudaratan, maka penggunaan komputer boleh
dipersoalkan dari aspek etika utilitarianisme (teleologi).
 Justifikasi penggunaan komputer sama ada bermoral atau tidak bermoral bergantung kepada
motif (deontologi).

Anda mungkin juga menyukai