Anda di halaman 1dari 3

LATIHAN DALAM PERKHIDMATAN 2020

BORANG ULASAN WEBINAR


Nama Peserta : RAUDAH BINTI SAIDIN
Tajuk Webinar : WEBINAR SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT
KEBANGSAAN 2020

PERANAN GURU DAN PEMIMPIN SEKOLAH DALAM


MENGHADAPI PASCA PKP
Anjuran : KPM
Tarikh Siaran : 14 MEI 2020 (KHAMIS)
Masa Mula : 10.00 PAGI Masa Tamat : 10.40 PAGI

Ulasan :
Pelbagai usaha telah dilaksanakan pelbagai pihak dalam bidang
pendidikan untuk memastikan murid-murid tidak ketinggalan dalam
mendapatkan ilmu sepanjang PKP. Antara salah satu usaha yang
dilaksanakan ialah dari segi media massa melalui telivisyen
pendidikan. Televisyen pendidikan ini diperkenal semula dan beralih
daripada penggunaan website sebagai medium penyampaian ilmu.
Hal ini kerana bagi memberi ruang dan peluang kepada murid-murid
yang tiada akses internet dan membolehkan pembelajaran
berlangsung di rumah. Majoriti murid tidak membawa buku latihan
dan teks pulang ke rumah. Oleh itu, ada guru yang sanggup
membawa bahan bacaan dan menghantar ke rumah mereka
terutama di kawasan pedalaman. Penggunaan pembelajaran dalam
talian atau e-learning pada awalnya ialah 600 ribu, tetapi jumlahnya
mendadak naik sehingga empat kali ganda dalam tempoh PKP.
Inisiatif JPN agar murid-murid tidak tercicir serta inisiatif guru-guru
khasnya membuktikan bahawa guru-guru tidak hanya berpeluk
tubuh.

Dari segi cabaran, diibaratkan keadaan kini seperti vuca (volatility,


uncertainty, complexcity, ambiguity). Pemimpin sekolah perlu
bersedia dan fleksibel dengan keadaan yang tidak menentu masa
kini. Justeru, dinasihatkan kepada pemimpin sekolah agar
memastikan guru dan murid sentiasa bersedia setiap masa.
Walaupun guru dan murid tidak berada di sekolah, guru perlu
merancang dan bersedia dalam semua aspek. Misalnya, guru perlu
bersedia melaksanakan pdpc dalam keadaan baru. Pemimpin perlu
merancang dan menyediakan maklumat seperti “Adakah murid
menerima akses internet?” agar proses pembelajaran dapat
dilaksanakan. Tambahan pula, untuk membiasakan diri dengan
‘kebiasaan baharu’ adalah agak sukar dan pemimpin perlu bersedia,
fleksible dan bijak merancang. Pemimpin di sekolah boleh
berhubung dan berkomunikasi dengan guru-guru melalui dalam
talian seperti berada di sekolah. Kepimpinan instruksional
merupakan asas dalam memimpin. Oleh itu, pemimpin sendiri pelu
mahir dan menguasai kemahiran digital ini bagi memudahkan
pemimpin membimbing guru-gurunya.

Dari segi kemahiran dan kompetensi guru-guru akan ditingkatkan


dari semasa ke semasa. KPM di Bahagian Pendidikan Guru(BPG)
akan sentiasa memastikan kemahiran guru dipertingkat melalui
kursus-kursus dalam talian semasa PKP. Selain itu, seramai lebih
seribu orang guru telah mempunyai PHD dan seramai 37 ribu guru
mempunyai Ijazah Sarjana telah membuktikan tahap kualifikasi
guru. Guru juga sentiasa digalakkan membuat kaijan tindakan yang
juga dianggap sebagai pembelajaran berterusan para guru. Di
samping itu, guru perlu mengambil inisiatif sendiri dengan berkongsi
ilmu dan menawarkan latihan kemahiran kepada guru lain.Rentetan
daripada ‘kebiasaan baharu’ ujian kelayakan guru dibuat secara
dalam talian.

Selain itu, cabaran para guru terutama terhadap murid yang tidak
mempunyai akses internet di rumah, menyukarkan guru untuk
melaksanakan pembelajaran seperti murid-murid di pedalaman. Isu
ketiadaan elektrik dan akses internet merupakan faktor dan cabaran
besar bagi guru-guru. Pasca PKP akan menjadikan keadaan
berbeza seperti penjarakan sosial, pemakaian pelitup muka dan
sebagainya. Maka, persediaan rapi harus dititikberatkan.Oleh itu,
kita jangan mengalah, kita harus menang.

Harapan beliau agar guru-guru perlu bersabar dan melaksanakan


tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan sebaiknya. Terima
kasih juga diucapkan kepada warga pendidik kerana menjaga
kebajikan murid-murid terutamanya buat pensyarah yang membantu
para pelajar yang terkandas di asrama semasa PKP.

Impak pada :
diri / tugas Sebagai seorang guru, saya perlu mematuhi arahan pemimpin
sekolah dan perlu sentiasa bersedia dalam menerima sebarang
harian anda
arahan. Saya juga perlu meningkatkan kemahiran diri terutama dari
segi kemahiran pedagogi agar dapat melaksanakan tanggungjawab
yang diberikan dengan sebaiknya.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

Nama: RAUDAH BINTI SAIDIN


Tarikh: 14 Mei 2020

Anda mungkin juga menyukai