Anda di halaman 1dari 3

Rancangan Pengajaran Harian 2018

Mata Pelajaran Bahasa Melayu Tahun 5


Tarikh 12/2/2018 Hari Isnin Masa 0830 - 0930
Tema / Unit Kesihatan dan Kebersihan – Bersih dan Sihat
Tajuk Bijak Membeli
Hasil Pembelajaran Standard Kandungan
1.3 Mendengar, memahami dan memberi respons terhadap sesuatu arahan,
soalan dan pesanan yang didengar dengan betul.
Standard Pembelajaran
1.3.3 Mendengar, memahami dan memberikan respons dengan
menyampaikan pelbagai pesanan mengikut urutan
Standard Prestasi
SP 3 : Memberikan respons dengan betul terhadap ragam ayat dan pelbagai
jenis ayat yang diperdengar pada tahap terhad.
Objektif PdP Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat :
1. menyampaikan pesanan mengikut urutan tentang cara-cara minum susu kota
berdasarkan teks dialog yang dibaca.
Pengisian Ilmu : Sains
Kurikulum Nilai : kebersihan, berhati-hati
KBT KB (mengikut urutan), BCB (mendengar dan bertutur), KP (verbal-linguistik)
EMK Keusahawanan 1.10 Berorientasikan pencapaian
BBM Susu kotak
PSA Murid tahu membaca.
Aktiviti PdP 1. Murid meneka apakah yang terdapat dalam kotak misteri yang ditunjukkan
oleh guru dan bersoal jawab tentang tajuk yang akan dipelajari.
2. Murid dikehendaki membaca teks dialog yang terdapat dalam buku teks
secara berpasangan.
3. Secara individu, murid dikehendaki menyatakan urutan tentang cara minum
susu kotak secara urutan dengan betul.
4. Murid menulis urutan cara minum susu kotak dengan betul dalam buku tulis
masing-masing.
5. Guru merumuskan isi pelajaran.
Refleksi

 ____/ 3 orang murid dapat mencapai objektif PdP yang disasarkan.

 ____/ 3 orang murid masih belum mencapai objektif PdP yang disasarkan
dan akan diberi bimbingan lanjutan.
Rancangan Pengajaran Harian 2018

Mata Pelajaran Pendidikan Jasmani Tahun 5


Tarikh 12/2/2018 Hari Isnin Masa 0930-1000
Modul Kemahiran : Pergerakan Berirama
Tajuk Gerak Harapan
Hasil Pembelajaran Standard Kandungan
1.5 Berkebolehan melakukan pelbagai corak pergerakan mengikut irama.
2.5 Berkebolehan mengaplikasi konsep pergerakan mengikut irama
5.4 Berkebolehan membentuk kumpulan dan bekerjasama dalam kumpulan
Standard Pembelajaran
1.5.1 Mereka cipta pergerakan kreatif bertema menggunakan props
berdasarkan konsep pergerakan mengikut muzik yang didengar.
2.5.1 Mengenal pasti konsep pergerakan yang melibatkan arah, aras, laluan,
dan hubungan yang digunakan dalam pergerakan kreatif bertema.
5.4.1 Melibatkan diri secara aktif sebagai ahli kumpulan
Standard Prestasi
SP 3 : Boleh mengaplikasikan konsep pergerakan seperti arah, aras, laluan,
kualiti pergerakan dan hubungan dengan rakan semasa melakukan pergerakan
kreatif bertema menggunakan props mengikut muzik yang didengar.
Objektif PdP Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat :
1. melakukan pergerakan kreatif dengan tema (nelayan) mengikut muzik yang
didengar (Geylang Si Paku Geylang)
Pengisian Ilmu : Sains
Kurikulum Nilai : Bersungguh-sungguh.
KBT KP (kinestetik)
EMK Keusahawanan 1.10 Berorientasikan pencapaian
BBM Audio minus one “Geylang Si Paku Geylang)
PSA Murid pernah diajar melakukan pergerakan kreatif.
Aktiviti PdP 1. Murid melakukan aktiviti memanaskan badan.
2. Murid mengikut pergerakan kreatif yang ditunjkkan oleh guru.
3. Murid dibimbing melakukan pergerakan kreatif mengikut muzik yang
diperdengarkan.
4. Murid melakukan aktiviti menyejukkan badan.
5. Guru merumuskan isi pelajaran.
Refleksi

 ____/ 3 orang murid dapat mencapai objektif PdP yang disasarkan.

 ____/ 3 orang murid masih belum mencapai objektif PdP yang disasarkan
dan akan diberi bimbingan lanjutan.
Rancangan Pengajaran Harian 2018

Mata Pelajaran Bahasa Melayu Tahun 2


Tarikh 12/2/2018 Hari Isnin Masa 1130-1300
Tema / Unit Perpaduan
Tajuk Hidup Berjiran
Hasil Pembelajaran Standard Kandungan
4.2 Menghayati keindahan dan kesantunan bahasa dalam bahan sastera
Standard Pembelajaran
4.2.1 Melafazkan dan mengenal pasti ciri-ciri pantun;
(i) pembayang dan maksud
Objektif PdP Pada akhir pengajaran dan pembelajaran, murid dapat :
1. melafazkan pantun “Seia Sekata” dengan intonasi yang betul dan mengenal
pasti pembayang dan maksud dalam pantun yang dilafazkan.
Pengisian Ilmu : Pend. Moral
Kurikulum Nilai : Tolong-menolong.
KBT KP (kinestetik)
EMK Kreativiti dan Inovasi
BBM Buku Aktiviti
PSA Murid mempunyai jiran.
Aktiviti PdP 1. Murid menonton video pantun yang ditayangkan oleh guru.
2. Murid melafazkan pantun yang terdapat dalam buku teks secara individu
dan kelas dengan intonasi yang betul.
3. Murid diberi penerangan tentang ciri-ciri pantun menggunakan slide
powerpoint.
4. Murid mengenal pasti dan menyatakan pembayang serta maksud yang
terdapat dalam pantun yang dibaca.
5. Murid membuat latihan dalam buku aktiviti.
6. Guru merumuskan isi pelajaran.
Refleksi
 ____/ 12 orang murid dapat mencapai objektif PdP yang disasarkan.

 ____/ 12 orang murid masih belum mencapai objektif PdP yang disasarkan
dan akan diberi bimbingan lanjutan.

Anda mungkin juga menyukai