Anda di halaman 1dari 6

ARTIKEL SIRI 1:

PROSES PERMOHONAN BEKERJA SEBAGAI FOUNDATION YEAR


(FY) DOCTOR (HOUSEMANSHIP) SELAMA 2 TAHUN DI UK

Topik 1: Pathway untuk Mula Bekerja Sebagai Doktor di UK secara umum

Route 1: Mula bekerja sebagai FY Doctor bagi yang belum melalui fasa housemanship (Artikel Siri 1 ini)

Route 2: Mula bekerja sebagai doktor yang telah tamat fasa housemanship, tetapi tiada kelayakan pasca siswazah
(Artikel Siri 2 yang bakal ditulis nanti)

Route 3: Mula bekerja sebagai doktor yang memiliki kelayakan pasca siswazah (eg. MRCP, MRCS, etc) (Artikel
Siri 3 yang bakal ditulis nanti)

Topik 2: Pengenalan kepada GMC (https://www.gmc-uk.org/)

- General Medical Council (GMC) sepertimana MMC di Malaysia merupakan sebuah badan korporat yang
bertindak untuk memastikan standard tertinggi etika dan profession perubatan dipelihara dengan berkesan demi
kepentingan kesihatan dan keselamatan awam. Setiap doktor yang mahu bekerja di UK perlu berdaftar dengan
GMC sebagai lesen untuk bekerja. Terdapat 4 jenis pendaftaran (RUJUK https://www.gmc-uk.org/registration-
and-licensing/the-medical-register/a-guide-to-the-medical-register/types-of-registration), namun secara
umumnya anda perlukan Full Registration with License to Practice untuk mula bekerja sebagai doktor. Bagi UK
medical graduate, mereka mesti berjaya menamatkan tahun pertama (F1) Foundation Programme bagi
memperoleh lesen tersebut. Sebagai international medical graduate (IMG) dari Malaysia, anda mestilah
memenuhi syarat berikut:

1) Berjaya menamatkan tempoh housemanship/internship. RUJUK https://www.gmc-uk.org/registration-and-


licensing/join-the-register/before-you-apply/check-if-your-practical-training-internship-is-acceptable

• Jika anda belum memulakan fasa housemanship ataupun fasa housemanship yang anda telah lalui tidak
menepati kriteria yang ditetapkan dalam link di atas, maka anda perlu memohon Provisional Registration
dengan cara bekerja sebagai F1 doktor yang akan diterangkan dalam artikel ini.

2) Membuktikan bahawa anda mempunyai kelayakan dan pengalaman klinikal yang mencukupi, melalui SALAH
SATU CARA di bawah:

• Lulus PLAB Examination (2 bahagian) RUJUK https://www.gmc-uk.org/registration-and-


licensing/join-the-register/plab
• Memiliki kelayakan pasca siswazah (MRCP, MRCS, etc.) RUJUK https://www.gmc-
uk.org/registration-and-licensing/join-the-register/before-you-apply/acceptable-postgraduate-
qualifications
• Memiliki sponsorship yang diterima oleh GMC. RUJUK https://www.gmc-uk.org/registration-and-
licensing/join-the-register/before-you-apply/list-of-approved-sponsoring-bodies
• Layak untuk memohon bekerja sebagai Specialist atau GP Register

- Proses permohonan Full (atau Provisional) Registration with License to Practise dilakukan melalui website GMC
Online. RUJUK https://www.gmc-uk.org/registration-and-licensing/managing-your-registration/gmc-online

- PENTING: Dokumen/website yang anda perlukan berkenaan info dan permohonan lesen GMC:
1) GMC Online (portal untuk memohon lesen GMC, termasuk tempahan tarikh PLAB1 & PLAB2 exam)
Topik 3: Pengenalan kepada UKFPO (https://www.foundationprogramme.nhs.uk/)

- UK Foundation Programme (UKFP) merupakan sebuah program housemanship yang dilalui oleh para doktor
pelatih (dikenali sebagai Foundation Year (FY) Doctor di UK) dan dikendalikan oleh sebuah badan bernama UK
Foundation Programme Office (UKFPO). Terdapat 2 jenis foundation training programme (RUJUK
https://foundationprogramme.nhs.uk/programmes/) iaitu 2 Year Foundation Programme (diterangkan dalam
artikel Siri 1 ini) dan F2 Stand-alone Programme (artikel Siri 2 akan datang). Tahun Pertama bagi 2 Year
Foundation Programme dikenali sebagai Foundation Year 1 (FY1 atau F1) yang diberikan Provisional
Registration sebagai permulaan untuk bekerja sebagai F1 doktor, manakala Tahun Kedua dikenali sebagai
Foundation Year 2 (FY2 atau F2) yang diberikan Full Registration with License to Practise sebagai permulaan
untuk bekerja sebagai F2 doktor. Sebagai IMG dari Malaysia yang mahu mula bekerja sebagai F1 doktor, anda
mestilah memenuhi syarat-syarat di bawah:

• Memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh GMC:

o Tidak pernah melalui ataupun gagal menamatkan fasa housemanship (jika telah tamat fasa
housemanship, anda haruslah memohon Full Registration with License to Practise untuk bekerja
sebagai F2 doktor ataupun bekerja dalam any unsupervised medical practice).
o Lulus PLAB Examination (anda perlukan kelayakan Bahasa Inggeris sebelum memohon untuk
menduduki PLAB Exam. RUJUK https://www.gmc-uk.org/registration-and-licensing/join-the-
register/before-you-apply/evidence-of-your-knowledge-of-english )

• Memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh UKFPO (melalui UKFP Eligibility Criteria.
RUJUK https://www.foundationprogramme.nhs.uk/wp-content/uploads/sites/2/2019/11/UKFP-2020-
Eligibility-Applicant-Guidance__0.pdf):

o Lulus IELTS Academic exam (minimum of 7.5 in each domain) atau OET exam (minimum 400
in each domain)
o Lulus peperiksaan yang dikendalikan oleh UKFPO seperti Situational Judgement Test (SJT,
wajib bagi semua pemohon) dan Clinical Assessment exam (CA, bagi pemohon yang bergelar
graduan perubatan selama 2 tahun atau lebih daripada tarikh bermulanya F1 yang dipohon.
o Dokumen penting (passport, ijazah perubatan, Dean’s Statement, visa kerja)

- Proses permohonan UKFP dilakukan melalui website Oriel pada tab UK Foundation Programme.
RUJUK https://www.oriel.nhs.uk

- PENTING: Sesi pengambilan (intake) FY Doctor oleh UKFP hanya sekali setahun, iaitu awal Ogos setiap
tahun (biasanya hari rabu pertama dalam bulan Ogos). Fasa pertama bagi proses permohonanan tersebut bermula
seawal Jun-Ogos tahun sebelumnya. Justeru, untuk kemasukan bagi sesi pengambilan Ogos 2020, fasa pertama
proses permohonan tersebut telah pun berlalu (Jun-Ogos 2019). Maka artikel Siri 1 ini ditulis sebagai panduan
awal untuk anda memohon bagi sesi pengambilan UKFP Ogos 2021 (kerana persiapan dari sudut kewangan
dan tempoh masa untuk bersedia untuk PLAB exam memakan masa sekurang-kurangnya 3 bulan).

- PENTING: Dokumen dan website yang anda wajib tahu untuk memohon 2 Year Foundation Programme:
1) UKFP Eligibility Applicant Guidance (biasanya diterbitkan di website UKFPO pada bulan April)
2) UKFP Applicant Guidance (biasanya diterbitkan di website UKFPO pada bulan Jun)
3) Oriel (portal untuk memohon program di bawah UKFPO, termasuk tempahan tarikh CA & SJT exam)

Topik 4: Timeline Tipikal Permohonan UKFP (untuk memohon UKFP 2021)


*Timeline ini tertakluk kepada perubahan, tetapi secara umumnya beginilah timeline yang digunapakai.
- Sekarang (sebelum awal Jun 2020): Usahakan yang terbaik untuk lulus IELTS 7.5 setiap komponen dan
seterusnya booking tarikh PLAB1 exam, kerana tarikh bermula Jun 2020 adalah tempoh yang agak kompetitif
untuk anda duduki peperiksaan tersebut.

- April 2020: UKFP Eligibility Applicant Guidance & Dean’s Statement boleh didapati di website UKFPO.
Rujuk https://www.foundationprogramme.nhs.uk/document/ukfp-2020-eligibility-applicant-guidance untuk
contoh permohonan UKFP 2020 yang telah berlalu.

- Awal Jun 2020: Pastikan anda telah mendapat keputusan IELTS 7.5 setiap komponen menjelang tempoh
ini untuk memudahkan proses permohonan UKFP Eligibility dan permohonan untuk menduduki PLAB Exam
Part 1. Result IELTS anda valid selama 2 tahun.

- Hujung Jun-Awal Ogos 2020: Permohonan UKFP Eligibility dibuka untuk IMG. Anda harus sign up
akaun Oriel untuk memohon. Kebanyakan IMG dari Malaysia terlepas fasa pertama permohonan UKFP ini.
UKFP Eligibility akan menentukan sama ada anda layak memohon untuk UKFP ataupun tidak.

- Pertengahan Ogos 2020: Keputusan status permohonan UKFP Eligibility akan dikeluarkan. Jika anda
perlu menduduki CA Exam, maklumat CA Exam akan diberikan sewaktu tempoh ini.

- Pertengahan September 2020: Anda perlu memilih tarikh untuk menduduki SJT (2 pilihan: awal Disember
ataupun awal Januari).

- Awal Oktober 2020: Permohonan UKFP dibuka untuk IMG yang layak memohon (eligible/eligible with
conditions) dan pelajar perubatan tahun akhir di UK. Permohonan dilakukan di akaun Oriel dan anda boleh
memilih kawasan (UoA) yang anda mahu bekerja sebagai FY Doctor di UK.
Rujuk https://www.foundationprogramme.nhs.uk/document/ukfp-2020-applicants-handbook

- Hujung Oktober 2020: CA Exam berlangsung di Wythenshaw Hospital, Manchester, UK.

- Awal November 2020: Pastikan anda telahpun menduduki PLAB1 Exam menjelang tempoh ini.

- Pertengahan November 2020: Keputusan CA Exam dikeluarkan.

- Awal Disember 2020/Awal Januari 2021: SJT berlangsung di London, UK.

- Hujung Februari 2021: Deadline untuk anda kemukakan Right to Work dengan menunjukkan Visa Tier 2
jika ada. Biasanya IMG dari Malaysia tidak ada Right to Work tersebut menjelang tempoh ini, tetapi
permohonan UKFP masih boleh diteruskan (berdasarkan update terbaru pasca Brexit, UKFPO akan menilai
semua pemohon UKFP sama ada IMG mahupun UK medical graduate secara samarata berdasarkan merit,
bukan lagi dengan cara memberi prioriti kepada pemohon yang mempunyai Right to Work).

- Mac 2021: Keputusan SJT dikeluarkan. Keputusan permohonan kawasan kerja (Unit of Application atau
UoA) dikeluarkan untuk mereka yang mempunyai ranking tinggi (berdasarkan kiraan sistem EPM)

- April 2021: Pemohon yang berada di dalam Reserve List mula diberikan tawaran mengikut UoA yang
mempunyai kekosongan.

- Hujung April 2021: Pastikan anda telahpun menduduki PLAB2 Exam menjelang tempoh ini.

- Mei 2021: Pemohon mesti memohon kepada GMC (melalui akaun GMC Online) untuk mendapatkan
Provisional Registration with License to Practise selewat-lewatnya 3 bulan daripada tarikh bermulanya UKFP
(Ogos 2021)

- Mei-Julai 2021: Dokumen sokongan akan diberikan oleh majikan (HEE) untuk para pemohon memulakan
urusan permohonan Visa Tier 2 (Right to Work) daripada Home Office (UK Visa & Immigration)

- Ogos 2021: Bermulanya karier anda sebagai F1 Doctor di UK, insyaAllah


*Total tempoh persediaan ialah MINIMUM 15 bulan (awal Mei 2020 untuk IELTS sehingga awal Ogos 2021).

Topik 5: Tentang Peperiksaan IELTS, PLAB1, PLAB2, SJT, CA dan Urusan Right to Work (Visa)

IELTS (Academic)

- IELTS ialah peperiksaan yang mengandungi komponen Reading, Writing, Listening, dan Speaking untuk
menguji kompetensi anda dalam Bahasa Inggeris. Terdapat beberapa jenis IELTS exam, jadi pastikan anda
memilih jenis IELTS Academic.
- Anda perlu lulus minimum 7.5 overall and each domain berdasarkan syarat yang ditetapkan oleh UKFPO
(walaupun GMC menetapkan minimum 7.5 overall with minimum 7.0 each domain. RUJUK https://www.gmc-
uk.org/registration-and-licensing/join-the-register/before-you-apply/evidence-of-your-knowledge-of-
english/using-your-ielts-certificate).
- Alternatif selain IELTS sebagai bukti kelayakan Bahasa Inggeris ialah Occupational English Test (OET) atau
menggunakan Dean’s Statement (rujuk syarat-syarat dalam link di atas).
- Sesetengah IMG gagal untuk memperoleh minimum 7.5 dalam komponen Writing, jadi anda boleh melakukan
latihan IELTS seperti yang boleh didapati secara percuma di internet dan Youtube (RUJUK https://www.ielts-
exam.net/academic_writing_samples_task_1/). Terpulang pada anda untuk hadiri mana-mana kursus IELTS
kerana sumber latihan online secara percuma agak banyak dan mencukupi.
- Kos IELTS ialah GBP200 di UK atau RM1056 di Malaysia (both British Council & IDP). RUJUK
https://www.britishcouncil.my/exam/ielts/dates-fees-locations

OET

- OET ialah peperiksaan yang hampir sama seperti IELTS untuk menguji kompentensi anda dalam Bahasa
Inggeris, cuma soalan-soalannya lebih relevan dengan suasana kerja bidang kesihatan berbanding IELTS.
- OET sebelum ini hanya diiktiraf oleh GMC, namun update terbaru pada Januari 2020 menyatakan UKFPO juga
mula mengiktiraf OET untuk digunakan sebagai permohonan UKFP. RUJUK
https://www.occupationalenglishtest.org/only-one-test-now-required-for-both-uk-registration-and-visa-
purposes/
- Anda perlu lulus minimum 400 in each domain berdasarkan syarat yang ditetapkan oleh UKFPO (walaupun
GMC menetapkan minimum Grade B in each domain). OET passing rate lebih baik berbanding IELTS.
- Layari website OET tentang latihan. RUJUK https://www.occupationalenglishtest.org/preparation-portal/
- Kos OET ialah AUD 587 di Australia atau sekitar GBP 315 di UK.

PLAB1 (RUJUK https://www.gmc-uk.org/registration-and-licensing/join-the-register/plab/plab-1-guide)

- PLAB1 ialah peperiksaan bertulis berbentuk MCQ sebanyak 180 soalan selama 3 jam untuk menguji medical
knowledge di tahap doktor F2.
- Anda hanya boleh menempah tempat untuk PLAB1 setelah result IELTS anda diterbitkan secara rasmi.
- Kos PLAB1 ialah GBP239 bermula 1 April 2020. Lokasi exam PLAB1 terdekat ialah di Bangladesh, India, dan
Australia. PLAB1 exam hanya dikendalikan sebanyak 4 kali dalam setahun.
- Terdapat beberapa sumber latihan sebagai persediaan untuk menduduki PLAB1. Kebanyakan IMG melakukan
latihan bank soalan di website Plabable (RUJUK https://plabable.com/) Kos ialah GBP20 untuk langganan selama
3 bulan). Amat berbaloi untuk anda langgani bank soalan dari website tersebut. Alternatif lain ialah 1700 Plab
One (pdf) sebagai latihan, namun ramai IMG lain memberi recommendation kepada Plabable kerana Plabable
memberikan penerangan kepada jawapan beserta rujukan kepada NICE Guidelines, malah banyak soalan daripada
Plabable yang digunakan dalam exam sebenar PLAB1.

PLAB2 (RUJUK https://www.gmc-uk.org/registration-and-licensing/join-the-register/plab/plab-2-guide

- PLAB2 ialah peperiksaan praktikal berbentuk OSCE sebanyak 18 stesen (tak termasuk stesen rehat) dan 8 minit
bagi setiap stesen untuk menguji medical knowledge and communication skills di tahap doktor F2.
- Anda hanya boleh menempah tempat untuk PLAB2 setelah result PLAB1 anda diterbitkan secara rasmi.
- Kos PLAB2 ialah GBP875 bermula 1 April 2020. Lokasi exam PLAB2 hanya di Manchester, UK. PLAB2 exam
dikendalikan sebanyak 2-3 kali dalam sebulan.
- Terdapat beberapa kursus PLAB2 yang dianjurkan di UK seperti Dr. Swamy PLAB Course (online streaming
available) dan Samson PLAB Academy, malah di negara lain seperti Aspire PLAB Academy. Kursus untuk
PLAB2 biasanya dianjurkan selama 12-13 hari dengan kos sebanyak GBP600 (tak termasuk penginapan dan
makan minum). Amat berbaloi untuk anda hadiri kursus tersebut.

SJT (RUJUK https://foundationprogramme.nhs.uk/faqs/situational-judgement-test-sjt-faqs/)

- Situational Judgement Test (SJT) ialah peperiksaan bertulis sebanyak 70 soalan selama 2 jam 20 minit untuk
menguji medical judgement ketika mengendalikan pelbagai situasi di tempat kerja sebagai seorang doktor F1.
- Anda hanya boleh menempah tempat untuk SJT setelah anda dikategorikan sebagai layak (deemed eligible)
untuk memohon 2-year Foundation Programme under UKFP.
- Kos SJT ialah percuma. Lokasi SJT hanya di UK, biasanya di London untuk IMG. SJT hanya dikendalikan
sekali dalam setahun, iaitu sama ada awal Disember atau awal Januari.
- Terdapat beberapa bahan latihan online SJT, namun bahan latihan yang betul-betul relevan dan menyerupai
bentuk soalan SJT sebenar ialah SJT Practice Paper yang akan diterbitkan di website UKFPO (RUJUK
https://www.foundationprogramme.nhs.uk/wp-content/uploads/sites/2/2019/11/SJT-Practice-Paper.pdf). Bahan-
latihan online seperti Pastest, BMJ, dan lain-lain kurang digalakkan kerana boleh membawa kekeliruan.

CA (RUJUK https://foundationprogramme.nhs.uk/faqs/clinical-assessment-faqs/)

- Clinical Assessment (CA) ialah peperiksaan praktikal berbentuk OSCE sebanyak 16 stesen (tak termasuk stesen
rehat) dan 9 minit bagi setiap stesen untuk menguji medical knowledge and communication skills di tahap doktor
F1. (RUJUK http://www.south.manchester.ac.uk/ukfpo/about.asp)
- Anda hanya boleh menempah tempat untuk SJT setelah anda dikategorikan sebagai layak (deemed eligible)
untuk memohon UKFP, DAN telah bergelar graduan perubatan selama 2 tahun atau lebih daripada tarikh
bermulanya F1 yang dipohon (contoh: anda bergelar graduan pada 1 Julai 2019 dan sedang memohon untuk UKFP
2021 yang akan bermula pada 5 Ogos 2021. Ini bermakna anda telah pun menjadi graduan selama 2 tahun 1 bulan,
jadi anda perlu menduduki CA exam). Jika anda bergelar graduan selama kurang daripada 2 tahun, anda tidak
perlu menduduki CA exam untuk memohon 2-year Foundation Programme under UKFP.
- Kos CA ialah GBP 850. Lokasi CA hanya di Wythenshawe Hospital, Manchester, UK. CA hanya dikendalikan
sekali dalam setahun, iaitu pada hujung Oktober.
- Bahan latihan online yang spesifik tentang CA agak minima, tetapi ada kursus CA yang dikendalikan oleh Aspire
PLAB Academy di London (online streaming available) dengan kos sebanyak GBP300 (tak termasuk penginapan
dan makan minum). Walaubagaimanapun, website seperti Geeky Medics (RUJUK https://geekymedics.com/) dan
youtube channel salah seorang panel penilai CA iaitu Dr. Nick Smith (RUJUK
https://www.youtube.com/user/CMFTUGME/videos) sudah mencukupi untuk lulus CA.

Right to Work (Visa) (RUJUK https://www.gov.uk/tier-2-general)

- Medical practitioner boleh memohon Tier 2 (General Shortage Occupation) Visa. Tetapi permohonan visa hanya
boleh dilakukan setelah mendapat surat tawaran kerja yang dikenali sebagai ‘Certificate of Sponsorship’ daripada
sponsor visa anda, iaitu Health Education England (HEE) sebagai majikan anda.
- Certificate of Sponsorship (CAS) akan dikeluarkan oleh majikan (HEE) sekitar bulan Mei sebelum memulakan
pekerjaan pada bulan Ogos. 3 bulan tersebut adalah tempoh yang diperuntukkan untuk menyiapkan visa kerja.
- Kos permohonan untuk satu orang (tak termasuk ahli keluarga): Tier 2 Visa GBP464 + Immigration Health
Surcharge GBP800 (untuk 2 tahun) = Total bayaran untuk permohonan visa GBP1264
- Personal saving: Anda perlu ada minimum GBP945 dalam bank statement selama 90 hari sebelum menghantar
permohonan Tier 2 (General Shortage Occupation) Visa.
- Tips yang boleh anda lakukan ialah memandangkan anda perlukan GBP1264 untuk memohon visa, anda boleh
kekalkan minimum GBP945 daripada jumlah kos tersebut selama 3 bulan sebelum anda ingin menghantar
permohonan (baca: submit application) visa anda. Setelah cukup 3 bulan, anda mohon original version of bank
statement (bukan printed from online banking) daripada bank untuk diposkan ke rumah anda. Setelah anda dapat
bank statement tersebut, barulah anda gunakan sejumlah GBP1264 daripada akaun bank yang sama sebagai kos
bayaran untuk memohon visa. Maknanya anda tidak perlu sediakan minimum (GBP1264 + GBP945 = GBP2209)
untuk memohon visa, tetapi sudah cukup dengan menyediakan kos sebanyak GBP1264 dengan minimum GBP945
sudah tersedia selama 3 bulan.
Topik 6: Minimum Kos Yang Diperlukan Untuk Memohon UKFP 2 Year Foundation Programme

Harga Kos Asas (Tanpa Kursus/Latihan) Harga Kos Termasuk Kursus/Latihan

IELTS = GBP 200 / OET = GBP 315 Harga Kos Asas = GBP 3428 / GBP 3543
PLAB1 = GBP 239 PLAB1 Plabable = GBP 20
PLAB2 = GBP 875 PLAB2 Course = GBP 600
SJT = GBP 0 CA Course = GBP 300
CA = GBP 850 (jika perlu duduki CA exam) *tak termasuk kos tambahan seperti tiket
Visa = GBP 1264 penerbangan, penginapan, dan makan minum.

TOTAL = GBP 3428 (IELTS) / GBP 3543 (OET) TOTAL = GBP 4348 (IELTS) / GBP 4463 (OET)
*Kos di atas tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa. Pastikan anda doublecheck.

Selamat maju jaya para doktor!

Suhail Anwaar Bin Ahmad Shafiai


UKFP 2020 Applicant
MB BCh BAO, UCD Ireland 2018
Ahli IKRAMUKE Health & Wellbeing
Email: suhailanwaar93@gmail.com
Whatsapp: +44 7846079955

Anda mungkin juga menyukai