Anda di halaman 1dari 3

Soalan Kumpulan:

1. Jelaskan lima faktor berlakunya kelewatan perkembangan motor kanak-


kanak

Perkembangan kemahiran motor halus dan motor kasar seseorang kanak-kanak


banyak bergantung kepada perkembangan otak, keseimbangan badan dan
peningkatan koordinasi badan. Namun, terdapat beberapa faktor kepada kelewatan
perkembangan motor kanak-kanak. Antaranya adalah masalah genetik seperti
sindrom down. Sindrom Down merupakan satu keadaan masalah dalam
perkembangan fizikal dan mental yang berpunca daripada keadaan abnormal
perkembangan kromosom. Kanak-kanak sindrom down ini mengambil masa yang
agak lambat untuk menguasai kemahiran asas dalam perkembangan motor. Selain
itu, fmasalah ADHD juga salah satu faktor dalam kelewatan perkembangan motor
terumatanya motor halus. Hal ini kerana, kanak-kanak yang mempunyai masalah ini
bosan dan tidak berminat untuk melakukan aktviti motor halus dan hanya
sesetengah kanak-kanak sahaja yang mampu melakukan aktiviti motor kasar.
Perkara ini berlaku kerana mereka sukar dikawal dan mereka enggan mematuhi
arahan yang diberi. Jadi mereka kurang berpeluang untuk mempelajarai kemahiran
perkembangan motor halus dan motor kasar. Di samping itu, kelahiran pramatang
juga salah satu faktor kelewatan perkembangan motor. Kanak-kanak yang lahir
pramatang sukar untuk mempelajari serta mempraktikkan kemahiran motor kasar
dan motor halus jika dibanding dengan kanak-kanak lain yang normal. Seterusnya,
kanak-kanak yang mengalami masalah penglihatan juga tidak dapat mengalami
proses perkembangan yang normal. Hal ini kerana koordinasi mata dan tangan,
mata dan kaki adalah sangat penting dalam perkembangan motor. Jadi kanak-kanak
yang bermasalah penglihatan juga merupakan faktor kelewatan perkembangan
motor. Akhirnya, faktor emosi juga antara faktor kerana kanak-kanak yang emosinya
tidak stabil tidak dapat menumpukan perhatian dalam pembelajaran atau
perlaksanaan kemahiran motor halus dan kasar.

2. Huraikan lima bentuk saringan yang perlu dilakukan oleh ibu bapa apabila
menyedari anak-anak mereka mengalami masalah kelewatan perkembangan
motor.
Saringan adalah proses yang dirancang untuk tujuan mengenalpasti potensi masalah
dalam perkembangan. Ibu bapa perlulah memainkan peranan dalam melakukan
saringan ini untuk mengatasi masalah kelewatan perkembangan motor anak-anak
mereka. Pertama, saringan soal selidik umur dan peringkat boleh dilakukan
bertujuan untuk mengenalpasti keperluan khas seseorang kanak-kanak. Ibu bapa
perlu memerhatikan anak mereka dan melengkapkan soal selidik di mana ia
berkaitan dengan keupayaan anak mereka. Kedua, saringan Petunjuk
Perkembangan Untuk Penaksiran Pembelajaran – 3) perlu dilaksanakan untuk
mengenalpasti kanak – kanak yang memerlukan tambahan penaksiran diagnostik.
Ketiga, saringan Inventori Perkembangan Battelle juga boleh dilakukan untuk
mengukur pencapaian
Intelektual. Keempat, saringan Skala Sifat dan Tingkah laku Atipikal perlu juga
dilakukan. Saringan ini bertujuan untuk mengukur tingkah laku luar biasa
dalam kalangan kanak – kanak. Kelima, Instrumen Keluarga dan Bayi - Kanak –
kanak. Dengan saringan ini, dapat mengetahui ciri-ciri kanak-kanak dan maklumat
seperti itu akan membantu untuk mengenal pasti tentang masalah yang dihadapi
oleh anak-anak mereka dengan lebih lanjut.

3. Jelaskan pusat-pusat terapi yang wujud di Malaysia untuk membantu


meningkatkan kelewatan perkembangan kanak-kanak ini.

Terdapat beberapa pusat terapi di Malaysia untuk membantu meningkatkan


kelewatan perkembangan kanak-kanak. Antaranya ialah HappyLand Psychology &
Therapy Sdn.Bhd yang terletak di Johor Bahru. HappyLand ini ditubuhkan pada 2002
oleh Dr.Eva Wong. Di pusat ini, Dr.Eva menggalakan penetapan matlamat individu
dan mereka bnetuk aktiviti yang sesuai dan berkesan kepada kanak-kanak yang
mempunyai masalah kelewatan perkembangan. Contoh terapi kerja yang dijalankan
di HappyLand ialah membantu kanak-kanak yang mengalami kesukaran melakukan
aktiviti seharian seperti mengezip seluar, membutang baju serta rawatan yang
meningkatkan kemahiran motor halus. Mereka juga menyediakan fisioterapi kepada
kanak-kanak agar mereka boleh melakukan setiap aktiviti secara berperingkat-
peringkat. Tambahan pula, mereka mengadakan kelas pemulihan pembelajaran
yang meliputi lima aspek yang utama iaitu fizikal, emosi sosial, tingkah laku, kognitif
dan juga komunikasi. Seterusnya ialah Pusat Pembangunan Kanak-Kanak (CDC)
yang juga dikenali sebagai pusat perkembangan kanak-kanak. Pusat ini juga telah
menyediakan banyak rawatan yang menggunakan pelbagai sumber untuk
meningkatkan kemahiran dari segi motor halus dan motor kasar. Dalam program ini,
ibu bapa digalakkan untuk membuat aktiviti bersama dengan anak-anak mereka
sekali. Oleh itu, pusat terapi seperti ini dapat membantu kanak-kanak untuk
meningkatkan perkembangan mereka dengan baik. Ibu bapa perlu mengetahui
tentang maklumat-maklumat ini dengan lebih lanjut untuk kegunaan dari semasa ke
semasa.

Anda mungkin juga menyukai