Anda di halaman 1dari 1

SAMAD BIN ABU BAKAR (OG 7396330050)

TAMAN AIRPORT, BLOK 21, LORONG 2,


LOT E177, BATU 7, JALAN AIRPORT,
90000, SANDAKAN,
SABAH.

UNIT UNDANG-UNDANG,
LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA,
CAWANGAN SANDAKAN. 11 MAC 2021

TUAN/PUAN,

PERMOHONAN UNTUK PENJADUALAN SEMULA BAYARAN TUNGGAKAN CUKAI

Saya, Samad Bin Abu Bakar (NRIC: 670606-12-5389) ingin membuat permohonan bagi
penjadualan semula bayaran cukai yang tertunggak disebabkan oleh faktor Perintah
Kawalan Pengerakan (PKP) yang telah diisytiharkan oleh kerajaan sebelum ini.

2. Oleh sebab itu, perniagaan yang saya jalankan telah terjejas dan memberikan impak
yang sangat ketara khususnya kepada diri saya sendiri. Pergerakan yang terhad dan
sumber pendapatan saya yang berkurang telah menjadi faktor utama kenapa saya gagal
dalam membuat bayaraan cukai tertunggak yang sedia ada.

3. Namun, saya juga bersyukur kerana kini kerajaan telahpun melonggarkan syarat-
syarat bagi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) khususnya di daerah Sandakan agar
keseimbangan ekonomi dapat diteruskan dan perniagaan saya dapat dijalankan semula
seperti biasa.

4. Saya berharap, pihak tuan/puan memahami situasi yang realitinya berlaku kepada
para peniaga-peniaga dan sekaligus dapat mempertimbangkan permohonan saya ini.

5. Saya berjanji akan mematuhi jadual pembayaran cukai selepas ini dengan
mengetahui dengan jelas atas tindakan-tindakan yang akan dikenakan kepada saya
sekiranya saya gagal atau melanggar segala perjanjian yang telah dipersetujui.

Sekian, terima kasih.

-----------------------------------
(SAMAD BIN ABU BAKAR)
OG 7396330050

Anda mungkin juga menyukai