Anda di halaman 1dari 9

EDARAN TERHAD

GARIS PANDUAN PENYEDIAAN VIDEO PENGAJARAN SARINGAN PENGAMBILAN CALON GURU


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

ARAHAN AM
1. Calon dikehendaki membaca semua maklumat yang terkandung dalam garis panduan ini sebelum menyediakan
video pengajaran (VP).
2. Calon dikehendaki menyediakan VP yang memaparkan keterampilan diri anda sebagai seorang guru.
3. Kandungan VP hendaklah berpandukan jadual pada LAMPIRAN B (i)/ LAMPIRAN B (ii)/ LAMPIRAN B (iii)/
LAMPIRAN B (iv)/ LAMPIRAN B (v) yang mana berkaitan. Calon dinasihati membaca dengan teliti dan memahami
setiap arahan yang terdapat dalam jadual tersebut.

PENYEDIAAN VIDEO PENGAJARAN


1. Rakaman boleh dibuat dengan menggunakan peralatan merakam seperti telefon pintar, perakam video dan
kamera.
2. Rakaman hendaklah dibuat secara audio dan visual.
3. Rakaman hendaklah jelas, berterusan dan tidak diubahsuai.
4. Elemen tambahan multimedia seperti animasi, grafik, ilustrasi adalah tidak dibenarkan.
5. Format VP yang dibenarkan untuk dimuat naik (upload) adalah MP4 dengan resolusi video 720p: 1280x720 (16:9).
6. Durasi VP adalah tidak kurang daripada 6 minit dan tidak melebihi 8 minit. Lebihan masa tidak akan dinilai.
7. Calon dikehendaki berpakaian formal dan bersesuaian dengan profesion perguruan semasa rakaman. Calon
bidang Pendidikan Jasmani dibenarkan berpakaian sukan yang lengkap.
8. VP hendaklah memaparkan calon sedang melakukan aktiviti dalam keadaan berdiri dengan memperlihatkan
keseluruhan badan (kepala hingga ke kaki).
9. VP tidak boleh mengandungi unsur-unsur yang menyentuh sensitiviti kaum, politik, agama dan menghina mana-
mana individu lain.

EDARAN TERHAD
1
EDARAN TERHAD

PENGHANTARAN RAKAMAN VIDEO PENGAJARAN


1. Calon perlu menghantar jumlah VP mengikut pilihan bidang seperti LAMPIRAN A.
2. VP yang dihantar hendaklah dinamakan mengikut Nama Program, Nama Calon dan Bidang dimohon.
Contoh 1: (Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan)
PISMP 2021 SITI BT ALI_MATEMATIK SK
Contoh 2: (Program Pelajar Cemerlang)
PPC 2021 MUSA BIN AHMAD_BAHASA ARAB

3. Calon hendaklah memuat naik (upload) VP ke aplikasi Youtube dalam tetapan “Unlisted” sahaja. Calon diingatkan
bahawa risiko ketidakpatuhan kepada perkara ini adalah di bawah tanggungjawab calon sendiri.
Contoh 3:

PISMP 2021 SITI BT ALI_MATEMATIK SK

4. Calon juga boleh mendapatkan maklumat dan panduan untuk memuat naik (upload) video ke aplikasi Youtube
menerusi pautan https://bit.ly/34VOSvx.

EDARAN TERHAD
2
EDARAN TERHAD

5. Pautan (link) VP yang telah dimuat naik ke aplikasi Youtube perlu dihantar ke IPGM menerusi pautan
https://pismp.moe.gov.my sebelum tarikh akhir yang ditetapkan.
6. Pautan (link) VP yang dihantar selepas tarikh akhir penghantaran tidak akan dinilai.

MAKLUMAT TAMBAHAN
1. KPM berhak untuk menemu bual calon dalam tempoh penilaian VP dilaksanakan bagi tujuan mendapatkan
maklumat tambahan mengenai calon.
2. Calon yang ingin ditemu bual akan dihubungi oleh pihak KPM menerusi panggilan video/ Skype/ panggilan telefon.
3. Calon disarankan untuk bersedia dengan gajet/ aplikasi yang bersesuaian dan capaian internet bagi tujuan di atas.

PERINGATAN
1. Semua VP yang dihantar menjadi hak milik KPM. Justeru, calon tidak dibenarkan memuat naik atau
menyebarkannya di mana-mana media sosial. Sekiranya didapati calon berbuat demikian, permohonan calon akan
dibatalkan.
2. KPM tidak bertanggungjawab untuk menanggung sebarang kos, kerugian dan kecederaan semasa menyediakan
VP tersebut.
3. Kerajaan Malaysia boleh membatalkan permohonan dan calon boleh disabitkan kesalahan di bawah Seksyen 193
(Akta 574) Kanun Keseksaan jika didapati memberi maklumat palsu/ tidak benar/ manipulasi maklumat berkaitan
permohonan.

EDARAN TERHAD

3
EDARAN TERHAD
LAMPIRAN A
PILIHAN BIDANG PENGKHUSUSAN BAGI PENYEDIAAN VIDEO PENGAJARAN (VP)

KUMPULAN BIDANG PENGKHUSUSAN ARAHAN

A UMUM:
 Bahasa Melayu (SK/ SJKC/ SJKT) 1. Calon yang memohon bidang-bidang
 Sejarah (SK/ SJKC/ SJKT) dalam kumpulan A sebagai PILIHAN
1 dan PILIHAN 2 hanya perlu
 Reka Bentuk dan Teknologi (SK/ SJKC/ SJKT)
menyedia/ menghantar satu VP
 Pendidikan Seni Visual (SK/ SJKC/ SJKT) berdasarkan bidang PILIHAN 1.
 Pendidikan Jasmani (SK/ SJKC/ SJKT)
 Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran (SK/ SJKC/ SJKT)
 Pendidikan Khas Masalah Pendengaran (SK/ SJKC/ SJKT)
 Pendidikan Khas Masalah Penglihatan (SK/ SJKC/ SJKT)
 Bimbingan dan Kaunseling (SK/ SJKC/ SJKT)
B UMUM: Matematik (SK/ SJKC/ SJKT) Calon yang memohon bidang ini MESTI
menyedia/ menghantar VP untuk dinilai.
C UMUM: Sains (SK/ SJKC/ SJKT) Calon yang memohon bidang ini MESTI
menyedia/ menghantar VP untuk dinilai.
D UMUM: Pendidikan Awal Kanak-Kanak (SK/ SJKC/ SJKT) Calon yang memohon bidang ini MESTI
menyedia/ menghantar VP untuk dinilai.
E UMUM: Bahasa Iban (SK) Calon yang memohon bidang ini MESTI
menyedia/ menghantar VP untuk dinilai.
F UMUM: Bahasa Kadazandusun (SK) Calon yang memohon bidang ini MESTI
menyedia/ menghantar VP untuk dinilai.
G UMUM: Bahasa Cina (SJKC) Calon yang memohon bidang ini MESTI
menyedia/ menghantar VP untuk dinilai.
H UMUM: Bahasa Tamil (SJKT) Calon yang memohon bidang ini MESTI
menyedia/ menghantar VP untuk dinilai.
I Bahasa Inggeris Sebagai Bahasa Kedua (SK/ SJKC/ SJKT) Calon yang memohon bidang ini MESTI
menyedia/ menghantar VP untuk dinilai.
J Pendidikan Muzik (SK/ SJKC/ SJKT) Calon yang memohon bidang ini MESTI
menyedia/ menghantar VP untuk dinilai.
K Pendidikan Islam (SK/ SJKC/ SJKT) Calon yang memohon bidang ini MESTI
menyedia/ menghantar VP untuk dinilai.
L Program Pelajar Cemerlang (PPC) - Bahasa Arab/ Pengajian Islam/ Calon yang memohon bidang ini MESTI
Tahfiz menyedia/ menghantar VP untuk dinilai.

NOTA PENTING
1. Calon yang memohon bidang daripada kumpulan berlainan sebagai PILIHAN 1 dan PILIHAN 2 perlu menyedia/
menghantar dua VP berdasarkan setiap pilihan bidang tersebut.
Contoh 1:
PILIHAN 1 – Bahasa Melayu – 1 VP
PILIHAN 2 – Matematik – 1 VP
Contoh 2:
PILIHAN 1 – Bahasa Inggeris – 1 VP
PILIHAN 2 – Pendidikan Muzik – 1 VP
2. Calon yang memohon bidang B, bidang C dan bidang D sebagai PILIHAN 1 dan PILIHAN 2 MESTI menyedia/ menghantar satu VP
berdasarkan bidang PILIHAN 1.
3. Calon yang memohon bidang K dan bidang L sebagai PILIHAN 1 dan PILIHAN 2 MESTI menyedia/ menghantar satu VP
berdasarkan bidang L.

DARAN TERHAD
4
EDARAN TERHAD
LAMPIRAN B (i)

KANDUNGAN VIDEO PENGAJARAN BIDANG UMUM


Kandungan video pengajaran hendaklah merangkumi Komponen 1 dan Komponen 2 (i) ATAU Komponen 1 dan Komponen 2
(ii) seperti jadual di bawah:

TEMPOH
BIL KOMPONEN ARAHAN / AKTIVITI CATATAN
MASA

1. PENGENALAN DIRI 1. Menyatakan nama penuh 1. Bahasa komunikasi calon:


calon
2. Menceritakan latar  Bidang Matematik, Sains dan
belakang calon secara Pendidikan Awal Kanak-kanak:
ringkas. Dalam dalam bahasa Inggeris.
3. Menyatakan hasrat
3 MINIT memilih kerjaya guru.  Bidang Umum lain: Dalam bahasa
4. Menjelaskan bukti minat Melayu
dalam profesion
keguruan. 2. Calon OKU (ketidakupayaan pendengaran)
boleh menggunakan bahasa isyarat/
penterjemah.

2. (i) DEMONSTRASI 1. Memilih mana-mana satu 1. Bahasa komunikasi calon:


PENGAJARAN (1) topik dalam bidang
yang dimohon.  Bidang bahasa Cina: Dalam bahasa
2. Calon bidang Bimbingan Cina;
dan Kaunseling boleh
memilih mana-mana topik  Bidang bahasa Tamil: Dalam bahasa
dalam mana-mana bidang Tamil;
ATAU lain.
3. Calon perlu melakukan  Bidang bahasa Kadazandusun: Dalam
demonstrasi pengajaran bahasa Kadazandusun;
seolah-olah sedang
5 MINIT berhadapan dengan  Bidang bahasa Iban: Dalam bahasa
sekumpulan murid. Iban;

(ii) BERCERITA CERITA  Bidang umum lain: Dalam bahasa


KANAK-KANAK 1. Memilih mana-mana tajuk Melayu.
cerita kanak-kanak yang
mengandungi nilai moral /  Calon OKU (ketidakupayaan
unsur pengajaran. pendengaran) boleh menggunakan
2. Calon perlu bercerita bahasa isyarat/penterjemah.
seolah-olah sedang
berhadapan dengan 2. Penggunaan alat bantu mengajar
sekumpulan murid. digalakkan.

JUMLAH MASA 8 MINIT

EDARAN TERHAD
5
EDARAN TERHAD
LAMPIRAN B (ii)

KANDUNGAN VIDEO PENGAJARAN BIDANG BAHASA INGGERIS SEBAGAI BAHASA KEDUA


Kandungan video hendaklah merangkumi Komponen 1 dan Komponen 2 (i) ATAU Komponen 1 dan Komponen 2 (ii) seperti
jadual di bawah:

TEMPOH
BIL KOMPONEN ARAHAN / AKTIVITI CATATAN
MASA

1. PENGENALAN DIRI 1. Menyatakan nama penuh 1. Bahasa komunikasi calon adalah dalam
calon bahasa Inggeris.
2. Menceritakan latar
belakang calon secara 2. Calon OKU (ketidakupayaan pendengaran)
3 MINIT ringkas. boleh menggunakan bahasa isyarat/
3. Menyatakan hasrat penterjemah.
memilih kerjaya guru.
4. Menjelaskan bukti minat
dalam profesion keguruan.

2. (i) DEMONSTRASI 1. Memilih mana-mana satu 1. Bahasa komunikasi calon adalah dalam
PENGAJARAN (1) topik dalam bidang bahasa Inggeris.
bahasa Inggeris.
2. Calon perlu melakukan 2. Calon OKU (ketidakupayaan pendengaran)
demonstrasi pengajaran boleh menggunakan bahasa isyarat/
seolah-olah sedang penterjemah.
berhadapan dengan
ATAU sekumpulan murid. 3. Penggunaan alat bantu mengajar
digalakkan.

5 MINIT

1. Memilih mana-mana tajuk


(ii) BERCERITA CERITA cerita kanak-kanak yang
KANAK-KANAK mengandungi nilai moral /
unsur pengajaran.
2. Calon perlu bercerita
seolah-olah sedang
berhadapan dengan
sekumpulan murid.

JUMLAH MASA 8 MINIT

EDARAN TERHAD
6
EDARAN TERHAD
LAMPIRAN B (iii)
KANDUNGAN VIDEO PENGAJARAN BIDANG PENDIDIKAN MUZIK
Kandungan video hendaklah merangkumi Komponen 1 dan Komponen 2 (i) ATAU Komponen 1 dan Komponen 2 (ii) seperti
jadual di bawah:

TEMPOH
BIL KOMPONEN ARAHAN / AKTIVITI CATATAN
MASA

1. PENGENALAN DIRI 1. Menyatakan nama penuh 1. Bahasa komunikasi calon adalah dalam
calon. Bahasa Melayu.
2. Menceritakan latar
belakang calon secara 2. Calon OKU (ketidakupayaan pendengaran)
ringkas. boleh menggunakan bahasa isyarat/
3 MINIT
3. Menyatakan hasrat penterjemah.
memilih kerjaya guru.
4. Menjelaskan bukti minat
dalam profesion
keguruan.

2. (i) DEMONSTRASI 1. Memilih mana-mana 1. Bahasa komunikasi calon adalah dalam


PENGAJARAN satu (1) topik dalam Bahasa Melayu.
bidang Muzik.
2. Calon dikehendaki 2. Calon OKU (ketidakupayaan pendengaran)
mengaplikasikan boleh menggunakan bahasa isyarat/
ATAU aktiviti muzikal / penterjemah.
bermain alat muzik
yang bersesuaian. 3. Penggunaan alat bantu mengajar
3. Calon perlu melakukan digalakkan.
demonstrasi pengajaran
seolah-olah sedang
berhadapan dengan
sekumpulan murid.
5 MINIT
(ii) BERCERITA CERITA 1. Memilih mana-mana
KANAK-KANAK tajuk cerita kanak-kanak
yang mengandungi nilai
moral / unsur
pengajaran.
2. Calon dikehendaki
mengaplikasikan aktiviti
muzikal / bermain alat
muzik yang bersesuaian.
3. Calon perlu bercerita
seolah-olah sedang
berhadapan dengan
sekumpulan murid.

JUMLAH MASA 8 MINIT

EDARAN TERHAD
7
EDARAN TERHAD
LAMPIRAN B (iv)

KANDUNGAN VIDEO PENGAJARAN BIDANG PENDIDIKAN ISLAM


Kandungan video hendaklah merangkumi Komponen 1 dan Komponen 2 seperti jadual di bawah:

TEMPOH
BIL KOMPONEN ARAHAN / AKTIVITI CATATAN
MASA

1. PENGENALAN DIRI 1. Menyatakan nama penuh 1. Bahasa Komunikasi Calon:


calon.
2. Menceritakan latar  Aktiviti 1, 2 dan 4: Dalam bahasa Arab.
belakang calon secara
ringkas.  Aktiviti 3: Dalam bahasa Melayu.
3. Penyataan hasrat memilih
kerjaya guru. 2. Ketika membaca al-Quran calon
4. Menjelaskan bukti minat dikehendaki membaca dalam keadaan
dalam profesion duduk dikerusi.
keguruan.
3 MINIT
5. Membaca al-Quran 3. Calon OKU (ketidakupayaan pendengaran)
berdasarkan teks dengan boleh menggunakan bahasa
memilih mana-mana lima isyarat/penterjemah
(5) ayat dari surah berikut:

a) Al-Israa’ (juzuk 15)

ATAU

b) Al-Anfaal (juzuk 9)

2. DEMONSTRASI PENGAJARAN 1. Memilih mana-mana satu 1. Bahasa komunikasi calon adalah dalam
(1) topik dalam bidang bahasa Melayu.
Fardu Ain.
2. Calon juga MESTI 2. Calon OKU (ketidakupayaan
menunjukkan kemahiran pendengaran) boleh menggunakan bahasa
menulis tulisan jawi isyarat/penterjemah.
semasa sesi ini.
5 MINIT
3. Calon perlu melakukan 3. Penggunaan alat bantu mengajar
demonstrasi pengajaran digalakkan.
seolah-olah sedang
berhadapan dengan
sekumpulan murid.

JUMLAH MASA 8 MINIT

EDARAN TERHAD
8
EDARAN TERHAD
LAMPIRAN B (v)
KANDUNGAN VIDEO PENGAJARAN BIDANG BAHASA ARAB/ PENGAJIAN ISLAM/ TAHFIZ (PPC)
Kandungan video hendaklah merangkumi Komponen 1 dan Komponen 2 seperti jadual di bawah:

TEMPOH
BIL KOMPONEN ARAHAN / AKTIVITI CATATAN
MASA

1. PENGENALAN DIRI 1. Menyatakan nama penuh 1. Bahasa komunikasi calon adalah dalam
calon. bahasa Arab.
2. Menceritakan latar
belakang calon secara 2. Ketika membaca al-Quran calon
ringkas. dikehendaki membaca dalam keadaan
3. Penyataan hasrat memilih duduk dikerusi.
kerjaya guru.
4. Menjelaskan bukti minat 3. Calon OKU (ketidakupayaan pendengaran)
dalam profesion keguruan. boleh menggunakan bahasa
3 MINIT 6. Membaca al-Quran isyarat/penterjemah.
berdasarkan teks dengan
memilih mana-mana lima
(5) ayat dari surah berikut:

a) Al-Israa’ (juzuk 15)

ATAU

b) Al-Anfaal (juzuk 9)

2. DEMONSTRASI PENGAJARAN 1. Memilih mana-mana satu 1. Bahasa komunikasi calon adalah dalam
(1) topik dalam bidang bahasa Arab.
yang dimohon:
2. Calon OKU (ketidakupayaan
 Bidang Bahasa pendengaran) boleh menggunakan bahasa
Arab: Topik bahasa isyarat/penterjemah.
Arab.
 Bidang Pengajian 3. Penggunaan alat bantu mengajar
Islam: Topik Syariah digalakkan.
Islamiah
5 MINIT  Bidang Tahfiz: Topik
al-Quran.

2. Calon juga MESTI


menunjukkan kemahiran
menulis tulisan jawi
semasa sesi ini.
3. Calon perlu melakukan
demonstrasi pengajaran
seolah-olah sedang
berhadapan dengan
sekumpulan murid.

JUMLAH MASA 8 MINIT

- TAMAT - EDARAN TERHAD

Anda mungkin juga menyukai