Anda di halaman 1dari 2

SK PUSAT BANDAR PUCHONG (1)

JALAN WAWASAN 2, PUSAT BANDAR PUCHONG


47100 PUCHONG, SELANGOR

MODUL TUGASAN BAHASA MELAYU TAHUN 4 CEKAL

Hari : Isnin

Tarikh : 14 Jun 2021

Masa : 7.45 – 9.15 pagi

Tugasan :

1. Murid diminta melengkapkan karangan Aku Sebuah Kotak Pensel berdasarkan pilihan
jawapan yang diberi.
2. Murid boleh mencetak modul tugasan ini dan tampal dalam buku penulisan Bahagian C.
3. Sekiranya tiada mesin pencetak, murid perlu menyalin modul ini dalam buku penulisan
Bahagian C.

Aku sebuah kotak pensel

Aku sebuah kotak pensel. Aku dibuat di sebuah kilang di Malaysia. Setelah aku siap dibuat, aku
pun (1) _____________________ di dalam sebuah kotak. Di situ aku dapat (2)
_____________________ dengan rakan-rakan yang serupa denganku.

Selepas itu, aku dan rakan-rakanku telah dimasukkan pula ke dalam sebuah
(3) _____________________ dan (4) _____________________ ke sebuah kedai yang menjual
(5) _____________________ di bandar. Tidak lama kemudian, kami pun sampai di sana.

Di kedai itu, aku telah (6) _____________________ dari kotak dan dipamerkan di atas
sebuah (7) _____________________. Pada bahagian depan rak itu tertulis harga diriku yang
bernilai (8) _____________________.

Tidak sampai sehari aku (9) _____________________ aku telah dibeli oleh seorang
budak. Dia membeli kerana rupaku yang (10) _____________________ dan warnaku yang
terang. Selepas itu, aku telah dibawa pulang oleh (11) _____________________. Di rumahnya,
aku telah dimuatkan bersama dengan (12) _____________________,(13)
_____________________, (14) _____________________ dan lain-lain lagi.

Suatu hari semasa di sekolah, seperti biasa aku diletakkan di bawah meja tempat duduk
tuan aku. Sewaktu tuan aku pergi ke (15) _____________________, datang seorang budak nakal
mengambilku dari bawah meja itu. Dia telah menconteng badanku lalu (16)
_____________________ aku ke dalam tong sampah.

Setelah (17) _____________________ berbunyi, tuan aku masuk semula ke dalam kelas.
Dia mendapati bahawi diriku tiada di (18) _____________________ asalnya. Dia pun mencari
dan mendapati aku telah berada dalam (19) _____________________. Kini aku pun (20)
_____________________ di dalam tong sampah yang busuk itu tanpa tuan.

rak tinggal dikeluarkan alat tulis tuanku


dipamerkan kantin disimpan cantik loceng
dihantar membuang bertemu tempat tong sampah
satu ringgit pemadam pen lori pembaris

Anda mungkin juga menyukai