Anda di halaman 1dari 21

Niat

o Niat solat tarawih secara sendirian.

Image via JAKIM

“Sahaja aku solat sunat tarawih 2 rakaat kerana Allah Ta’ala.”

o Niat solat terawih secara berjemaah (Niat menjadi Imam atau Makmun).

Image via JAKIM

“Sahaja aku solat sunat tarawih 2 rakaat imam/makmum kerana Allah Ta’ala.” 

Cara menunaikan solat tarawih sebanyak 8 rakaat


Solat sunat tarawih 8 rakaat boleh dilakukan dengan 4 salam.

Ianya  ditunaikan pada dua rakaat pertama dan memberi salam. Seterusnya disambung semula dua rakaat berikutnya sehingga
genap jumlah 8 rakaat (2 rakaat x 4 salam).

Image via Islam Itu Indah

Bacaan surah solat tarawih 8 rakaat.

Tiada pengkhususan bacaan untuk solat tarawih 8 rakaat. Boleh dibacakan apa sahaja surah dalam al-Qur’an sama ada yang
pendek mahupun panjang.

Namun, bagi mereka yang tidak menghafal surah-surah panjang, boleh sahaja membaca surah-surah lazim ini dalam solat tarawih
8 rakaat.

Bacaan surah-surah berikut dilakukan selepas daripada membaca surah al-Fatihah.


Image via JAKIM

o Surah al-Takatsur (rakaat pertama) dan Surah al-Ikhlas (rakaat kedua).

Image via JAKIM
Image via JAKIM

o Surah al-Asr (rakaat pertama) dan Surah al-Ikhlas (rakaat kedua).


Image via JAKIM

o Surah al-Humazah (rakaat pertama) dan Surah Al-Ikhlas (rakaat kedua).


Image via JAKIM

o Surah al-Fiil (rakaat pertama) dan Surah al-Ikhlas (rakaat kedua).


Image via JAKIM

Bermula malam ke-16 hingga ke akhir Ramadhan, digalakkan membaca Surah al-Qadr pada rakaat pertama.
Image via JAKIM

Seterusnya pada rakaat kedua, dibacakan Surah al-Takathur hingga Surah al-Fil seperti malam pertama sehingga malam ke-15.

Cara menunaikan solat tarawih sebanyak 20 rakaat


Solat sunat tarawih 10 rakaat boleh dilakukan dengan 10 salam.

Ia ditunaikan pada dua rakaat pertama dan memberi salam. Seterusnya disambung semula dua rakaat berikutnya sehingga genap
jumlah 20 rakaat (2 rakaat X 10 salam).
Image via JAKIM

Bermula malam ke-16 hingga akhir Ramadan, digalakkan membaca surah al-Qadr pada rakaat pertama. Pada rakaat kedua
adalah surah-surah nombor ganjil dalam gambarajah di atas.

Cara menunaikan solat sunat witir


Solat sunat witir boleh dilakukan sesudah habis solat sunat tarawih dan boleh dilakukan secara berjemaah atau bersendirian.

Solat sunat witir dilakukan dengan 3 rakaat dan 2 salam. Dua rakaat yang pertama dan satu rakaat yang kedua.

o Lafaz niat solat sunat witir bagi 2 rakaat pertama:

Image via JAKIM

“Sahaja aku solat sunat witir dua rakaat imam/mamkum kerana Allah Ta’ala“

o Lafaz niat solat sunat witir bagi 1 rakaat berikutnya:

Image via JAKIM
“Sahaja aku solat sunat witir satu rakaat imam/mamkum kerana Allah Ta’ala”

Bacaan surah-surah dalam solat witir

Selepas bacaan surah al-Fatihah bagi setiap rakaat, digalakkan membaca surah berikut:

o Rakaat pertama - (Surah al-A’la)


Image via JAKIM

o Rakaat Kedua - Surah al-Kafirun


Image via JAKIM
o Rakaat ketiga/terakhir (Surah al-Ikhlas, Surah al-Falaq dan Surah al-Nas) sekaligus dalam 1 rakaat terakhir.

Image via JAKIM
Image via JAKIM
Image via JAKIM

Bermula malam ke-16 hingga ke akhir Ramadan, disunatkan membaca doa qunut untuk rakaat terakhir solat sunat witir.

Bacaan doa qunut sama seperti dalam solat Subuh.

Image via JAKIM

Sumber: JAKIM - Panduan Solat Sunat Tarawih (2018), Cetakan kelapan belas.


Semoga panduan solat sunat tarawih ini dapat membantu kita semua untuk
beribadah pada bulan Ramadan ini.

Anda mungkin juga menyukai