Anda di halaman 1dari 9

Cara Solat Terawih

Berikut adalah cara solat sunat tarawih yang boleh dilakukan sama ada
secara sendirian atau berjemaah.

1. Lafaz Niat Solat Terawih

Lafaz niat sembahyang sunat Tarawih adalah seperti berikut :

‫هلل َتعَالَى‬ ِ ‫ْح رَ ْك َعتَي‬


ِ ِ ‫ْن ِإمَامًا‬ ُ ‫اُصَ لِّى‬
ِ َ‫سنَّ َة التَّر‬
ِ ‫اوي‬

Sahaja aku sembahyang sunat Tarawih dua rakaat


*(menjadi makmum / imam) kerana Allah Taala.

2. Menyempurnakan Rukun Solat Yang Lain

Rukun sembahyang sunat Tarawih ini samalah dengan rukun


sembahyang yang lain juga.

Ini bermaksud, selepas lafaz niat dan takbiratul ihram, kita perlu membaca
al-Fatihah, surah pilihan, rukuk, iktidal, sujud, duduk antara dua sujud, dan
kemudian meneruskan rakaat kedua sehinggalah bacaan tahiyat akhir dan
diakhiri dengan salam.

Jumlah rakaat boleh dilakukan sama ada 8 rakaat (4 salam) atau 20 rakaat
(10 salam).

3. Bacaan Surah

Secara ringkasnya, sebenarnya kita boleh membaca apa-apa surah yang


dihafal.

Namun pada malam 1 hingga 15 Ramadhan boleh juga dibacakan surah-


surah yang tertentu pada rakaat pertama mengikut susunan seperti:

 Surah Al-Takathur
 Surah Al-Asr
 Surah Al-Humazah
 Surah Al-Fil
 Surah Quraisy
 Surah Al-Ma’un
 Surah Al-Kautsar
 Surah Al-Kafi run
 Surah An-Nasr
 Surah Al-Masad
Pada tiap-tiap rakaat yang kedua pula dibaca surah al-Ikhlas.

Dari malam 16 hingga akhir Ramadhan,

 Pada tiap-tiap rakaat yang pertama dibaca surah al-Qadr.


 Pada tiap-tiap rakaat yang kedua dibaca satu surah seperti yang
dibaca pada rakaat yang pertama bagi malam-malam 1 hingga 15
Ramadhan iaitu bermula dari surah al-Takathur hingga kepada surah
al-Masad.
*Penentuan sesuatu surah seperti yang disebutkan itu
hanyalah untuk memudahkan kita mengingati bilangan rakyat
sahaja dan kerana itu seseorang boleh membaca mana-mana
surah atau ayat yang diingatnya.

Begitu juga tentang peraturan berselawat antara rakaat-rakaat


sembahyang Tarawih seperti yang dikongsikan di bawah ini.

Selawat & Wirid Antara Solat


Acara selawat dan bacaan tertentu ketika memulakan atau di antara solat
terawih tidaklah dimestikan jika kita tidak menghafalnya.

Namun, tidak salah juga jika kita ingin mengamalkannya kerana tujuannya
adalah untuk menambahkan lagi ibadat pada bulan yang mulia ini.

Sebagai panduan, berikut adalah bacaannya:


Cara Solat Sunat Witir
Menurut kebiasaan umum orang-orang Islam di Malaysia
menunaikan sembahyang sunat Witir selepas sembahyang
sunat Tarawih sebanyak 3 rakaat.

Sunat Witir ini ditunaikan sepertimana solat sunat lain, namun dengan
bilangan rakaat ganjil.

Secara ringkasnya, berikut adalah cara solat witir 3 rakaat yang mudah:

1. Dilakukan 3 rakaat dengan dua salam. (2 rakaat + 1 rakaat)


2. Lafaz niat sembahyang sunat Witir: Sahaja aku sembahyang sunat
Witir 1 rakaat / 2 rakaat (makmum / mengikut imam) kerana Allah
Taala.
3. Solat seperti biasa dan diakhiri dengan salam.
4. Pada malam ke-16 hingga akhir bulan Ramadhan disunatkan
membaca qunut pada rakaat yang akhir. Lafaznya sama dengan lafaz
qunut sembahyang Subuh.
5. Boleh dibacakan apa-apa surah selepas surah al-Fatihah, namun
afdalnya boleh dibaca surah berikut:
 Rakaat pertama – surah Al-A’la
 Rakaat kedua – surah Al-Kafirunn
 Rakaat ketiga – surah Al-Ikhlas, Al-Falaq, dan An-Nas

Anda mungkin juga menyukai