Anda di halaman 1dari 4

Solat Sunat Sebelum Fardhu Zohor

Setelah masuk waktu Zohor, dan sekiranya berada di masjid iaitu berjemaah; sesudah Azan
sebelum Qamat atau ketika di rumah ada baiknya mengerjakan solat sunat sebelum
solat(Fardhu) Zohor yang termasuk dalam bahagian Sunat Muakkad

Lafaz niat:

Usolli sunnataz Zuhri rak'ataini qabliyatan ,lillahi ta'ala Allahu akbar


"Sahaja aku solat sunat sebelum Zohor , dua rakaat kerana Allah Ta'ala"

Pada rakaat pertama baca Al-Fatihah selepas itu Al-Kafirun atau baca surah yang

dikehendaki dan pada rakaat kedua baca Al-Fatihah, selepas itu

baca surah yang dikehendaki, misalnya surah Al-Ikhlas

Solat Sunat Selepas Fardhu Zohor

Setelah solat fardhu Zohor dan sesudah wirid-wirid dan berdoa sebaiknya lakukan solat sunat
selepas solat Zohor

Lafaz niat:

Usolli Sunnataz Zuhri rak ataini badiyatan, lillahi ta'ala Alluhu akhbar
"Sahaja aku Solat Sunat Selepas Zohor dua rakaat kerana Allah Ta'ala"

Selepas baca Al-Fatihah pada rakaat pertama selepas itu bacalah surah Al-

Ikhlas dan pada rakaat kedua setelah Al-Fatihah baca pula Surah An-

Nas
Solat Sunat Asar(satu)
Setelah masuk waktu Asar, selepas Azan, maka disunatkan kita solat sunat sebelum solat fardhu
Asar

Lafaz Niat:

Usolli Sunnatal Ashri rak'ataini Lillaahi Ta'ala Allhu akhbar


"Sahaja aku solat sunat Asar dua rakaat kerana Allah Ta'ala"

Pada rakaat pertama bacalah Al Fatihah dan Surah Al

-Ikhlas Rakaat kedua baca Al-Fatihah dan Surah An-

Nas

Solat Sunat Selepas Fardhu Maghrib


Setelah selesai solat fardhu Maghrib dan sesudah tasbih, tahmid, takbir dan doa, alangkah
baiknya mengerjakan solat sunat selepas Maghrib

Lafaz niat :

Usolli Sunnatal Maghribi Rak'ataini Lillahi Ta'ala. Allahu Akhbar


" Sahaja aku solat sunat Maghrib dua rakaat kerana Allah Ta'ala"

Bacalah Al-Fatihah dan Surah Al- Kafirun pada rakaat

pertama , pada rakaat kedua baca Al- Fatihah dan Surah Al-Ikhlas
Solat Sunat Sebelum Fardhu Isyak
Setelah Azan, sebelum mengerjakan fardhu Isyak disunatkan solat sunat Isyak

Lafaz niat:

Usolli Sunnatal Isyaai Rak'ataini Qabliyyatan Lillaahi Ta'ala Allahu Akhbar .


" Sahaja aku solat sunat sebelum Isyak dua rakaat kerana Allah Ta'ala "

Pada rakaat pertama bacalah Al-Fatihah dan Surah Al-Kafirun

Rakaat kedua bacalah Al-Fatihah dengan Surah Al-Ikhlas

Solat Sunat Selepas Fardhu Isyak


Setelah mengerjakan solat fardhu Isyak dan setelah tasbih,tahmid, takbir dan berdoa,alangkah
baiknya menambah amal dengan mengerjakan solat sunat Ba'diyah Isyak

Lafaz niat:

Usolli Sunnatal Isyaai Rak'ataini Ba'diyyatan Lillahi Ta'ala , Allahu Akhbar


"Sahaja aku solat sunat selepas Isyak dua rakaat kerana Allah Ta'ala "

Rakaat pertama baca Al-Fatihah selepas itu baca surah Al-

Ikhlas Dan pada rakaat kedua baca Al-Fatihah selepas itu baca

surah

Solat Sunat Sebelum Fardhu Subuh


Setelah masuk waktu Subuh iaitu sesudah Azan lakukan solat sunat sebelum Subuh dua rakaat.
Lafaz niat:

Usolli Sunnatal Subhi Ra'ataini Lillahi Ta'ala , Allahu Akhbar


" Sahaja aku solat sunat Subuh dua rakaat kerana Allah Ta'ala "

Bacalah Al-Fatihah dan Surah Al-Kafirun pada rakaat

pertama, pada rakaat kedua baca Al-Fatihah dan Surah Al-Ikhlas

Anda mungkin juga menyukai