Anda di halaman 1dari 18

Selamat sejahtera saya ucapkan kepada pensyarah yang saya hormati Cik

Noni binti Maki serta rakan-rakan sekalian. Pertama sekali bersyukur ke hadirat ilahi
kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat juga saya menyiapkan kerja kursus PKE
3104 Program Kesihatan Sekolah ini dengan sempurnanya.

Di sini, saya sangat berbesar hati ingin mengucapkan ribuan terima kasih
kepada pensyarah pembimbing saya kerana banyak membantu dalam menghasilkan
tugasan ini. Sokongan dan tunjuk ajar yang berikan amat dihargai kerana
mempermudahkan lagi kerja saya. Saya juga ingin berterima kasih di atas kerjasama
semua pihak sama ada secara langsung atau tidak langsung membantu saya
sepanjang proses penghasilan kerja kursus ini.

Selain itu, tidak lupa juga kepada rakan-rakan saya yang benyak membantu
dalam menghasilkan tugasan ini. Ribuan terima kasih di ucapkan di atas kerjasama
dan bantuan yang telah diberikan. Hasil perkongsian idea dan hasil pertolongan
mereka untuk mendapatkan bahan dapatan mempermudahkan lagi proses
penghasilan tugasan ini.

Sekali lagi saya ingin memanjatkan rasa kesyukuran saya kerana berjaya
melaksanakan tugasan ini dengan jayanya dan tidak berlabihan rasanya jika saya
ingin mengucapkan sekali lagi jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah
membantu saya dalam menyiapkan tugasan ini, segala bimbingan dan sokongan
yang saya terima amat saya hargai .

Sekian, terima kasih.

Pengenalan Program Kesihatan Sekolah


Guru yang mengajar di sekolah haruslah sentiasa peka terhadap ciri-ciri
kesihatan, penerapan nilai-nilai kesihatan secara menyeluruh yang merangkumi aspek
fizikal,mental,sosial-emosi dan kerohanian perlu diberikan penekanan dan perhatian
bagi membangunkan dan membentuk sekolah sebagai model sihat dan amalan gaya
hidup sihat. Program lawatan belajar di jabatan kesihatan ini dapat melatih guru
supaya sentiasa peka kepada isu-isu kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat
dan menyemai pengetahuan dan amalan baik di dalam kawalan Denggi dan
sebagainya kepada murid-murid pada peringkat umur yang rendah supaya dapat
diteruskan apabila dewasa nanti.

Rancangan Makanan Tambahan. (RMT)


Program Rancangan Makanan Tambahan dilaksanakan bertujuan
membantu seseorang murid sekolah rendah daripada kalangan keluarga yang
miskin. Ianya bermaksud untuk memberi makanan tambahan secara imbuhan
sebanyak 25% - 30% daripada keperluan hariannya. Rancangan ini merupakan satu
usaha yang bersepadu dan selaras dengan usaha-usaha lain yang berkaitan dengan
kesihatan dan pemakanan murid tersebut. Murid berstatus “Warganegara Malaysia“
dan daripada keluarga berpendapatan di bawah paras RM 400.00 atau pendapatan
perkapita RM 80.00 adalah layak untuk menyertai program ini.

Rancangan Makanan Tambahan (RMT) telah diperkenalkan oleh Kerajaan


Negeri Selangor pada tahun 1974 dan kemudian diambil alih oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia mulai tahun 1979. Perlaksanaan RMT telah diperluaskan ke
semua sekolah rendah sehingga tahun 1982. Oleh kerana masalah ekonomi Negara,
pada tahun 1983 hingga 1988 perlaksanaan RMT dihadkan kepada sekolah yang
mempunyai jumlah murid 200 orang dan ke bawah. Hanya mulai tahun 1989,
perlaksanaan RMT diperluaskan semula ke semua sekolah dengan mengutamakan
murid-murid dari keluarga termiskin.

Objektif Rancangan Makanan Tambahan DI Sekolah Rendah


Untuk memberi makanan tambahan kepada murid-murid sekolah
rendah,terutama daripada luar bandar, terutama deripada luar bandar dan daripada
golongan berpendapatan rendah, secar imbuhana untuk sementaagra waktu, bagi
memperbaiki keadaan kesihatan, sebagai suatu usaha, selaras dengan Dasar
Ekonommi Baru. Selain itu,memberi makanan tambahan kepada murid-murid
sekolah rendah, terutamanya dari luar bandar dan golongan berpendapatan rendah.
Memberi makanan tambahan yang berzat dan seimbang untuk membantu mereka
mengatasi masalah pertumbuhan badan dan kekurangan tenaga .
Menyelenggarakan pendidikan kesihatan dan pemakanan . Menggalakkan
penglibatan dan penyertaan masyarakat dalam usahasekolah mengelolakan RMT.
Mengendalikan tabiat bersopan-santun, berdisiplin, bertimbang rasa serta amalan
yang diinginkan berkaitan dengan kebersihan diri, kebersihan makanan dan alam
sekitar.
Rancangan Makanan Tambahan

RMT dilaksanakan sebagai satu program yang bertujuan membantu


meningkatkan taraf pemakanan serta kesihatan murid sekolah rendah. Program ini
yang pada asalnya dikendalikan oleh Jabatan Perdana Menteri diperluaskan
pelaksanaannya selepas disyorkan dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji
Pelaksanaan Dasar Pelajaran pada tahun 1979. Ia juga sebagai usaha kerajaan
untuk menambah nutrisi harian para pelajar berkenaan (selain makanan di kantin
sekolah) untuk memastikan mereka membesar dengan mendapat khasiat
secukupnya.

Justeru, di sini timbul kepentingan untuk memberikan nutrien kepada para


pelajar miskin ini khususnya. Makanan yang disediakan di bawah RMT mengandungi
kalori yang lebih tinggi berbanding dengan hidangan yang dijual di kantin sekolah. Ini
kerana, jika dibandingkan dengan hidangan yang dijual, pembekal makanan
tambahan perlu mengikut jadual dan menu yang disediakan pihak
bertanggungjawab. Lalu, ia sedikit sebanyak membantu menambah nutrisi harian
yang diterima oleh pelajar terlibat. Pun begitu sejak kebelakangan ini, RMT
dibelenggu masalah-masalah yang dilihat mencalar kelicinan dan perjalanan
program berkenaan, hingga memaksa Menteri Pelajaran, Datuk Seri Hishamudiin
Tun Hussein sendiri turun padang bagi meninjau sendiri apakah masalah sebenar
program ini.(http://www.yadim.com.my/Kesihatan/KesihatanFull.asp?Id=179)

Peranan Guru Besar/Guru adalah untuk memilih dan mengedarkan senarai


murid yang layak menerima RMT mengikut kriteria kpd KPM. Merekodkan
penerimaan makanan oleh murid-murid. Mengawasi murid ketika menikmati
makanan sambil menunjuk ajar budaya makan yang sesuai Mengikut pertumbuhan
fizikal murid seperti mengukur berat dan tinggi mereka sekurang-kurangnya di awal
dan akhir tahun. Mengawasi penghidangan makanan. Memastikan rekod
penerimaan perbelanjaan peruntukan RMT disimpan dan dikemaskini oleh pihak
sekolah.

PROGRAM SUSU SEKOLAH.


Program Susu Sekolah (PSS) dilaksanakan serentak dengan Rancangan
Makanan Tambahan (RMT). Program ini dilaksanakan untuk murid daripada
keluarga miskin. Mendapat makanan seimbang semasa berada di sekolah. Program
Susu Sekolah atau PSS merupakan satu usaha KPM untuk meningkatkan taraf
pemakanan dan seterusnya taraf kesihatan murid-murid sekolah. Selain daripada
memastikan murid-murid menerima makanan-makanan berzat, PSS juga bertujuan
menggalakkan tabiat minum susu di kalangan murid-murid dari peringkat awal. PSS
adalah hasil kerjasama enam buah syarikat pengeluar susu tempatan. Program ini
juga menggalakkan daya kreativiti guru-guru dan juga murid-murid dalam
penggunaan bahan-bahan terbuang seperti pek, straw dan dulang PSS. Mulai tahun
1989, semua sekolah rendah adalah terlibat dengan PSS tidak lagi terhad kepada
sekolah-sekolah yang bilangan muridnya melebihi 200 seperti tahun-tahun
sebelumnya.

PSS ialah program yang dilaksanakan oleh KPM bersama syarikat pengeluar
susu selaras dengan konsep Pensyarikatan Malaysia. Program ini yang dilancarkan
pada tahun 1983 telah diperluaskan ke seluruh negara mulai tahun 1995 kecuali
Sabah yang mempunyai program susu yang tersendiri.

Program ini mengandungi dua skim iaitu:

Skim Susu Bayaran : Melibatkan penyertaan murid sekolah secara sukarela, sama
ada secara subsidi atau tanpa subsidi kerajaan.

Skim Susu Percuma : Melibatkan bekalan susu percuma kepada murid sekolah yang
dipilih di bawah anjuran syarikat susu yang menyertai Kementerian Pelajaran
Malaysia dan atau pertubuhan masyarakat yang lain sama ada berbentuk
persendirian atau sukarela.

MATLAMAT PROGRAM
 Meningkatkan tabiat meminum susu di kalangan murid sekolah rendah dalam
Skim Susu Bayaran

 Membekalkan susu kepada murid terpilih daripada golongan taraf sosio


ekonomi yang rendah dan mengalami kekurangan zat melalui Skim Susu
Percuma

 Meningkatkan perancangan, perlaksanaan dan penilaian program melalui


penglibatan bersama agensi kerajaan di bawah konsep pensyarikatan
Malaysia.

 Mengurangkan perbelanjaan sektor awam melalui penglibatan agensi sektor


swasta.

 Mengembangkan pengetahuan, sikap dan amalan yang diingini khususnya


berhubung dengan makanan, pemakanan dan kesihatan serta aspek
pelajaran.

 Meningkatkan usaha pembangunan masyarakat dan perindustrian yang


melibatkan pengeluaran, pemprosesan dan bekalan susu.

Berikut merupakan antara objektif PSS.

i. Meningkatkan taraf kesihatan dan pemakanan murid-murid sekolah rendah


dengan tabiat sentiasa meminum susu.
ii. Meningkatkan taraf kesihatan dan pemakanan murid-murid sekolah rendah
dengan memupuk tabiat sentiasa meminum susu.
iii. Membekalkan susu kepada murid-murid terpilih dari golongan taraf sosio-
ekonomi yang rendah dan mengalami kekurangan zat makanan melalui skim
percuma.
iv. Meningkatkan perancangan pelaksanaan dan penilaian program melalui
penglibatan bersama agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan di bawah
konsep pensyarikatan Malaysia.

8.3.2 Isu-isu Program Susu Sekolah


Keracunan akibat susu basi dan sebagainya.

Salah satu faktor yang menyebabkan masalah ini berlaku adalah tiada tempat
penyimpanan susu yang sesuai di kantin sekolah. Ruang sekolah yang terhad
menyebabkan susu ini di simpan di tempat yang tidak sepatutnya dan didedahkan
kepada cahaya matahari dan menyebabkan ianya lebih cepat basi dari yang
dipaparkan dalam tarikh luput susu tersebut.

Susu Yang Di Bekalkan Kepada Pihak Sekolah Tidak Mencukupi

Kadang kala terdapat sekolah yang mempunyai bilangan murid yang layak
menerima susu sekolah tidak di berikan. Hal ini mungkin di sebabkan faktor di mana
ramai guru sendiri mengambil kesempatan mengambil susu tersebut. Guru besar
haruslah membuat inventori atau semakan tentang jumlah murid yang layak
menerima bantuan susu sekolah. Guru besar atau ihak berwajib juga perlu
memantau penerimaan susu sekolah dari pihak pembekal.

Peranan Guru Besar/Guru Dalam Memastikan Program Susu Sekolah Lancar

Perkara yang paling utama adalah memilih dan menyediakan senarai murid
yang layak menerima susu Skim Percuma. Guru juga perlulah menguruskan
pesanan dan pengagihan susu Skim Percuma dan Skim Bayaran. Selain itu juga
guru juga bertanggungjawab dalam menyimpan rekod kutipan dan penyerahan wang
PSS. Guru juga berperanan dalam menggalakkan tabiat meminum susu di kalangan
murid dan menekankan khasiat susu untuk kesihatan murid. bagi bahan buangan
seperti kotak dan straw pula pihak sekolah boleh menjalankan aktiviti-aktiviti
pendidikan melalui PSS (kraf tangan, karangan, kuiz dan lain-lain). Guru besar pula
akan memberi penerangan kepada guru-guru mengenai pelaksanaan PSS di
sekolah serta menubuhkan Jawatankuasa PSS yang dianggotai oleh guru-guru,
agensi-agensi kerajaan yang berkaitan, wakil masyarakat setempat dan juga badan-
badan bukan kerajaan di ambil kira dalam merancang aktiviti dan program BPS.

Kelebihan
 meningkatkan taraf kesihatan

 memastikan pertumbuhan fizikal semakin baik.

 kesihatan mental dan kesihatan umum murid sekolah bertambah baik.

 menggalakkan murid meminum susu di peringkat awal.

Kelemahan

 Terberhenti kerana berlaku kes keracunan makanan yang berpunca daripada


susu basi.

 Kurang penilitian daripada guru yang bertugas.

 Guru tidak memeriksa terlebih dahulu tarikh tamat tempoh susu yang
dibekalkan.

 Pihak pembekal tidak membekalkan bekalan susu kotak yang segar.

Rumusan

 Program susu sekolah ini sangat membantu murid-murid sekolah membesar


dengan sihat.

 Program ini juga membantu keluarga serta murid-murid yang susah dan tidak
mampu.

 Membantu menambah nutrisi murid-murid.

 Pelaksanaan program ini perlu dipantau dengan sebaik mungkin agar dapat
mencapai objektif.

Sumber : http://www.moe.gov.my/?id=262&lang=my

PROGRAM KESIHATAN MULUT


Konsep Dan Matlamat Program Pergigian

“ Perkhidmatan kepakaran pergigian yang disediakan di negeri adalah


dalam bidang bedah mulut, ortodontik(struktur gigi), periodontik(gusi), pergigian
pediatrik (kanak-kanak) dan pergigian masyarakat. Kes-kes yang telah dikenalpasti
hasil dari program saringan dan pengesanan awal pra-kanser dan kanser mulut yang
memerlukan rawatan lanjut dirujuk kepada pakar bedah mulut di hospital untuk
rawatan selanjutnya. ………….”

(dipetik daripada artikel Perkhidmatan Pergigian dalam laman web :


http://jknsabah.moh.gov.my/modules/xt_conteudo/index.php?id=26 )

Pengenalan

Perkhidmatan Pergigian merupakan satu program dibawah Kementerian


Kesihatan Malaysia. Perkhidmatan Pergigian Kerajaan bermula pada dasarnya
sebagai Perkhidmatan Pergigian Sekolah yang menyediakan rawatan pergigian asas
untuk murid-murid sekolah.

Perkhidmatan ini telah berkembang dan dasarnya telah diperluaskan untuk


semua kumpulan masyarakat terutama sekali mereka yang berpendapatan rendah.
Pergigian Kesihatan Pergigian di negeri diketuai oleh Timbalan Pengarah Kesihatan
Negeri ( Pergigian ) dan Pegawai Pergigian Kanan yang mengetuai daerah-daerah.

Perkhidmatan pergigian sekolah

Melalui Perkhidmatan Pergigian Sekolah setiap murid sekolah mendapat penjagaan


kesihatan pergigian secara komprehensif dan sistematik. Tujuannya adalah untuk
memastikan murid-murid sekolah mempunyai tahap kesihatan pergigian yang baik.
Setiap murid akan diperiksa dan hanya mereka yang ada kebenaran akan diberi
rawatan.

Matlamat
Perkhidmatan Pergigian yang diberikan merangkumi kesemua aspek
penggalakan kesihatan pergigian, rawatan dan pemulihan. Mempertingkatkan tahap
kesedaran dan taraf kesihatan pergigian individu dan masyarakat ke tahap
kesedaran dan taraf kesihatan pergigian individu dan masyarakat ke tahap optimum.
Aktiviti penggalakan kesihatan pergigian meliputi pendidikan kesihatan pergigian,
pameran, kempen, pencegahan klinikal dan pemfloridaan bekalan air minum.

PENYAKIT-PENYAKIT MULUT
a) ULSER DLM MULUT
Sebahagian besar rakyat Malaysia mengalami ulser aftus berulang.
Ulser aftus boleh dibahagikan kepada tiga iaitu:-
Ulser aftus bertulang minor.
Ulser aftus bertulang major
Ulser aftus bertulang herpetiform
b) BENGKAK-BENGKAK DLM MULUT
Keadaan ini merupakan lesi-lesi (perubahan tuar biasa) yang berpedunkel
(bertangkai) atau sesil (tidak bertangkai).
Granuloma piogen
Granuloma set raksaksa peri-feri
Polip fibro-epitelium
Hiperplasiadentur
c) KANSER MULUT
Penyakit mulut yang meliputi bibir, lantai mulut, bahagian dalam pipi, lidah
dan gusi. Ia mengganggu fungsi seseorang untuk makan, bercakap,
bernafas, menelan dan menanggung kesakitan
Lebih 90% kes kanser mulut melibatkan pada lapisan luar mukosa mulut.
PUNCA PENYAKIT
Tabiat menyunyah sirih bercampur pinang atau tembakau
Tabiat mengunyah tembakau sahaja
Merokok
Minum minuman keras
Penghidap HIV dan siflis
Genetik
KAEDAH PENCEGAHAN
Berus gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari
 Berus gigi selepas sarapan dan sebelum tidur
  Berus gigi menggunakan teknik yang betul
  Lakukan sekurang-kurangnya dua ke tiga minit

CARA-CARA MENCEGAH NAFAS BERBAU


Berus gigi sekurang- kurangnya dua kali sehari
Gunakan alat khas untuk   membersihkan lidah
Kunyah dengan gula-gula getah tanpa gula
Gunakan ubat kumur yang bersesuaian dengan keperluan anda
Berhenti merokok dan kurangkan pengambilan minuman beralkohol
Lakukan pemeriksaan kesihatan pergigian setiap enam bulan

Perkhidmatan Kesihatan Pergigian Sekolah disampaikan melalui:

 Klinik Pergigian Sekolah


Klinik-klinik pergigian sekolah terletak dalam bilik khas di sekolah-sekolah
rendah atau menengah tajaan kerajaan yang terpilih.

 Pasukan Pergigian Bergerak


Pasukan ini memberikan perkhidmatan kesihatan pergigian kepada murid-
murid sekolah, termasuk yang tinggal di kawasan pedalaman.
Klinik pergigian sementara diadakan di tempat yang sesuai di sekolah,
menggunakan peralatan mudah alih.

 Klinik Pergigian Bergerak


Merupakan sebuah kenderaan yang diubah suai serta dilengkapi dengan
kerusi dan peralatan pergigian. Klinik ini memberikan perkhidmatan kepada
murid-murid di sekolah-sekolah yang mempunyai ruang terhad.

 Murid-murid sekolah masih merupakan fokus utama bagi perkhidmatan


pergigian di negeri.

ADHOC
Definisi adhoc adalah untuk bertujuan tertentu dan bersifat sementara.
Program ADHOC adalah berdasarkan masalah-masalah kesihatan semasa seperti
program Anti Rubella, program Pencegahan Taun dan sebagainya. Program-
program di bawah adhoc akan di jalankan apabila terdapat penyakit-penyakit baru
yang muncul dan memerlukan langkah pencegahan semerta atau segera. Justeru
program du bawah adhoc akan melakukan apa saja seperti kempen, iklan atau
mengedarkan risalah yang berkaitan dengan penyakit tersebut. Namun kini, program
adhoc tidak hanya tertumpu kepada masalah kesihatan malahan masalah social
seperti buli, seks bebas juga adalah di bawah kendalian adhoc.

 Sebab-Sebab Program Adhoc Dijalankan

 Kewujudan penyakit Demam Chikugunya.

 Penyakit berjangkit- fenomena biososial

 hubungan yang kompleks antara manusia dengan mikroorganisma


patogenik

 Usaha pihak berwajib merangka program pengawalan dan pencegahan


penyakit berjangkit.

PROSTAR
PENGENALAN
PROSTAR merupakan akronim atau sinkatan bagi ”Program Sihat Tanpa AIDS
untuk Remaja”. Ianya diperkenalkan oleh KKM dalam usaha menangani masalah
HIV/AIDS dalam kalangan remaja. Idea penubuhan PROSTAR telah dicetuskan
pada tahun 1995 hasil perbincangan KKM dengan pelbagai agensi kerajaan dan
bukan kerajaan. Pelancaran program ini telah disempurnakan oleh Timbalan
Perdana Menteri pada 24 November, 1996 di Dataran Merdeka, KualaLumpur.
PROSTAR ditubuhkan dengan matlamat memberi kesedaran yang tinggi tentang jangkitan dan
pencegahan HIV/AIDS di kalangan pelajar agar mereka dapatmengamalkan gaya hidup sihat
berlandaskan ajaran agama dan nilai-nilai murni.Disamping itu ia juga bertujuan melahirkan generasi
yang bermaruah danbertanggungjawab kepada diri sendiri, keluarga, bangsa, agama dan
negara,seterusnya memupuk minat para pelajar untuk meneruskan penyertaannya didalam
program kawalan dan pencegahan AIDS setelah tamat alampersekolahan mereka

KONSEP
Konsep utama PROSTAR adalah ”Oleh Remaja, Melalui Remaja, Untuk Remaja”.
Program ini menggerakkan remaja Malaysia yang berumur 13 ingga 25 tahun
sebagai Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) ke arah hidup sihat tanpa AIDS. Mereka
ini akan menjalankan pelbagai aktiviti yang melibatkan pendidikan HIV/AIDS kepada
remaja dan rakan sebaya serta masyarakat lain.

KUMP SASARAN
Remaja berumur 13 hingga 25 tahun yang terdiri daripada pelajar sekolah
menengah, pelajar institusi penggajian tinggi, remaja lepasan sekolah.

OBJEKTIF
Meningkatkan kesedaran serta pengetahuan remaja akan bahaya jangkitan
HIV, cara pencegahan dan pengawalannya.
Menyemai sikap positif di kalangan remaja agar prihatin akan masalah HIV
yang dikaitkan dengan gejala sosal yang melada remaja masa ini.
Menggalakkan remaja mengamalkan cara hidup yang sihat, serta menghindari
tingkahlaku berisiko tinggi kepada jangkitan HIV.
Membentukkan segolongan PRS bagi mempengaruhi remaja ke arah cara
hidup sihat dan menggerakkan remaja agar turut dalam usaha menentang
ancaman AIDS.
Melahirkan segolongan PRS yang berperanan sebagai sukarelawan khidmat
sosial dalam memberi khidmat sokongan kepada remaja.

TUJUAN
Memastikan semua Guru Bimbingan dan Kaunseling di sekolah dapat
melaksanakan perkhidmatan bimbingan dan kaunselinng
AKTIVITI
Aktiviti-aktiviti pendidikan AIDS seperti ceramah, pameran, kempen kesedaran
AIDS dan kem-kem motivasi di sekolah dan kilang.
Sesi kaunseling remaja.
Latihan PRS PROSTAR
Menerbit dan mengedarkan newsletter.
Lain-lain aktiviti promosi seperti Laman Web PROSTAR, Kedai PROSTAR
(salun, keropok dan cenderahati
PRS
PENGENALAN
PRS adalah Pembimbing Rakan Sebaya ialah kelab dimana seorang pelajar dilatih
dalam bidang kemahiran asas kaunseling dan komunikasi. Ia berfungsi sebagai
seorang pembimbing yang berkesan kepada rakan sebaya, terutama kepada mereka
yang memerlukan pertolongan. Program ini telah diperkenalkan di sekolah-sekolah
menengah seluruh Malaysia pada tahun 1987.
TUJUAN
Memastikan semua Guru Bimbingan dan Kaunseling di sekolah dapat
melaksanakan perkhidmatan bimbingan dan kaunselinng
PRINSIP
Bersedia dan rela membantu rakan yang memerlukan bantuan tanpa mengira
agama, bangsa, jantina, kedudukan, perlakuan dan fizikal
FALSAFAH
BANTU DIRI SUPAYA BERUPAYA MEMBANTU ORANG LAIN
VISI
Sistem pengurusan perkhidmatan Pembimbing Rakan Sebaya yang
cemerlang dan berkualiti
MISI
Membentuk dan melahirkan insan yang seimbang dari aspek jasmani, emosi,
rohani, intelek dan cemerlang berdasarkan falsafah dan etika Pembimbing
Rakan Sebaya

MATLAMAT
Membina budaya kasih mesra dan saling membantu di kalangan pelajar.
Membina pelajar yang yakin diri dan menghayati nilai-nilai murni berasaskan
kepada kepercayaan kepada Tuhan.
Memupuk potensi/bakat kepemimpinan dan menjadi individu yang peka,
bertimbangrasa, rela,taat, menolong dan berupaya hidup selesa dalam
masyarakat majmuk.
Melalui pengaruh positif dan persepaduan dalam aktiviti lain, PRS dapat
memainkan peranan membantu mengurangkan masalah salahlaku di
kalangan pelajar
PERANAN
Antara peranan PRS adalah menjadi rakan yang peka kepada perasaan orang
lain dan keadaan sekeliling. Mereka juga sebagai khidmat sokongan, PRS
membantu menggerakkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di sekolah.
Selain itu PRS juga adalah sebagai salah satu sumber kepada rakan untuk
mendapat bantuan dan sebagai penghubung kepada khidmat bimbingan dan
kaunseling seperti membuat rujukan jika perlu. Mereka juga adalah Role Model
kepada pelajar lain. Disamping menjadi fasilitator yang bersikap terbuka, yakin dan
percaya diri, berasa selesa dan berempati.

LAPORAN
Pada 23.2.2012 yang lepas, kami PISMP PJ semester 5 telah menerima satu lagi
tugasan kerja kursus pendek dari subek PJM 3113 permainan hoki . Kerja kursus ini
hendaklah disiapkan dalam tempoh 2 minggu. Taklimat telah di berikan seawal sehari dari
tarikh tugasan diberikan. Tugasan ini meminta kami untuk ukuran spesifikasi padang hoki
dan kemahiran asas dalam Permainan Badminton dan Hoki dengan menekankan aspek
pemerolehan kemahiran, penganalisisan perlakuan, konsep biomekanik dan pembelajaran
motor serta strategi pengajaran dan pembelajaran

Semasa penyediaan rancangan pengajaran harian ini banyak yang telah kami lalui.
Pengalaman yang lepas banyak mengajar kami untuk menyiapkan kerja kursus ini dengan
lebih baik. Walaupun kami di beri tempoh hanya 2 minggu, kami berusaha untuk menyiapkan
KKP ini mengikut tempoh yang di tetapkan..

Pada pendapat saya, tugasan sebegini amat sesuai untuk kami sebagai proses
penyediaan diri kami ke arah profesionalisme perguruan. Lebih-lebih lagi, kami akan keluar
untuk latihan mengajar pada semester ini. Tugasan sebegini akan melatih mental dan emosi
kami untuk menjadi seorang uru. Dengan adanya tugasan seperti ini, saya lebih mengenali
kelemahan diri saya untuk di perbaiki dan lebih faham mengenai peraturan dalam hoki.

Bukan itu sahaja, dari segi peningkatan kualiti diri juga dapat saya perolehi. Saya
lebih tahu untuk menyusun organisasi murid saya dan tahu apa faktor yang perlu diambil kira
sebelum semasa dan selepas melakuan aktiviti. Dalam pengajaran pendidikan Jasmani, kita
bukan sahaja menginginkan objektif pembelajaran tercapai, malah kita juga perlu mengambil
kira faktor keselamatan murid. Penglibatan yang menyelruh oleh murid dalam semua aktiviti
juga penting agar mereka tidak tercicir serta dapat menguasai kemahiran asas tersebut,
terutamanya melibatkan aktivti yang merbahaya seperti perainan hoki.

Saya telah dibantu oleh ramai pihak semasa penyediaan KKP ini. Saya ingin
merakamkan jutaan terima kasih kepada En. Ravi terutamanya kerana banyak memberikan
idea baru serta tunjuk ajar kepada saya dan rakan lain. Selain itu juga, saya ingin
mengucapkan berbanyak terima kasih kepada rakan lain yang yang sudi menjadi murid dan
yang membantu saya samada secra langsung atau tidak.

Sekian, terima kasih.

BIBLIOGRAFI

http://www.scribd.com/doc/73910058/KERTAS-KERJA-Lawatan-Belajar-Pke-3104-
PGSR
http://www.scribd.com/doc/37155218/P-Kesihatan-mulut

http://www.scribd.com/doc/56642271/7/DASAR-KELAB-PROSTAR-SEKOLAH

http://www.scribd.com/doc/17373277/Rancangan-Makanan-Tambahan-Di-Sekolah-1

http://www.scribd.com/doc/60227837/070710-Perlaksanaan-Rancangan-Makanan-
Tambahan-RMT-Di-Sekolah-Negeri-Sembilan-2010

http://www.scribd.com/doc/79690593/Program-Susu-Sekolah

Anda mungkin juga menyukai