Anda di halaman 1dari 2

Laporan urusetia kejohanan sukan kali ke-43 tahun 2012 IPG Kampus Sebelum kejohahanan.

Mengelola satu kejohanan sukan bukanlah suatu perkara yang mudah. Sebelum kejohaan berlangsung banyak perkara yang perlu disiapkan terutamanya bahagian AJK urusetia. Bermula dengan sukantara. Sukantara melibatkan semua warga pelatih istitut di mana mereka mengikuti tiga acara dalam sukan iaitu lompat tinggi,lontar peluru dan lari 80 meter. Bagi yang melepasi jarak atau masa piawaian, mereka akan mendapat mata untuk rumah divisi mereka. Selepas mendapatkan semua senarai nama untuk keseluruhan warga institut kami membahagikan kelas menikut sukan dahulu. Semester 5 menjlankan sukantara lebih awal kerana semester 5 adalah pengelola bagi kejohanan semester ini. Ini adalah untuk menjamin kelancaran semasa sukantara sedang berjalan dan menjimatkan masa. Beberapa opsyen akan pergi ke stesen lontar peluru, dan selebihnya ke stesen lompat tinggi dan lari 80 meter. Mereka akan bertukar stesen apabila selesai di setiap stesen. Selesai memberi arahan kepada setiap wakil opsyen semester 5 tentang perjalanan sukantara, AJK urusetia menjumlahkan mata setiap divisi yang di kumpul. Setelah selesai sukantara, kami kini fokus terhadap kejohanan sebenar. Perkara utama yang perlu kami lakukan adalah memasukkan nama peserta ke dalam setiap acara yang dipertandingkan mengikut wakil setiap divisi. Terdapat 8 acara yang di pertandingkan semasa di dalam IPG, manakala 15 acara dipertandingkan semasa di Stadium Likas. Salah satu perkara yang perlu di lakukan oleh AJK urusetia dalah menyediakan kad aloran di mana nama peserta di masukkan ke dalam setiap acara mengikut divisi. Kami membahagikan tugas-tugas tersebut agar ia boleh disiapkan dalam masa yang di tetapkan. Selain itu juga salah satu borang yang penting adalah borang keputusan rasmi. Dalam borang ini keputusan rasmi setiap acara akan di masukan beserta jarak atau masa setiap atlit itu. Borang ini akan di perbanyakkan dan akan di serahkan kepada MC, AJK hadiah, dan dua lagi kepada urusetia untuk pencarian mata keseluruhan setiap divisi dan pencarian olahragawan dan olahragawati.

Anda mungkin juga menyukai