Anda di halaman 1dari 31

Program Pembangunan Sukan Pembangunan Jurulatih

Pengenalan
Bagi melahirkan atlet-atlet sukan yang berwibawa maka jurulatih yang dipilih dan dilantik mestilah seseorang yang berkebolehan dan berilmu. Seseorang jurulatih haruslah mempunyai pengetahuan yang meluas, bermotivasi, kekuatan dan peka dengan keperluan individu. Ia juga berjaya menyelesaikan masalah dan dapat mewujudkan suasana persekitaran latihan yang sesuai serta dapat mengelola program latihan yang padat dan menyeluruh.

Pemilihan Calon Jurulatih

Calon-calon yang dipilih itu harus mempunyai kecerdasan dan kematangan fikiran. Mempunyai pengetahuan mengenai pertumbuhan dan perkembangan manusia. Mempunyai motivasi yang tinggi dalam bidang dan perkembangan sukan. Berminat untuk melibatkan diri dalam kegiatan sukan jangka masa panjang. Mempunyai kemahiran mengajar yang menyeronokkan dan berkesan.

Mempunyai hubungan manusia yang baik, mesra ceria dan pandai bergaul. Pendekatan yang digunakan adalah praktikal dan berkesan serta dapat pula menyelesaikan berbagai-bagai masalah dalam bidang sukan. Memiliki pengalaman yang luas dalam bidang sukan, berpengetahuan mengenai anatomi dan psikologi manusia serta telah mengikuti latihan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.

Calon itu berdedikasi, mempunyai semangat yang berkobar-kobar, beretika, adil, berdisiplin tinggi dan dapat membuat penilaian terhadap atlet.

Prinsip Kejurulatihan

Merupakan individu yang pakar dalam bidang sukan dan dapat membantu ahli-ahli sukan mengembangkan bakat. Mengakui perbezaan individu wujud di kalangan ahli-ahli sukan dan sentiasa memikirkan kepentingan atlet. Berhasrat untuk mencapai kecemerlangan berasaskan matlamat, pertumbuhan, perkembangan dan pembangunan ahli-ahli sukan.

Menjadikan sukan sebagai cabaran hidup dan aktiviti yang menyeronokkan. Berpakaian kemas, bergaya, berbudi pekerti, berlemah lembut, bersopan santun dan berhemah tinggi. Sering bersikap jujur dan ikhlas kepada ahliahli sukan. Menjadikan kemahiran dan teknik yang dipelajari dalam sukan tidak membebankan.

Kesihatan fizikal harus menjadi matlamat hidup dan menggalakkan semua ahli sukan agar sentiasa sihat sepanjang masa. Kepimpinan melalui teladan. Mengajar dan mengamalkan kerjasama, disiplin diri, menghormati pegawai dan pembangkang.

Skim Persijilan Kejurulatihan Kebangsaan (SPKK)

SPKK adalah suatu piawai kebangsaan bagi pengiktirafan kelayakan kejurulatihan. Program ini dapat menyediakan pendidikan bersistematik (Tahap I, II dan III) bagi keperluan jurulatih dengan membekalkan kursus-kursus secara progresif dengan tujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran para jurulatih.

SPKK mengandungi tiga komponen asas :


i) Kursus Sains Sukan Pengajaran tentang prinsip-prinsip asas kejurulatihan dan sains sukan yang dikendalikan oleh Cawangan Kejurulatihan, Majlis Sukan Negara (MSN)

ii) Kursus Kejurulatihan Sukan Spesifik Ceramah dan pengajaran amali tentang kemahiran sukan spesifik, teknik dan strategi kejurulatihan yang dikendalikan oleh Persatuan-persatuan Sukan Kebangsaan (PSK) dan Badan Sukan di peringkat antarabangsa. iii) Latihan Amali (Praktikum) Latihan Amali adalah mengikut prosedur dan peraturan-peraturan Persatuan Sukan Kebangsaan.

Sijil Penuh SPKK


Kursus sains sukan dan kejurulatihan sukan spesifik mengandungi tiga tahap pembelajaran. Sijil penuh SPKK yang diiktiraf dan lengkap bagi setiap tahap akan diperolehi oleh jurulatih setelah beliau selesai menyempurnakan kedua-dua kursus sains sukan dan sukan spesifik serta telah melaksanakan latihan amali (Praktikum) di tahap yang berkaitan.

Sebagai contoh, jurulatih yang lulus Tahap I Sukan Spesifik PSK dan Tahap I Sains Sukan MSN serta telah menjalani latihan amali (praktikum) sukan spesifik akan diberi pengiktirafan Sijil Penuh SPKK Tahap I. Oleh kerana SPKK melangkah secara progresif, maka para jurulatih dikehendaki lulus Tahap I sebelum dibenarkan mengambil kursus Tahap II dan seterusnya.

Tajuk Utama Dalam Silibus Kursus SPKK

Yuran dan Jangkamasa Kursus Sains Sukan SPKK

Persamaan Taraf Sains Sukan dan Sukan Spesifik


Persamaan Taraf Sains Sukan Persamaan taraf bagi kursus Sains Sukan akan diberi kepada individu-individu atau jurulatihjurulatih yang mempunyai kelayakan yang menyamai silibus Sains Sukan SPKK di peringkat Universiti.

Peserta yang ingin mendapatkan pengesahan pengiktirafan perlu mengisi Borang Persamaan Taraf Sains Sukan MSN melalui laman web MSN. Kelulusan tertakluk kepada Lembaga Kejurulatihan Kebangsaan (LKK). Sijil persamaan taraf hanya dikeluarkan oleh pihak cawangan Kejurulatihan MSN . Sekiranya diluluskan akan dimaklumkan dan peserta dikehendaki membayar RM 50 untuk memperolehi Sijil Pengikitrafan Taraf Sains Sukan.

Persamaan Taraf Sukan Spesifik Sijil Pengiktirafan akan dikeluarkan oleh Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK) :

Bagaimanapun, penentuan persamaan taraf setiap kelayakan Skim Persijilan Kejurulatihan Kebangsaan (SPKK) akan dibincang oleh LKK sebelum keputusan dicapai.

Prosedur Memohon Sijil SPKK I , II atau III serta Lesen A,B atau C
i) Borang diperolehi dengan memuat turun dalam laman web MSN di http://www.nsc.gov.my atau dapatkan di Cawangan Kejurulatihan. ii) Hantar borang yang telah lengkap beserta sijil-sijil yang telah disahkan kepada Pengarah Cawangan Kejurulatihan Majlis Sukan Negara Malaysia Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil 57000 Kuala Lumpur.

iii) Pemohon akan dihubungi oleh pihak Cawangan Kejurulatihan setelah permohonan lesen siap diproses. Sekiranya pemohon tidak dapat mengambil dengan sendiri di Cawangan Kejurulatihan, pemohon perlu menulis surat memohon agar lesen tersebut dihantar secara pos beserta wang kiriman pos sebanyak RM10.00 atas nama Majlis Sukan Negara.

iv) Pembayaran sebanyak RM10.00 hendaklah dibuat secara tunai semasa mengambil lesen daripada pegawai yang bertugas. Pihak Cawangan tidak bertanggungjawab sekiranya diatas kehilangan atau kerosakan lesen jika pemohon ingin lesen dihantar melalui pos atau wakil.

Contoh Lesen Jurulatih

Memperbaharui Keahlian Dua Tahun Sekali


Keahlian boleh diperbaharui dengan syarat-syarat berikut : I. Telah memenuhi keperluan Program Lanjutan Kejurulatihan (PLK) (Sila rujuk penerangan tentang PPBJ) II. Mematuhi Kod Etika Jurulatih III. Wajib bagi jurulatih Sukan Air : Mempunyai Sijil Bantu Mula (dengan CPR) yang sah (Optional kepada sukan lain). IV. Mempunyai pas pekerjaan atau permit kerja sebagai jurulatih yang sah dari Jabatan Imigresen Malaysia (bagi jurulatih luar negara sahaja)

V. Bagi Jurulatih-jurulatih dalam pembiyaian MSN harus menghadirii 3 Bengkel dan 1 seminar program PLK anjuran MSN setiap tahun. VI. Bagi jurulatih luar, aktif dalam bidang kejurulatihan dengan pengesahan dari Persatuan Sukan, Majlis Sukan Negeri, Pihak Kementerian dan Pihak Majikan serta telah menghadiri sekurang-kurangnya satu Bengkel program PLK dari mana-mana pihak. VII. Jurulatih luar harus mengisi buku log dengan pengesahan pihak yang tertentu untuk memenuhi syarat bahawa beliau telah aktif dalam bidang kejurulatihan.

Syarat Untuk Memperbaharui Lesen Jurulatih

Sekian, terima kasih

Anda mungkin juga menyukai